Bila lagu cinta
bergema
~1~
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
…………………………………
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
…………………………………
Hafiz & Adira – Ombak Rindu
BALKISH
melangkah menuju ke bilik air. Mengambil wuduk dengan tertib. Selepas itu dia
melangkah semula ke dalam bilik dan menyarung telekung warna putih yang
terlipat kemas atas penyidai kayu. Kemudian sejadah dibentang. Dia berdiri
tegak dan mengangkat takbir. Penuh khusyuk dia mendirikan solat Maghrib.
Selesai memberi salam, selawat puji-pujian ke atas Nabi junjungan Muhammad
S.A.W dialunkan. Kemudian dia mengangkat tangan dan berdoa.
‘Ya
ALLAH Ya Tuhanku… Ampunkanlah segala dosaku. Berilah aku ketabahan dan
kesabaran dalam menempuh ranjau kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Ya
ALLAH… aku bermohon kepadaMU… Ampunkanlah dosa-dosa ayah dan mamaku.
Tempatkanlah roh mereka bersama orang-orang yang beriman. Orang-orang yang
Engkau berkati. Y ALLAH… Berikanlah kesihatan yang baik kepada ibuku. Engkau
ampunkanlah dosa-dosanya. Engkau panjangkanlah usianya dan murahkanlah
rezekinya. Berikanlah juga kesihatan yang baik buat tok mak dalam usia emasnya
ini. Engkau berkatilah hidup tok mak. Ya ALLAH Ya Tuhanku… Aku meminta
kepadaMU… berikanlah kebahagian kepada kakakku, Batrisya. Kurniakanlah dia dan
suaminya dengan kelahiran anak-anak yang soleh dan solehah. Ya ALLAH… Aku juga
meminta kepadaMU… berkatilah Pak Salleh sekeluarga. Berikanlah mereka
sekeluarga kesihatan yang baik. Murahkanlah rezeki mereka.
‘Ya
ALLAH… Sesungguhnya aku hambaMU yang kerdil. Makbulkanlah doa-doaku Ya ALLAH.
Sesungguhnya hanya kepadaMU aku meminta kerana hanya Engkau Yang Maha Memberi.
Amin… Amin… Ya Rabal alamin.’ Kemudian tangannya yang ditadah tadi dibawa dekat
ke muka lalu disapu ke wajah.
Selesai
mengerjakan suruhan ALLAH S.W.T, Balkish bergerak ke arah katil. Tubuhnya yang
seberat lima puluh kilogram itu dihempas ke atas tilam empuk. Leganya bila
dapat meluruskan badan yang sedari tadi asyik duduk membuat kerja di ofis.
Tiba-tiba
telefon bimbitnya mengalunkan irama syahdu lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan
Adira, lagu yang menjadi kegilaan ramai ketika ini. Itu petanda ada mesej yang
masuk. Pantas dia mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja sisi. Satu
dengusan keluar dari bibirnya yang comel.
Nampaknya
mesej itu datang dari seorang yang selalu menganggu hidupnya sejak akhir-akhir
ini. Mahu tak mahu mesej itu dibuka lantas dibacanya juga.
‘Hai sweet princess… tgh bt pe 2?’
Begitulah
bunyi mesej yang datang ke kotak mesejnya. Membuatkan dia mengetap bibir tanda
geram. Lantas mesej ringkas itu dibiarkan tanpa balasan. Tak ada masa dia
hendak membalas mesej yang dirasakan tidak penting langsung dalam hidupnya itu.
Sejak
kebelakangan ini, lelaki itu sering sahaja menganggu hidup dia. Di ofis, lelaki
itu sering kali terconggok depan mejanya. Naik rimas dia dibuat lelaki muka
tembok itu. Ikutkan rasa hati, mahu dilesingnya wajah yang konon perasan hensem itu akibat rasa geram yang
teramat sangat.
Memang
dia bencikan lelaki itu. Sehingga rakan-rakan sekerja pun tahu akan perasaannya.
Malah Kak Norma pernah mengusik. “Jangan benci-benci… nanti lama-lama jatuh
cinta.” Begitulah ayat Kak Norma setiap kali dia meluahkan rasa geramnya atas
kehadiran tak diundang lelaki itu ke ofis. Buat dia naik meluat saja.
‘Jatuh
cinta?! Dengan Harriz Tan Sri Hamdan? Huh… simpang malaikat 44! Tak hingin aku
nak bercinta dengan lelaki berstatus buaya darat seperti dia. King Of Crocodile! Raja kepada segala jenis buaya
darat yang ada kat Kuala Lumpur ini. Mungkin bukan setakat dekat KL saja dia
jadi raja buaya, tetapi dekat seluruh alam Harrizlah raja buaya jadian. Kasilah
aku sejuta ringgit sekalipun, aku tetap akan kata TAK NAK! Apatah lagi nak kasi
free. BOLEH JALAN!
‘Apa
dia ingat dengan muka handsome
ala-ala pelakon korea dan segala kemewahan yang dia miliki, aku boleh terpikat?
Huh… tolong sikit! Aku tak semurah itu. Aku bukan seperti perempuan-perempuan
mata duitan yang boleh dia taburi dengan segala kemewahan untuk didampingi.
Lagipun lelaki berstatus buaya darat seperti si Harriz itu bukannya boleh
percaya sangat. Hari ini dia akan kata cinta. Esok atau lusa cintanya akan
beralih kepada perempuan lain, yang lagi muda dan cantik dari aku pulak. Lelaki macam itukah yang perlu
untuk aku sandarkan rasa cinta? Oh… tidak! Tak rela aku hendak memperjudikan
nasib diri semata-mata kerana lelaki seperti Harriz.’
Balkish
mengetap bibir. Bayangan wajah Harriz yang kononnya hensem itu menerjah kotak fikirannya. Terasa geram pula dia bila
wajah yang sentiasa mekar dengan senyuman menggoda itu datang tanpa dipinta.
Lantas
layar ingatannya menerpa pada kejadian siang tadi, yang membuatkan dia semakin
jengkel pada anak teruna Tan Sri Hamdan yang seorang itu. Mengingati itu, hati
Balkish di timpa rasa geram yang tak sudah-sudah!
******************************************************************************
“MORNING sweet princess…”
Sejambak
mawar merah diletakkan di atas mejanya. Pantas Balkish angkat muka. Bulat
matanya bila melihat wajah Harriz yang tersenyum menggoda memandang dia ketika
ini. ‘Hisy… bala betul! Apa dia buat kat sini? Ini yang buat aku moody. Tak boleh tengok aku senang
langsung! Ada saja gangguan emosi yang dia berikan pada aku. Awal pagi pulak tu. Arghhh!!! Rasa macam nak menjerit aje.’
Setiap
kali melihat wajah King Of Crocadile itu,
setiap kali itu jugalah dia akan menjadi tension.
Sakit kepala diserang migraine.
“Errr… Encik Harriz? Buat apa kat sini?”
soal Balkish sedikit gusar. Dia sebenarnya memang tidak senang dengan kedatangan
Harriz ke tempat kerjanya setiap minggu. Dia tidak mahu menjadi bahan cerita
rakan-rakan sekerja. Lagipun dia bimbang jika ada rakan-rakan sekerja menuduh
dia hendak menggoda adik ipar bos. Sedangkan dalam hati tak ada niat langsung
nak menggoda King Of Crocadile itu.
“Saja!
Nak jumpa you. I miss you so much! I call you many times.. but you didn’t
answer. Sebab tu I datang sini semata-mata nak lepaskan rasa rindu I ni
pada you. I rindu nak dengar suara you… wajah you… and everything about you,
my sweet princess. You drive me crazy, I can't sleep
because I am thinking of you.”
Luah Harriz bersungguh-sungguh. Hisy…
dah macam bunyi lagu pulak.
Pandangannya tidak lepas dari menatap raut wajah manis milik gadis bernama,
Balkish. Betapa dia rindukan gadis itu.
Sungguh!
Hatinya tidak menipu. Dia benar-benar rindukan Balkish. Terlalu rindu!
Sejak
mengenali Balkish, hatinya sering sahaja tidak keruan andai tidak dapat menatap
wajah manis itu. Dia benar-benar sudah gilakan Balkish. Disebabkan itulah dia
sering terbayangkan gadis itu
Balkish
mengetap bibir. Berapi rasa hatinya mendengar kata-kata Harriz. Geli-geleman
pun ada juga. Paling dia tak suka bila Harriz memanggilnya dengan panggilan ‘sweet princess’. Kalau bukan kerana
akalnya masih boleh berfikir dengan waras, sudah lama lelaki itu ditempelaknya.
Biar Harriz berasa malu ditempelak di hadapan staf F&F Holding. Menyakitkan
hati betul! Nasib baiklah dia masih sedar bahawa lelaki yang berdiri di
hadapannya ini adalah adik ipar kesayangan majikannya, Encik Fahmie Datuk
Farhan.
Dia
menjeling Kak Norma yang mengekek nakal. Bukan main seronok lagi kakak yang
sorang itu mentertawakan dia. Lina, Siti dan Suzila yang sudah mengambil tempat
duduk masing-masing, hanya mampu menguntum senyuman penuh makna. Senyuman apa
lagi kalau bukan senyuman mengusik dia yang sudah terkulat-kulat ini.
‘Huh…
suka la tu! Macamlah aku tak tahu senyuman dia orang yang penuh makna tersurat
dan tersirat tu.’ Gumam hati kecil Balkish. Sebuah jelingan maut dihadiahkan
buat sahabat-sahabatnya. Biar mereka tahu betapa ‘bengkak’nya hatinya ketika
ini. Rasa nak membunuh aje!
Tidak
kurang ada juga yang menghadiahkan dia dengan jelingan tanda cemburu.
Terutamanya Fasha. ‘Aduh… apalah yang nak dicemburukan sangat? Kalau si Fasha
tu rasa nak serah diri jadi ‘gila friend’
si Harriz buaya darat ni, dipersilakan. Aku tak ada sebarang halangan. Malah,
kecil tapak tangan… Stadium Bukit Jalil aku tadahkan. Ambiklah!!!!! Free Of
Charge.’
“Encik
Harriz, please! Kalau Encik Harriz datang sini sebab ada urusan dengan
Encik Fahmie, Encik Harriz boleh tunggu di ruang menanti di hujung sana. Tapi
kalau Encik Harriz datang sini semata-mata nak cakap semua ni pada saya, lebih
baik Encik Harriz balik. Saya tak ada masa nak layan Encik Harriz bersembang
perkara-perkara mengarut macam ni. Saya ada banyak kerja nak dibuat. Saya harap
Encik Harriz boleh faham.” Tegas sungguh Balkish berkata. Wajah pula sudah
kelat macam daun jambu batu. Tak manis langsung. Dia memang pantang betul bila
Harriz bermadah berhelah seperti itu untuk membeli jiwanya. Rasa nak termuntah
aje.
Harriz
tidak menjawab walau sepatah pun. Kata-kata tegas Balkish langsung tidak
meninggalkan bekas dalam hatinya. Malah, semakin lebar senyumannya ketika ini.
Semakin suka pula dia menatap wajah Balkish yang sudah jadi ‘garang tak
menjadi’ itu. Wajah selembut itu, kalau marah pun langsung tak menakutkan.
“Lagi
satu Encik Harris, lain kali tak payahlah nak bazirkan duit belikan saya semua
ni lagi. Saya tak nak. Lagipun saya tak suka bunga.” Balkish cuba mengembalikan
sejambak mawar merah yang diberikan oleh Harriz padanya.
Cantik!
Tapi dia tak sudi menerima pemberian lelaki itu. Dia tidak mahu masuk ke dalam
jerat yang telah Harriz sediakan untuk dirinya. Tak pasal-pasal tergadai body pulak nanti disebabkan jambangan
mawar merah itu! Huh… nauzubillah!
“Balkish,
jangan macam ni. Jangan tolak pemberian I, please….
I ikhlas beri bunga ni dekat you. Lagipun bunga cantik macam ni memang sesuai
dengan gadis secantik you. Ambiklah…
jangan hampakan hati I. I betul-betul ikhlas tau.” Harriz mengumpan. Jambangan
mawar merah itu dihulurkan kembali kepada Balkish dengan harapan gadis itu sudi
menerimanya. Mana ada perempuan yang tak suka bunga. Selama ini jika dia
memberi jambangan bunga kepada teman-teman wanitanya, semua akan menjerit
gembira. Lepas tu dia pun akan menerima satu ciuman sebagai balasan. Bukan dia
yang mintak dicium. Teman-teman wanitanya itu yang sudi nak cium dia yang hensem ini. Heheheee…
‘Hisy… mamat ni! Tak faham bahasa betul.
Dah aku kata tak nak tu… tak naklah! Takkan itu pun tak faham lagi. Nak aku
cakap dalam bahasa tamil ke? Tapi… kalau aku cakap dalam bahasa tamil, lagilah
dia tak reti. Aduh… susahnya bila
jumpa orang tak faham bahasa ni. Kang ada juga bunga dia ni masuk dalam bakul
sampah. Itu agaknya yang dia mahukan.’
“Tak
apalah, Encik Harriz. Terima kasihlah sebab bagi saya bunga cantik ni. Tapi
saya tak boleh nak terima. Doktor dah pesan pada saya supaya jauhkan diri dari
terkena kelopak bunga. Kulit saya ni alergi pada kelopak bunga, terutama bunga rose. Kalau terkena, kulit saya akan
jadi gatal dan kemerah-merahan. Hidung dan mata saya jugak akan berair dan
bengkak.”
Boleh
guna ke alasan tu? Ah… hentam sajalah! Yang penting dia tak akan ganggu aku
lagi. Aku dah tak tahan dengan mamat ni. Sebelum rasa sabar aku ni hilang, baik
dia pergi. Nanti tak pasal-pasal, ada pulak anak Tan Sri yang masuk ICU dek
terkena penengan karate-do aku. Dia tak tahu yang aku ni ada tali pinggang
warna-warni.
Kak
Norma, Lina, Siti dan Suzila sudah pecah ketawa mendengar alasan yang diberikan
Balkish. Macam dah tak ada alasan yang lebih baik daripada itu. kreatif
betul alasan yang dicipta. Hehehe…
“Assalammualaikum,
Balkish.” Satu suara mendekati meja Balkish.
Pantas
Balkish berpaling. Harriz juga ikut sama menoleh ke arah datangnya suara itu.
Cukup kenal dengan tuan punya suara tersebut. Seorang lelaki berusia
pertengahan 30-an yang masih segak dan bergaya menghampiri meja Balkish.
“Walaikumusalam,
Encik Fahmie.” Balas Balkish mesra. Dia bangun dari duduknya. Sebagai seorang
setiausaha kepada lelaki itu, dia perlu menghormati bosnya. Kepala ditundukkan
sedikit. Dah macam orang Jepun pula dia berlagak seperti itu. Sebuah senyuman
manis dihadiahkan buat Encik Fahmie, Pengurus Account Department F&F HOLDING tempat dia bekerja. Manis!
Ini
membuatkan renungan mata Harriz melekat terus pada seraut wajah yang mempersona
itu. Tidak berkedip matanya melihat wajah Balkish bila gadis itu tersenyum.
Selama ini orang akan kata, jika seseorang itu punya lesung pipit senyumannya
itu bagaikan satu pemanis. Tapi Balkish tak ada lesung pipit pun senyumannya
tetap manis. Harriz bagaikan dipukau. Gadis itu benar-benar telah mencuri hati
lelakinya. Aduh… ini yang dia tak tahan.
“Ehem… hai, Riz! Bukan main khusyuk lagi
kau tenung staf abang? Macam nak terkeluar aje bijik mata kau tu.”usik Encik
Fahmie kepada adik iparnya.
Pantas
Harriz tertawa. Baru dia tersedar bahawa dia begitu tekun merenung senyuman
Balkish yang manis terukir buat abang iparnya itu. Sehinggakan dia lupa akan
kehadiran lelaki itu di situ. Alangkah bahagianya jika senyuman manis itu
terukir indah buat dirinya? Tentu dia akan menjerit kegembiraan.
Balkish
yang sedar akan usikan majikannya itu hanya mampu tertunduk malu. Wajahnya
sudah kemerah-merahan ibarat udang yang dipanggang menggunakan bara api.
Hatinya pula mula berapi dengan perangai selamba katak jantan Harriz Tan Sri
Hamdan. Kalau bukan kerana lelaki itu datang menganggunya, tidaklah dia menjadi
bahan usikan Encik Fahmie pagi-pagi begini.
Hisy…
ini semua gara-gara dia, King Of
Crocodile!
Kawan-kawan
sekutu sudah mengekek nakal mendengar usikan bos mereka. Menambahkan lagi rasa
geram dalam hati Balkish.
Hampah
gas punya kawan-kawan! Tak boleh harap langsung! Bukannya nak tolong cover line aku, malah bukan main seronok
lagi diaorang gelakkan aku. Nantilah korang! Ada ubi, ada batas… lain hari aku
balas! Gumam hati Balkish geram. Matanya dijengilkan kepada geng bas sekolahnya
yang berempat itu. Sepantas itu juga kak Norma, Lina, Siti dan Suzila menekup
mulut dengan tangan masing-masing. Mengawal tawa yang masih lagi berbaki.
“Hah… apa hal kau datang awal pagi kat
ofis abang ni? Ada urusan penting ke?” tanya Encik Fahmie.
“Alaaa…
Abang Mie ni. Takkan nak jumpa abang ipar sendiri pun tak boleh. Ada hal bisnes yang Riz nak bincangkan.”
“Hmmm… iyelah tu Riz. Macamlah abang tak tahu niat Riz tu. Datang sini
bukan nak jumpa abang bincang pasal bisnes
pun. Tapi nak jual ayat-ayat cinta dekat Balkish, kan?”
Semakin
merah wajah Balkish bila Encik Fahmie berkata sebegitu. Nampak sangatlah yang
Encik Fahmie mengambil kisah hal-hal di dalam pejabat. Jika tidak, takdelah
lelaki itu tahu yang adik iparnya itu selalu datang menganggu. Aduh… malunya!
Rasa tebal puka kulit muka ni.
Sekali
lagi Harriz ketawa besar. Tajam sungguh pandangan abang iparnya itu. Sampai dia
nak mengurat Balkish pun abang iparnya dapat tahu. Ketara sangatkah dia nak
mengurat wanita manis itu? Hurmmm…
“Alaaa…
sportinglah sikit Abang Mie. Kalau
pun Riz nak menjual ayat-ayat cinta, bukannya dengan isteri orang pun. Single sama single, available sama available. Bolehlah tu.” Selamba badak
Harriz berkata. Langsung tidak menghiraukan jelingan maut Balkish yang berdiri
disebelahnya.
“Dah!
Dah! Jangan nak berlebih-lebih pulak.
Tengok dah semakin merah jambu muka Balkish dengar usikan Riz. Kalau betul Riz
datang sini nak bincang pasal bisnes dengan abang, jom masuk dalam bilik kita
bincang. Tak payah nak jual ‘minyak’ cinta dekat sini.” Ujar Fahmie kepada
Harriz. Kemudian dia segera masuk ke dalam biliknya.
Balkish
mengetap bibir. Geram betul hatinya mendengar gelak ketawa Harriz yang tak
sudah-sudah itu. Sebelum lelaki itu menghilang masuk ke bilik abang iparnya,
sempat juga lelaki itu mengenyit mata nakal ke arah Balkish. Spontan itu juga
Balkish menjelirkan lidahnya.
Tak
guna! Buaya……………………..
******************************************************************************
TOK! TOK! TOK!
Bagai hendak roboh pintu bilik Balkish diketuk sekuat itu. Terkejut jantung
hatinya. Mujurlah tak gugur dari tangkainya. Kalau tidak… dah Inalillah wainalillah hirajiun la dia
jadinya. Hisy… berapa banyak ‘nya’
dah!
Ini
kalau bukan kerja si Aleya budak gemuk tu, tentu kerja si Ella budak tinggi
macam galah itu. Kan cuma mereka berdua sahaja housemate yang Balkish ada. Siapa lagi punya angkara kalau bukan
mereka berdua?
“Kish…
oh Kish! Kau dah tidurkah?” suara Ella kedengaran. Sah! Ketukan yang hendak
memecahkan pintu bilik Balkish tadi datangnya daripada Ella.
Pantas
Balkish melompat turun dari atas katil. Dia bergerak ke pintu lalu tombol pintu
dibuka luas. Ella ni memang tak boleh nak tengok dia bersenang-lenang sikit.
Ada saja gangguan yang dia nak buat.
“Ni
nak apa ketuk pintu bilik orang macam nak bagi pecah aje?” sergah Balkish
garang. Kedua belah tangannya dicekak ke pinggang. Lagaknya itu dah tak ubah
macam mak tiri garang dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih yang begitu
popular suatu ketika dulu.
“Wah…
ada gayalah kau jadi mak tiri Bawang Putih, Kish. ‘Sejibik’…” ujar Ella yang
sudah tersengih-sengih macam kerang busuk kat Pasar Ikan Seri Kembangan.
Perkataan ‘sebijik’ sengaja diterbalikkan kepada ‘sejibik’. Entah sekolah mana
Ella pergi belajar guna perkataan begitu. Sesuka hati rosakkan bahasa yang
indah-indah.
Balkish
menggigit bibir. ‘Hisy… dia ni! Nak
samakan aku dengan mak-mak tiri yang jahat tu pulak. Aku ketuk kang kepala tu. Baru padan dengan muka yang selalu
perasan cute sepanjang zaman tu!’
“Dah…
kau jangan nak tukar topik pulak! Yang kau pergi ketuk pintu bilik aku macam
nak bagi pecah aje tu, kenapa? Aku ada hutang dengan kaukah? Atau kau memang
sengaja nak cari pasal?” gumam Balkish garang. Sebenarnya dia sengaja nak buat
garang. Bagi gertak sikit dengan minah kerek sorang ni. Biar takut sikit. Si
Ella ni bukannya boleh bagi muka sangat. Perangai tak makan saman.
“Alaaa…
itu pun nak marah. Relekslah sikit.
Tu hah… kat luar tu ada orang nak jumpa kau.” Ujar Ella yang sememangnya tak
pandai nak ambil hati itu.
Dahi
Balkish berkerut. Orang nak jumpa? Ulangnya dalam hati. Kemudian dia memusingkan
kepala lalu melihat jam lonceng yang terletak atas meja sisi. Jam menunjukkan
tepat pukul 8.15 minit malam. Siapa pula yang hendak berjumpa dengannya jam
seperti ini? Takkan tak boleh nak tunggu hari esok.
“Saper?” tanya Balkish sepatah.
Ella
menjungkit bahu. Bibirnya dicebiknya.
“Manalah
aku tahu.” Jawabnya acuh tak acuh.
Kemudian
bibir Ella yang sentiasa bergincu merah menyala itu mengukir senyuman lebar.
Eheh…
ni apasal pulak tersengih-sengih ni? Dah buang tebiat kut.
“Tapi
yang pasti kan Kish… dia seorang lelaki yang hensem. Muka ala-ala pelakon korea si Dennis Oh. Tinggi dan
bertubuh sasa. Kulit pula putih melepak gitu.
Boleh buat my heart cair tengok muka
dia tu. Heheheee…” Ella sudah tayang
muka gatal. Kedua belah tangannya dibawa ke dada lalu dengan penuh
mengada-ngada dia melentokkan kepalanya ke permukaan dinding. Mata pula
sudah dikerdip-kerdip macam orang miang nak berlaki. Bayangan wajah hensem itu
membuatkan dia angau.
Balkish
menjulingkan matanya ke atas. Meluat binti loya pula tekaknya bila tengok Ella
buat aksi gatal tahap kucing parsi betina seperti itu. Ella ni memang pantang
jumpa lelaki hensem. Mulalah gatal tahap maksimumnya itu datang. Hai… Cik Ella…
nasib baiklah muka kau cantik.
Bila
mendengar ciri-ciri lelaki yang dimaksudkan oleh Ella itu terutama tang muka
yang konon-konon macam Dennis Oh, tiba-tiba Balkish teringatkan seseorang.
Tapi… takkanlah lelaki itu sampai datang ke sini pulak? Hisy… mustahil la! King Of
The Crocodile tu bukannya tahu pun
aku tinggal menyewa kat kawasan ni. Orang lain kut. Balkish berkata pada diri
sendiri.
“Cepatlah
Kish… kau menungkan apa lagi tu? Dia dah lama tunggu kau kat depan tu.” Ujar
Ella. Mematikan lamunan sesaat Balkish.
Pantas
Balkish menyambar selendang yang terletak atas penyidai kayu. Selendang warna
hitam itu diletak kemas atas kepalanya. Kemudian dia melangkah keluar
membuntuti langkah Ella yang sudah bergerak laju ke depan. Ella, kalau pasal
lelaki hensem memang laju aje jalan dia.
Di
depan pintu pagar yang telah dibuka, kelihatan kelibat Aleya yang sedang
terpusing-pusing kiri dan kanan. Wajah lelaki di depannya itu ditatap penuh
minat. Hensemnya lelaki ini… kalaulah
aku dapat menjadi girlfriend dia, kan
bagus! Tentu akulah gadis manis yang paling bertuah dalam dunia fana ini. Hahahaaa…
Aleya sudah ketawa miang dalam hati. Bayangan dia sedang memakai baju pengantin
bersama lelaki hensem di depannya itu
menerpa. Dah tu baju pengantinnya pula kembang macam baju Cinderella.
Seronoknya jika angan-angan itu menjadi kenyataan.
Tanpa
sedar ketawa Aleya terkeluar. Ini membuatkan lelaki hensem di depannya itu tersentak. Mana tidaknya, tak ada yang
kelakar tetiba aje dia mengekek
ketawa. Hisy… jangan si hensem ni sangka aku perempuan gila
sudahlah. Kalau tak… musnah harapan aku nak tackle
hati si hensem ni.
“Opsss… heheheee… sorry.” Pinta Aleya.
Malu bukan kepalang bila dia lihat wajah lelaki itu yang nyata terkejut beruk
disebabkan ketawanya yang tiba-tiba terkeluar itu. Nanti tak pasal-pasal lelaki
itu ingat dia ni sewel pulak. Husy!
Ella
menerpa di sebelah Aleya. Bibirnya tersungging senyuman manis bila mata lelaki
hensem itu memandang ke arahnya pula. Alahai… tergoda my heart tengok muka cute
mamat ni. Siapalah namanya si hensem
ini ye? Mahu sekali aku mengenalinya.
“Mana
Kish?” Bisik Aleya ke telinga Ella. Lengan sahabatnya itu dicuit. Hisy… si Ella ni! Mulalah nak menggoda
tu. Pandang lelaki tak berkedip mata. Tak boleh jadi macam ni! Aku kena cepat
bertindak. Tak boleh nak biarkan si budak tinggi macam galah ni mendahului aku.
“Jap lagi dia keluarlah.” Balas Ella
dengan mulut terkatup tapi bibir maintain senyum manis. Geram betul bila Aleya
sengaja menganggu konsentrasinya menatap wajah hensem di depan mata yang cukup menggoda.
Kemudian
kedua-dua wanita itu berpaling memandang wajah hensem di depan mereka. Bibir keduanya tidak putus memberikan
senyuman yang kononnya paling manis sekali di dunia ini. Ini membuatkan lelaki hensem itu juga turut tersungging
senyuman manis. Senyuman yang bisa membuatkan hati Aleya dan Ella bagaikan
hendak gugur ke bumi. Alahai…
Balkish
melangkah keluar dengan dahi yang berkerut-kerut. Dia meninjau-ninjau. Cuba
melihat siapakah gerangannya si dia yang sedang berada di luar pintu pagar itu.
Sehinggakan Aleya dengan Ella begitu khusyuk berdiri di situ bagaikan patung
cendana. Hensem sangat agaknya lelaki itu sampai dua sahabat baiknya itu tak
berganjak langsung. Selipar jepun disarung ke kaki. Kemudian dia melangkah
perlahan-lahan menuju ke pintu pagar.
“Hai… sweet princess!” sapa Harriz sambil
tayang senyuman paling manis buat Balkish. Terserlah lesung pipit di kedua
belah pipinya.
Bulat
mata Balkish tatkala terpandangkan wajah lelaki yang sedang bersandar megah
pada BMW hitamnya itu. Bukan main selamba lagi lelaki itu mengenyit mata ke
arahnya.
Balkish
mengetap bibir. Hisy… bala betul! Apa
pulak yang buaya ni mahukan malam-malam begini? Tak reti nak duduk diam ke dia ni? Asyik menganggu hidup aku aje!
“Errr… Encik Harriz? Buat apa dekat
sini?” tanya Balkish. Sebaik mungkin dia cuba mengawal rasa marahnya dengan tindakan
lelaki itu yan sampai sanggup datang ke perumahan sewanya. Malulah dilihat dek
jiran-jiran kalau dia tetiba marah-marah.
Mata
melilau melihat ke kiri dan kanan. Nampaknya jiran-jiran sebelah-menyebelah
rumah sewanya itu masih bersembang-sembang di luar rumah. Kak Liza sudah
tersenyum simpul memandang. Sebagai balasan, Balkish juga melemparkan senyuman
buat wanita itu. Heeeee…
“I
datang jumpa cousin I yang tinggal
sekitar kawasan ni. Tetiba I teringatkan you. Jadi rasanya baik I jumpa you
sekali. You free tak? Jom keluar
makan-makan dengan I.” ujar Harriz yang masih dengan senyuman yang masih mekar
dibibirnya itu. Hairan betul? Tak sakit ke bibir lelaki itu asyik
tersengih-sengih sebegitu? Hisy…
Iye
sangatlah jumpa cousin dia. Macamlah
aku tak tahu yang dia sengaja nak jumpa aku. Ini kerja siapa entah pergi bagi
alamat rumah aku dekat King Of The
Crocadile ni? Kena siasat ni. Esok siaplah pemberi maklumat itu aku
kerjakan.
“Errr… macam mana Encik Harriz tahu saya
tinggal kat kawasan ni?” tanya Balkish. Ajakan Harriz tadi langsung tidak
dijawab.
“Kak
Norma yang bagitahu.” Lurus bendul Harriz menjawab. Langsung tak menyedari
bahawa Balkish sengaja bertanya begitu untuk mencungkil rahsia siapa yang telah
memberitahunya yang Balkish menyewa di Perumahan Taman Sungai Wang.
Balkish
mengetap bibir. Dalam hati nama Kak Norma sudah dijerit sekuatnya. Esoklah Kak
Norma! Siapa Kish lumat-lumat Kak Norma macam sambal belacan. Pandai-pandai
bagitahu mamat ni yang aku tinggal kat sini. Aduh! Nampaknya lepas ni aku jadi
bahan gosip jiran tetangga la nampanya.
“Kish…
jomlah. Kita keluar makan-makan. Boleh jugak kita sembang panjang. Kalau you
tak selesa keluar berdua dengan I… you boleh ajak dua kawan you yang
cantik-cantik ini.” Sekali lagi Harriz mempelawa. Sempat dia mengenyit mata ke
arah Aleya dan Ella yang masih tercegat di situ.
Aleya
dengan Ella apa lagi. Terus buat muka gatal tahap perempuan meroyan!
Tersengih-sengih bila ada yang puji diaorang cantik.
“Jom
le Kish.” Ajak Aleya dan Ella
serentak. Merengek bagaikan anak kecil yang sedang memujuk ibu mereka untuk
dibelikan gula-gula lolipop. Peluang untuk keluar bersama lelaki hensem itu
tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Inilah peluang untuk berkenalan dengan si
hensem persis wajah lelaki korea itu. Peluang sekali seumur hidup! Heheheee…
Balkish
menjengilkan biji matanya. Hisy…
minah berdua ni! Pantang nampak lelaki hensem
sikit mulalah tergedik-gedik macam kucing siam nak mengawan. Aduh… parah betul!
Macam manalah aku boleh dapat dua kawan yang gediks macam diaorang ni?! Nasib baiklah aku tak terjangkit
penyakit gediks diaorang ni.
Melihat
mata Balkish yang sudah terjengil itu, pantas Aleya dan Ella menikus. Tak
berani lagi nak merengek-rengek memujuk Balkish untuk menerima ajakan mamat
hensem itu. Nampaknya hasrat di hati untuk keluar bersama si hensem bernama
Harriz itu hanya tinggal mimpi sahaja. Huhuhuuu…
Balkish
cuba memaniskan wajahnya memandang Harriz yang masih menanti jawapan
daripadanya. Dia kenalah pura-pura senyum manis. Sebab kak Liza jiran sebelah
rumah asyik pandang ke arah mereka aje. Husy…
susah betul bila jadi perhatian macam ini. Semua kena dikontrol.
“Hmmm… takpelah Encik Harriz. Lain kali ajelah. Lagipun hari dah malam, tak
manis kalau kami keluar malam-malam begini. Nanti apa pulak kata jiran tetangga
bila nampak kami keluar jam seperti ini.” Penuh sopan santun Balkish menyusun
kata.
“Tapi
kita keluar ramai-ramai, right?
Bukannya kita berdua aje. Jom la…” Harriz masih mahu mencuba. Manalah tahu hati
wanita itu akan lembut lantas menerima pelawaannya itu. Dia tak akan mengalah
dengan begitu mudah. Pantang menyerah kalah sebelum berjuang habis-habisan.
Heheheee…
Belum
sempat Balkish membalas kata-kata Harriz, suara azan dari masjid berdekatan
dengan kawasan perumahan tempat dia tinggal berkumandang. Sayup-sayup
kedengaran suara Bilal yang tengah mengalunkan azan yang mana menandakan waktu
solat Isyak sudah pun tiba. Pantas senyuman kecil terukir pada bibir comel
Balkish.
Terima
kasih ya ALLAH! Ucapnya dalam hati.
“Nampaknya
azan dah berkumandang. Saya kena solat. Sorry
ya Encik Harriz. Lain kali aje ye.
Saya masuk dalam dulu. Assalammualaikum…” sepantasnya Balkish mendapat idea
yang paling bagus untuk mengelakkan diri dari pelawaan Harriz itu. Tanpa
berlengah dia melangkah untuk masuk ke dalam rumah. Namun langkahnya mati bila
teringatkan sesuatu. Pantas dia berpaling.
“Ehem…
korang tak nak solat ke? Tak elok melambat-lambatkan waktu solat.” Sindir
Balkish. Cuba mengembalikan dua sahabatnya yang nampak sudah angau itu kembali
ke alam nyata.
Aleya
dan Ella tersengih memandang Harriz.
“Errr… sorry ye Encik Harriz. Kami masuk dulu. Bye… assalammualaikum. Jumpa lagi.” Ujar Aleya. Dia menarik tangan
Dynas yang masih tersengih-sengih itu. Dengan terkocoh-kocoh mereka melangkah
masuk ke dalam rumah.
“Babai…”
ujar Ella yang masih tak puas hati melihat wajah hensem lelaki itu. Sah malam
ini dia akan termimpikan lelaki itu. Hehehe…
“Dah!
Dah! Jangan nak terbabai. Masuk!”
bagaikan ibu tiri Balkish memberi arahan kepada Ella.
“Encik
Harriz… tolong tutup pintu pagar, ye. Terima kasih.” Selepas itu Balkish
menutup rapat daun pintu. Dalam hati dia sudah ketawa besar melihat wajah
terpinga-pinga Harriz. Padan muka!
Khakhakhakhakhakhakha!
Bila lagu cinta
bergema
~2~
“MORNING my sweet princess!”
Sapaan itu membuatkan Balkish terkejut. Bulat matanya memandang wajah Harriz
yang sedang bersandar megah pada BMW hitam milik lelaki itu. Baru sahaja
Balkish hendak membuka pintu pagar rumah, tetiba sahaja dia sudah disapa oleh
satu suara yang amat dikenalinya itu. Suara yang selalu menganggu hidupnya
sejak akhir-akhir ini sehinggakan kadang-kadang dia rasa hilang sabar dengan
lelaki itu. Mujurlah dia tak menjerit akibat terkejut mendengar sapaan lelaki
itu.
Harriz
yang bersandar penuh bergaya pada BMW hitamnya yang bersinar-sinar itu sudah
tayang senyuman semanis gula-gula lolipop. Spontan itu juga Balkish mengerling
jam di tangan. Baru pukul 7.15 minit pagi. Awalnya lelaki itu sudah tercegat
depan pintu pagar rumah. Hisy… awal
pagi lagi dia sudah disajikan dengan wajah Harriz yang konon tahap hensem meletup itu.
“Eh…
Encik Harriz? Buat apa kat sini pagi-pagi begini?” Soal Balkish sambil cuba
memaniskan air mukanya. Ikut rasa hati mahu diterkamnya lelaki itu. Namun dia
perlu sabarkan hati. Takut bila tahap kesabarannya sudah hilang, ada jugak anak
Tan Sri yang dihantar masuk ke ICU dek terkena kungfunya pagi itu.
‘Jangan
kata dia pergi ziarah rumah cousin dia awal pagi begini sudah. Nampak sangatlah
yang dia kelentong!’ Sambung Balkish dalam hati.
“I
dari rumah cousin I yang tinggal
sekitar area ni tadi. Lepas tu teringat pulak dekat you. Pasal tu I singgah kat
sini mahu jumpa you. I rasa hidup I ni tak akan lengkap kalau tak nampak muka
you sehari. Dah macam jadi kebiasaan pulak I mesti tengok you dulu baru dapat
buat kerja. Kalau tak… semua kerja macam tak menjadi.” Selamba biawak Harriz
menjawab soalan Balkish.
Balkish
menjulingkan biji matanya ke atas. ‘Kan betul apa aku fikir. Mesti buaya jantan
ni akan cakap begitu. Nampak sangat yang dia tu sebenarnya memang sengaja
tunggu aku kat sini. Takkan seawal pagi begini dah ziarah rumah cousin dia? Tak masuk dek akal. Aduh…
ini yang aku malas bila King Of Crocodile
ni dah tahu alamat rumah aku. Sah dia akan ganggu hidup aku lepas ni.’
‘Arghhh…
rimasnya! Ini semua kak Norma punya pasal. Nantilah kak Norma… sampai aje kat
ofis Kish siat-siat kulit putih gebu kak Norma tu bagi makan kat ikan jerung.
Pepandai aje bagi alamat Kish dekat King
Of Crocodile ni!’
“You
dah nak gerak ke pejabat ke?” tanya Harriz. Awal pagi begini sudah dapat
menatap wajah cantik Balkish membuatkan dia semakin bersemangat. Kalau
hari-hari macam ini, alangkah indah hari-hari yang dilaluinya. Heheheee…
Balkish
sekadar mengangguk. Malas hendak berbual panjang dengan Harriz yang tak pandai
faham bahasa itu. Fikirannya kini hanya terlekat pada kak Norma. Tak sabar rasa
hatinya hendak menyerang ibu kepada tiga orang cahayamata itu. Sesuka hati saja
bagi alamatnya kepada Harriz. Tak pasal-pasal dia sudah mengadap muka lelaki
itu di awal pagi. Husy!!!
“Kalau
macam tu biar I hantarkan Balkish. Kebetulan I juga nak jumpa Abang Mie pagi
ni.” pelawa Harriz. Bibirnya tersungging senyuman manis. Senyuman yang bisa
mencairkan hati para wanita. Namun sayang senyuman itu tidak dapat melembutkan
hati Balkish.
Amboi
Harriz ni, rajin pula dia jumpa Fahmie sejak akhir-akhir ini. Nampak sangat
yang dia nak pergi menyelam sambil minum air.
“Eh…
takpe-takpe Encik Harriz. Saya ada kereta sendiri. Saya boleh memandu
sendiri ke pejabat. Tak payahlah Encik Harriz nak susah-susah hantarkan saya.”
Tolak Balkish. ‘Hisy… macamlah aku ni
takde kenderaan sendiri nak pergi ke
pejabat. Biarpun sekadar kereta kancil second-hand,
tapi masih boleh digunakan dengan baik untuk ke tempat kerja. Kalau pun aku takde kereta, aku lebih rela naik bas
berhimpit macam ikan sardin daripada tumpang Harriz buaya jadian ini. tak
pepasal aku kena ‘ngap’ pula di
tengah jalan. Husy… nauzubillah! Orang lelaki ni bukannya boleh percaya sangat. Lebih-lebih yang
kaki perempuan macam ini. Ada saja helanya nak menggoda.’
“Takpe… I ikhlas. Lagipun I rela susah
disebabkan you, Balkish. I lagi suka.”
Balkish
mengetap bibir. Susah betul bila bercakap dengan orang yang tak pandai faham
bahasa macam Harriz ini. Itu yang membuatkan Balkish tak sukakan Harriz. Lelaki
itu selalu membuatkan dia rimas dengan setiap perbuataannya.
“Takpelah Encik Harriz. Saya boleh memandu
sendiri. Terima kasih sajalah atas pelawaan Encik Harriz tu…” Ayat Balkish
tergantung di situ setelah mendengar pintu grill rumah ditutup dan bunyi tapak
kaki kasut tumit tinggi milik Aleya dan Ella kedengaran.
Aleya
dan Ella tersenyum miang kala terpandang wajah hensem yang sudah terpacak awal
pagi di depan rumah sewa mereka itu. Awal pagi lagi mata disajikan dengan wajah
hensem, menambahkan semangat dalam diri Aleya dan Ella. Kalau hari-hari macam
ini, Aleya dengan Ella sanggup menjadi penunggu setia depan pintu pagar.
Asalkan dapat cuci mata melihat wajah hensem ala korea itu. Heheheee!
“Hah… itu pun kawan-kawan saya dah
keluar. Saya pergi dulu ye Encik
Harriz. Takut terlambat pulak masuk
ofis nanti. Assalammualaikum…” Tanpa berlengah Balkish menuju ke arah kereta
kancil putih miliknya. Meninggalkan Harriz yang sudah terpinga-pinga dengan
tindakan sepantas kilatnya itu.
Ella
sudah masuk ke dalam kereta bila terlihat isyarat mata daripada Balkish. Belum
sempat dia hendak menyapa lelaki hensem
itu, Balkish dah bagi isyarat mata menyuruh dia segera masuk ke dalam perut Kancil.
Mahu tak mahu kenalah dia akur. Huhuhuuu…
melepas beb!
Manakala
Aleya pula terus berlalu ke pintu pagar. Hari ini giliran Aleya yang menutup
pintu pagar. Tadi Ella sempat berbisik mengatakan dia sudi menutup pintu pagar
untuk hari ini bagi menggantikan tempat Aleya. Amboi… Ella kalau nampak lelaki hensem aje terus tunjuk rajin. Selalu
dialah yang paling malas nak tutup pintu pagar rumah kalau hendak pergi kerja.
Susah sangat nak disuruh. Namun Aleya menolak kesanggupan sahabatnya itu.
Macamlah dia tak tahu niat Ella yang hendak beramah-tamah dengan si hensem itu.
‘Ceh!
Aku pun mahu juga bertegur sapa dengan mamat hensem tu. Ingat dia sorang aje ke yang mahu? Sorry ek Cik Ella ratu dangdut… Cik Aleya ratu kebaya pun mahu
jugak berkenalan dengan si hensem
ini. Pat-pat siku lipat, siapa cepat dia dapat! Khakhakhaaa….’
“Apasal
dengan mamat hensem tu Kish? Awal
pagi lagi dia dah datang ke sini.” Tanya Ella ketika Balkish sudah mengambil
tempat duduk di kerusi pemandu. Manakala dia sudah pun bersandar duduk di
kerusi sebelah. Kepalanya sempat berpusing melihat kelibat Aleya yang sedang
bersembang dengan si hensem.
Bertuahnya budak montel tu. Dapat pulak
bersembang dengan mamat hensem yang
baru dikenali semalam. Dia juga yang rugi tak berlagu. Uwaaaa… jelesnya kat
Aleya!
“Entah!
Mengigau kut.” Acuh tak acuh sahaja Balkish menjawab. Dia membetulkan cermin
pandang belakang. Memandang kelibat Aleya yang sudah terpusing-pusing melayan King Of Crocodile.
Balkish
mendengus. ‘Hisy… si Aleya ni sempat jugak melayan buaya jadian tu! Kena ‘ngap’ body yang montok tu dengan buaya jadian tu nanti, baru padan dengan
muka. Habis segala isi dan lemak-lemak dia tu kena baham. Yang tinggal cuma tulang!
Jadilah Aleya sup tulang kering.
Pon!
Pon! Pon!!!
Balkish
membunyikan hon kereta. Beri isyarat yang dia hendak mengeluarkan keretanya
dengan segera. Selagi Aleya masih tergedik-gedik melayan King Of Crocodile tu dekat situ, macam mana nak keluarkan kereta
ni, kan?
Si
Aleya ni pun dua kali lima aje dengan Ella. Pantang nampak lelaki hensem. Mulalah nak jual taik minyak.
Ngam sangatlah jumpa dengan King Of Crocodile yang suka bagi ayat-ayat cinta
itu. Memang cerita bertambah jadi menarik berganda-ganda.
“Aku
pelik betullah dengan kau ni, Kish.” Tiba-tiba Ella menyuarakan rasa peliknya
dengan sikap Balkish. Dia masih lagi memandang ke belakang. Untungnya si budak
gemuk ni. Dapat bergelak tawa dengan si mamat hensem. Aku jugak yang telan air liur. Huhuhuuu… Kenapalah hari ini bukan giliran aku yang tutup pintu
pagar?? Arghhh… kecewanya hati ini.
“Pelik
kenapa pulak?” tanya Balkish sambil
masih memandang cermin pandang belakang lagi. Melihat kereta BMW Harriz yang sudah
pun berlalu meninggalkan blok D kawasan perumahan Sungei Wang. Lega rasa
hatinya. Berambus juga buaya jadian itu akhirnya. Alhamdulillah….
“Iye la… macam itu punya hensem muka mamat tu pun kau tak nak
layan. Sudahlah hensem, pakai kereta
besar pulak. Sah-sah mamat hensem tu tergolong dalam golongan
orang-orang kaya. Takkan itu pun kau nak reject
jugak, Kish. Tolak tuahlah namanya tu.” Kata Ella bersungguh-sungguh.
“Itu
pendapat kau. Pendapat orang yang hanya tengok pada muka, kereta besar dan
harta semata-mata. Bagi aku… kalau aku reject
Encik Harriz tu pun, aku tak akan kehilangan tuah yang kau katakan tu. Kau
belum kenal Encik Harriz tu siapa? Dia tu playboy
nombor satu kat KL ni. Hisy… aku tak
naklah jadi mangsa Encik Harriz yang seterusnya. Nauzubillah.”
“Owh…
nama mamat hensem tu Harriz ye, Kish? Hurmmm… macam familiar ajelah
nama dia tu Kish.” Ella masih belum berhenti bercakap mengenai Harriz.
“Hrmmm… nama si buaya tu Harriz.
Memanglah kau macam familiar nama tu.
Sebab dia tu memang terkenal dengan sikap buaya darat dia kat KL ni. Bukan tu
aje, dia dah dinobatkan sebagai playboy terhebat dekat KL ni oleh sebuah
majalah.‘Gila friend’ dia keliling
pinggang. Jangan cakaplah berapa ramai. Pasal tu aku cakap aku tak nak jadi
mangsa Encik Harriz tu yang seterusnya. Tak pasal-pasal merana jiwa.”
“Kau
ni Kish… tak baik tau cakap begitu.” Bidas Ella tak puas hati bila Balkish
berkata begitu. Patut ke kata ‘gila
friend’? Tak patutkan…….
“Kalau
aku la di tempat kau… aku rela jadi mangsa Encik Harriz tu, Kish. Dahlah dia hensem ala-ala hero Korea. Kaya-raya pulak. Bertuah badan.” Ella mencela
lagi. Bibirnya yang sentiasa dioles dengan lipstick
warna merah menyala itu sudah tersungging senyuman gatal tahap kucing betina
siam. Ini kalau lembu Haji Rosli nampak bibir Ella yang merah menyala ni sah
kena sondol. Dia tidak kisah pun
Harriz itu playboy. Yang penting, dia
rasa bertuah didampingi lelaki kacak seperti Harriz. Cukup kacak!
Balkish
sudah mencebik. Si Ella ni kalau pasal lelaki hensem aje mesti dia rela segala hal. Hai… parah betul penyakit
budak Ella ni. Mujurlah dalam rela-rela dia tu body tak tergadai. Hisy…
nauzubillah!
“Iye la… bertuah la sesangat. Esok lusa
bila dia jumpa perempuan yang lebih cantik dan muda, dia tinggalkan kau… baru
kau sedar yang kau tu bernasib malang. Tapi waktu tu dah tak guna kau nak
menyesal, nasi dah jadi bubur Cik Nuraqilla oi.”
Komen Balkish.
Ella
menjeling geram. ‘Hisy… Kish ni! Suka
betul nak memanipulasi fikiran aku. Baru aje aku nak pasang angan-angan
bercinta dengan lelaki bernama Harriz yang hensem
itu, Kish dah musnahkan angan-angan aku. Haprak punya kawan!’
Aleya
yang sudah memboloskan diri masuk ke tempat duduk belakang Kancil second-hand milik Balkish tersungging
senyuman manis. Seronok betul dia bila dapat berbual dengan Harriz walau pun
hanya sebentar. Bertambah gembira bila Harriz memuji dirinya. Kata Harriz,
Aleya nampak cantik sangat hari ini. Warna kuning yang membaluti tubuhnya yang
montok ini membuatkan dia begitu berseri-seri. Cair hatinya mendengar pujian
mesra lelaki itu. Hahahaaa…
Tanpa
sedar tawanya terkeluar. Ingat nak ketawa dalam hati saja. Tak sangka pula
boleh terkeluar.
Pantas
dua kepala berpaling serentak. Terkejut mendengar ketawa Aleya yang tak
semena-mena itu. Entah apalah yang kelakar sangat sampai budak chubby yang comel itu boleh tergelak.
“Opsss… sorry!” pinta Aleya sambil
menekup bibirnya dengan kedua belah tangan.
******************************************************************************
“ALAAA…
sorrylah Kish. Akak bukannya sengaja
nak bagi alamat rumah Kish dekat Encik Harriz. Tapi akak terlanjur kata. Tengah
syok-syok bercerita, tersasul pula terbagi alamat rumah Kish.” Ujar Kak Norma
bersungguh-sungguh. Memang dia tak berniat pun hendak memberitahu alamat rumah
Balkish pada Harriz. Tapi dia telah terlanjur memberitahu alamat rumah Balkish
tanpa sedar. Ini semua sebab dah naik syok bercerita dengan Harriz yang hensem
bergaya itu. Hahahaaa…
Balkish
tarik muka. Macamlah dia tak tahu dengan perangai kak Norma yang suka
kenan-kenankan dia dengan Harriz. Konon Harriz itu cukup padan kalau
bergandingan dengannya. Ceh! Pandai-pandai aje
kak Norma nak padankan dia dengan Harriz si buaya jadian itu. Kalau pun kak
Norma tu dah bermurah hati sangat nak jadi tukang cari jodoh untuknya, carilah
lelaki yang baik sikit. Yang boleh diharap. Bukannya lelaki berstatus King Of Crocodile. Itu bukan cari jodoh
lagi namanya, tapi cari masalah.
“Kish
marah akak ke? Kish… akak mintak maaf banyak-banyak. Akak betul-betul tak
sengaja. Sumpah!” kak Norma mengangkat sebelah tangannya seolah-olah sedang
melafazkan ikrar.
“Iye la tu… berani aje bersumpah. Nanti-nanti Kak Norma kena baham dengan sumpah
sendiri. Baru padan dengan muka tu.” Gumam Balkish.
Lina,
Siti dan Suzila sudah mengangguk-angguk. Bersetuju sangat dengan kata-kata
Balkish. Jangan berani-berani nak bersumpah. Nanti tak pepasal kena telan dek sumpah sendiri. Abang Erman jugak
yang untung. Mana taknye… dapat
kahwin baru. Khakhakhaaa…
Kak
Norma tersengih. Wajah Balkish ni biar pun masam tetap kelihatan cantik. Ramai
yang kata Balkish ada persis wajah Datin Norjuma. Jadi tak hairanlah jika
Harriz Tan Sri Hamdan yang playboy
itu boleh terkejar-kejarkan Balkish. Orang cantik la katakan!
“Akak
berani bersumpah sebab akak cakap perkara yang sebenar. Akak memang tak sengaja
terbagi alamat rumah Kish dekat Encik Harriz.” Sekali lagi Kak Norma mengulangi
ayat yang sama. Perkataan ‘TER’ sengaja ditekankan supaya Balkish tahu yang dia
benar-benar tak sengaja.
“Petang
semalam lepas balik dari ofis… akak dengan husband
dan anak-anak pergi beli barang dapur dekat Jusco. Tak sangka boleh terserempak
dengan Encik Harriz dekat situ. Akak pun berbual la kejap dengan Encik Harriz.
Dia banyak sangat tanya pasal Kish. Tengah sedap-sedap berborak tu… entah macam
mana akak boleh terbagi alamat rumah Kish dekat Encik Harriz. Bukannya akak
suka-suka nak kasi pun. Mulut ni yang tak sengaja nak kasi.” Terang kak Norma.
Dia tak naklah Balkish sangka yang dia ni suka-suka nak kasi alamat gadis manis
itu dekat Encik Harriz. Dia bukannya tak tahu bagaimana antinya Balkish dekat
Harriz. Macamlah Harriz tu virus yang boleh memudaratkan aje dalam hidup Balkish.
“Hah… lain kali kalau Kak Norma berbual
dengan Encik Harriz tu kenalah control
sikit. Jangan nak over acting sangat.
Kan dah terbagi alamat si Kish ni. Kish jugak yang susah.” Suzila mencela.
Perkataan ‘TER’ sengaja ditekannya sama seperti Kak Norma tadi. Bibirnya pula
sudah tersungging senyuman sinis. Sengaja mahu menyakitkan hati kak Norma.
Dengar
saja suara si Suzila yang sudah mencela itu, pantas saja kak Norma menjengilkan
biji matanya. Hisy… budak Zila ni!
Dah bersusah-payah aku nak pujuk si Kish ni dia pulak sengaja nak buat Kish
marah balik. Aku sekeh kang kepala tu, baru tau!
“Akak
kan dah kata yang akak tak sengaja.” Kak Norma bersuara dengan kuat. Marahlah
tu.
“Iye la… iye la. Kish maafkan Kak Norma. Lain kali jangan buat lagi.”
Balkish yang tak suka nak memanjangkan hal sudah memberi kemaafan kepada kak
Norma. Dia bukannya marah sangat pun. Saja nak gertak. Bagi pucat sikit muka Kak
Norma yang selalu berlagu riang itu.
Mendengar
kemaafan yang diberikan oleh Balkish membuatkan Kak Norma tersenyum lebar.
Rasanya lebar senyuman Kak Norma dah sampai ke telinga. Maklumlah… orang dah
buat salah besar. Mestilah happy bila
dah diberi kemaafan. Heheheee…
“Ini
yang akak sayang dekat Kish. Meh sini
cium sikit…” Kak Norma memeluk Balkish. Bibirnya yang merah menyala itu sengaja
dirapatkan ke pipi Balkish. Konon nak menghadiahkan ciuman paling mahal buat
gadis manis itu.
“Eiii… apa ni Kak Norma? Dah… dah… tak
payah nak cium-cium. Hisy… gelilah!”
Balkish menolak mulut Kak Norma yang sudah memuncung hampir mendarat ke
pipinya.
Kak
Norma ketawa besar. Lega rasa hatinya melihat wajah Balkish yang kembali
tersenyum itu. Balkish ni marah bukannya lama mana pun. Marah-marah sayanglah
katakan.
“Kish…
aku tanya sikit boleh tak?” Setelah melihat Balkish kembali tersenyum, Lina
memberanikan diri untuk bertanya. Takut juga dia melihat wajah garang Balkish
tadi. Mana taknya, tak pernah dia lihat Balkish mengamuk macam itu tadi.
Sampai-sampai aje terus serang Kak Norma. Pucat wajah Kak Norma dek serangan
hendap Balkish itu.
Balkish
menoleh ke arah Lina. Keningnya dinaikkan.
“Tapi
kau kena janji tak akan marah.” Ujar Lina ragu-ragu.
Balkish,
Kak Norma, Siti dan Suzila saling berpandangan. Hisy… suspen betul soalan yang Lina nak kemukakan ni. Sampai-sampai
nak suruh Balkish berjanji supaya tak marah.
“Iye la… aku tak marah. Kenapa? Teruk
sangatkah aku marah tadi?”
Serentak
itu empat kepala mengangguk-angguk umpama burung belatuk. Memang menakutkan
bila Balkish mengamuk tadi. Macam mak gorilla.
“First time nampak kau marah Kish. Garang
sangat. Dah serupa mak gorilla pulak
aku tengok. Kecut perut aku tengok. Tak pernah aku tengok kau segarang itu.”
Siti memberi komen. Cuak benar dia melihat kemarahan Balkish tadi.
“Betul…
betul… betul.” Kak Norma sudah meniru cara percakapan Ipin adik kembar si Upin
yang comel itu. Hai… besar sungguh pengaruh Upin Ipin. Sampaikan emak budak
macam Kak Norma ni pun boleh terikut-ikut rentak percakapan Upin Ipin yang
sering buat Kak Ros naik marah itu.
“Heheheee…
aku sengaja je buat-buat garang. Bagi
korang takut sikit. Ini semua Kak Norma la punya pasal. Budiman sangat bagi
alamat Kish dekat King Of The Crocodile
tu.” Balkish mengerling Kak Norma. Wanita yang sudah mencecah usia 36 tahun itu
hanya tersengih ibarat kerang busuk.
“Hah…
apa yang kau nak tanya sangat ni Lina? Buat suspen je.” Balkish kembali memandang Lina.
Lina
menggigit bibirnya yang dicalit dengan lipstick
warna merah jambu. Warna kegemarannya.
“Aku
nak tanya kau sikit pasal Encik Harriz.” Teragak-agak Lina menuturkan ayat.
Takut kalau Balkish mengamuk untuk kali yang kedua pagi ini.
Balkish
yang tadi sudah ceria kembali berwajah serius kala nama Harriz meniti keluar
dari bibir comel si Lina. Aduh… apalah nasibnya hari ini? Dahlah awal pagi
bersarapan dengan muka Harriz yang sentiasa tersenyum itu. Sekarang ni pula
diajukan soalan yang berkaitan dengan Harriz pula. Kenapalah lelaki itu muncul
dalam hidupnya? Seterusnya menghantui kehidupan Balkish.
Hohohooo…
apalah dosaku sampai begini sekali buaya jadian itu menghantui hidupku ini?
Menyedari
wajah Balkish yang sudah berubah serius, pantas sahaja empat sekawan membisu. Opsss… nampaknya si Lina dah tersalah
cakap. Kali ni sah Balkish akan mengamuk lagi.
Satu-persatu
wajah sahabat-sahabatnya diperhati. Masing-masing sudah buat muka mintak
simpati. Alahai… kesian pula dia bila lihat wajah lima belas sen setiap seorang
sahabat-sahabatnya itu. Terutama sekali Kak Norma. Bukan setakat buat muka lima
belas sen, tapi dah jadi muka satu sen. Husy…
over acting betul Kak Norma ni. Padan
sangat dengan gelaran yang diberikan kepadanya itu, Primadona!
“Kau
janganlah serius macam ini Kish. Kecut perut kami tengok kau begini. Aku ni
bukannya apa… sekadar bertanya untuk menyelesaikan apa yang berserabut kat
dalam kepala otak aku ni. Itu aje. Takde
niat pun nak kenen-kenenkan kau dengan Encik Harriz si King Of Crocodile itu seperti yang Kak Norma selalu buat.” dihujung
kata Lina cuba buat lawak dengan memanggil nama yang selalu Balkish gunakan
untuk Harriz. Malang lawaknya itu tidak menjadi bila Balkish masih enggan
memaniskan wajahnya. Serius tahap ibu tiri bawang putih.
“Hisy… apa pulak nak libatkan akak dalam
hal ni?” Gumam Kak Norma bila namanya sudah dilibatkan sama.
Balkish
menarik nafas. Kemudian dihembuskan perlahan-lahan. Cuba mengawal rasa amarah
yang kembali bertandang. Awal pagi lagi kawan-kawannya sudah mengutarakan tajuk
mengenai HARRIZ TAN SRI HAMDAN! Cukup membosankan!
“Hah… apa yang kau nak tahu sangat?”
akhirnya Balkish mengalah dengan merendahkan intonasi suaranya.
Bibir
Lina sudah tersungging senyuman ‘hehehe’.
“Aku
nak tahu kenapa kau tak sukakan Encik Harriz tu? Aku tengok Encik Harriz tu
bukan main beria-ia lagi sukakan kau. Siap bagi kau macam-macam lagi. Kau aje
yang tak nak layan. Kenapa ek?” soal
Lina. Kak Norma, Siti dan Suzila sudah mengangguk-angguk tanda menyokong soalan
yang diajukan oleh Lina itu. Sebenarnya mereka pun nak tahu juga apa masalah si
Balkish ni sampai tak nak layan Harriz yang hensem bergaya itu.
“Aku
tak sukalah Encik Harriz tu. Cuma itu!” pendek jawapan Balkish. Tak perlu nak
ulas panjang lebar kenapa dia tak sukakan lelaki itu. Cukup hanya itu yang
kawan-kawannya perlu tahu.
Empat
sekawan saling berpandangan. Serentak itu empat suara menyoal soalan yang sama.
“But why?”
Balkish
menggigit bibirnya yang hanya dicalit dengan lip gloss bewarna baby pink.
Warna lembut yang begitu sesuai dengan bibirnya yang mungil.
“Encik
Harriz tu buaya jadian. Teman wanita keliling pinggang. Aku tak naklah jadi
mangsa dia yang seterusnya. Bukan lelaki macam itu yang aku cari untuk aku
berikan hati aku ni. Kalau boleh aku nak cari lelaki yang bertanggungjawab dan
boleh bimbing aku.”
“Tapi
Encik Harriz tu takdelah teruk
sangat, Kish. Aku pernah nampak Encik Harriz ikut Encik Fahmie pergi solat
jumaat dua minggu lepas” Potong Siti. Baginya Harriz tak adalah teruk sangat
kalau hendak digandingkan dengan Balkish. Cuma mungkin Harriz itu kaki
perempuan. Tapi itukan boleh hilang bila Harriz sudah ketemu dengan cintanya
yang sejati. Tak mustahil Balkish boleh mengubah sikap playboy lelaki itu andai kata Balkish sudi memberikan peluang untuk
Harriz mengenalinya.
“Memanglah
Encik Harriz tu tak teruk sangat. Tapi aku memang tak sukakan dia. Soal hati
dan perasaan ni tak bolehlah nak dipaksa-paksa. Aku harap korang faham. Lepas
ni jangan tanya aku lagi kenapa aku tak sukakan Encik Harriz. Aku memang tak
sukakan dia. Itu aje.” Nada Balkish
sudah berubah tegas.
“Okeylah… kalau macam tu lepas ni kami
tak akan tanya lagi pasal Encik Harriz dekat kau.” Ujar Suzila mewakili
sahabat-sahabat yang sudah mengangguk-anggukkan kepala. Tak ubah macam burung
belatuk.
Balkish
tersenyum senang. Mudah-mudahan lepas ni dia tak akan dengar lagi soalan
berkaitan dengan Harriz Tan Sri Hamdan. Jika tidak… mahu mengamuk besarlah dia
lagi jawabnya. Heheheee!
******************************************************************************
“BALKISH…
Balkish… Balkish.” Berkali-kali nama itu meniti keluar dari bibir Harriz.
Bayangan wajah Balkish juga sudah menari-nari depan layar matanya. Setiap kali
bayangan wajah itu menerja layar matanya, setiap kali itu juga senyuman pada
bibirnya mekar dengan semekar-mekarnya. Dia benar-benar sudah angaukan Balkish.
Sampaikan setiap detik wajah Balkish pasti akan menghiasi layar ingatannya.
“Amboi…
bukan main lebar lagi senyuman Encik Harriz ni. Teringatkan seseorang ke?”
teguran Zatul mematikan lamunan Harriz.
Pantas
Harriz berpaling memandang wajah setiausahanya yang sentiasa tersenyum.
“Awak
ni Zatul… tak boleh ke ketuk pintu tu dulu sebelum masuk. Ini tak… main terjah aje.
Nasib baik saya ni takde penyakit
jantung. Jika tidak… tak ke saya dah ‘jalan’ sebab sapaan awak tu.” Gumam
Harriz. Kedudukan tubuhnya yang bersandar malas pada kerusi kulit tadi
diperbetulkan.
Zatul
tayang giginya yang tersusun rapi. Bukan dia sengaja hendak mengejutkan Harriz
dengan sapaannya. Tapi bosnya itu yang asyik sangat melamun. Dah tu
sekejap-sekejap tersenyum pulak. Itu
tak lain tak bukan mesti fikir pasal perempuan.
Hmmm…
susah betul bila dah ada gelaran playboy
ini. Tak pernah lekang dari memikirkan pasal perempuan. Aduh… Encik Harriz ni
tak penatkah fikir pasal awek ek.
Kalau akulah, tak sanggup rasanya nak pasang ramai-ramai. Si Meon yang seorang
itu pun dah buat aku sakit kepala memikirkannya.
“Saya
dah ketuk pintulah Encik Harriz. Encik Harriz tu yang tak dengar. Asyik sangat
melayan angan. Itu tak lain mesti fikir pasal awek-awek Encik Harriz yang
berlambak tu kan?” Ujar Zatul seraya mengutarakan satu pertanyaan. Di tangannya
terdapat sebuah dairi hitam tempat dia mencatat hal-hal penting yang perlu
disampaikan kepada bosnya itu sebelum sesi bekerja dimulakan. Begitulah rutin
hariannya sebelum memulakan tugas sehariannya.
“Awak
ni tahu-tahu aje apa yang sedang saya fikirkan. Awak ada magic ke baca fikiran orang? Atau awak ni keturunan Nujum Pak
Belalang?”
“Alaaa…
saya ni dah tiga tahun bekerja dengan Encik Harriz. Dah tahu sangat dengan
perangai Encik Harriz yang sentiasa fikir pasal perempuan tu. Kalau dah macam
itu punya senyuman, tentu fikir pasal perempuan.”
Harriz
tersengih. Rambutnya yang sudah agak panjang itu dikuak ke belakang. Bergaya
sungguh dia buat aksi macam itu. Nasib baiklah Zatul ni sudah bertunang dengan
Meon budak driver dekat Elite
Corporation ini, jika tidak dia pun boleh jatuh hati dengan kehenseman bosnya itu. Sudahlah hensem, romantik pula tu.
Cuma
satu yang Zatul tak berkenan. Sikap playboy
Harriz. Aduh… mahu migraine Zatul
melayan kerenah girlfriends Harriz
yang cukup memeningkan kepala. Mana dengan bosnya lagi. Memang memenatkan. Husy… inilah padahnya kalau dah jadi
seorang setiausaha. Segala hal berkaitan dengan bos kena ambil port. Termasuklah hal-hal peribadi.
“Ha…
sudah. Awak ni kalau dibagi peluang bercakap memang susah nak berhenti. Saya
ada appointment ke hari ni?”
Zatul
tersenyum. Dia cukup senang bekerja dengan Harriz. Bosnya itu tidak cerewet
orangnya.
“Yupe… Encik Harriz ada lima appointment hari ni.” Beritahu Zatul.
“Five? Banyaknye….”
Zatul
hanya tersengih mendengar komen yang keluar dari mulut Harriz. Pantas dia membuka
helaian dairi hitamnya. Itu merupakan dairi keramat baginya. Tak boleh tinggal
atau hilang.
“Jam
sembilan nanti, Encik Harriz ada important
meeting dengan Tan Sri dan Mr. Yap dari Cemara Holding. Lepas tu Encik
Harriz ada meeting pulak dengan Mr.
Lim dari Icon Sdn. Bhd dekat Hotel Istana. Pukul satu tengah hari Encik Harriz
ada lunch date dengan Cik Amylia.
Pukul empat petang pulak Encik Harriz ada date
dengan Cik Zurin dan pukul lapan Encik Harriz ada dinner date dengan Cik Nelly pulak.”Satu
persatu aktiviti Harriz untuk hari ini dibaca. Cuma dua aktiviti berkaitan
dengan urusan rasmi, manakala yang selebihnya adalah urusan tidak rasmi lelaki
itu bersama teman-teman wanitanya.
“Banyak
temujanji saya hari ni.” Harriz berkata pada diri sendiri.
Zatul
sekadar mengangguk. Aktiviti harian bosnya itu memang sudah tercatat dalam
kepala otaknya ini. Dia sudah tahu sangat dengan temujanji-temujanji Harriz.
Setiap hari ada saja nama-nama wanita yang akan keluar berdating dengannya.
“Okeylah Zatul, thanks. Awak memang setiausaha yang baik. Tapi sebelum tu saya mahu
awak lakukan sesuatu untuk saya hari ni.” ujar Harriz memandang Zatul yang
masih berdiri di depannya. Lupa nak suruh setiausahanya itu duduk.
“Apa
dia Encik Harriz. Macam serius aje
bunyinya.”
Harriz
tayang senyuman manis.
“Takdelah serius sangat. Tapi merbahaya
sikit tu ada la.” Usik Harriz. Suka dia tengok wajah Zatul yang sudah
kebingungan . Nampak macam suspen sungguh. Heheheee…
“Apa
dia Encik Harriz?” ulang Zatul kembali. Suspen aje kedengaran nada suara bosnya
itu. Tugas merbahaya apalah yang hendak diberikan kepadanya ini. Harap-harap
janganlah Encik Harriz suruh aku masuk pergi ke Gunung Ledang pergi meminang
Puteri Gunung Ledang. Mahu haru biru hidupnya nanti.
“I want you call Amylia, Zurin and Nelly.
Cancel date hari ni dengan dia orang.” Beritahu Harriz. Dia sudah bangun
dari duduknya. Jam di tangan sudah menunjukkan angka 8.50 minit pagi. Hanya
tinggal sepuluh minit sahaja lagi untuk dia berjumpa dengan papanya. Tak boleh
nak lambat. Biasalah papa, kalau bab-bab important
meeting ni memang tak boleh nak lewat walau seminit. Apatah lagi ini
merupakan meeting mengenai projek
usahasama bersama Cemara Holding. Projek yang memberi keuntungan juta-juta. Husy… mata duitan juga papa tu ye.
Pantang ada projek yang memberi keuntungan berjuta-juta, semua papa nak rembat.
“Hah?
Batal date? Habis tu saya nak bagi
alasan apa dekat dia orang nanti Encik Harriz? Sah dia orang akan tanya kenapa
Encik Harriz batalkan date nanti.”
Zatul sudah terpinga.
“Awak
rekalah apa saja alasan. Yang penting date
dengan dia orang cancel. Saya
malaslah nak keluar dengan dia orang tu lagi. Okeylah, Zatul. Good luck! Saya dah lewat ni nak pergi
meeting dengan Tan Sri.” Harriz sudah melangkah keluar dengan senyuman lebar
yang menghiasi bibir.
Zatul
menggaru rambutnya yang bersanggul kemas itu. Inilah tugas yang selalu buat dia
pening kepala. Kalau dengan Cik Zurin dan Cik Nelly tu bolehlah dia kelentong
sikit. Bukan setakat kelentong sikit, banyak pun takpe. Cik Zurin dan Cik Nelly tu tak akan banyak soal orangnya.
Biasalah Cik Zurin tu. Muka aje cantik tapi otak ‘doh’. Cik Nelly pula jenis lurus bendul.
Tapi
masalah Zatul sekarang adalah Cik Amylia. Wanita itu bukan saja susah hendak dikelentong,
malah orangnya juga cukup garang dan berlagak. Kecut perut Zatul bila
mengenangkan Amylia yang garang macam singa betina itu. Bila cakap Harriz takde di ofis, mulalah Cik Amylia
menengking. Kalau suara tengkingannya itu lunak merdu takpe juga. Ini dah macam suara petir aje kedengaran. Menyakitkan telinga dan menggugurkan jantung.
Aduh…
apalah kena dengan bos aku ni? Suka betul bagi aku tugas yang mencabar hati. Uwaaa! Bencinya!!!
‘Ya
ALLAH… lindungilah aku dari tengkingan beracun Cik Amylia. Cik Amylia tu nampak
aje cantik dan lemah lembut. Tapi
garang mengalahkan singa betina. Entah-entah Cik Amylia ada keturunan singa
betina agaknya. Pasal tu asyik menengking aje
kerjanya. Ya ALLAH Ya TUHANKU… lindungilah aku hamba-MU yang lemah ini. Amin…’
Zatul
sudah mula berdoa meminta pertolongan daripada Yang Maha Esa. Debaran di
hatinya juga kian berdegup dengan kencang bila dia terpaksa menjalankan tugas
yang penuh cabaran dan bahaya ini. Berdepan dengan Cik Amylia memang tugas yang
amat berat sekali!
Arghhh…
Encik Harriz, kenapalah suka sangat bagi aku tugas ni? Tak sukanya!!!!!
Bila lagu cinta
bergema
~3~
Dahulu kukenal dia
Jejaka idaman Malaya
Semut pun tak mati dipijak
Lemah lembut bicara
Semakin ku buka hati
Semakin buka mata
Dia berselindung untuk mengaburi langkahnya
Jejaka idaman Malaya
Semut pun tak mati dipijak
Lemah lembut bicara
Semakin ku buka hati
Semakin buka mata
Dia berselindung untuk mengaburi langkahnya
Kini ku tak mahu
Di tipu dengan si pencabul kalbu
Mula-mula kubenar-benar nak bercinta
Dengan iya-iya
Tapi lama-lama belangnya keluar
Rupa-rupanya jahatnya suka-suka
……………………
Stacy – Kasanova
ALUNAN
irama rancak nyanyian Stacy berkumandang melalui BlackBerry kesayangan milik
Balkish. Bukan senang nak dapatkan BlackBerry yang berharga empat angka itu.
Balkish terpaksa ikat perut semata-mata nak dapatkan BlackBerry yang sekian
lama menjadi idamannya. Disebabkan mahu memiliki BlackBerry itu, dia kenalah berkorban
sikit. Sambil itu boleh jugalah dia berdiet. Heheheee…
Ella
yang mendengar irama lagu dari BlackBerry milik sahabatnya itu sudah mengerling
dengan ekor mata. Mak ai si Kish ni… macam dah tak ada lagu lain lagi yang dia
nak letak. Lagu ‘Kasanova’ itu juga yang menjadi pilihan jiwa kalbunya. Mungkin
si kasanova yang Kish maksudkan itu adalah… Harriz! Tapi bila masa pulak hati
Kish kena tawan oleh si hensem itu?
Setahu aku… Kish bukan main benci lagi dekat Harriz. Siap panggil buaya jadian
lagi. Tak pun King Of Crocodile. Hisy… pandai betul Kish bagi nama manja
dekat Harriz. Tak sesuai langsung. Sepatutnya untuk mamat hensem macam Harriz
tu Kish kenalah letak nama manja Prince
Charming. Baru sesuai! Heheheee…
Ella bermonolog.
BlackBerry
yang terletak di atas meja kopi dicapai. Sebuah senyuman manis terukir pada
bibir comel Balkish.
Kak
Risya! Bergema nama itu melalui suara hati. Pantas dia bangun lalu menekan
punat hijau.
“Assalammualaikum…
Kak Risya.” Ucap Balkish sambil melangkah menuju ke ruang makan yang tidak
berapa jauh daripada ruang tamu. Dia tak naklah perbualannya dengan Batrisya
nanti akan menganggu tumpuan Ella terhadap drama Cinta Lelong yang sedang
ditayangkan di saluran Astro Ria itu. Dia bukannya tidak tahu macam mana
fanatiknya si Ella tu dekat Aaron Aziz. Sikit-sikit Aaron Aziz! Bayangkanlah,
drama Cinta Lelong ini sahaja sudah beberapa kali diulang siar. Namun Ella
langsung tak pernah bosan melihatnya. Siap boleh ketawa terbahak-bahak lagi
bila ada insiden lucu yang mencuit hati.
“Waalaikumusalam.
Kish apa kabar?” suara Batrisya kedengaran dari corong sana. Sudah agak lama
juga dia tak menghubungi adiknya itu. Rasanya adalah dalam tiga bulan. Terubat
juga rindunya bila mendengar suara ceria adik kesayangannya itu.
“Alhamdulillah…
Kish sihat. Kak Risya pulak macam
mana? Baik-baik aje kan?” giliran
Balkish pula bertanya. Memang sudah lama dia dengan kakaknya itu tidak
berhubung. Rindu rasanya.
“Alhamdulillah,
dik. Akak sihat.”
“Alhamdulillah…
Kish rindu sangat dekat Kak Risya. Dah lama tak bersembang dengan akak.” Luah
Balkish. Memang dia rindukan Batrisya. Sejak kakaknya itu melanjutkan pengajian
ke UK, hanya sekali sahaja Batrisya ada balik ke Malaysia. Itu pun tiga tahun
lepas. Sewaktu majlis perkahwinan kakaknya itu. Selepas itu Batrisya dan
suaminya kembali semula ke UK untuk melanjutkan pengajian mereka di University
Of Nottingham.
“Tu
la pasal. Akak pun rindu sangat dekat Kish. Dah lama tak dengar suara Kish yang
serak-serak basah macam Rani Mukherjee tu. Cuma akak sibuk sangat sejak
akhir-akhir ni. Faham ajelah tugas akak yang jadi seorang isteri dan pelajar
ni. Berat!” Beritahu Batrisya seraya ketawa kecil dihujung kata-katanya.
Tugasnya sebagai seorang isteri dan pelajar membuatkan jadualnya menjadi sibuk.
Apatah lagi dia berada jauh daripada keluarga. Tentulah segala hal dia dengan
suami yang perlu uruskan sendiri.
“Kish
pulak macam mana? Kish dah masuk
kelas balikkan?” Tanya Batrisya. Seingatnya Balkish pernah memberitahu
kepadanya beberapa bulan lepas yang dia akan kembali masuk ke kelas selepas
habis cuti semester.
Balkish
mengangguk. Hai… macamlah Batrisya nampak yang dia sedang mengangguk-anggukkan
kepalanya itu. Lantas sebuah senyuman nipis terukir pada bibirnya.
“Yupe! Dah tiga bulan Kish masuk kelas balik.
Tinggal tiga bulan aje lagi untuk habiskan semester
ke empat ni, kak. Lepas ni hanya tinggal dua semester aje lagi untuk Kish mengenggam segulung ijazah. Kish dah
tak sabar nak habiskan pengajian ni. Penat betullah kak pikul dua tanggungjawab
dalam satu masa ni. Orang lain hujung minggu boleh bersenang-lenang dan keluar
bersuka-ria, tapi Kish kena pergi kelas. Lepas tu isnin hingga jumaat pulak
kena kerja. Penatnya berganda-ganda.” Panjang lebar Balkish mengadu. Hanya pada
kakaknya itulah tempat dia mengadu nasib selama ini. Malah Batrisya merupakan
orang pertama yang memberinya semangat untuk mengambil PJJ.
Selepas
sahaja Balkish menamatkan SPM dengan keputusan yang cemerlang, dia terus
mengambil Diploma Sains Kesetiausahaan selama dua tahun di Politeknik Sultan
Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Setelah itu dia menjalani praktikal di
F&F Holding, Kuala Lumpur selama enam bulan. Dua bulan setelah habis
pengajian di Politeknik SAS, dia menerima tawaran bekerja dari F&F Holding
sebagai Pembantu Setiausaha. Ini semua atas saranan Puan Suzihana setelah
berpuas hati dengan cara dia bekerja sewaktu menjalani praktikal di situ
sebelum ini. Balkish berterima kasih sangat pada Puan Suzihana kerana jasa baik
wanita itu yang telah mengesyorkan namanya untuk bekerja di situlah dia kini
berada di F&F Holding. Menjadi sebahagian daripada ahli keluarga F&F
Holding. Bagi Balkish, Puan Suzihana merupakan idolanya dalam bidang
kesetiausahaan ini. Jangan sangka kerja sebagai seorang setiausaha hanya tahu
bersolek dan mencatat temujanji ketua sahaja. Sebenarnya ada banyak kerja
setiausaha yang orang lain tak tahu. Cukup memenatkan.
Tahun
lalu, Balkish telah dinaikkan pangkat sebagai setiausaha kepada Encik Fahmie di
bahagian kewangan F&F Holding. Encik Fahmie merupakan anak lelaki kedua
Datuk Fauzi, pemilik syarikat F&F Holding tempatnya bekerja ini. Dia
bersyukur sangat dengan rezeki yang diperolehinya itu. Nampaknya ALLAH memberi
kesenangan untuk dia mendapat ruang dalam dunia pekerjaan. Mana taknya, dalam
usia semuda dua puluh dua tahun dia sudah dinaikkan pangkat pula menjadi
setiausaha Encik Fahmie. Kiranya sekarang ini masuk dua tahun jugalah dia
menjadi setiausaha kepada Encik Fahmie. Dan bosnya itu memang seorang ketua
yang cukup baik. Alhamdulillah…
Dalam
tahun yang sama jugalah dia mendaftar sebagai seorang pelajar untuk Pendidikan
Jarak Jauh di UiTM, Shah Alam dalam Bachelor
Of Corporate Administration untuk tiga tahun. Maknanya dia kini memikul dua
tanggungjawab dalam satu masa. Satu tanggungjawab sebagai seorang pekerja, satu
lagi tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Namun untuk berjaya dia perlulah
kuatkan semangat seperti yang selalu Batrisya beritahu bila kakaknya itu ada
peluang untuk menelefonnya. Jika tidak pun, nasihat Batrisya pasti akan
tertulis dalam Facebooknya. Heheheee…
“Kish…
ada lagi tak ni? Senyap aje. Kish dah tidur ke? Atau… Kish tengah berkhayal
ni?” Suara Batrisya dari hujung talian mengembalikan Balkish ke alam nyata.
Ya
ALLAH… macam mana boleh berkhayal ni? Time
on the line dengan kak Risya pulak tu. Hisy…
tak patut betul! Parah betul penyakit berkhayal aku ni.
“Heheee…
sorry Kak Risya. Kish ada lagi ni.”
Suara
ketawa Batrisya dari hujung talian kedengaran. Dia faham apa yang sedang
dilalui oleh adiknya itu. Memang penat bekerja sambil belajar ini. Kena kuat
semangat. Jika tidak… sah tersungkur tengah jalan. Macam dia jugalah yang
memikul dua tanggungjawab dalam satu masa.
“Perangai
Kish yang suka sangat melamun tu tak pernah nak hilang. Sampaikan bersembang
dengan akak pun sempat juga layan perasaan. Akak tahulah Kish penat sangat
dengan kerja, mana dengan kuliah lagi. Tapi Kish kenalah kuatkan semangat.
Orang kata, biar susah dulu… tapi senang kemudian. Akak yakin sangat Kish pasti
akan berjaya jugak mengenggam ijazah yang Kish idamkan selama ini.” Seperti
biasa, Batrisya tidak pernah jemu-jemu memberi kata semangat buat adiknya itu.
Sekali
lagi Balkish mengangguk. Macam Batrisya nampak pulak yang dia tu tengah
mengangguk-anggukkan kepalanya itu. Hisy! Rambutnya yang panjang mencecah ke
paras pinggang itu dibelek-belek. Cuba mencari hujung rambut yang bercabang.
Manalah tahu ada yang bercabang walaupun rambutnya itu memang tak pernah
bercabang kerana Balkish begitu menjaga rambutnya dengan baik biarpun dia
memakai tudung. Tiga kali seminggu dia akan pastikan rambutnya diberi rawatan
yang betul.
“Thanks Kak Risya. Inilah yang Kish rindu
sangat dekat kakak kesayangan Kish yang sorang ni. Kak Risya selalu bagi Kish
semangat. Hmmm… rindunya dekat Kak
Risya. Dah lama sangat tak jumpa dan duduk bersembang.” Luah Balkish. Tetiba
dia rasa hendak memeluk kakaknya itu.
“Hmmm… iye la tu. Kish tu cakap aje rindu tapi Kish tak jumpa akak pun.”
Dahi
Balkish berkerut. Aduh… kakakku yang cantik lawa ini… UK tu jauh sangat. Kalau
takde duit ribu-ribu jangan haraplah dapat pergi ke sana. Aku manalah ada duit
yang banyak nak pergi ke UK tu. Duit gaji pun tak cukup nak pergi sana. Lagipun
duit yang ada sekarang ni semua untuk kegunaan studi. Dalam angan-angan
dapatlah aku ke UK tu. Tapi kalau ke Ulu Klang tu memang aku dapat pergi dengan
segera. Hari ni pun boleh! Heheheee…
“Aduh
kak… UK tu jauh sangatlah. Kish tak cukup duit nak ke sana. Duit yang ada semua
untuk kegunaan studi.”
“Habis
tu kalau akak ada kat JB sekarang ni, Kish dapat tak jumpa akak?” soal
Batrisya.
Balkish
tersenyum lebar.
“Of course my sis! Dekat JB anytime Kish boleh jumpa akak. Bukannya
jauh sangat pun jarak antara JB dengan KL ni. Sehari aje Kish dah boleh sampai.”
“Good! Kalau macam tu hujung minggu ni
Kish baliklah JB. Kebetulan hari isnin dan selasa cuti tahun baru cina, kan?
Jadi cuti panjang. Kuliah pun mesti takde
sebab cuti.” Ujar Batrisya.
Senyuman
Balkish mati dengan sendiri. Dahinya berkerut-kerut. Biar betul permintaan Kak
Risyanya ni? Takkan dia nak suruh aku duk terconggok sorang diri kat kampung tu? Hisy…
tak nak ar aku!
“Kish…
hey, kenapa senyap ni?”
“Akak
tu la. Cakap serupa orang mengigau suruh Kish balik. Kish tak nak balik kalau Kak
Risya takde. Bosanlah takde teman nak diajak berbual.” Itu
hanyalah satu alasan. Sebenarnya memang sudah lama Balkish tidak menjejak kaki
ke rumah keluarganya yang terletak di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru itu.
Sejak Batrisya berangkat kembali ke UK bersama suaminya, sejak itu jugalah
Balkish tidak balik ke kampung halamannya. Bila syawal menjelma, dia lebih
selesa mengikut Aleya balik ke rumah keluarga sahabatnya itu yang terletak di
Jementah, Segamat. Menyambut kedatangan syawal bersama Pak Salleh, Mak Aminah,
Saiful, Aleya dan Aleza. Dia punya kisah pahit yang membuatkan dia tidak dapat
kembali ke rumah banglo milik ibunya itu lagi.
“Kalau
akak ada kat JB, Kish nak balik tak?” soal Batrisya. Sengaja dia bertanya
begitu. Dia tahu adiknya itu sudah lama tak balik ke kampung. Dia juga tahu apa
yang telah terjadi kepada Balkish setelah dia kembali ke UK tiga tahun lalu.
Kini dia mahu adiknya itu kembali ke pangkuan keluarga.
“Kalau
akak ada kat kampung dah tentulah Kish akan balik.” Tanpa berfikir panjang
Balkish memberikan jawapannya. Langsung tidak memikirkan yang jawapannya itu
telah menjerat diri.
“Kalau
macam tu Kish baliklah. Akak ada kat kampung sekarang ni. Dah tiga hari akak
balik.” Lancar Batrisya berkata.
Mata
Balkish membulat. Sudahlah matanya memang bulat, bertambah bulat bila dia beraksi
begitu. Bibirnya yang comel itu pula sudah melopong dengan berbentuk ‘O’.
Biar
benar?! Kak Risya ada kat kampung?
“Betul
ke Kak Risya ada kat kampung ni?” tanya Balkish bagaikan tidak percaya dengan
apa yang didengarnya.
“Betullah
Kish. Akak dah habis belajar dah! Konvo pun sudah. Abang Eid pun dah berhenti
kerja kat sana. Kami bercadang nak menetap terus kat sini. Kat JB. Lagipun
abang Eid akan mula bekerja dengan syarikat guaman pak ngah dia dekat JB ni
esok. Akak pulak buat masa ni cadang nak rehat aje. Nak tumpuhkan perhatian
pada rumah tangga yang selama ni terbagi dua. Alaaa… nantilah kita sembang
panjang-panjang ye Kish. Kish balik
kampung dululah ye? Baru senang untuk
kita chit chat.” sekali lagi Batrisya mengulangi pertanyaan yang sama.
Balkish
mengetap bibir. Soalan Batrisya terlalu payah untuk dijawab. Perlukah dia
kembali semula ke rumah itu lagi setelah apa yang terjadi? Perlukah dia bertemu
dengan ibu dan tok mak setelah kedua insan yang disayanginya itu meminggirkan
dirinya? Perlukah dia mengungkit kembali peristiwa pahit yang telah cuba
dibuang jauh-jauh dari hidupnya selama ini? Bertubi-tubi soalan yang berlegar
di fikirannya kini. Matanya dipejamkan.
“Kish…
baliklah. Akak rindu sangat dekat Kish. Sampai bila Kish tak nak balik? Kish tak
rindukan akak ke?” Suaranya sengaja dilirihkan. Mahu meraih simpati si adik.
Dia cukup yakin hati adiknya itu akan lembut. Dia kenal sangat dengan perangai
Balkish yang satu itu.
Balkish
menarik nafas. Kemudian dihela perlahan-lahan. Susah betul bila terpaksa
membuat pilihan. Antara kehendak diri dengan permintaan orang yang disayangi.
“Kish…”
panggil Batrisya panjang bila Balkish mendiamkan diri. Dia tahu Balkish pasti
sedang berperang dengan perasan sendiri.
Balkish
menggigit bibir.
“Baiklah,
kak. Hujung minggu ni Kish balik. Kish pun rindu sangat dekat akak.” Akhirnya
Balkish mengalah. Kerana rasa rindunya pada si kakak membuatkan dia memilih
untuk kembali lagi ke rumah yang sudah lama ditinggalkan. Takpelah… biarlah dia
mengalah demi kasih sayangnya pada Batrisya. Lagipun hanya Batrisya tempat dia
menumpang kasih selama ini. Tanpa Batrisya, pasti dia tidak punya sesiapa di
sini.
“Macam
tulah adik, akak.” Suara Batrisya sudah kembali ceria. Gembira betul rasa
hatinya bila Balkish memberi persetujuan untuk balik ke kampung. Tidak sabar
rasanya hendak bertemu dengan adiknya itu.
Dengar
suara Batrisya yang ceria itu membuatkan senyuman segaris terbit dari bibir
comel Balkish. Dia akan berasa bahagia andai kakaknya itu gembira. Disebabkan
itulah dia rela mengorbankan perasaannya demi kebahagian Batrisya.
“Okeylah… Kish pergilah masuk tidur. Esok
nak kerja lagi kan? Nantilah Kish balik sini kita sembang panjang-panjang. Tak
tidur satu malam pun takpe. Akak dah
tak sabar nak kongsi banyak cerita dengan Kish. Good night and sweet dream, dik. Assalammualaikum…”
“Waalaikumusalam,
Kak Risya.” Balas Balkish. Setelah itu talian pun terputus.
Satu
keluhan keluar dari mulut Balkish. Entah kenapa hatinya tiba-tiba menjadi sayu
untuk kembali lagi ke rumah itu. Bayangan wajah ibu dan tok mak menerja ke
ruang minda. Bagaimana agaknya penerimaan ibu dan tok mak jika dia balik ke
rumah itu lagi? Gembirakah kedua insan itu menyambut kepulangannya yang telah
sekian lama menyepi diri itu?
Ahhh…
tak usah nak beranganlah Kish. Takde maknanya ibu dengan tok mak akan gembira
sambut kepulangan kau. Kalau kau takde pun, ibu dengan tok mak tak akan kisa.
Siapa kau yang nak beri kegembiraan dalam hidup mereka?! Ada satu suara datang
berbisik. Menusuk seolah-olah memusnahkan keinginan Balkish untuk kembali ke
pangkuan keluarga.
Sekali
lagi Balkish mengeluh. Keluhan yang teramat berat.
“Apesal mengeluh ni?” sapa Aleya. Kerusi
kosong di hadapan Balkish ditarik keluar. Wajah monyok sahabatnya itu
dipandang.
“Saper yang call?” tanya Aleya kembali.
“Kak
Risya.” Jawab Balkish pendek.
“Kak
Risya?” berkerut dahi Aleya mengulangi nama itu.
Balkish
sekadar mengangguk lemah. Wajahnya kelihatan sugul. Tidak seceria tadi. Pelik
sungguh Aleya melihat wajah sahabatnya itu. Biasanya jika Batrisya yang
menelefon Balkish pasti berwajah ceria. Maklumlah… Balkish dengan Batrisya ni
memang rapat. Dulu waktu ayahnya masih bekerja sebagai pemandu ibu Balkish,
Puan Badariah, dia selalu lihat Balkish dan Batrisya bersama-sama. Dah serupa
belangkas. Bila Batrisya melanjutkan pengajian ke oversea, barulah Balkish dengan Aleya menjadi rapat. Itu pun
gara-gara kejadian menyayat hati itu. kejadian Balkish keluar dari rumah lalu
tinggal bersama keluarga Aleya di Kuantan.
“Pelik
betullah. Selalunya kalau Kak Risya yang call
kau mesti tersenyum lebar sampai ke telinga. Happy bukan main. Tapi malam ni… monyok macam tikus mondok pulak.”
Selamba Aleya menutur kata.
Balkish
tersenyum segaris mendengar persamaan yang Aleya ajukkan untuknya. Hisy… Aleya ni! Cubalah cari binatang
yang kiut sikit untuk disamakan dengan aku ni. Bunny ke? Kitten ke? Tweety ke? Kan comel. Ini tidak… tikus
mondok jugak yang menjadi pilihan hatinya. Macamlah dia tak tahu yang aku
memang anti binatang betul dengan spesis tikus dan hamster ni. Hisy… geli-geleman aku nengoknye!
Melihat
senyuman segaris pada bibir Balkish membuatkan Aleya tersenyum lebar. Biarpun
hanya segaris, namun itu sudah cukup melegakan hatinya.
“Apa
yang Kak Risya cakap sampai muka kau jadi macam ni?” tanya Aleya. Mahu juga dia
menyibuk.
Balkish
menghela nafas.
“Kak
Risya suruh aku balik JB hujung minggu ni. Kebetulan isnin dan selasa kan cuti
sempena Chinese new year. Jadi cuti
kita panjang. Itu yang dia suruh aku balik.” Beritahu Balkish. Sebenarnya dia
dengan Aleya baru aje bercadang nak balik ke Segamat hari jumaat ni selepas
waktu pejabat. Dah lama tak jumpa keluarga sahabatnya itu di sana. Berita itu
juga sudah dimaklumkan kepada Mak Aminah. Bukan main gembira lagi Mak Aminah
bila Aleya memberitahu dia akan pulang bersama Balkish untuk cuti panjang kali
ini. Ella pun ikut sekali. Maklumlah… Ella kan sebatang kara. Takde ayah, takde ibu. Ella membesar pun dekat rumah anak-anak yatim di Rumah Seri
Raudhah.
Aleya
sudah mengerutkan lagi dahinya.
“Laaa…
bukan Kak Risya tu ada kat UK ke? Yang dia suruh kau balik JB apesal pulak?”
“Kak
Risya dah balik JB la, Leya. Dia dah habis studi.”
“Owhhh… ye ke? Hurmmm… tak sangka
cepat betul masa berlalu, kan. Tak sedar yang Kak Risya dah habiskan studi dia
dekat UK tu.” Ujar Aleya.
Balkish
hanya mengangguk. Bersetuju dengan kata-kata Aleya itu. Dia sebenarnya langsung
tak sedar yang kakaknya itu sudah habis belajar. Lima tahun Batrisya berada di
UK, masa langsung tak terasa.
“Habis
tu kau baliklah hujung minggu ni?”
Balkish
angkat bahu. Memang tadi dia sudah berjanji dengan Batrisya yang dia akan
balik. Tapi… bila dia memikirkan penerimaan ibu dengan tok mak, hatinya rasa
tawar hendak balik ke JB. Lagipun kan dia sudah berjanji akan balik ke Segamat
bersama Aleya dan Ella. Nanti apa pulak kata Mak Aminah kalau dia tak balik
bersama Aleya? Tentu wanita itu akan berkecil hati.
“Hey… apasal ni?” tanya Aleya bila wajah
Balkish kembali muram.
“Aku
tak sure la nak balik Leya. Aku takut
ibu dengan tok mak tak sudi nak terima kepulangan aku. Kau pun tahukan ibu
dengan tok mak tak pernah sukakan aku. Aku takut kepulangan aku nanti akan
menambah luka dalam hati mereka.”
Jemari
Balkish dicapai. Lalu dielus perlahan. Simpati pula Aleya melihat Balkish yang
sudah berwajah muram itu. Dia cukup yakin Balkish kini pasti di dalam delima.
Bukannya dia tidak tahu apa yang telah terjadi ke atas Balkish setelah Batrisya
berangkat semula ke UK selepas majlis perkahwinan wanita itu. Hajah Bedah telah
menghalau Balkish keluar dari banglo dua tingkat itu. Mujurlah ayah Aleya masih
bekerja sebagai pemandu Hajah Bedah ketika itu. Ayah Aleyalah yang telah
membawa Balkish tinggal bersama mereka sekeluarga. Sejak itu hubungan Aleya dan
Balkish menjadi erat seperti adik-beradik. Apatah lagi mereka berdua seusia.
Sentuhan
jemari Aleya dibalas oleh Balkish. Jika boleh dia tak mahu menangis lagi.
“Aku
faham perasaan kau, Kish. Tapi kau tak boleh nak menghindar berkali-kali. Apa
pun kau dengan Kak Risya masih mempunyai satu darah yang sama. Lagipun Kak
Risya tu sayang sangat dekat kau. Kau baliklah. Kau balik pun bukan sebab ibu
dengan tok mak kau, tapi sebab Kak Risya. Pasal emak di kampung, kau jangan
risau sangat. Emak pasti faham. Nanti aku pandai-pandailah terangkan dekat
emak.” Pujuk Aleya. Bibirnya tersungging senyuman manis.
Balkish
menghela nafas lagi. Lambat-lambat dia mengangguk.
“Macam
itulah. Alaaa… Kish, kau buat tak tahu ajelah
dengan sikap ibu dan tok mak kau tu.”
Balkish
mengukir senyuman paksa. Mampukah untuk dia buat tak tahu saja dengan layanan
ibu dan tok mak bila dia berada di kampungnya nanti? Entahlah… dia sendiri tak
pasti. Cuma apa yang dia cukup yakin, hatinya pasti akan terguris lagi dek
kata-kata kesat tok mak. Iye la… tok mak kan memang tak pernah sukakan Balkish
sejak dari dulu lagi. Pasti kepulangannya nanti suatu yang amat dibenci oleh
tok mak.
“Thanks Leya. Kau banyak sangat bagi aku
dorongan. Kau dengan family kau dah
banyak sangat tolong aku selama ni. Jasa korang sekeluarga tak dapat aku nak
balas.”
“Alaaa…
janganlah cakap macam tu. Aku dah anggap kau tu macam kakak aku. Takde hallah. Lagipun ayah dengan emak
memang dah anggap kau macam anak mereka sendiri.”
Amboi
si Aleya ni! Susah sangat nak mengaku yang dia tu ‘kakak’ dari Balkish.
Asyik-asyik Balkish juga yang kakak. Sepatutnya Aleyalah yang layak digelar
kakak. Iye la… Balkish lahir bulan Jun manakala Aleya pula lahir bulan Januari.
Dah sah-sahlah dia tu kakak dari Balkish. Lagi tak mahu mengaku. Husy… Nak jadi
adik aje…… Perasan sangat yang dia tu
masih muda remaja.
******************************************************************************
IPHONE
4s bewarna putih itu diletakkan semula ke tempat asalnya. Senyuman dibibir
berkembang dengan begitu mekar sekali. Mana tidaknya, rasa rindu pada adik
tersayang sudah dapat dilepaskan selepas bersembang dengan si adik. Kini dia
hanya menghitung hari menanti kepulangan adiknya itu sahaja lagi.
Batrisya
berpaling ke arah katil. Nampaknya suami kesayangannya itu masih leka membaca
buku tebal berkaitan dengan undang-undang. Eidham memang macam itu. Kalau buku
yang berkaitan dengan undang-undang saja pasti tumpuannya tak akan berganjak ke
arah lain. Itu yang kekadang buat Batrisya sakit hati.
Perlahan
Batrisya melangkah menghampiri suaminya. Punggungnya dihenyak atas tilam. Wajah
suami tersayang dipandang penuh rasa cinta. Cinta yang tak pernah berkurangan.
“Hujung
minggu ni Kish balik kampung. Sayang dah tak sabar nak jumpa Kish, bang. Dah
lama sangat tak berbual dengan Kish.” Beritahu Batrisya tanpa dipinta. Bukan
main ceria lagi wajahnya ketika menuturkan ayat itu.
Eidham
hanya mendiamkan diri. Langsung tidak memberi sebarang tindak balas. Butir
bicara isterinya dibiarkan begitu sahaja. Macam angin lalu.
“Selama
ni… kalau sayang rindu nak tengok wajah Kish, kami cuma bersembang secara online kat FB guna webcam aje. Itu pun tak jelas sangat.
Samar-samar. Tengok gambar Kish dalam FB pun tak puas hati sangat. Kali ni Kish
balik dapatlah sembang puas-puas dengan Kish. Tak sabar sungguh rasa hati ni.”
Luah Batrisya dengan bersungguh-sungguh.
Eidham
masih mendiamkan diri. Membiarkan isterinya berbicara sendirian. Mata dan
tumpuannya masih lagi kepada buku tebal yang berada di tangan. Banyak
fakta-fakta menarik yang boleh diguna pakai untuk mengendalikan sesuatu kes
perbicaraan.
Melihat
suaminya yang langsung tidak memberi sebarang respon itu memaksa Batrisya
mengerling Eidham. Kemudian bibirnya diketap. Eidham ni kalau sudah jumpa buku
berkaitan dengan undang-undang memang tak akan peduli apa-apa. Bosan betul!
Tanpa berfikir panjang laju sahaja dia merampas buku tebal itu dari genggaman
suaminya. Tersentak Eidham dengan perbuatan isterinya itu. wajah Batrisya
dipandang.
“Abang
macam ni la… kalau dah jumpa dengan buku kegemaran abang ni, langsung tak
pedulikan sayang. Apa yang sayang cakap, abang buat tak tahu aje. Macamlah sayang ni cakap dengan
anak patung. Sayang cakap dengan abang tau. Boleh tak abang bagi perhatian
sikit.” Dengus Batrisya. Geram betul dia dengan sikap acuh tak acuh Eidham
terhadapnya itu. Sikap Eidham yang sebegitulah membuatkan dia berkecil hati
dengan suaminya itu. Sewaktu mereka mula-mula berkahwin dulu, Eidham tidak
pernah melayannya sebegini. Namun sekarang, Eidham sudah berubah walaupun
perubahannya tidak seratus-peratus.
Bibir
Batrisya sudah memuncung. Tangannya disilangkan ke dada. Wajahnya mencuka. Ini
membuatkan Eidham tertawa kecil. Sepantas itu juga Batrisya mengerling wajah
suaminya yang sudah tertawa itu melalui ekor mata.
“Yang
abang gelak tu, kenapa? Sayang serius tau. Abang dah berubah sejak akhir-akhir
ni. Langsung tak pedulikan sayang lagi.” Luah Batrisya. Nadanya kedengaran
sayu. Sedaya upaya dia cuba mengawal perasaan yang mula bergolak disebabkan
sikap orang yang tersayang.
Eidham
tersenyum. Kedudukan badannya diperbetulkan. Lantas dia merangkul erat bahu
isteri tersayang. Dia tahu sikapnya itu membuatkan Batrisya terasa hati. Namun
kasih dan sayangnya pada Batrisya masih seperti dulu.
“Sorry…” Pinta Eidham. Bibirnya mendarat
mencium bahu Batrisya yang masih berwajah masam.
“Dahlah…
sayang nak keluar. Abang tidurlah dulu.” Ada nada rajuk yang mula kedengaran.
Kecil benar hati Batrisya dengan layanan suaminya itu sejak kebelakangan ini.
Kehadirannya seolah-olah tidak dipeduli lagi.
Belum
pun sempat kakinya hendak mencecah lantai, Eidham terlebih dahulu bertindak
pantas. Pergelangan tangan Batrisya ditarik sehingga wanita itu tidak sempat
mengimbangi tubuhnya lalu jatuh ke dada bidang Eidham. Sepantas itu juga dia
memeluk erat tubuh Batrisya yang sudah berada atas tubuhnya.
“Apa
abang ni?” Bentak Batrisya. Terkejut dengan tindakan yang tidak disangka
suaminya itu. Dadanya mula berdebar hebat. Renungan mata Eidham membuatkan dia
membuang pandangan ke arah lain.
Eidham
tersenyum lebar. Inilah salah satu sikap Batrisya yang buat dia sukakan wanita
itu. Biarpun mereka sudah tiga tahun bergelar suami isteri, namun sikap pemalu
Batrisya terhadapnya masih lagi menebal.
“Abang
tak nak tidur sorang diri. Sayang temankan abang tidur ya?” ujar Eidham.
Sengaja mahu mengusik si isteri yang sudah kemerah-merahan wajahnya.
Batrisya
mengetap bibir. Segan dengan kata-kata suaminya itu. Dan belum pun sempat dia
berbuat apa-apa, bibir Eidham sudah pun mendarat mendapatkan bibirnya. Lantas
jemari nakal suaminya itu mula memainkan peranan. Membawa Batrisya ke bahtera
rumah tangga yang sudah jarang mereka layari bersama sejak kebelakangan ini.
******************************************************************************
MATANYA
masih merenung kipas yang ligat berputar. Permintaan Batrisya yang mahu dia
balik hujung minggu ini masih berlegar di kotak fikiran. Hatinya berbelah
bahagi. Sama ada mahu balik atau pun tidak. Jika dia balik, hatinya pasti akan
terguris lagi. Namun bila dia tak balik, tentu Batrisya akan kecewa dengannya.
Balkish
melepaskan keluhan. Kenangan lama itu mula terimbau kembali. Kata-kata tok mak
sayup-sayup menerja masuk ke cuping telinganya. Kata-kata yang tak mungkin dia
akan lupakan sampai bila-bila.
“Kau
bukan cucu aku!!!” jerkah tok mak dengan kasar. Tanpa belas kasihan tok mak
menolak tubuh kurus Balkish sehingga membuatkan dia tersungkur jatuh ke lantai.
“Apa
tok mak cakap ni? Kish kan anak ibu jugak. Kish pun cucu tok mak.” Balkish
sudah mula teresak. Berkecai hatinya mendengar kata-kata yang meluncur keluar
dari mulut tok mak itu.
Dengan
sinis tok mak mengerling.
“Sampai
bila-bila pun aku tak akan mengaku kau cucu aku. Kau bukan cucu aku. Aku tak
pernah anggap kau sebagai cucu. Darah yang mengalir dalam tubuh kau tu tak sama
dengan darah yang ada dalam badan aku” angkuh sekali tok mak bersuara.
“Tapi
kan Kish ni anak ibu.” Balkish masih mahu bersuara. Wajah ibu yang sudah
terduduk di atas sofa dipandang. Namun tiada tindak balas yang diberikan. Ibu
hanya mendiamkan diri tanpa kata.
Tiba-tiba
tok mak ketawa besar. Kata-kata Balkish itu terasa kelakar pada pendengarannya.
Serentak itu juga dia memegang pergelangan tangan Balkish dengan kasar.
Kemudian dia mengheret Balkish datang dekat ke arah menantunya yang duduk tidak
jauh dari situ.
“Kau
tengok wanita yang kau panggil ibu ini? Wajah kau dengan dia samakah? Untuk
pengetahuan kau… wanita ini bukan ibu kandung kau. Ibu kandung kau yang sebenar
dah lama mati! Ibu kandung kau tu perempuan tak tahu malu yang telah merosakkan
kebahagian wanita ini. Kau faham, tak?!” dengan lancing tok mak bersuara.
Balkish
terkedu. Dia merapati ibunya. Kaki ibu dipegang. Wajah ibu yang langsung tak
memandang wajahnya itu dipandang.
“Bu…
benarkah apa yang tok mak cakap? Kish ni bukan anak ibu ke? Bu… cakaplah ini
semua tak benar. Cakaplah yang Kish anak ibu.” Sayu Balkish meminta kepastian.
Merayu pada ibu agar apa yang diperkatakan oleh tok mak suatu yang tidak benar.
Tiada
sepatah kata yang keluar dari bibir Hajah Badariah. Dia hanya mendiamkan diri.
Air matanya juga sudah mengalir. Bukan mengalir kerana simpatikan Balkish,
tetapi mengalir kerana mengenangkan kisah lalu.
“Bu…
cakaplah.” Desak Balkish. Kaki ibu digoyang-goyangkan. Memaksa ibu untuk
berterus-terang.
Hajah
Badariah memejam rapat matanya. Menahan pelbagai perasaan yang mula menjalar.
“Memang
benar apa yang tok mak cakap. Kish bukan anak kandung ibu. Ibu kandung Kish
yang sebenar dah lama meninggal dunia.” Akhirnya Hajah Badariah bersuara juga.
“Tapi
kan dalam sijil kelahiran Kish nama ibu Kish Badariah. Kan nama ibu Badariah.”
“Nama
sebenar ibu kandung Kish adalah Kiran. Nama islamnya Badariah. Kish memang
bukan anak kandung ibu.” Selesai berkata sebegitu, Hajah Badariah bangun dari
duduknya. Pantas dia berlalu naik ke tingkat atas.
Tangisan
Balkish sudah pecah mendengar kenyatan itu. Betapa pedihnya kenyataan yang baru
diketahuinya itu. Kenapa selama ini dia tak pernah tahu yang dia bukan anak
kandung Hajah Badariah. Padanlah selama ini ibu tak pernah menunjukkan rasa
sayang padanya. Rupanya dia bukan anak kandung ibu.
“Sekarang
kau dah tahu asal usul kau yang sebenar. Jadi mulai saat ini kau jangan nak
memandai-mandai lagi. Selama ini aku bersabar dengan kau disebabkan Batrisya
dan Badariah. Jika bukan sebab Risya terlalu sayangkan kau, dah lama aku
bagitau kau hal yang sebenar. Aku benci tengok kau. Wajah kau mengingatkan aku
pada perempuan yang telah memusnahkan rumah tangga anak dan menantu aku.”
Lancar tok mak bersuara lagi. Menambahkan kelukaan dalam hati Balkish.
Saat
ini, Balkish teramat rindukan Batrisya. Kalaulah Batrisya ada… tentu kakaknya
itu sudi berkongsi kesedihan ini dengannya. Dan malam itu juga Balkish keluar
dari banglo itu. Ibu langsung tidak melarang. Tok mak apatah lagi. Dengan
angkuh tok mak membuang pandangannya kala Balkish mengheret beg besar keluar
malam itu.
Bila lagu cinta
bergema
~4~
BMW
bewarna hitam pekat berkilat yang dipandu Harriz itu meluncur laju membelah
kedinginan malam yang disinari cahaya rembulan yang begitu indah sekali. Dia
sedikit pun tidak menghiraukan rengakan manja Amylia tadi ketika dia menolak
ajakan gadis itu untuk keluar berhibur malam ini. Sedangkan selama ini dia
langsung tidak pernah menolak ajakan Amylia mahupun teman-teman wanitanya yang
lain untuk keluar bersama. Jika ada yang mengajak, dengan berbesar hati dia
akan mengikut. Dia pasti tak akan melepaskan peluang keemasan untuk bersama
dengan teman-teman wanitanya. Malah memang itulah saat yang selalu dinantikan
olehnya.
Namun
malam ini, buat pertama kali dia telah menolak ajakan Amylia untuk keluar
bersuka ria ke kelab malam. Dia tak ada mood
hendak keluar bersama Amylia malam ini. Bukan sahaja Amylia, malah ajakan
beberapa orang gadis juga sudah ditolaknya untuk malam ini sahaja. Dia langsung
tak ambil kisah bila Amylia atau gadis-gadis itu buat-buat merajuk kala ajakan
mereka ditolak Harriz tadi. Lantaklah kalau diaorang nak merajuk sekali pun,
Harriz sudah malas hendak memujuk rajuk mereka itu. Kalau Amylia atau
gadis-gadis itu nak merajuk seumur hidup pun Harriz sudah tak ambil kisah lagi.
Ingatannya
saat ini hanya pada Balkish. Sehingga memaksa dia untuk pergi ke rumah sewa
gadis itu yang terletak di Taman Sungai Wang. Tak kisahlah apa sekali pun
tanggapan Balkish terhadapnya. Asalkan dia dapat melepaskan kerinduan terhadap
Balkish, itu sudah cukup memadai. Manalah tahu malam ini nasib bertuah
menyebelahinya. Dapat juga dia keluar dating dengan Balkish walaupun dia cukup
tahu itu tak mungkin akan terjadi. Heheheee…
Bibir
Harriz tersungging senyuman manis. Bayangan wajah Balkish menari-nari depan
layar mata. Tak sabar benar dia hendak bertemu dengan gadis manis bertudung
litup itu. Belum pernah selama ini dia sukakan seorang wanita yang bertudung.
Selama ini teman-teman wanitanya pasti dalam edisi khas seksi-seksi belaka.
Buat dia naik geram bila melihat peha putih gebu yang terhidang depan matanya
itu. Mujurlah dia masih mampu mengawal gelora nafsunya. Tidak lagi tergamak
merosakkan anak dara orang. Kalau setakat belai-belai manja dan ringan-ringan
itu memang biasalah dia buat.
Namun
Balkish lain. Gadis itu terlalu sukar untuk didekati. Bagaikan sang burung merpati.
Namun Harriz sudah berazam, hati Balkish pasti akan ditawan juga. Tak kiralah
betapa susah sekali pun! Hanya Balkish yang diingininya kini. Bukan setakat
suka-suka, tetapi dia cukup yakin hatinya sudah jatuh cinta pada gadis itu. Dia
mahu Balkish menjadi miliknya yang mutlak.
Harriz
memberhentikan BMW hitamnya di hadapan pintu pagar rumah sewa Balkish dan
kawan-kawan. Nampaknya rumah sewa gadis itu masih terang-benderang. Kereta
kancil milik Balkish juga ada ditempatnya. Tentu Balkish dan teman-temannya ada
di rumah dan masih belum tidur lagi. Senyuman pada bibir Harriz kian melebar.
Dia kemudian menekan hon beberapa kali sehinggalah ada seseorang yang sedang
menjenguk dari dalam rumah. Itu adalah salah seorang daripada kawan-kawan
Balkish. Dia lupa nama gadis tinggi lampai itu. Yang pasti gadis itu juga
memiliki wajah dan boleh tahan cantik.
Setelah
enjin kereta dimatikan, Harriz keluar dari BMW hitamnya. Dia berdiri tegak di
hadapan pintu pagar yang masih bertutup rapat. Bibirnya tersungging senyuman manis
ketika melihat kawan Balkish yang tinggi lampai itu sudah tercegat di depan
pintu pagar dengan senyuman yang lebar di bibir. Kemudian si gadis tinggi
lampai yang berambut panjang itu segera membuka pintu pagar.
“Hai…
Balkish ada, tak?” tanya Harriz. Amboi Harriz ni! Ingat ini kat Negara orang
putih ke nak ber’hai-hai’ segala. Tak tahu nak bagi salam. Cubalah bagi salam
sikit. Kan bagus. Barulah masuk ke dalam senarai lelaki soleh pilihan Balkish.
Ini tidak… ‘hai-hai’. Hmmm… macam
mana nak tambat hati gadis bertudung kalau perkara sekecil ini pun Harriz tak
boleh nak buat?
“Ada…
Encik...?” Ella pura-pura tak tahu nama lelaki itu. Sedangkan awal-awal lagi
dia sudah tahu nama Harriz melalui Balkish. Sengaja buat-buat tak tahu.
Biasalah Ella… pelakon wanita paling popular dekat Sungai Wang ini. Siapa yang
tak kenal.
“Harriz.”
Harriz menyebut nama yang selama ini menjadi kebanggaannya itu.
Ella
mengangguk-angguk. Bibir pula masih lagi tersengih-sengih dengan senyuman yang
konon paling manis dalam dunia.
“Ella.”
Ella pula memperkenalkan diri. Alahai… tak malu betullah. Harriz tak tanya pun
nama Ella tapi dengan sukacitanya Ella memberitahu namanya itu kepada Harriz.
“Hmmm… nice name. Macam nama penyanyi rock tanahair.” Puji Harriz. Memang
Harriz ni tak pernah lokek dengan puji-pujian. Disebabkan itulah teman-teman
wanitanya sentiasa kembang hati bila Harriz kerap memuji.
Ella
ketawa kecil. Kembang hatinya bila Harriz puji macam itu. Iye la… siapalah yang tak kembang hati bila dipuji oleh seorang
lelaki kacak seperti Harriz ini? Tentu dia tersenyum lebar bila dipuji
sedemikian.
“Thanks Encik Harriz.” Ucap Ella
tersipu-sipu. Alahai… penyakit miang si Ella dah mula dah!
“Don’t call me Encik Harriz. Panggil
Harriz aje. Lebih mesra kan?” Harriz
sudah memulakan peranannya. Dia ni kalau dengan perempuan memang pandai betul
berkata-kata. Macam manalah tak ramai wanita yang jatuh cinta kepadanya? Hurmmm… dasar buaya betul Harriz Tan Sri
Hamdan ini! Entah-entah perangai Tan Sri Hamdan masa muda-muda dulu pun macam
Harriz jugak kut.
Laju
betul Ella mengangguk-angguk. Dah macam versi burung belatuk betina. Rasanya
semakin lama dia tengok Harriz yang hensem itu, semakin menjadi-jadi gila
bayangnya itu. Biasalah Ella, kalau nampak lelaki hensem aje mesti cair
hatinya. Heheheee…
“Errr… Balkish ada tak?” Harriz kembali
kepada soalan pertamanya. Inilah tujuan dia ke sini. Hendak bertemu dengan
gadis manis bermata bulat bernama Balkish yang sering membuatkan malamnya
termimpi-mimpi.
“Ada!
Dia tengah menonton TV kat dalam. You nak jumpa dia ke?” tanya Ella. Dia sudah
mula menggunakan bahasa ‘I’ dan ‘you’ dengan Harriz.
Harriz
sekadar mengangguk. Jawapan Ella itu sudah cukup membuatkan dia tersenyum
lebar. Dia cuma tanya Balkish ada di rumah atau tidak, Ella pula bagi jawapan
penuh dengan mengatakan Balkish sedang menonton TV. Nampak gayanya Balkish
belum tidur lagi. Tak sabar benar Harriz hendak bertemu dengan Balkish. Hari
ini dia sibuk benar dengan urusan syarikat. Sehinggakan dia tidak ada masa
hendak ke F&F Holding untuk menjenguk Balkish. Sebab itu rindunya
membuak-buak terhadap gadis manis itu. Rasa macam dah setahun tak bertemu.
Heheheee…
Aduh…
gatal betul si Harriz ini!
“Kalau
macam tu you tunggu kejap, ye? I
masuk dalam panggilkan Kish. Sorrylah…
tak dapat nak ajak you masuk dalam rumah. Maklum… rumah anak dara. Jadi you
kenalah tunggu dekat luar aje.” Amboi… bukan main mesra lagi si Ella guna kata
ganti diri ‘I’ dengan ‘you’ itu. Dah tu tubuhnya yang langsing itu sudah
terliuk-lentuk macam api lilin yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Hisy!
“It’s okey… I understand. Thanks, my
beautiful lady.” Ucap Harriz. Siap panggil ‘my beautiful lady’ lagi
untuk si Ella. Bukan setakat itu, Harriz juga sempat mengenyit mata nakal ke
arah Ella yang sudah mahu melangkah itu. Pandai betul Harriz ambil hati orang
perempuan. Padanlah dia ni ramai teman wanita. Rupa-rupanya butir bicaranya
seperti madu yang kedengaran begitu manis sekali.
Ella
sudah tersenyum lebar. Kembang semangkuk hidungnya bila Harriz memanggil dia ‘my beautiful
lady’. Alahai… mamat hensem ni romantik betullah! Kan bagus kalau dia
datang sini nak jumpa aku. Tentu dunia ni terasa bagai aku yang punya. Khakhakhaaa…
Suara
ketawa Ella yang tiba-tiba itu membuatkan Balkish dan Aleya tersentak.
Masing-masing sudah memusingkan kepala menghadap Ella yang siap ketawa sambil
bercekak pinggang itu. Dah serupa lagak Shin Chan pula Ella buat gaya macam tu.
Hisy… apa kena dengan si Ella ratu dangdut ini? Tetiba aja ketawa macam Shin
Chan. Dah sewel agaknya minah tingtong ni!
“Hah…
yang korang macam nak terkeluar bijik mata tengok aku tu kenapa? Aku tahulah
aku ni beautiful lady, tapi tak
payahlah nak tunjuk muka excited korang
tu dekat aku.” Selamba biawak betina Ella mengaku dirinya beautiful lady
seperti yang Harriz katakan tadi.
Balkish
mencebik bibir. Jari telunjuk dibawa dekat ke mulut lalu isyarat hendak
termuntah dibuat. Uwek!
Aleya
pula sudah menepuk dahi. Perasan betul!
“Hoi…
Cik Ella penyanyi dangdut, Orang hodoh pun tak mengaku hodoh tau. Apa lagi
orang cantik yang mengaku cantik. Kau ni dah tahap orang perasan gila cantik.”
Tungkas Aleya geram. Ella ni memang kuat sangat perasan. Suka sangat cakap diri
dia tu cantik. Hisy!!!
Ella
mencebik. “Jealouse la tu.” Si hensem
kat luar tu pun panggil aku beautiful
lady tau. Sambungnya dalam hati.
“Takde maknanya aku nak jealouse. Macamlah kau tu cantik sangat macam Puteri Diana!” Sampuk
Aleya. Semakin dilayan perasaan gila cantik si Ella ni, semakin menjadi-jadi
gila perasannya itu.
“Hah… Kish, tu kat luar tu si hensem nak jumpa kau.” Ella memalingkan
pandangannya ke arah Balkish yang sedang menonton Buletin Utama di TV3. Bukan
main khusyuk lagi Balkish tengok berita terkini yang disiarkan. Berita
hari-hari berkisar pasal politik. Kadang-kadang bosan jugak nak dengar.
Dahi
Balkish berkerut. Si hensem mana pulak maksud Ella ni?
“Dah…
dah… tak payah nak tayang muka confuse
kau tu. Harriz ada kat luar tengah tunggu kau.” Beritahu Ella.
Serta-merta
mata Balkish membulat. Sudahlah matanya memang bulat. Bila dia membulatkan lagi
matanya, rasa macam nak terkeluar saja bijik mata Balkish yang bewarna dark brown itu. Hah… untuk pengetahuan
umum, bebola mata Balkish ni tak payah nak pakai contect lens. Memang dah asli warna brown. Bebeola mata yang diwarisi daripada arwah mamanya.
Harriz?!
Hisy… apa pulak yang King Of Crocodile
tu mahukan malam-malam begini? Aduh… stress…stress
aku macam ni! King Of Crocodile tu
betul-betul menganggu hidup aku. Ini yang aku malas kalau dia dah tahu alamat
rumah sewa aku. Boleh dikatakan tiap-tiap hari dia ganggu hidup aku sejak dah
tahu rumah ni. Arghhh… stressnya aku
macam ni!!! Balkish menjerit dalam hati.
Dengar
sahaja nama Harriz yang meluncur keluar dari mulut Ella, dengan sepantas kilat
Aleya menjenguk ke luar rumah melalui jendela.
“Alahai…
hensemnya dia, Kish. Bergaya betul.”
Puji Aleya spontan. Bibirnya pula sudah mekar dengan senyuman. Sambil itu
jemarinya melambai-lambai ke arah Harriz di luar sana yang sudah mengangkat
tangan kepadanya. Kenangan berbual dengan Harriz pagi kelmarin mula terimbau
kembali. Kan bagus kalau dapat bersembang lagi dengan Harriz yang peramah itu.
Harriz ni memang hensem. Pakai t-shirt dengan seluar jeans pun masih terserlah
kehensemannya itu. Apa lagi kalau dia dah pakai baju kameja dengan tali leher
dan berseluar slack, lagi bertambah kehensemannya. Bisa membuatkan Aleya
menjadi angau.
Balkish
sudah mencebik. Aleya ni pun dua kali lima saja dengan Ella. Pantang betul
nampak lelaki hensem. Huh… hensem sangat ke Harrriz tu? Sampai
Aleya, Ella dan ramai gadis boleh tergila-gila sukakan Harriz. Takat muka macam
Dennis Oh, alaaa… tak hensem mana pun. Lainlah kalau muka macam Tom Cruise masa
muda-muda dulu. Memang hensem giler-giler!
Yang itu Balkish pun mahu.
“Hah, yang kau tercegat kat situ buat
apa, Kish? Kesian si hensem tu tunggu
kau kat luar. Tak baik buat orang tunggu lama-lama.” Ella membesarkan volume suaranya. Mengejutkan Balkish
yang dari lamunan sesaat. Hisy… Balkish ni! Boleh pulak dia sedap-sedap duduk
dekat situ termenung, sedangkan ada makhluk ALLAH yang hensem sedang menantinya
di luar sana. Tak patut sungguh!
“Aku
tak naklah! Kau pergilah bagitau dia aku dah tidur. Tak pun kau cakap aje aku
takde dekat rumah. Atau susah-susah kau ajelah layan King Of Crocodile tu bersembang.” Balkish memberi cadangan. Malas
betul dia hendak keluar berjumpa dengan Harriz.
Ella
menggigit bibir. Matanya dijengilkan. Balkish ni degil betul. Dia mahu aku guna
kekerasan ke seret dia ke luar jumpa dengan Harriz. Amboi… Ella, dah lagak mak
tiri pulak nak main seret-seret. Inilah padahnya kalau terlampau banyak sangat
menonton sinetron. Sampai terbawa-bawa watak orang jahat. Heheheee…
“Kalau
si hensem tu datang sini nak jumpa
aku, tak payah kau syorkan untuk aku layan dia. Memang aku akan beri layanan
baik punya untuk si hensem tu. Malangnya si hensem tu datang bukan nak jumpa
aku, tapi kau. Lagipun aku memang dah bagitau dia yang kau ada kat rumah tengah
menonton TV. Dah… dah… kau pergilah jumpa dia kejap. Kesian Harriz datang dari
jauh-jauh semata nak jumpa kau tapi kau pulak tak nak jumpa dia. Pergilah Kish.
Tak baik buat orang tertunggu-tunggu.” Pujuk Ella. Wajah Balkish yang sudah
memasam itu langsung tidak dihiraukan.
Balkish
mendengus. Geram betul dia dengan Ella. Suka betul memaksa. Apalah salahnya
kalau Ella bagi alasan yang dia dah tidur ke… dia takde dekat rumah ke… kan
senang. Takdelah dia nak bersusah-payah macam pergi jumpa buaya jadian itu.
Huh! Ella ni memang sengaja betul!
“Macam
mana kau tahu dia datang dari jauh?” soal Balkish geram. Muncungnya sudah tajam
macam Daisy si itik betina girlfriend
Donold Duck.
“Amboi…
bukan main mesra lagi kak Liza tu bersembang dengan Harriz. Siap tergelak-gelak
lagi. Jealouse pula aku tengok
kemesraan diaorang berdua. Ini laki Kak Liza tu tak cemburu ke tengok bini dia
bersembang dengan lelaki yang lebih hensem
dari dia ar? Kalau akulah… sah aku jealouse punya.” Tutur Aleya sendirian.
Cemburu pula dia tengok kak Liza jiran sebelah rumah yang sedang berbual-bual
dengan Harriz. Bukan main mesra pulak tu. Ini kalau husband kak Liza nampak sah kena sound terang-terang. Mujur husband
dia tak nampak. Mana tidaknya, boleh pulak kak Liza layan lelaki muda yang
lebih hensem bersembang sambil
tergelak mesra. Husband mana yang tak
cemburu? Huh!!!
Ella
memanjangkan sedikit lehernya ke muka pintu yang terbuka luas. Memang benar
kata Aleya. Nampaknya Kak Liza sedang memotong jalan dengan bersembang mesra
dengan Harriz di luar sana. Amboi Kak Liza ni… tak nak ketinggalan kalau nampak
lelaki hensem. Ini yang buat aku
terancam ni.
Balkish
sudah mengetap bibir. Nampaknya Kak Liza pun sudah terkena aura si Harriz buaya
jadian itu. Tak boleh jadi macam ni. Dia kena cepat jumpa Harriz sebelum
perbualan Kak Liza dengan buaya jadian itu menjadi panjang lebar. Nanti tak
pasal-pasal ada cerita lain pulak yang timbul. Pantas dia bangun dari duduknya.
Langkah dibawa menuju ke arah biliknya yang terletak di bahagian tengah antara
bilik Aleya dengan Ella.
“Hah… kau nak ke mana pulak tu? Arah luar kat sini, bukan
dekat situ.” Bulat mata Ella bila melihat langkah Balkish yang sudah dibawa ke
dalam bilik. Orang tunggu kat luar tu boleh pulak dia nak masuk ke dalam bilik.
Kesian Harriz tunggu lama-lama.
Balkish
mendengus. Geram betul dia dengan perangai tak sabar Ella. Ada jugak dia hempuk
si Ella ni karang! Terus hilang ingatan tak ingat apa-apa. Tak boleh nak
bersabar sikitkah? Ikutkan rasa hati ni… dia memang tak nak jumpa Harriz. Biar
lelaki itu berkulat tunggu dekat situ. Tapi memandangkan kak Liza dah mula
beramah mesra dengan Harriz kat luar tu, kenalah dia keluar juga. Nanti tak
pepasal Harriz buat cerita pula pasal diaorang. Mulalah timbul gosip terhangat
kat kawasan perumahan ni. Tak sanggup Balkish hendak menjadi heroin cinta kat
kawasan ni.
“Taulah!
Aku nak pergi pakai tudung dulu. Takkan nak tayang rambut jumpa buaya jadian
tu. Rambut aku ni khas untuk bakal suami aku aje tau. Bukannya untuk ditayang
kepada umum.” Gumam Balkish sambil menghadiahkan sebuah jelingan ala Pontianak
Harum Sundal Malam kepada Ella. Aku cekik-cekik juga leher si Ella ni. Macam
tak tahu yang rambut itu satu aurat. Tak boleh nak sesuka hati sesedap rasa
Maggie nak bagi tayangan free dekat
orang bukan mukhrim. Lebih-lebih lagi dekat lelaki yang berstatus buaya darat
macam Harriz Tan Sri Hamdan.
Sebaik
sahaja Balkish menghilang ke dalam biliknya, Ella dan Aleya saling
berpandangan. Kemudian keduanya ketawa kecil. Kelakar betul tengok Balkish yang
keras kepala tapi berhati lembut itu. Heheheee…
Tapi
Balkish dengan Harriz memang padan sangat! Bagai pinang dibelah dua. Bagai
bulan dengan bintang. Bagai Prince
Charming dengan Cinderella.
******************************************************************************
BALKISH
masih cuba memaniskan wajahnya walaupun dalam hati dia sudah menjerit geram
dengan kedatangan tak diundang Harriz itu. Ikut rasa hati, mahu
dicekik-cekiknya leher Harriz. Biar tak bernafas lagi dekat muka bumi ALLAH
ini. Tapi… dia tak sanggup pulak menjadi seorang penjenayah gara-gara buaya
jadian itu. Mahu tak mahu kenalah dia berpura-pura tersenyum menyambut
kedatangan Harriz. Konon-konon dia gembira sangat dengan kedatangan Harriz yang
tak diundang itu.
“Apa
yang Encik Harriz nak datang malam-malam ni?” tanya Balkish sambil tayang
senyuman manis. Eh, bukan manis la… tapi masam. Tak sudi Balkish nak tersenyum
manis dengan King Of Crocodile di
depannya itu. menyesakkan fikiran saja.
Harriz
yang masih lagi berdiri di tepi pintu pagar rumah sewa Balkish sudah mengukir
senyuman manis. Wajah gadis inilah yang dirinduinya. Begitu asyik dia memandang
wajah Balkish sehinggakan pertanyaan gadis itu dibiarkan sepi tanpa sebarang
jawapan. Balkish ni tak pakai make-up
pun tetap kelihatan cantik. Inilah yang dikatakan dengan kecantikan asli. Kalau
berhari-hari menatap wajah Balkish pun dia tak akan bosan.
Balkish
mengetap bibir. Geram betul dengan Harriz. Boleh pula lelaki itu tenung
wajahnya sebegitu. Sedangkan pertanyaannya tidak dijawab langsung. Huh! Ada
jugak yang kena sepak ni karang!! Omel Balkish dalam hati. Sikap lelaki itu
yang semakin hari semakin merimaskan cukup-cukup mencabar tahap kesabaran
Balkish. Sabar hati! Sabar… Balkish menenangkan gelodak yang semakin membara
dalam hati. Kan sabar itu separuh daripada iman.
“Encik
Harriz!” Balkish menguatkan volume
suaranya. Manalah tahu lelaki di depannya itu sudah pekak. Sebab itu tak dengar
apa yang dia tanyakan. Tangannya sudah disilangkan ke dada. Bosan betul dia
dengan Harriz yang tak pernah mahu faham bahasa itu.
Entah
sampai bilalah penderitaan aku diganggu oleh King Of Crocodile ini akan berakhir. Huhuhuuu…
“Hah?
Opsss… sorry. I asyik sangat tengok
wajah you sampaikan tak dengar apa yang you tanya. Eiii… you tanya apa tadi?” Harriz tersenyum manis sambil
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Eiii…
ini yang aku geram sangat ni! Boleh pulak si King Of The Crocodile ni tenung muka aku dan tak dengar apa yang
aku cakap. Aduh… kenapalah aku kena berdepan dengan mamat ni malam-malam macam
ni! Menyakitkan hati sungguh. Dalam geram Balkish tetap juga cuba memaniskan
wajahnya. Sedangkan hati sudah marak menyala dengan sikap sambil lewa Harriz
itu. Kalau ada hal penting kata sajalah. Tak payah nak pergi tenung-tenung muka
aku. Ingat muka aku ni dibuat barang pameran ke nak tenung-tenung?! Gumam
Balkish dalam hati. Geram! Geram! Geram!
“Saya
tanya… Encik Harriz nak apa datang malam-malam begini?” soal Balkish dalam nada
geram. Geram-geram pun dalam keterpaksaan wajahnya masih cuba dimaniskan.
“Tak
ada apa… I saja datang nak jumpa you. Lagipun siang tadi I tak sempat nak
jenguk you dekat F&F Holding.” Tutur Harriz. Bibirnya mekar dengan senyuman
kumbang jantan tengah mengayat bunga di taman.
Tak
payah jenguk pun takpe! Menyusahkan saja. Lagi senang hidup aku kalau kau tak
datang sampai bila-bila. Desis hati Balkish geram.
“You
free tak? Jom kita pergi keluar
makan. Kebetulan I belum makan lagi ni.” Ajak Harriz. Manalah tahu Balkish sudi
menerima pelawaannya itu.
YA
ALLAH Ya Tuhanku… sabarkanlah hatiku dengan perangai lelaki ini. Aku tak
sanggup menjadi hamba-MU yang melakukan jenayah gara-gara seorang lelaki yang
cukup merimaskan ini. Amin… Doa Balkish dalam hati. Rasanya kalau dia tak
bersabar, sudah lama King Of Crocodile
itu ditembak dengan senapang gajah. Lepas tu kulit buaya itu akan disiat-siat
untuk dibuat beg tangan cap Harriz Hamdan.
“Mintak maaflah banyak-banyak Encik
Harriz. Saya baru aje lepas makan
dengan kawan-kawan saya. Kenyang lagi ni. Tak larat nak makan lagi.” Beritahu
Balkish. Senyuman manis masih lagi terukir di bibir walaupun hati tengah geram
sesangat!
“Kalau
macam tu apa kata kita keluar bersiar?” Harriz masih tidak mahu mengalah. Masih
lagi mencuba. Kali ini dia mengajak Balkish keluar bersiar pulak. Aduh… Harriz,
kalau dah keluar makan pun Balkish tak mahu, apatah lagi nak keluar bersiar-siar?
Hmmm… kempunan ajelah.
Balkish
mengerutkan dahinya mendengar pelawaan lelaki itu. Biar benar King Of Crocodile ini? Dia ajak aku
keluar bersiar? Hisy… sah si buaya jadian ni dah sewel. Tak pun mesti dia
tengah mengigau.
“Bersiar
malam-malam begini? Eh… tak naklah Encik Harriz. Dah malam ni. Nak ke mana pula
malam-malam macam ni. Lagipun saya tak biasa keluar malam-malam begini. Tak
manis dipandang dek jiran tetangga orang perempuan macam saya keluar
malam-malam dengan sorang lelaki. Nanti tak pasal-pasal menimbulkan fitnah
pulak. Saya tak nak jadi bahan fitnah jiran tetangga.”
“Kalau
you takut keluar berdua dengan I… apa kata you ajak Aleya dengan Ella sekali.
Tak akan timbul fitnah kalau kita keluar berempat.” Harriz masih lagi mencuba.
Balkish
tayang sengihan. Lelaki ni betul-betul tak faham bahasa. Aku cakap dalam bahasa
melayu aje, tapi masih jugak dia tak faham. Dia mahu aku cakap dalam bahasa
hindi kut, baru nak mengerti.
“Takpelah Encik Harriz. Saya dah mengantuk
ni. Esok nak pergi kerja lagi. Encik Harriz baliklah. Tak manis jiran-jiran
saya tengok Encik Harriz tercegat depan rumah orang perempuan malam-malam
begini. Nanti ada pulak yang bagi gosip. Encik Harriz juga yang susah kalau ada
gosip sampai ke telinga teman-teman wanita Encik Harriz tu.” Sengaja ayat
teman-teman wanita itu ditekannya.
“Errr…
tapi…”
“Selamat
malam Encik Harriz. Assalammualaikum.” Balkish lebih pantas bersuara. Langsung
tak bagi chance untuk Harriz memberi sebarang alasan. Jika tidak, mahu mirgain
dia malam ini dibuatnya.
Harriz
mengeluh. Mahu tak mahu dia terpaksa juga berlalu jika Balkish sudah berkata
sedemikian. Lagipun dengan pantas Balkish sudah menutup semula pintu pagar
rumah sewanya. Nampak sangat dia sudah dihalau. Huhuhuuu… sampai betul hati
Balkish.
“Waalaikumusalam.
Okeylah… I balik dulu. Good night, sweet
princess.” Ucap Harriz sebelum dia berganjak ke BMW miliknya. Tidak sampai
seminit, BMW Harriz pun menghilang meninggalkan blok rumah sewa Balkish. Memang
Harriz kecewa kerana tidak berjaya mengajak gadis itu keluar dengannya. Namun
dalam kecewa Harriz tetap tenang kerana dia akan pastikan hati Balkish pasti
akan menjadi miliknya juga suatu hari nanti.
Melihat
BMW hitam yang sudah menghilang itu, Balkish ketawa kecil. Seronok rasanya
dapat kelentong Harriz yang cukup merimaskan itu. Hahahaaa… padan muka dia!
Mengigau nak ajak aku keluar. Hisy… jangan harap aku nak keluar dengan buaya
jadian tu. Simpang malaikat 44!
“Amboi…
happy betul Kish akak tengok.
Maklumlah… dapat jumpa buah hati, kan?” teguran kak Liza tiba-tiba mengejutkan
Balkish yang sudah mahu melangkah masuk ke dalam rumah.
“Eh…
Kak Liza. Mana ada. Tu kawan Kish ajelah.”
Tepis Balkish. Tak kepingin dia nak jadikan Harriz sebagai buah hati. Nanti tak
pepasal dia makan hati pulak. Perangai kaki perempuan macam tu memang selalu
sangat buat orang makan hati. Dahlah dia memang arlegik sangat makan-makan hati
ni. Hati ayam… hati lembu… hati kerbau… huh, semua tu dia tak pandai nak makan.
Apa lagi hati manusia.
Kak
Liza tersenyum nakal. Tadi sebelum Balkish keluar berjumpa dengan Harriz dia
sempat bersembang dengan lelaki itu. Melalui Harriz dia mendapat tahu hubungan
Balkish dengan jejaka hensem itu. Lagi Balkish tak nak mengaku. Malulah tu!
“Iye
la tu. Akak tahu Kish malu nak mengaku. Tapi si Harriz tu kata Kish ni kekasih
dia. Alaaa… Kish, akak tengok Kish dengan Harriz tu memang padan pun. Bagai
pinang dibelah dua. Kalau naik pelamin memang cukup padan. Akak harap korang
berdua cepat-cepat kahwin. Tak sabar nak tengok Kish dengan Harriz tu naik pelamin.
Nanti kalau dah bercadang nak mendirikan rumah tangga, jangan lupa tau jemput
akak. Akak pun nak jugak merasa nasi minyak Kish.” Ujar Kak Liza. Bukan main
lagi dia. Siap nak merasa nasi minyak Balkish dengan Harriz pula tu.
Balkish
sudah tersengih-sengih. Dalam hati dia sudah mengumam marahkan Harriz.
Pandai-pandai saja lelaki itu bagitahu Kak Liza yang diaorang pasangan kekasih.
Macamlah betul apa yang dikatakannya itu. Huh… tak kepingin Balkish nak
berkasih sayang dengan Harriz yang gatal bin miang itu. Mintak dijauhkan!
Yang
Kak Liza ni pun satu, pergi percaya aje bulat-bulat apa yang si buaya jadian tu
kata. Dah tu mulalah pepandai nak syorkan dia kahwin cepat-cepat dengan si
buaya jadian itu. Eiii… tak nak aku kahwin dengan King Of Crocodile tu. Simpang malaikat 44! Tak pepasal anak-anak
aku terikut pulak perangai buaya jadian tu yang suka bertukar-tukar pasangan.
Menyakitkan kepala.
“Heee…
takpelah Kak Liza. Kish masuk dalam
dulu ye. Assalamualaikum…” Balkish cepat mengelak. Malas hendak berlama-lama.
Nanti panjang pula cerita Kak Liza pasal Harriz yang baru dikenali itu. Tak
kuasa Balkish nak melayan.
“Iye
la… Waalaikumusalam…” jawab Kak Liza sambil tersenyum lebar. Niatnya yang tadi
hendak menutup pintu pagar rumahnya diteruskan bila Balkish sudah berlalu masuk
ke dalam.
Bila
lagu cinta
bergema
~5~
Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh
Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh
Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku
…………………………………
Erra Fazira – Berteman Sepi
Kancil
putih 2431 akhirnya selamat sampai ke destinasi yang dituju. Bibirnya diketap
kala pandangan dihala ke arah rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah
itu. Tiba-tiba debaran dihatinya kian berkocak deras. Sudah lama dia tak lihat
banglo itu. Tidak banyak yang berubah kecuali warna banglo itu yang kini
bewarna putih susu. Persekitaran masih lagi cantik dan teratur macam dulu.
Sebuah
keluhan kecil tercetus keluar dari mulut Balkish. Entah kenapa tiba-tiba
hatinya terasa berat mahu melangkah keluar. Jika boleh dia mahu mengundurkan
semula Kancil itu dan beredar keluar dari perkarangan banglo Seri Impian. Rasa
tak sanggup untuk dia mahu melangkah turun.
Tok!
Tok! Tok! Ketukan pada cermin kereta membuatkan Balkish tersentak. Pantas dia
memusingkan kepalanya. Spontan itu juga bibirnya yang comel mekar dengan
senyuman manis. Seorang wanita berambut panjang hingga ke paras bahu tersenyum
sambil memberi isyarat menyuruh dia keluar. Wanita itu nampak begitu cantik
sekali.
“Kak
Risya!” jeritnya yang masih berada dalam kereta. Gembira bukan kepalang lagi
dia kala terpandangkan wajah cantik Batrisya yang kelihatan berseri-seri.
Segera dia membuka pintu kereta lalu mendapatkan Batrisya. Lama mereka
berpelukan bagi melepaskan rasa rindu yang selama ini dipendam.
“Rindunya
dekat Kish…” luah Batrisya sambil mengeratkan lagi pelukannya.
“Kish
pun rindukan akak. Dah lama tak jumpa.” Balkish turut meluahkan kerinduan yang
terpendam selama ini.
Cukup
lama rasanya dia tak berada dalam pelukan Batrisya yang sering membuatkan dia
berasa tenang. Dulu… jika dia bersedih dan berharap ada bahu yang dapat
dijadikan untuk melepaskan kesedihan, bahu Batrisya inilah yang akan
ditemuinya. Batrisya tak akan membiarkan dia menanggung kesedihan itu seorang
diri. Begitulah tulusnya hati Batrisya kepadanya. Saat suka dan duka Batrisya
pasti ada bersama. Disebabkan itulah bila Batrisya melanjutkan pengajian ke UK,
Balkish terasa kesunyian. Tiada kawan tempat meluahkan segala yang terpendam
dalam hati.
“Kish
semakin cantik sekarang. Dah gemuk sikit.” Komen Batrisya setelah pelukan
terlerai. Jemarinya dengan jemari Balkish bertaut erat.
“Iye
ke Kish gemuk, kak? Alaaa… kena diet
la macam ni.”
Batrisya
mengangguk sambil bibirnya yang agak kemerah-merahan itu meleret dengan
senyuman. Tak payah nak pakai lipstick merah menyala, bibir Batrisya memang dah
kemerahan asli. Pak Salleh, bekas pemandu ibu pernah berkata, wajah Batrisya
lebih ikut wajah arwah ayah.
“Sikit
je. Macam ni barulah nampak cantik. Takdelah
kurus cekeding sangat macam dulu. Ingat, tak? Dulukan badan Kish kurus sangat.
Macam orang tak cukup makan aje.
Sampaikan semua kawan-kawan sekolah usik Kish bini popeye.” Batrisya ketawa
mengenang kelucuan masa lalu.
Tersenyum
Balkish mendengar usikan Batrisya. Dia juga perasan yang kini tubuhnya sudah
tidak sekurus zaman sekolah dulu. Jika dulu, dia selalu diusik bini popeye
kerana badannya yang melidi itu. Idrus si mulut longkang itulah yang paling
suka mengusiknya dengan panggilan tersebut. Konon-konon dia tak cukup vitamin.
Tapi
kini, badannya sudah sedikit berisi.
“Akak
pun makin cantik jugaklah. Berseri-seri aje Kish tengok.” Puji Balkish pula.
Pujiannya ikhlas. Memang kakaknya itu kelihatan semakin cantik sekarang ini.
Dari dulu sampai sekarang, kecantikan milik Batrisya tak pernah pudar. Malah
makin berseri-seri pula kakaknya itu.
“Iye
la tu… pandai betul adik akak ni puji. Nak bodek ye.” Batrisya menarik hidung
mancung si adik. Membuatkan gadis manis itu ketawa.
“Jom
la kita masuk. Boleh bercerita panjang kat dalam. Akak ada banyak story mory nak kongsi dengan Kish. Dah
lama sangat tak sembang dengan adik kesayangan akak ni.” Batrisya menarik
tangan Balkish untuk masuk ke dalam.
“Eh… kejap ye kak. Kish nak ambik beg dengan Kish ada belikan rojak buah
kegemaran akak kat dalam kereta.” Balkish membuka pintu belakang MyVi. Kemudian
dia mengeluarkan beg pakaian sederhana besar bersama satu plastik hitam rojak
buah yang dibeli khas buat Batrisya. Dia tahu kakaknya itu memang gemarkan
rojak buah dari dulu lagi.
Mekar
senyuman Batrisya ketika menyambut bakul plastik hitam yang dihulur Balkish.
Dia melihat isi di dalam plastik hitam itu.
“Terima
kasih, Kish. Ingat lagi Kish dengan makanan kesukaan akak ye? Ingatkan Kish dah lupa.”
“Mana
boleh lupa. Kish tahu sangat akak tu hantu rojak buah. Sebab tu masa nak balik
sini tadi Kish singgah kat sebuah gerai beli rojak buah.” Usik Balkish.
Batrisya sudah ketawa mendengar usikan adiknya itu. Sudah lama dia tak makan
rojak buah sejak berada di Luar Negara. Nampaknya Balkish tak pernah lupa
makanan kegemarannya itu. Balkish memang adik yang baik.
Ketika
kaki sudah melangkah masuk ke dalam banglo itu, hati Balkish tiba-tiba sahaja
menjadi sayu. Kenangan lama mula menerpa ke ruang minda. Di sinilah segala
rahsia tentang siapa dirinya yang sebenar terbongkar. Di ruang inilah dia
menangis tersendu-sendu seorang diri tanpa dihiraukan oleh ibu dan tok mak.
Pedihnya kenangan malam itu.
“Ingatkan
aku dah tak akan tengok muka kau lagi. Tak sangka pulak kau akan balik semula
ke rumah ni.”
Satu
suara kedengaran sinis menyindir. Pantas Balkish dan Batrisya menoleh serentak.
Di ruang tangga kelihatan kelibat tok mak yang sudah bergerak mahu turun ke
bawah. Wajahnya kelihatan masam mencuka. Langsung tidak tersenyum. Benci
sungguh dia kala terpandangkan kelibat Balkish yang berada di ruang tamu rumah
itu. Serta-merta dendam lamanya menyala-nyala kembali.
Balkish
cuba memaniskan wajahnya. Cuba tidak menghiraukan sindiran sinis tok mak yang
telah mengguris perasaannya ketika itu. Perlahan dia melangkah untuk
memberanikan diri menghampiri tok mak yang sudah berada di ruang tamu.
Tangannya dihulurkan kepada tok mak mahu bersalam. Namun seperti yang telah
dijangka, huluran tangannya langsung tidak disambut oleh tok mak. Dengan
selamba dan muka yang masam tok mak berlalu ke luar rumah. Tindakan tok mak itu
telah membuatkan Balkish malu sendiri. Kecil benar hatinya dengan tindakan tok
mak itu.
Melihat
tingkah tok mak yang langsung tak berubah itu, Batrisya mengetap bibir. Geram
pula dia dengan sikap tok mak yang tak pernah mahu melayan Balkish dengan baik.
Layanannya terhadap Balkish masih sama seperti dulu.
Kesian
Kish. Bisik hati kecil Batrisya. Dia kemudian melangkah merapati adik
kesayangannya itu.
“Kish
jangan ambil hati dengan kata-kata tok mak tu ye. Biasalah tok mak tu kan dah
tua, memang suka cakap yang bukan-bukan.” Pujuk Batrisya kepada Balkish. Bahu
adiknya disentuh. Bibirnya terukir sebuah senyuman nipis.
“Takdelah kak. Kish tak kisa pun. Kish okey
je. Dah biasa dengan cara tok mak yang macam tu.” Balkish sekadar mahu
menyedapkan rasa hati Batrisya dan rasa hatinya sendiri.
Batrisya
menarik senyumanya lebar. Dia tahu hati adiknya itu terluka dengan kata-kata
tok mak yang tak pernah berlapis. Namun dikawal untuk menjaga hatinya.
“Risya…
ibu dah nak pergi ni. Betul ke Risya tak nak ikut ibu dengan tok mak sekali?”
suara ibu kedengaran lembut berkata kepada Batrisya. Ibu begitu asyik
membetulkan lengan baju jubah yang dipakai. Ketika matanya memandang ke bawah,
dia benar-benar tersentak melihat gadis bertudung biru yang berdiri di sebelah
Batrisya. Bila masa gadis itu sampai? Setelah sekian lama… dia benar-benar
tidak menyangka akan tertemu lagi dengan gadis itu.
Balkish
melakar senyuman pada bibir. Dia menghampiri ibu yang kaku berdiri di anak
tangga terakhir. Tentu ibu terkejut dengan kepulangannya yang tidak dijangka
itu. Mana tidaknya, lebih kurang tiga tahun dia tidak pulang-pulang ke rumah
itu. Tetiba hari ini dia muncul semula.
“Assalamualaikum,
bu. Ibu apa kabar?” Sapa Balkish. Tangan ibu dicapai lalu dicium penuh rasa
hormat. Biarpun dia bukan lahir melalui rahim ibu, namun ibulah wanita yang
telah menjaga dan membesarkannya walaupun ibu tak pernah mahu menyayangi
dirinya.
“Errr… walaikumusalam. Baik. Bila
sampai?” kaku Hajah Badariah bertanya. Dia bagaikan tidak percaya melihat
kelibat Balkish di dalam rumah itu lagi.
“Baru
je. Kish ada belikan buah tangan untuk ib…” belum sempat Balkish menghabiskan
ayatnya, ibu terlebih dahulu bersuara.
“Errr… takpelah. Ibu nak keluar ni.” Tungkas Hajah Badariah. Dia melangkah
mendekati Batrisya.
“Betul
ke Risya tak nak ikut ibu dengan tok mak pergi ke majlis kenduri cukur jambul
cucu makcik Senah ni?” tanya Hajah Badariah sekali lagi. Wajah anak
kesayangannya itu dipandang penuh rasa kasih. Batrisya merupakan harta paling
berharga yang dia miliki. Zuriat peninggalan arwah suaminya.
“Hmmm… betul, bu. Risya nak duduk kat
rumah temankan Kish. Lagipun dah lama Risya tak duduk bersembang dengan Kish.
Ibu sampaikan aje salam Risya dekat Shasa dan makcik Senah ye.” Dengan manja
Batrisya mengenggam jemari ibu kesayangannya. Sejak ayah meninggal dunia hampir
dua puluh dua tahun lalu, pada ibulah segala kasih sayangnya tertumpah. Ibulah
segala-galanya.
“Kalau
Risya dah kata macam itu baiklah. Ibu pergi dulu. Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam.
Ibu pandu kereta hati-hati tau.” Sambut Batrisya lalu tangan ibu dicium penuh
hormat. Sebagai balasan, ibu dengan penuh kasih telah mencium pipi anak
perempuannya itu.
Melihat
kemesraan antara ibu dengan kakaknya, hati Balkish dipagut rasa sedih. Alangkah
bahagianya jika ibu memberi layanan yang serupa dengannya. Tentu dia tak akan
rasa tersisi meskipun tok mak tak pernah menyayanginya. Kasih ibu sahaja sudah
cukup buat Balkish. Namun apakan daya, ibu tak pernah melayan dia seperti itu.
Sikap ibu terhadapnya sedingin salju. Bagi ibu… Balkish merupakan anak wanita
yang telah merosakkan kebahagian ibu dan ayah.
Balkish
menghela nafas. Cuba menghalau rasa sedih yang bertandang. Air mata yang sudah
bergenang itu juga disapu perlahan. Dia tidak mahu Batrisya sedar ada air mata
yang mahu mengalir.
“Jom
kita naik atas. Akak dah kemaskan bilik Kish.” Ajak Batrisya. Jemari adiknya
sudah diraih lalu ditarik untuk naik ke bilik di tingkat atas. Balkish hanya
menurut tanpa banyak bicara.
Sebaik
pintu bilik yang sudah lama ditinggalkan itu dibuka, hati Balkish menjadi
semakin sayu. Bilik itu tidak banyak berubah. Masih macam dulu. Bezanya cuma
kain cadar dan langsir sahaja yang berubah warna. Susun atur dalam bilik itu
masih sama seperti hari terakhir dia tinggalkan bilik tersebut.
Perlahan
Balkish melangkah masuk ke dalam biliknya. Memerhati segenap ruang yang
kelihatan cukup bersih daripada sebarang habuk. Tentu pembantu rumah di rumah
ini yang sering membersihkan biliknya itu. Jika tidak, takkanlah sebersih itu
biliknya ini kelihatan.
Batrisya
sudah melabuhkan punggung di atas katil bertilam empuk milik Balkish. Hari
pertama dia sampai ke rumah ini, bilik Balkish ini kelihatan tak berseri
langsung. Seolah-olah dijaga ala kadar sahaja. Dia dan Kak Gaya la orang yang
bertanggungjawab membersih dan mengemas bilik adiknya itu supaya kelihatan
berseri seperti ini. Dia mahu bila Balkish balik nanti hati adiknya senang
melihat biliknya yang dijaga rapi. Dia tidak mahu Balkish terasa hati melihat
keadaan biliknya yang langsung tidak berseri itu. Nampak sangat apa sahaja
benda yang berkaitan dengan Balkish tak diambil peduli oleh ibu dan tok mak.
“Tak
banyak yang berubah dalam bilik ni kan, kak?” tanya Balkish. Punggungnya
dilabuhkan di sebelah Batrisya.
Batrisya
hanya tersenyum dan mengangguk. Kesian Balkish. Kalaulah dia tahu keadaan
biliknya sebelum ini, tentu dia akan sedih dan semakin berjauh hati dengan
penghuni dalam rumah ini.
“Ibu
tu nampak aje dingin macam salji kat UK, tapi ibu tak pernah abaikan Kish.
Tengok ajelah bilik Kish ni. Dijaga dengan rapi. Itu tandanya ibu sayang Kish
tau.” Batrisya buat cerita agar Balkish dapat merasakan kasih sayang ibu
mereka.
Balkish
sekadar tersenyum segaris. Susah untuk dia mahu percaya pada kata-kata Batrisya
itu. Bukannya dia tak tahu macam mana ibu tak sukakan dia. Mustahil untuk ibu
mahu bersusah payah menjaga biliknya ini. Namun Balkish malas mahu mengulas
panjang lebar. Biarlah…
“Akak
tu… kenapa tak bagitahu Kish awal-awal yang akak dah pulang ke JB? Sampai betul
hati. Dah tiga hari kat sini baru nak call Kish bagitahu yang akak dah ada kat
sini.” Balkish buat-buat merajuk.
“Heheheee…
akak saja nak suprisekan Kish.”
“Iye
la tu….” ujar Balkish sambil menarik muncung.
Batrisya
ketawa besar. Sudah lama benar dia tak lihat Balkish tarik muka macam itu. Dulu
dia suka sangat mengusik Balkish, sehingga adiknya itu menarik muncung seperti
ini.
“Kenapa
akak ketawa?” tanya Balkish yang sudah buat muka kehairanan. Pelik betul
kakaknya itu. Tiba-tiba sahaja menggilai macam Sundal Bolong.
“Akak
rindu sangat dekat Kish. Dah lama tak tengok muncung sejemput Kish yang macam
Daisy Duck itu.” usik Batrisya. Bahu adiknya itu dirangkul penuh kasih.
Balkish
yang konon-konon mahu buat merajuk itu tiba-tiba ketawa sama. Sudah lama dia
tak dengar nama Daisy Duck yang sering kakaknya gunakan setiap kali mengusik
dirinya itu. Rindu pula pada kenangan silam antara dia dengan Batrisya. Kenangan
antara mereka berdua semua manis-manis belaka. Batrisya merupakan
segala-galanya bagi Balkish. Tanpa Batrisya, dunianya terasa sunyi.
Sepanjang
hari itu, Balkish dan Batrisya menghabiskan masa bersembang bersama. Banyak
cerita yang mereka bualkan. Sehinggakan mereka tak sedar masa semakin merangkak
petang. Mereka berdua kelihatan begitu gembira sekali. Maklumlah… sudah lama
tidak berjumpa. Tentu banyak yang dibualkan.
Kak
Gaya yang memandang dari tingkap dapur turut tumpang gembira melihat dua beradik
itu. Sudah lama Balkish menghilang. Kini gadis itu kembali lagi. Kak Gaya juga
turut berdoa, semoga ada bahagia yang sampai kepada gadis itu suatu hari nanti.
******************************************************************************
SUDAH
lama Balkish tidak duduk pankin yang terletak di bawah pokok rambutan ini. Dulu
dia suka menghabiskan masa malam duduk di situ. Melihat cahaya rembulan dan
kerlipan bintang-bintang di dada langit yang luas terbentang. Sambil itu dia
mula pasang angan-angan, alangkah bahagianya andai ada seorang putera raja
membawanya pergi ketika itu juga. Heheheee…
Terkenangkan
kenangan itu, Balkish tersenyum lebar. Gatal juga dia time budak-budak. Umur
baru dua belas tahun tapi dah pandai fikir pasal lelaki. Dah tu tak nak pulak yang ‘cemeh-cemeh’, demand nak
putera raja jugak. Hahahaaa…
Tapi
itu dulu. Waktu Balkish belum tahu apa itu erti cinta. Pabila usianya semakin
meningkat remaja, dia mula sedar apa yang dimaksudkan dengan cinta. Dan dalam
usia baru mencecah lima belas tahun, Balkish sudah tahu bermain cinta dengan
seorang lelaki. Dia sedar cintanya pada masa itu masih digelar cinta monyet.
Namun hatinya sudah jatuh sayang pada lelaki itu. keperibadian lelaki itulah
yang telah membuatkan dia berani menyambut cinta yang dihulurkan. Tanpa
memikirkan akibatnya di kemudian hari.
Balkish
mengeluh. Bila teringatkan lelaki pertama yang bertakhta di hatinya itu, ada
rasa terkilan yang bertandang dalam hati. Terkilan kerana lelaki itu
mengkhianati janji-janji mereka sebelum berangkat ke UK untuk menyambung
pengajiannya di sana. Terkilan kerana lelaki itu begitu tegar melupakan dia
dalam sekelip mata. Namun dalam terkilan dengan tindakan lelaki itu, terselit
juga rasa bahagia. Bahagia kerana melihat insan yang paling disayanginya bahagia
di samping insan yang telah melukakan hatinya.
“Assalamualaikum…”
Ada satu suara menyapa dari belakang. Membuatkan Balkish yang sedang asyik
melayan perasaan itu tersentak. Sudah lama dia tidak mendengar suara itu. Tadi
di meja makan pun suasana antara mereka sunyi sepi. Hanya celoteh Kak Risya
sahaja yang menceriakan keadaan.
Salam
yang diberikan di sambut dalam hati.
Eidham
melangkah mendekati Balkish. Kemudian dia berdiri lalu bersandar pada batang
pokok rambutan yang buahnya sudah masak dan memerah. Petang tadi ketika dia
balik dari pejabat, dia terkejut melihat kelibat Balkish di rumah ibu mentuanya
itu. Sudah terlalu lama dia tidak melihat wajah manis itu. Hanya sesekali, bila
Batrisya melihat gambar-gambar Balkish melalui FB barulah dia dapat melihat.
Itupun hanya sepintas lalu. Dia takut dengan perasaannya sendiri setiap kali
melihat wajah Balkish.
Eidham
tersenyum. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar track shuit yang
dipakainya.
“Kish
apa khabar? Dah lama kita tak jumpa. Kish masih cantik macam dulu. Cuma…
sekarang ni Kish dah berisi sikit. Takdelah
kurus sangat macam zaman sekolah dulu.” Tutur Eidham. Komennya sama dengan
Batrisya ketika pertama kali Balkish sampai siang tadi.
Tiada
jawapan yang keluar dari bibir Balkish. Dia kaku di situ. Kehadiran lelaki itu
benar-benar mengejutkannya. Tiba-tiba lidahnya keluh untuk berbicara. Sedangkan
dulu dialah yang paling meriah setiap kali berbicara dengan Eidham. Ada sahaja
yang dibualkan bagi menceriakan suasana di antara mereka berdua.
Kebisuan
Balkish membuatkan Eidham mengeluh kecil. Dia tahu Balkish pasti masih marahkan
dia. Dia akui kesilapan yang telah dia lakukan. Sepatutnya dia tidak
mengkhianati janji-janjinya pada Balkish sewaktu mereka berkasihan dulu. Dia
yang bersalah. Memang patut Balkish marahkannya.
“Kish
masih marahkan abang?” tanya Eidham mahukan jawapan yang pasti daripada
Balkish.
Masih
marahkah aku pada lelaki ini? Soal Balkish pada dirinya sendiri.
“Maafkan
abang, Kish. Abang tahu abang salah. Tak patut abang khianati janji-janji yang
pernah abang lafazkan pada Kish. Abang menyesal kerana terlalu ikutkan
perasaan. Abang… abang… rindukan Kish. Teramat rindukan Kish.” Luah Eidham
tanpa mahu berselindung lagi akan perasaannya. Dia langsung tidak menghiraukan
apa tanggapan Balkish padanya bila dia berkata sedemikian. Dia mahu Balkish
tahu akan rasa rindunya itu. Dia juga yakin Balkish tentu masih mempunyai
perasaan yang sama sepertinya ini.
Tajam
mata Balkish merenung wajah Eidham. Sedarkah lelaki itu dengan apa yang telah
diperkatakan? Lupakah Eidham bahawa kini hubungan di antara mereka hanya
sekadar hubungan abang dan adik ipar? Kenapa perlu Eidham meluahkan kerinduan
itu padanya? Setahu Balkish ini bukan sikap Eidham yang pernah dikenalinya
dulu. Eidham yang dikenalinya seorang lelaki yang kaya dengan budi pekerti yang
baik. Kenapa Eidham boleh berubah seperti ini? Apa yang telah merasuk Eidham?
Takkan disebabkan Eidham berada di UK membuatkan sikapnya juga turut berubah?
Bertalu-talu soalan berlegar dalam benak fikiran Balkish.
“Abang
tak boleh nak lawan perasaan rindu dekat Kish. Abang tak dapat lupakan Kish.
Abang masih sayangkan Kish macam dulu.” Semakin berani pula Eidham meluahkan
apa yang terbuku dalam hatinya. Dia seolah-olah lupa hakikat bahawa dia kini
sudah pun bergelar seorang suami kepada seorang wanita yang dicintai selama
berada di UK.
“Enough abang Eid! Abang Eid tak malukah
cakap macam ini dekat Kish? Abang Eid lupakah yang Kish ini adik ipar Abang
Eid? Sepatutnya Abang Eid kena terima hakikat bahawa antara kita kini dah takde apa-apa hubungan kecuali hubungan
sebagai adik ipar dengan abang ipar.”
“Tapi
abang masih sayangkan Kish.”
Balkish
menggeleng-geleng. Rasa benci tiba-tiba terbit buat Eidham. Selama ini biarpun
Eidham mengkhianati cinta mereka, dia tidak pernah membenci lelaki itu. Apa
yang penting Eidham dapat membahagiakan Batrisya. Satu-satunya kakak yang dia
ada di dunia ini. Namun bila Eidham berkata sebegini padanya, terbit pula rasa
benci pada lelaki yang selama ini cukup dikagumi keperibadiaannya itu.
“Sudahlah
Abang Eid. Tolong jangan cakap soal sayang dekat Kish. Abang Eid simpan aje
sayang Abang Eid tu kemas-kemas untuk Kak Risya. Kish rasa Kak Risya lagi berhak
untuk menerima rasa sayang Abang Eid itu. Jangan lupa Abang Eid, Kak Risya tu
isteri Abang Eid. Kish tak nak Abang Eid mempersiakan hidup kakak Kish.”
Dihujung katanya, Balkish memberi sedikit amaran kepada Eidham.
“Tapi
abang…”
“Abang…”
panggil Batrisya panjang dan manja.
“Dekat
sini rupanya. Puas sayang cari abang kat dalam tau. Ingatkan abang pergi mana
tadi.” Suara Batrisya mematikan bicara Eidham. Serentak itu juga dia dan
Balkish menoleh ke arah Batrisya yang sudah menghampiri lokasi mereka berdua.
Balkish mula bangun dari duduknya.
“Abang
tengah berbual dengan Kish. Dah lama kitaorang tak borak-borak.” Pantas Eidham
bersuara.
Batrisya
tersenyum.
“Nah…
ini air Nescafe yang abang nak.” Mug berisi Nescafe dihulurkan kepada Eidham.
Lengan suaminya dipaut mesra. Dulu Eidham dengan Balkish memang sabahat baik.
Sehinggakan dia pernah beranggapan Balkish dengan Eidham mempunyai hubungan
istimewa yang lebih daripada hubungan sahabat baik. Namun dia tersilap bila
Eidham menafikan tanggapannya itu ketika mereka belajar sama-sama di UK. Kata
Eidham, hubungannya dengan Balkish hanya sekadar sahabat baik. Lagipun tak
salahkan seorang lelaki berkawan baik dengan seorang perempuan? Tak semestinya
hubungan rapat itu berkaitan pasal cinta aje.
“Abang
dengan Kish sembang pasal apa?” soal Batrisya manja.
“Bual
kosong ajelah sayang.” Balas Eidham.
“Iye
la… dulukan abang dengan Kish kawan baik. Kalau abang nak tahu… Kish ni
penyokong setia abang tau. Dulu zaman sekolah kalau sayang cakap yang tak baik
pasal abang, Kish selalu bela abang. Kish cakap abang baik la… abang tak macam
itu la… abang ni berkarisma la… macam-macam lagilah yang Kish puji abang.
Sampai naik jemu sayang mendengar puji-pujian Kish tu. Sayang memang tak boleh
nak cakap yang tak baik pasal abang depan Kish masa tu. Maklumlah… best friend, kan.”
“Apa
ni kak… itu cerita lamalah.” Pintas Balkish. Kurang senang bila Batrisya
mengungkit kisah lalu yang sudah lama dikubur dalam hati. Buat apa hendak
dikenang lagi.
“Memanglah
cerita lama, tapi disebabkan cerita lama itulah akak jatuh cinta dekat Abang
Eid. Segala yang Kish cakapkan itulah yang buat akak mula membuka pintu hati
akak untuk Abang Eid. Tak sangka, cinta yang akak pendam dalam hati itu
akhirnya terluah ketika kami belajar sama-sama di UK.” Ujar Batrisya. Wajah
suami tersayang dipandang penuh rasa cinta di hati. Pautan pada lengan suaminya
semakin diperkemaskan. Eidham turut membalas dengan memaut bahu isterinya.
Bibirnya cuba dilorek dengan senyuman segaris.
Balkish
sekadar tersenyum nipis mendengar isi hati kakaknya itu.
“Okeylah,
Kak Risya. Kish masuk ke dalam dulu. Nak masuk tidur. Letih rasanya badan ni.”
Ujar Balkish. Dia mendapatkan Batrisya lalu pipi gebu milik kakaknya itu dicium
penuh kasih.
“Okeylah.
Esok Kish temankan akak pergi shopping
ye. Dah lama kita tak keluar shopping berdua.”
Balkish
mengangguk dan tersenyum. Kemudian dia membawa langkah masuk ke dalam rumah.
Eidham pula sempat mengerling Balkish dengan ekor matanya. Hatinya perit
melihat kedinginan yang Balkish pamerkan. Rasa menyesal menerpa tak
henti-henti.
******************************************************************************
“MASUK
bilik ibu kejap.” Ketika kakinya melangkah ke tingkat terakhir anak tangga,
tiba-tiba suara Hajah Badariah kedengaran memberi arahan. Wajah itu kelihatan
masam mencuka. Membuatkan hati Balkish berdebar hebat.
Perlahan
Balkish membuntuti langkah ibunya. Daun pintu ditutup rapat bila ibu menyuruh
dia menutup semula pintu yang tadi terbuka. Langkahnya mati di situ. Tidak
berani berganjak mendekati ibu yang sudah duduk bersandar atas sofa. Apatah
lagi bila melihat wajah yang langsung tidak tersenyum itu.
“Apa
hubungan Kish dengan Eidham?” soal Hajah Badariah serta-merta. Langsung tak ada
intro.
Balkish
yang tadi begitu khusyuk memandang karpet warna hijau yang terhampar atas
lantai dalam bilik ibunya mendongak. Wajah ibu yang masam itu dipandang.
“Hubungan
abang dengan adik ipar.” Lurus bendul Balkish menjawab.
“Bukan
itu maksud ibu. Ibu mahu tahu apa hubungan Kish dengan Eidham yang sebenar? Ibu
rasa kamu berdua ada hubungan yang lebih dari sekadar abang dengan adik ipar.
Betulkan?” teka Hajah Badariah.
“Errr…
takde apa-apa, bu. Kish dengan abang
Eid hanya kawan biasa waktu sekolah.”
“Jangan
bohong ibu! Kish ingat ibu tak dengarkah apa yang Eidham katakan pada Kish
tadi? Ibu tahu Kish tentu ada hubungan dengan Eidham sebelum ni.” Jerkah Hajah
Badariah. Namun nadanya masih direndahkan. Dia tidak mahu suaranya yang
melengking tinggi itu akan didengari oleh Batrisya mahu pun ibu mentuanya,
Hajah Bedah. Biarlah rahsia ini hanya dia yang tahu. Selama ini biarpun dia tak
sukakan Balkish, namun dia belum pernah menjerit seperti itu kepada anak itu.
Tapi kali ini hatinya benar-benar mendidih. Sakit benar hatinya mendengar
kata-kata Eidham tadi. Teringat dia pada kisah silamnya yang pedih bila sahabat
baik yang paling dipercayainya mengkhianati persahabatan mereka berkahwin
dengan suaminya.
Balkish
menundukkan wajahnya. Tidak berani menatap renungan tajam mata ibu. Nampak
sangat api kemarahan ibu ketika itu.
“Kish
dengar sini baik-baik. Ibu tak nak Kish jadi perosak kepada rumah tangga Risya.
Ibu tak akan izinkan.”
Bagai
ada air jernih yang ingin mengalir bila ibunya berkata sebegitu. Macamlah dia
memang berniat hendak menjadi perosak rumah tangga Batrisya.
“Kish
janji tak akan rosakkan rumah tangga kakak, bu. Kish sayangkan kakak.”
Hajah
Badariah menarik senyuman sinis. Dulu, Kiran juga pernah berkata macam itu
kepadanya. Tapi tengoklah apa yang jadi? Sahabat yang paling dipercayainya
itulah yang telah merampas Borhan daripadanya. Dia tidak akan percaya lagi
dengan kata-kata keturunan Kiran.
“Tak
payah nak berjanji segala. Ingat ibu nak percaya? Kish dengan arwah mama Kish
sama aje. Kalau betul Kish ikhlas sayangkan Risya, ibu mahu Kish kahwin untuk
buktikan dekat Ibu apa yang Kish katakan tu.”
“Apa?
Tapi…” Balkish angkat balik kepalanya. Wajah ibu dipandang.
“Takde tapi-tapi. Kish kahwinlah dengan
sesiapa pun asalkan Eidham menjauhkan diri dari Kish. Soal belanja kahwin, biar
ibu yang tanggung. Asalkan rumah tangga Risya tak akan hancur gara-gara
suaminya yang tergilakan adiknya sendiri. Cuma Risya anak ibu dekat dunia ni.
Ibu mahu tengok Risya bahagia disamping lelaki yang dicintainya.”
Sayu
hati Balkish mendengar kata-kata ibunya. Nampak sangat ibu tidak pernah
menghargai kehadirannya disisi. Terasa airmata ingin mengalir ketika itu juga.
Namun cepat-cepat Balkish menyeka. Dia tidak mahu menangis di hadapan ibunya
lagi. Biarlah tangisan itu pecah di dalam biliknya nanti. Cukuplah dia menangis
selama ini kerana hatinya yang terluka itu.
“Selama
ni ibu tak pernah mintak apa-apa dari Kish. Ibu jaga Kish biarpun hati ibu tak
pernah senang setiap kali melihat wajah Kish. Kali ini ibu mohon dari Kish…
tolong jangan rosakkan rumah tangga Risya. Cukuplah ibu pernah merasai
kepedihan bila rumah tangga dimusnahkan oleh orang-orang yang ibu sayangi. Ibu
tak nak rasa apa yang ibu rasa.” Sambung Hajah Badariah. Dia bergerak ke
koridor di dalam biliknya. Di bawah sana dia dapat melihat dengan jelas
hubungan mesra Batrisya dengan Eidham. Betapa gembira anaknya itu disamping
lelaki yang dicintainya.
Semakin
bergetar jantung Balkish mendengar kata-kata ibunya. Rasa dia sudah tidak
sanggup mahu menadah telinga mendengar rintihan berbaur sindiran itu lagi.
“Ibu…
Kish takde apa-apa hubungan dengan
Abang Eid. Percayalah…” Ujar Balkish meraih kepercayaan ibunya.
Serentak
itu Hajah Badariah menoleh ke belakang. Memandang wajah Balkish dengan
pandangan yang cukup tajam. Sehingga gadis itu menundukkan wajahnya semula.
“Ibu
tak nak dengar apa-apa. Yang penting sekarang ibu mahu Kish berkahwin! Soal
belanja biar ibu yang tanggung. Ibu mahu Eidham putus harapan dengan Kish.”
Desak Hajah Badariah dengan tegas. Suaranya walaupun agak rendah namun kerasnya
jelas kedengaran.
“Ibu
tak perlu risau. Kish tak akan rampas Abang Eid dari Kak Risya. Kish tak akan
rosakkan kebahagian kakak Kish sendiri. Kish belum bersedia untuk berumah
tangga, bu.”
Menyemarak
api dalam diri Hajah Badariah mendengar kata-kata anak itu. Nampaknya Balkish
sudah pandai melawan kata. Pantas dia masuk semula ke dalam bilik. Berdiri
benar-benar di hadapan Balkish.
“Kish
ni degil ye. Selama ni ibu tak pernah mintak apa-apa dari Kish. Ibu bela Kish
walaupun hati ibu ni sakit bila mengenangkan apa yang telah mama Kish buat
dekat ibu. Sekarang bila ibu mintak Kish berkorban sedikit untuk kebahagian
Risya, banyak betul alasan Kish. Ibu tak nak dengar sebarang alasan. Ibu tetap
mahu Kish berkahwin dalam masa terdekat ni. Ibu bagi Kish masa sebulan. Kalau
Kish takde teman lelaki, biar ibu yang carikan. Keputusan ibu muktamad. Hanya
ini balasan yang ibu mahukan dari Kish sepanjang ibu bela Kish.” Hajah Badariah sudah mengungkit.
Terkejut
Balkish mendengar kata-kata ibu. Selama ini walaupun ibu bencikan dirinya, ibu
tak pernah ibu menunjukkan rasa bencinya. Tapi malam ini ibu sudah berlainan.
Ibu tak ubah macam ibu-ibu tiri yang garang dalam cerita-cerita dongeng. Dendam
ibu terhadap arwah mamanya kelihatan menyala-nyala.
“Kish
fikirlah masak-masak. Kish mahu rumah tangga Risya musnah disebabkan Kish atau
Kish mahu ikut kehendak ibu? Keputusan di tangan Kish. Kalau betul Kish anggap
Risya tu saudara kandung sendiri, ibu mahu Kish ikut kehendak ibu.” Sambung
Hajah Badariah lagi dengan tegasnya.
Balkish
memejamkan matanya rapat-rapat. Sedih sungguh rasa hatinya diperlakukan
sebegitu oleh seorang insan yang sudah dianggap sebagai ibu kandung sendiri.
“Ingat,
Kish. Kalau perkara ni sampai ke pengetahuan tok mak, lagi teruk Kish kena.”
Hajah Badariah sudah mula mengugut. Dia yakin Balkish tentu tak sanggup perkara
ini diketahui oleh tok mak memandangkan tok mak begitu bencikan Balkish.
“Keluar
dari sini. Ibu nak berehat.”
Tanpa
berlengah Balkish keluar dari bilik ibunya. Dia berlari menuju ke biliknya yang
terletak di hujung. Setelah pintu biliknya tertutup rapat, dia bersandar
belakang pintu. Menekup mulut dan menangis semahu-mahunya. Hatinya benar-benar
terluka kini.
Ya
ALLAH… tabahkanlah hatiku menempuh dugaanMU ini. Berilah aku kekuatan Ya ALLAH.
Mama… kenapa tinggalkan Kish dengan duka? Kenapa mama tak bawa Kish sekali
bersama mama? Ma… Kish rindu mama… terlalu rindukan mama.
Balkish
menangis. Menangis dengan tersendu-sendu. Biarpun dia tak pernah bertemu dengan
ibu kandungnya yang sebenar, namun ketika ini dia begitu rindukan kasih sayang
seorang ibu. Dia rindukan kasih sayang seorang ibu yang sudi membelainya.
Ketika ini juga dia mula terkenangkan Mak Aminah. Jika wanita itu ada, pasti
wanita itu sudi meminjamkan bahunya untuk Balkish menumpang kasih.
Balkish |
Bila lagu cinta
bergema
~6~
HARRIZ
duduk di buaian rotan yang terdapat di balkoni biliknya sambil merenung ke dada
langit yang gelap. Hanya kerlipan bintang-bintang dan cahaya rembulan yang
kelihatan. Menyerikan keindahan malam itu. Sejak kebelakangan ini dia kerap
duduk di situ melayan jiwanya yang kacau disebabkan seorang wanita bernama
Balkish. Sudah agak lama juga dia tak diserang penyakit angau seperti ini sejak
hatinya berkecai hanya kerana seorang wanita yang benar-benar dicintai dulu.
Tiga tahun lalu, hatinya milik Dhia. Namun kini nampaknya hatinya sudah menjadi
milik Balkish pula. Setelah sekian lama hatinya itu tertutup buat cinta,
akhirnya kehadiaran Balkish telah membuka semula pintu hati itu.
Tiba-tiba
Harriz tersenyum. Setiap kali nama Balkish terlintas dalam benaknya, setiap
kali itu juga senyuman lebar akan menghiasi bibir kemerah-merahan miliknya.
Balkiah ada aura yang tersendiri dapat menarik minatnya. Membuka kembali
cintanya yang selama ini tertutup rapat.
Balkish!
Gadis itu memang cantik. Harriz tidak boleh menafikan kenyataan itu. Hidungnya
mancung. Bibirnya comel dan kemerahan. Kulitnya putih mulus. Matanya bulat dan
bersinar. Alis matanya melentik. Senyumannya… semanis madu. Orang kata jika
kita ada lesung pipit, senyuman kita akan nampak manis. Balkish tak ada pun lesung
pipit, namun senyumannya tetap begitu manis dipandang. Buat Harriz tak lena
tidur jadinya.
Harriz
sendiri tak tahu kenapa dia boleh sukakan Balkish. Cuma apa yang dia pasti,
pertama kali terpandangkan wajah Balkish ketika dia makan tengahari bersama
abang iparnya tiga bulan lalu, hatinya sudah terpaut. Pertama kali dia memang
sukakan rupa paras Balkish yang cantik itu. Sesuai dengan piawaian yang dia
mahukan daripada seorang wanita. Bila dia cuba mendekati Balkish, gadis itu
pula sering menghindarkan diri. Langsung tak layan ayat-ayat cintanya. Selama
ini belum pernah dia ditolak oleh mana-mana perempuan. Namun berlainan dengan
Balkish. Gadis itu terlalu sukar untuk didekati. Apa sahaja yang diberikannya,
pasti akan ditolak oleh Balkish dengan pelbagai alasan. Itulah yang membuatkan
dia semakin ingin memiliki hati keras Balkish itu. Dia dapat melihat betapa
berbezanya Balkish dengan gadis-gadis yang selama ini didampinginya. Balkish
bukan tergolong dalam perempuan yang gilakan harta dan wang ringgit semata-mata.
Tiba-tiba
Harriz mengeluh. Tadi dia ada pergi ke rumah sewa Balkish. Niatnya macam
biasalah, hendak melepaskan rasa rindu dengan menatap seraut wajah yang sering
menganggu lenanya itu sejak kebelakangan ini. Tapi sampai sahaja di sana, dia
lihat kereta kancil milik Balkish tak ada di tempat biasa. Jiran sebelah rumah
Balkish yang bernama Kak Liza itu memberitahu bahawa semua anak dara sunti di
rumah itu telah balik bercuti di kampung masing-masing awal pagi tadi.
Hampa
rasa hati Harriz ketika Kak Liza berkata sebegitu. Akhirnya dia pulang ke rumah
dengan rasa kecewa yang terbuku dalam hati. Sampaikan dia tak ada mood hendak keluar bersuka ria dengan
Amylia. Lantaklah kalau Amylia hendak merajuk sekali pun. Ada dia kisah? Dia
sudah tak ambil peduli soal rajuk-merajuk ini lagi. Padanya sekarang apa yang
penting misi memiliki hati Balkish Binti Borhan. Itu yang paling penting dan
utama!
Samsung
Galaxy Note dibuka. Kemudian dia menekan peti simpanan gambar. Di situ terdapat
beberapa keping gambar-gambar comel Balkish yang diambil secara senyap-senyap.
Semua buat muka masam kecuali satu gambar Balkish tersenyum ketika berdepan
dengan abang iparnya. Manis sungguh senyuman gadis itu. Buat dia gila bayang.
Gambar itu juga telah dijadikan sebagai wallpaper skrinnya. Bila kerinduan
terhadap Balkish menyerang, gambar-gambar curi inilah yang sering dijadikan
teman pelepas rindu.
Ini
kalau Balkish tahu… tentu Balkish akan marah. Heheheee…
Harriz
tertawa kecil bila terbayangkan wajah geram Balkish yang kelihatan comel itu.
Rasa seperti hendak dicubit-cubitnya pipi Balkish.
“Ehemmm…”
suara deheman yang kedengaran keras itu mengejutkan Harriz yang sedang leka
memandang wajah gadis pujaan hatinya itu. Cepat-cepat dia menyembunyikan Samsung
Galaxy Note miliknya ke dalam poket seluar tidur yang dipakainya.
“Abang
Riz tak keluar ke malam ni?” tanya Hanni yang agak kehairanan dengan adanya
kelibat Harriz di rumah malam itu. Biasanya waktu-waktu seperti ini Harriz
pasti akan keluar berhibur dengan kawan-kawannya. Tak pun keluar dengan
awek-aweknya yang gediks itu. Jarang
sungguh ada kelibat abangnya itu di rumah jam seperti ini.
“Tak!
Malas.” Pendek dan padat jawapan yang keluar dari mulut Harriz.
Dahi
Hanni berkerut seribu. Hairan binti pelik dia mendengar jawapan abangnya itu.
Tak pernah dia dengar Harriz berkata sebegitu sebelum ini. Kalau pasal keluar
berhibur, memang abangnya yang seorang itulah yang nombor satu. Sampaikan naik
pening kepala mama dibuatnya. Bukan mama seorang sahaja yang pening kepala,
papa pun ikut migraine dengan perangai anak teruna seorang ini. Bertuah punya
anak.
Harriz
pandang Hanni.
“Dah…
tak payah nak buat muka hairan ajaib tu dekat Abang Riz. Abang Riz malas nak
keluar malam ni. Takde mood. Hah… yang Hanni masuk bilik Abang
Riz tak ketuk pintu dulu ni kenapa? Main rempuh aje bilik orang. Kalaulah time
ni Abang Riz tengah tukar baju, tak ke haru.”
Hanni
ketap bibir. Amboi… bukan main lagi bahasa abangnya itu. Time susah aku jugak yang dicarinya. Kali ni kalau ada aweks dia buat hal lagi, jangan harap
aku nak tolong. Pandai-pandai sendirilah sattle masalah.
“Eheh…
jangan nak main tuduh aje tau. Hanni dah ketuk pintu sebelum masuk tadi. Abang
Riz tu yang tak sedar. Asyik tersengih-sengih macam orang tak betul tenung handphone Abang Riz tu. Entah apalah
yang menarik sangat ada kat dalam tu sampai bukan main lebar lagi Abang Riz
tersenyum.” Hanni bersandar malas pada pagar besi di koridor bilik tidur
abangnya. Sempat juga dia memandang ke bawah. Dari situ kelihatan kolam renang
yang luas terbentang. Indah sungguh pemandangan dari arah bilik abangnya ini.
“Iye
ke? Abang Riz tak dengar pun Hanni ketuk pintu.”
“Macam
mana nak dengar kalau Abang Riz dah asyik sangat pandang handphone Abang Riz tu. Hanni pelik betullah dengan Abang Riz sejak
kebelakangan ni. Asyik termenung aje. Macam orang angau. Kali ni perempuan mana
pulak yang buat Abang Riz angau ni?” bersahaja sahaja Hanni berkata.
Harriz
tersengih. Hanni ni bijak betullah. Tahu aje yang dia sedang dilanda penyakit
angau. Susah betul nak sembunyikan apa-apa dari budak kecik sorang ni. Macam
Nujum Pak Belalang! Sama dengan setiausahanya si Zatul itu.
“Nampak
sangatkah yang Abang Riz tengah angau?” tanya Harriz meminta kepastian. Hanni
sekadar menganggukkan kepalanya. Sambil itu tangan disilangkan ke dada. Butalah
sesiapa yang tak nampak.
“Siapa
awek malang tu?” selamba Hanni menyoal. Kesian betul perempuan yang menjadi
mangsa cinta abangnya itu. kalau dialah… huh, tak hingin dia nak serah hati
dekat lelaki playboy macam abangnya
itu.
“Sedap
bahasa aje Hanni kata awek tu malang. Awek ni bukan sembarangan awek tau. Awek
ni awek paling bertuah kat dunia ni sebab dapat membuatkan Abang Riz jatuh
cinta padanya. Belum pernah Abang Riz rasa perasaan macam ni sepanjang hidup
Abang Riz.” Tutur Harriz penuh semangat. Hanni ni kalau bercakap tak pernah nak
berlapis. Main ikut sedap mulut dia tu aje. Tak padan dengan kecik! Bebel
Harriz dalam hati.
Hanni
mencebik. Harriz ni kalau pasal perempuan memang nombor satu. Dasar buaya
darat! Playboy Metropolitan!
“Hurmmm…
iye la tu Abang Riz. Macamlah Hanni ni tak tahu dengan perangai Abang Riz yang
kaki perempuan itu. semua perempuan pun abang Riz kata bertuah bila dapat abang
Riz. Tapi yang sebenarnya diaorang tu malang sebab lepas aje Abang Riz dah puas
dengan diaorang, Abang Riz akan tinggalkan diaorang macam tu aje. Hmmm… entah
sampai bilalah perangai playboy Abang Riz ni akan berubah.” Panjang lebar Hanni
membebel. Dah boleh jadi tokoh membebel paling muda. Dalam ramai-ramai anak
mama, Hani seorang yang mewarisi perangai suka membebel mama itu. Yang lain
semua macam perangai papa yang cool!
Heheheee…
Sebenarnya
Hanni tak suka dengan perangai Harriz yang suka bertukar-tukar pasangan itu.
Sudah banyak kali juga dia memberi nasihat kepada Harriz, tapi macam biasalah.
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Harriz ni memang pencinta wanita.
Teman wanitanya… dah tak boleh dibilang dengan jari-jemari. Campur dengan jari
kaki pun tak cukup juga. Dan yang paling Hani tak suka bila sahaja Harriz
memutuskan hubungan dengan teman-teman wanitanya itu bila dia sudah mulai
bosan. Mulalah ada yang cari Hanni nak minta tolong pujukkan Harriz supaya
jangan tinggalkan mereka. Huh! Apa diaorang fikir aku ni PA Abang Riz ke?!
Itulah… masa serah hati, jantung, limpah dan segala yang sewaktu dengannya tak
mahu fikir. Bila dah kena tinggal baru nak fikir yang abang Riz tu buaya darat
paling jahat kat KL ni. Sakit kepala aku dibuatnya.
Sebenarnya
dulu Harriz bukanlah buaya darat jadian seperti sekarang. Dulu Harriz pencinta
wanita yang begitu setia. Namun sejak wanita bernama Dhia itu tinggalkan Harriz
kerana seorang lelaki Mat Salleh, sikap Harriz terus sahaja
berubah. Terus menjadi kaki perempuan yang sering bertukar pasangan. Sudah
hampir tiga tahun jugalah Harriz berperangai seperti ini. Entah sampai bilalah
semua ini akan berakhir. Hanni selalu berdoa semoga ada seorang wanita yang
mampu mengembalikan abang Harriznya yang dulu. Yang setia hanya pada seorang
perempuan.
“Alaaa…
yang ni serius punya. Tak main-main.” Ujar Harriz bersungguh-sungguh. Memang
kali ini dia tak ada niat hendak main-main. Dia serius mahu memiliki Balkish.
Perasaan yang sudah lama dibuangnya kini muncul semula. Dan wanita yang berjaya
membawa perasaan itu semula adalah Balkish!
Hanni
mencebik. Kurang percaya dengan bicara abangnya itu. Biasalah Abang Riz…
mula-mula memang cakap serius. Tapi esok lusa bila Abang Riz dah bosan mulalah
Abang Riz cari awek lain untuk dijadikan pengganti. Huh! Hanni berbicara
sendiri di dalam hati.
“Pertama
kali Abang Riz pandang dia, hati Abang Riz dah terpaut. Dia lain dari
wanita-wanita yang Abang Riz jumpa selama ni. Dia tak sama dengan mereka yang
tergila-gilakan Abang Riz dan sanggup memberikan apa sahaja terhadap Abang Riz.
Belum pernah ada seorang wanita pun yang menolak cinta Abang Riz. Tapi dia… dia
lain sangat. Dia dingin dan langsung tak pandang apa yang Abang Riz miliki. Itu
yang buat hati abang Riz semakin terpaut. Abang Riz rasa… Abang Riz dah jatuh
cinta pada dia. Bukan lagi rasa… malah Abang Riz cukup yakin dengan perasaan
Abang Riz sekarang.” Penuh keasyikan Harriz meluahkan apa yang terbuku dalam
hati. Siap berdrama lagi dengan mendongak memandang bulan. Dah macam pungguk
rindukan bulan pula keadaan Harriz seperti itu.
Hanni
memandang Harriz tanpa berkerdip. Belum pernah dia melihat Harriz seperti itu
bila berbicara pasal wanita sejak abangnya itu putus cinta dengan kak Dhia tiga
tahun lalu. Benarkah apa yang didengarnya malam ini? Adakah ini Harriz Hamdan
yang dikenalinya dulu? Abangnya yang setia pada cinta yang satu.
“Waaa… nampaknya Abang Riz betul-betul
dilamun cinta ni. Saper perempuan yang
buat hati Abang Riz terbuai sampai macam ni sekali?” tanya Hanni. Dia
benar-benar tidak percaya dengan apa yang didengarinya ketika itu. Abang Riz
jatuh cinta? Macam mimpi pulak. Selama ini dia tak pernah dengar Harriz
berbicara soal hati dan perasaan. Kalau pasal perempuan tu memang biasalah.
Naik muak Hanni mendengar cerita-cerita pasal aweks Harriz yang berbagai ragam
dan gedik menggelitis itu.
“Balkish.”
Sepatah nama itu meniti keluar dari bibir Harriz.
“Balkish?”
Ulang Hanni dengan dahi yang berkerut. Dia tak pernah dengar pun di antara
teman-teman wanita abang Harriznya yang bernama Balkish. Sah! Ini mesti
perempuan baru lagi.
Harriz
sekadar mengangguk. Samsung Galaxy Note dihulurkan kepada Hanni. Membiarkan
Hanni melihat dan menilai sendiri siapakah gerangan si dia yang bernama Balkish
yang telah membuatkan dia gila bayang. Buat dia angau bagaikan pungguk yang
merindui sang rembulan. Cewah! Bermadah pujangga pulak anak teruna Tan Sri
Hamdan ni.
“Cantiknya…”
puji Hanni. Tidak sedar yang suaranya sudah mengeluarkan full volume yang membolehkan seisi rumah banglo ini dapat
mendengarnya.
“Syhhh… perlahanlah sikit. Apa Hanni nak
bagi announcement dekat orang tua kat
bawah tu ke?” Harriz meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Hanni ni tak boleh
ke kalau tak jerit-jerit. Macam orang kena histeria
aje! Itu baru nampak wajah Balkish dalam skrin Samsung Galaxy Note Harriz,
kalau nampak secara live mahu pengsan
agaknya budak mulut murai tercabut ekor ni.
Hanni
tersengih. Rambutnya yang panjang itu diselak ke belakang. Dia bukannya sengaja
pun nak keluarkan full volumenya itu. Tetapi dia benar-benar
terpana melihat gadis yang dimaksudkan oleh abangnya. Orangnya memang cantik.
Bertudung pulak tu! Pada mulanya dia menyangka gadis yang buat abangnya angau
itu sama aje fesyennya dengan aweks Harriz yang sebelum-sebelum ini. Ternyata
tanggapannya itu meleset.
“Opsss… sorry, bos! Tak sengaja. Terlebih
excited ni. Heheheee…” Tidak berkedip
matanya memandang wajah Balkish yang terpampang pada skrin handphone milik
Harriz. Tidak pernah dia melihat abangnya itu berhubungan dengan mana-mana
gadis bertudung. Biasanya aweks Harriz semua edisi seksi-seksa belaka. Pakai
baju macam orang tak cukup kain. Belah sana belah sini. Tonjol sana tonjol
sini. Nampak sangat nak goda tahap keimanan Abang Riz yang senipis kulit bawang
itu. Mujurlah Abang Riz belum sampai ke tahap ‘membaham’ anak orang. Kalau
tidak… tak ke haru biru jadinya hidup mama dan papa dapat anak lelaki buaya
jadian. Heheheee…
“Dekat
mana Abang Riz kenal dia?” tanya Hanni mula mahu menyibuk. Kalau gadis
bertudung yang gambarnya terdapat pada skrin handphone itulah yang Harriz mahu
jadikan sebagai teman hidupnya, memang Hanni akan bersetuju seratus-peratus.
“Ada
la….” Harriz cuba berahsia. Mana boleh bagitahu dekat mana dia kenal Balkish.
Nanti tak pepasal Hanni datang ke ofis abang Mie pula nak menyiasat pasal
Balkish. Otak Hanni ni bukannya boleh pakai sangat. Budak kecik ni otak
penyiasat. Macam Detektif Conan. Kecil-kecil cili padi. Kalau macam ni kena
infom cepat-cepat kat Kak Hanis. Jangan bagi Kak Hanis bagitau dekat si kecik
ni pasal Balkish lebih-lebih. Fikir Harriz.
Hanni
mencebik. Tak puas hati dengan jawapan yang keluar dari mulut abangnya.
“Huk
eleh… takkan dengan Hanni pun nak berahsia segala? Selama ni Hanni tak pernah
pun bocorkan rahsia Abang Riz dekat sesiapa, meskipun dekat mama dan papa. Kali
ni kenapa pulak nak rahsia-rahsia
ni?”
“Kali
ni lain Cik Hanni sayang oi. Yang ni special
case.”
“Ekk…
habis tu yang lelain tu case apa pulak?”
“Yang
lain-lain tu case nak lepas rasa
bosan takde aweks.” Selamba sahaja Harriz menjawab.
Hanni
mengherot bibirnya ke kanan. Dia buat mimik muka meniru aksi percakapan
abangnya. Memang dasar buaya betul Abang Riz ni. Entah-entah dulu papa pun sama
perangai dengan Abang Riz. Pasal tu Abang Riz berperangai macam ini. Playboy melampau sangat. Pantang nampak
perempuan berdahi licin, semua dia nak sapu!
Memang
padanlah mama dengan papa tarik balik kondominium yang diaorang bagi pada Abang
Harriz tu balik. Macam ini punya perangai memang tak boleh nak dibiarkan
tinggal sendiri. Nanti jadi pula perkara yang memalukan. Mana taknya, sebelum
ini mama pernah tertangkap Abang Harriz bersama teman wanitanya berdua-duaan di
kondominium mewahnya itu. Mengamuk sakan mama! Pasal itulah kondominium itu
ditarik balik dan Abang Harriz terpaksa tinggl di rumah. Jadi tak ada lagi
istilah bawa balik ‘betina’ macam mama kata tu dalam kamus hidup Abang Harriz.
Heheheee…
“Jahatlah
Abang Riz ni. Tak baik tau buat macam tu. Kesian perempuan-perempuan yang
selama ni bagi cinta dan sayang mereka dekat Abang Riz. Alih-alih Abang Riz
tinggalkan mereka macam tu aje.” Komen Hanni. Dasar buaya betul abang aku ni!
Nasib baiklah boyfriend aku si Kuzer tak berperangai buaya jadian macam Abang
Riz. Jika tidak… mahu merana jiwa dapat pakwe perangai buaya tembaga dan yang
sewaktu dengannya macam ini.
“Mana
ada Abang Riz jahat. Sebelum Abang Riz couple
dengan awek-aweks Abang Riz tu,
awal-awal lagi Abang Riz dah bagitau diaorang yang Abang Riz tak nak hubungan
yang terlalu serius. Diaorang sendiri yang bersetuju dengan syarat Abang Riz
tu. Lagipun… Hanni fikir diaorang tu ikhlas ke sukakan Abang Riz? Entah-entah
diaorang tu cuma mahukan duit Abang Riz aje. Entah-entah diaorang jugak pasang
pakwe keliling pinggang. Lelaki dengan perempuan zaman sekarang ni Hanni,
perangai dua kali lima aje.”
Mendengar
kata-kata Harriz itu, Hanni turut bersetuju. Memang perempuan-perempuan cantik
yang mendampingi abangnya selama ini hanya mahukan diut Abang Harriz saja.
Tengok sahaja apa yang mereka mahukan. Semua barangan yang berjenama dan
terkenal. Sesuai sangatlah tu. Si buaya darat berjumpa dengan si pisau cukur.
“Tapi
Balkish ni lainlah, Hanni. Dia tak sama dengan perempuan-perempuan yang abang
Riz jumpa selama ni.” Keluh Harriz. Kekadang timbul rasa terkilan dengan sikap
Balkish yang buat tak layan sahaja pada dirinya itu. Layan acuh tak acuh
sahaja.
Dahi
Hanni berkerut-kerut.
“Lain
macam mana maksud Abang Riz ni? Hanni tak fahamlah.”
Harriz
menghela nafas. Kemudian dia bangun dari duduknya. Tubuhnya yang sasa itu
disandarkan pada pagar besi.
Sementara
Hanni pula sudah melangkah mengambil alih tempat abangnya untuk duduk di buaian
rotan. Lenguh kakinya berdiri dari tadi. Wajah Harriz dipandang. Tidak sabar
mahu mendengar kelainan Balkish yang Harriz maksudkan. Nampak macam menarik aje
kisah cinta terbaru abangnya ini. Bolehlah dia buat jalan cerita untuk novel
terbarunya nanti. Heheheee...
“Hanni
tahukan…”
“Nope.” Pinta Hanni laju sambil kepala
digelengkan.
“Bagi
Abang Riz habiskan ayat dulu boleh, tak?” gumam Harriz geram.
Hanni
tayang gigi. Sebenarnya dia sengaja nak menyakat abangnya itu. Tak seronoklah
kalau Abang Harriznya buat muka serius. Heheheee…
“Okey…
teruskan.”
Harriz
mencebik.
“Hanni
kan tahu… selama ni tak ada seorang perempuan pun yang menolak cinta Abang Riz
yang hensem ni.”
Hanni
buat muka seolah-olah nak termuntah kala Harriz menyatakan dirinya hensem.
Perasan betul!
“Boleh
tak Abang Riz jangan nak perasan. Loya tekak Hanni dengar pengakuan berani mati
Abang Riz tu la.” Ujar Hanni. Kembali memotong kata abangnya
Kali
ini giliran Harriz pula tayang gigi
“Iye
la… Iye la… nak gurau sikit pun marah. Selama ni apa yang Abang Riz mahu Abang
Riz boleh dapat dengan mudah. Petik jari aje, Abang Riz boleh dapat ramai awek.
Tapi tidak dengan Balkish… dia perempuan pertama yang tolak cinta Abang Riz.
Abang Riz petik banyak jari pun dia tak pandang langsung. Semakin Abang Riz
mendekat, semakin dia menghindar. Dia buat tak layan aje dengan Abang Riz.
Macam Abang Riz ni tak wujud. Apa yang Abang Riz bagi semua dia tolak dengan
macam-macam alasan. Susah betul nak tawan hati dia.” Beritahu Harriz perihal
Balkish.
Hanni
ketawa kecil. Kelakar pula bila ada perempuan yang menolak abangnya ini.
Selalunya Harriz bukan main mendabik dada lagi bila sering berjaya mendapatkan
gadis-gadis yang diingininya. Kali ini… baru abangnya itu tahu. Tak semua
perempuan tu dapat dibeli dengan wang ringgit dan kebendaan.
“Iye ke? Hurmmm… baguslah macam tu. Well done for Kak Balkish.” Ujar Hanni
sambil membahaskan Balkish dengan panggilan kakak. Dia yakin Balkish pasti lagi
tua dari dia yang baru berusia enam belas tahun. Selamba badak aje dia cakap
macam tu depan Harriz. Langsung tak peduli perasaan abangnya yang sudah
terguris mendengar komen pendeknya itu.
Harris
mengerut kening. Wajah Hanni ditenung tajam. Boleh pula si budak kecik ni cakap bagus??? Siap buat ucapan
‘well done’ lagi.
“Itu
maknanya Kak Balkish seorang perempuan yang bijak. Dia tak sanggup nak bagi
hati dia dekat Abang Riz yang playboy ni. Baguslah macam tu, kan.” Amboi Hanni
ni… bukan main lagi dia.
Harriz
mengetap bibir. Hanni ni suka betul berfikiran yang negatif tentang dirinya.
Apa dia ni teruk sangatkah sampai Hanni rasa dia tak layak untuk Balkish. Dia
akui memang dia ni playboy. Kaki perempuan.
Tetapi sejak bertemu dengan Balkish hatinya sudah tawar dengan
perempuan-perempuan yang lain. Dia mahu serius dengan Balkish seorang. Susah
sangatkah untuk Hanni mengerti isi hatinya itu. Apa punya adiklah Hanni ni? Tak
bagi sokongan moral kat abang sendiri. Kang Harriz cakap begitu Hanni berkecil
hati pulak. Biasalah Hanni tu… kuat sangat merajuk.
“Tapi
dengan Balkish Abang Riz serius. Abang Riz tak ada niat pun nak main-mainkan
dia.” Serius kedengaran suara Harriz. Dia mahu menyakinkan Hanni bahawa dia
serius kali ini. Bukan main-main!
Melihat
wajah Harriz yang bertukar serius dan nada suaranya yang tegas itu, Hanni sedar
bahawa kini abangnya itu memang betul-betul telah jatuh cinta. Jika tidak,
takkan seperti ini kelakuan Harriz. Duduk termenung dan tak keluar malam.
Biasanya Harriz ni memang jenis yang tak pernah lekat duduk kat rumah. Selalu
aje keluar berhibur ke Kelab-kelab Malam bersama awek-aweknya yang
bertukar-tukar itu. Macam tukar baju.
“Okey…
Hanni percaya dengan cakap Abang Riz. Macam nilah… kalau Abang Riz serius
sukakan Kak Balkish, Abang Riz tunjukkan dekat Kak Balkish yang Abang Riz bukan
main-main dekat dia. Abang Riz memang sukakan dia. Abang Riz… orang perempuan
ni nampak aje keras, tapi kalau Abang Riz bijak memainkan peranan Abang Riz,
Hanni yakin Kak Balkish pasti sukakan Abang Riz. Alaaa… Abang Riz kan bijak
pasal perempuan. Tentu Abang Riz tahu cara yang terbaik buat Kak Balkish jatuh
cinta dekat Abang Riz. Tapi perkara pertama yang perlu Abang Riz lakukan adalah
buang perangai playboy Abang Riz tu. Hanni yakin Abang Riz pasti boleh dan Kak
Balkish akan jatuh cinta dengan Abang Riz juga akhirnya.” Panjang lebar Hanni
memberi kata semangat. Dah macam orang dewasa pula dia ni.
Harriz
sudah tersenyum kembali. Boleh tahan juga Hanni ni bagi kata-kata semangat. Tak
padan dengan kecik.
Ya!
Dia perlu bijak membuatkan Balkish jatuh cinta padanya. Balkish… aku akan
pastikan kau jadi milik aku! Kini keazaman ingin memilik Balkish semakin
menebal.
******************************************************************************
AMYLIA
menghenyak punggungnya di atas sofa. Handphone
BlackBerrynya dilempar atas sofa bertentangan. Tangan dibawa ke dada lalu
disilangkan. Dia merengus kasar. Wajahnya masam mencuka. Sakit benar hatinya
dengan Harriz. Untuk malam ini sahaja sudah masuk lima belas kali Harriz
menolak ajakannya untuk keluar bersama. Sejak kebelakangan ini susah benar
untuk dia keluar bersama Harriz. Ada-ada sahaja alasan yang diberikan oleh
lelaki itu. Nampaknya Harriz macam nak jauhkan diri daripadanya.
Takkanlah
Harriz sudah bosan dengan aku? Soal Amylia kepada diri sendiri. Kemudian
kepalanya digeleng berkali-kali. Cuba menghalau apa yang sedang bermain dalam
fikirannya itu.
“Tidak!
Tidak! Tidak! Aku tak boleh nak biarkan Harriz bosan dan tinggalkan aku. Aku
akan pastikan Harriz menjadi milik aku. Cuma berkahwin dengan Harriz sahaja aku
boleh menikmati kesenangan dengan mudah. Aku tak boleh lepaskan dia. Aku tak
akan biarkan dia pergi macam itu aje.” Amylia berbicara seorang diri. Tekadnya
bulat untuk memiliki Harriz. Dia tak akan melepaskan Harriz walau apa pun yang
akan terjadi.
Bukan
senang hendak mendapatkan lelaki muda yang kaya-raya seperti Harriz di zaman
sekarang ini. Kebanyakkan lelaki yang ditemuinya semua tua-tua belaka. Biasalah
kalau dah ada pangkat Datuk, Tan Sri segala ni mesti orangnya sudah berumur.
Ada pun yang muda sikit tapi muka tak hensem macam Harriz.
“Hello darling… apesal monyok aje ni?” Satu suara menegur. Kemudian sebuah ciuman
hinggap pula ke dahi Amylia.
Amylia
mendongak. Wajah Datuk Manaf dipandang. Ini lagi seorang lelaki tua yang gatal
tak sedar diri. Dia ingat aku serius ke sukakan dia? Huh… dahlah perut boroi,
kepala botak, tak selera aku tengok. Nasib baik duit banyak. Itu ajelah yang
buat dia jadi hensem sikit. Amylia
mengejek dalam hati.
“I
bosanlah ling duduk terperap aje kat
dalam kondominium ni. Jom kita keluar shopping.”
Amylia sudah buat aksi manja-manja bila Datuk Manaf melabuhkan punggung
disebelahnya. Jemarinya menguis-guis dada Datuk Manaf yang tidak berbaju itu.
Macamlah body cantik sangat.
Datuk
Manaf pun apa lagi, terus sahaja membelai mesra rambut panjang keperangan milik
Amylia. Haruman wangian rambut Amylia membangkitkan semula nafsu lelakinya.
Sedangkan baru tadi dia dengan Amylia berasmara. Kini nafsunya kembali
menyerang. Dengan Amylia, memang susah untuk dia mengawal gelora nafsu jantan.
Tapi bila berada dekat dengan isterinya si Datin Rose, nafsunya langsung tak
ada.
“I
bukan tak nak keluar shopping dengan
you, darling. Tapi you pun fahamkan
kedudukan I macam mana. I tak naklah Datin Rose dapat tahu nanti. Susah kita.”
Ujar Datuk Manaf sambil bibirnya sudah mula mencium pipi gebu Amylia. Hisy…
Datuk Manaf ni, gatal tak hengat dunia!
Ceh!
Dasar lelaki pengecut. Belakang aje berani. Tapi depan takut bini! Cemuh Amylia
dalam hati. Belaian Datuk Manaf ke atas dirinya dibiarkan sahaja.
“You
ni macam tulah… asal I ajak shopping
aje mesti you bagi seribu satu alasan. Tapi kalau you mahu I layan you, I tak
pernah pun membantah.” Amylia sudah tarik muncung. Tubuh Datuk Manaf yang
melekat dekat dengan tubuhnya ditolak jauh. Dia sudah membelakangkan Datuk
Maruf dan mula buat-buat merajuk. Dia amat yakin lelaki tua itu akan cair
dengan rajuknya itu. Biasalah… lelaki tua yang gatal macam Datuk Manaf ni
memang tak boleh nak tengok perempuan muda merajuk. Mulalah gelabah satu macam.
“Okey
macam ni, apa kata you pergi shopping
sorang diri atau ajak sesiapa aje
temankan you. I bagi you duit.” Datuk Manaf sudah memujuk. Dia tahu pasti
Amylia akan cair bila mendengar perkataan duit.
Amylia
sudah menarik senyum segaris bila mendengar Datuk Manaf berkata sebegitu. Namun
dia masih buat-buat merajuk dengan Datuk Manaf. Bagi gelabah lagi lelaki tua
tak sedar diri itu.
Datuk
Manaf mengeluh kecil. Dia cuba mendekati Amylia yang sudah duduk jauh
daripadanya. Lengan gadis itu disentuh. Namun Amylia mengelak. Datuk Manaf
tidak mahu mengalah. Dia masih berusaha merapatkan kedudukan dengan Amylia.
“Darling… janganlah macam ni. I bukannya
tak nak temankan you pergi shopping.
Tapi you sendiri tahukan kedudukan I. I bagi you duit. You boleh shopping sepuas hati you. Kalau tak
cukup jugak… you boleh gunakan kad kredit ni.” Datuk Manaf menghulurkan kad
kredit yang dikeluarkan melalui dompetnya kepada Amylia.
Melihat
kad kredit bewarna emas yang terpampang depan matanya itu, senyuman dibibir
Amylia mekar dengan lebar. Dah macam senyuman joker pulak Amylia ketika itu.
Senang sungguh hatinya melihat kad kredit yang dilayang depan matanya. Serentak
itu juga dia mengambil kad kredit yang Datuk Manaf hulurkan. Lalu dengan manja
dia melentokkan kepalanya di bahu Datuk Manaf. Tidak kisahlah lelaki itu sudah
layak digelar bapa, dia tetap akan melayan Datuk Manaf dengan sebaiknya asalkan
dia mendapat pulangan yang setimpal dengan apa yang diberikan.
Datuk
Manaf dengan gatalnya mengelus-ngelus rambut Amylia yang harum mewangi itu.
Fikirannya sudah terbayangkan kehangatan pelukan Amylia sebentar sahaja lagi.
Perempuan macam Amylia ni bukannya susah nak pujuk. Bagi duit, mulalah Amylia
cair.
“Okey
I tak akan paksa you. Thanks darling.”
Ucap Amylia. Sebuah ciuman hinggap ke pipi tua Datuk Manaf.
“Cium
kat situ aje ke?” Soal Datuk Manaf yang sudah tersungging senyuman menggoda. Uwek… rasa nak termuntah aje sesiapa
yang tengok lagak Datuk Manaf yang gatal miang berkurap itu.
“You
ni nakallah…” giat Amylia. Lengan lelaki tua itu dicubit manja. Senyumannya
lebar dan begitu menggoda. Pantas dia bangun dari duduknya. Tangan Datuk Manaf
ditarik lalu dibawa masuk ke dalam bilik. Datuk Manaf apa lagi… ikut sahaja
langkah menggoda Amylia itu. Rasa macam tak sabar sahaja dia hendak menerkam
tubuh Amylia yang kelihatan begitu montok sekali.
Nampaknya
malam ini Datuk Manaf dan Amylia sekali lagi bergelumang dengan dosa. Mereka
sudah tidak takut lagi akan hukuman yang bakal diterima suatu hari kelak. Nafsu
telah melalaikan mereka berdua. Dan syaitan juga sudah ketawa dengan besarnya
melihat cucu cicit Nabi Adam ini kecundang dengan hawa nafsu mereka sendiri.
Bila lagu cinta
bergema
~7~
Menunggu sesuatu yang sangat
menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
…………………………………
Zivilia Band – Aishiteru
“NAK
ke mana tu?” tegur Puan Sri Hanum kala terlihat kelibat anak bujangnya yang
menuruni anak tangga sambil berlagu riang. Wangi bukan main. Jam baru pukul
6.40 pagi. Anaknya itu sudah kelihatan begitu bergaya sekali. Dengan baju
t-shirt polo warna putih bergaris merah, seluar jeans hitam dan bertopi putih.
Ini tak lain tak bukan mesti nak keluar lagi. Susah sangat nak duduk diam kat
rumah hujung minggu macam ini.
“Riz
nak keluar main golf dengan abang Mie, ma.” Selamba Harriz menjawab. Langsung
tidak menghiraukan renungan tajam mamanya itu. Langkahnya sudah dibawa ke ruang
makan. Kerusi ditarik dan dia pun duduk di atas kerusi. Teko berisi air coklat
kegemarannya dituang ke dalam cawan. Bihun goreng campur udang segar disenduk
masuk ke dalam pinggan.
Hmmm…
sedap betul bihun hasil air tangan mamanya itu. Puan Sri Hanum ini biarpun ada
pembantu rumah namun bila hal masak-memasak memang dia yang sediakan sendiri.
Kak Moon hanya membantu menyediakan bahan-bahan yang diperlukan sahaja. Dia
memang tak benarkan Kak Moon masak.
“Iye
ke nak keluar dengan Fahmie? Ke Riz nak keluar dengan teman-teman wanita Harriz
yang berbagai rupa dan ragam tu?” sinis Puan Sri Hanum menyindir. Macamlah dia
tak tahu dengan perangai anak bujangnya yang kaki perempuan itu. Sudah naik
berbuih mulutnya membebel marahkan Harriz yang asyik berkepit dengan
perempuan-perempuan yang langsung tak menepati citarasanya untuk dijadikan
calon menantu. Namun anaknya itu buat tak dengar sahaja. Malah bukan main galak
pula Harriz memasang teman wanita yang berbagai rupa.
“Hisy… mama ni ke situ pulak. Betullah, ma. Riz ada appointment nak main golf dengan Abang
Mie pagi ni. Takkan nak keluar dating
awal pagi begini? Shopping complex
pun tak buka lagi tau, ma. Kalau mama tak percaya Riz nak pergi main golf
dengan abang Mie, mama boleh call Abang Mie atau Kak Hanis.” Balas Harriz.
Puan
Sri Hanum mengetap bibir. Harriz ni ada sahaja jawapannya. Susah betul dengan
perangai anak lelaki tunggalnya itu. Tak pernah nak kalah bila bercakap. Sebiji
macam perangainya jugak. Bak kata orang, emak borek anak rintik.
“Harriz
jangan nak main-main dengan mama. Mama tak nak Harriz terlibat lagi dengan
perempuan-perempuan yang entah dari mana asalnya itu. Mama dah tak nak baca
gosip-gosip pasal Harriz lagi. Ingat mama dengan papa bangga sangat ke bila ada
media yang melaporkan Harriz ni playboy
nombor satu dekat KL? Memalukan aje. Tak pernah ada dalam keturunan kita yang
bergelar playboy. Papa masa muda-muda
dulu pun tak ada buat perangai macam Harriz.” Omel Puan Sri Hanum. Memang
benar. Suaminya ketika muda-muda dulu tak ada perangai buruk macam Harriz ini.
Suaminya merupakan seorang lelaki yang budiman. Disebabkan itulah hatinya
terpaut pada Tan Sri Hamdan walaupun ketika itu suaminya hanyalah anak seorang
nelayan.
Kali
ini Harriz malas hendak membalas kata. Dia menyuap lagi bihun goreng ke dalam
mulut. Menikmati keenakan bihun itu lebih bagus dari dengar omelan mama di awal
pagi ini. Aduh… mama. Suka sangat membebel. Betul-betul mewarisi perangai arwah
nenek. Dan sekarang perangai kuat membebel itu jatuh pulak kepada mama dan
Hanni. Nasib baik Kak Hanis dan Hanna tak berjangkit penyakit yang sama.
Heheheee…
“Mama
tak suka Harriz terlibat dengan perempuan-perempuan tu lagi. Dahlah perangai
tak senonoh, pakaian pulak macam orang tak cukup kain. Rimas mata mama ni
tengok diaorang. Tak sesuai langsung jadi menantu mama.” Puan Sri Hanum
mengumam. Dia memang tak berkenan dengan beberapa orang teman wanita Harriz
yang pernah dijumpanya. Dia juga sudah memberi amaran kepada beberapa orang
wanita yang sering Harriz usung ke sini sana untuk menjauhkan diri daripada
anaknya itu. Jangan harap dia nak terima salah seorang daripada mereka untuk
dijadikan menantu. Baginya, dia sudah ada pilihan yang dirasakan cukup sesuai
untuk dijadikan teman hidup Harriz.
“Iye
la, ma. Riz tahu.” Hanya ayat itu yang keluar dari mulut Harriz. Hisy… mama ni!
Buat hilang selera makan aku aje. Boleh tak biarkan aku aman damai menikmati
kelazatan bihun ini. Ini tak… pot-pet pot-pet macam burung kakak tua.
“Harriz
jangan cakap tahu-tahu aje. Mama tak nak Harriz berdampingan dengan teman-teman
wanita Harriz tu lagi. Ini last warning
dari mama.” Nada suara mama kedengaran serius. Wajah jugak kelihatan serius
sekali. Langsung tak ada segaris senyuman.
Aduh…
mama ni kan… buat perut aku kenyang cepat betullah. Sejak kebelakangan ni mama
suka sangat buat aku migraine. Asyik nak kawal pergerakan aku aje.
“Ehem…
awal pagi lagi saya dah dengar awak membebel. Apa yang dibebelkan tu, Cik Hanum
oi?” suara Tan Sri Hamdan kedengaran. Kemudian lelaki yang kelihatan masih
segak itu mengambil tempat duduknya di tempat biasa. Di kepala meja yang
menunjukkan dia adalah ketua isi rumah di banglo mewah tiga tingkat itu.
“Ni
hah… anak bujang abang ni. Awal pagi lagi dah nak keluar. Katanya nak keluar
main golf dengan Fahmie. Saya tak nak dia keluar dengan perempuan-perempuan
yang tak senonoh tu. Nanti tak pasal-pasal ada lagi berita terhangat yang akan
keluar dalam akhbar-akhbar tabloid.”
Ujar Puan Sri Hanum kepada suaminya. Dia bangun dari duduk. Air coklat dituang
ke dalam cawan. Kemudian dia menyenduk pula bihun goreng ke dalam pinggan untuk
diberikan kepada suami tercinta.
Tan
Sri Hamdan mengerling ke arah Harriz. Memang benar kata isterinya. Harriz
nampak begitu bergaya sekali pagi ini. Nampak sangat yang anak bujangnya itu
hendak keluar. Harriz ni dah semakin dewasa susah sangat nak duduk lekat kat
rumah. Ada sahaja aktiviti hujung minggunya.
Melihat
gerlingan mata papanya, Harriz yakin pasti papanya juga akan meleterinya sama
macam mama. Sebelum itu terjadi, ada baiknya dia angkat kaki. Dia tak mahu awal
pagi dibebani dengan leteran kedua orang tuanya itu.
“Okeylah
ma, pa, Riz pergi dulu. Nanti matahari meninggi pulak kalau nak main golf.”
Harriz bangun dari duduknya. Tangan papa dan mama disalam lalu dicium penuh
hormat. Senakal mana pun dia, papa dan mama merupakan orang yang paling
dihormatinya. Setakat ini belum pernah lagi dia meninggikan suara kepada mama
dan papa walaupun kadang kala tahap kesabarannya hampir hilang dengan sikap
mama dan papa yang kuat mengongkong sejak dia tercalon sebagai lelaki paling
banyak teman wanita oleh sebuah majalah tempatan.
“Hah…
Harriz jangan balik lambat sangat. Malam ni mama ada buat makan-makan sikit.
Kita ada tetamu nak datang ke rumah.” Pesan mama sebelum Harriz mahu melangkah
meninggalkan ruang makan.
“Siapa?”
soal Harriz hairan. Mama ni tak habis-habis dengan tetamu. Entah siapa lagilah
tetamu istimewa mama untuk malam ini. Ini tak lain tak bukan mesti kawan-kawan
mama yang ada anak perempuan untuk dikenankan dengannya. Huh! Mama ni tak
habis-habis mahu mengenenkan dia dengan anak-anak gadis rakan-rakannya.
“Datuk
Syed Rahman dengan Datin Syarifah Elina. Syarifah Ezora pun ada sekali.” Ujar
mama sambil bibirnya mula mekar dengan senyuman yang paling manis sekali.
Pantang sebut nama Syarifah Ezora, pasti sengihan pada bibir mama akan mekar
selebarnya.
“Aik…
bukan bulan lepas pun mama ada jemput mereka datang makan malam dekat rumah
jugak ke?” Takkan setiap bulan nak adakan makan-makan untuk menjemput keluarga
Datuk Syed Rahman datang ke rumah pulak? Soalan yang seterusnya hanya bergema
di dalam hati.
“Itu
bulan lepas. Ini bulan ni. Kali ni mama mahu Harriz ada dekat rumah time mereka
datang. Mama tak nak jadi macam bulan lepas. Kesian mama tengok Ezora. Kecewa
sangat dia tak dapat jumpa kamu. Itu semua kamu punya pasallah. Suka sangat
mungkir janji” Ujar mama. Wajahnya sudah kembali tegang. Teringatkan kejadian
bulan lepas, dia menjadi geram. Sakit betul hatinya dengan Harriz. Boleh pula
anak bujangnya itu tak balik makan malam itu. Sedangkan awal-awal lagi dia
sudah beritahu Harriz akan kedatangan keluarga Syarifah Ezora ke rumah mereka.
Boleh pula Harriz buat-buat lupa.
Harriz
sekadar mengangguk. Bosan betul dia bila mamanya begitu mendesak untuk dia
bertemu dengan Syarifah Ezora anak manja Datuk Syed Rahman dengan Datin
Syarifah Elina itu. Entah apalah yang istimewa sangat dengan Syarifah Ezora
sampaikan mama begitu teruja hendak menjadikan Syarifah Ezora sebagai menantu.
Nak kata Syarfiah Ezora itu lain daripada yang lain dengan wanita-wanita yang
selalu diusungnya ke sana ke mari, tak ada juga. Sama aje. Pakai baju pun dedah
sana dedah sini jugak. Rambut pun diwarnakan perang jugak. Itukah calon menantu
pilihan mama? Huh!
Kalau
iye pun mama nak cari menantu, carilah yang macam Balkish. Heheheee… Bibir
Harriz tersungging senyuman manis.
“Eheh…
senyum pulak dia. Harriz dengar tak apa yang mama cakap ni?”
“Iye…
Riz dengarlah, ma. Okeylah ma, pa… Riz pergi dulu. Dah lewat ni.” Harriz pun
berlalu pergi. Dia sudah tidak sanggup mendengar mama membebel lagi. Dah tu
siap sebut-sebut nama Syarifah Ezora pula. Playboy macam mana pun dia, kalau
Syarifah Ezora yang terlebih manja itulah hendak dijadikan teman hidup… huh…
memang dia tak hingin!
“Tengoklah
anak bujang abang tu. Entah perangai playboy
siapalah yang diikutnya? Pantang nampak perempuan cantik, mulalah dia nak jual
minyak. Kalau perempuan yang dia suka ni baik takpe jugak. Boleh jugak saya
pertimbangankan. Ini tak… perangai entah apa-apa. Hisy… tak berkenan betul
saya. Lainlah kalau di Ezora tu. Memang saya berkenan jadikan dia menantu.
Sambil tu dapat juga kita mengeratkan hubungan dengan Rahman dan Elina.”
Tan
Sri Hamdan menggeleng-geleng. Keinginan isterinya yang mahu menyatukan Harriz
dengan Syarifah Ezora itu semakin hari semakin menjadi pula. Boleh dikatakan
setiap hari nama Syarifah Ezora meniti keluar dari mulut isterinya. Macam dah
tak sabar sangat isterinya itu hendak bermenantukan Syarifah Ezora.
Tan
Sri Hamdan memang geram dengan perangai kaki perempuan anak lelaki tunggalnya
itu. Namun dia tak adalah sampai bersemangat waja nak jodohkan Harriz dengan
Syarifah Ezora. Apa yang dilihat oleh Tan Sri Hamdan, anak sahabat baiknya si
Syarifah Ezora itu takdelah berbeza sangat dengan wanita-wanita yang sering
berkepit dengan Harriz. Nampak sama aje dari segi berpakaian. Cuma mungkin
Syarifah Ezora ini latar belakangnya diketahui oleh isterinya. Lagipun Syarifah
Ezora kan anak sahabat baik Puan Sri Hanum. Pasal tulah isterinya berkenan
sangat pada Syarifah Ezora. Kalau dia… hurmmm… rasanya dia tak berapa berkenan
dengan anak gadis Datuk Syed Rahman itu biarpun dia dengan Datuk Syed Rahman
berkawan baik sejak dari Universiti lagi.
Dia
sentiasa berdoa semoga ada wanita yang lebih baik dari Syarifah Ezora untuk
anak lelaki kesayangannya itu.
******************************************************************************
HARRIZ
dan Fahmie mengambil tempat duduk di Golfer’s Terrace Lounge setelah
menghabiskan permainan golf mereka sebentar tadi. Matahari sudah agak meninggi
waktu ini. Nasib baiklah mereka datang awal untuk bermain. Takdelah berpanas
hingga ke tengahari. Setelah sekian lama tak bermain golf bersama Fahmie,
akhirnya Harriz berjaya juga menewaskan abang iparnya itu hari ini. Selalunya
bila ada peluang bermain golf berdua, Harriz memang tak pernah menang dengan
Fahmie. Pasti abang iparnya itu yang menjadi pemenang tegar. Namun hari ini
nampaknya dia sudah berjaya memecahkan rekod dengan mengalahkan abang iparnya
itu. Gembira sungguh dia. Hinggakan dia menjerit keseronokan.
“Lama
kita tak main sama, nampaknya Riz dah banyak kemajuan ye. Sampai dapat tewaskan
Abang Mie hari ni.” ujar Fahmie. Fresh
orange yang dipesan tadi disedut perlahan. Lega rasanya bila dapat
membasahkan tekak dengan jus oren yang sejuk itu. Panas-panas macam ini memang
sesuai sangat minum minuman sejuk.
“See my leg la Abang Mie.” Harriz sudah
bangga diri. Senyumannya lebar hingga ke telinga. Siapalah yang tak gembira
bila dapat menewaskan musuh tradisi dalam permainan ini. Rasa macam nak umumkan
kepada semua aje. Khakhakhaaa..
Fahmie
mencebik. Ini yang dia malas kalau sudah puji Harriz. Mulalah adik iparnya itu
bangga diri tak sedar dunia. Riak bukan main lagi. Huh!
Tiba-tiba
Samsung Galaxy Note Harriz berbunyi. Harriz mencapai handphone yang diletakkan di atas meja. Skrin menunjukkan panggilan
itu datangnya daripada mama. Harriz mengeluh. Malas-malas dia menjawab
panggilan tersebut. Ini tak lain tak bukan mesti nak bagi remaind pasal dinner
malam ni. Bosan betul!
“Yes… ma.” Ucap Harriz ketika talian
sudah dijawab.
Harriz
menghela nafas. Bibirnya digerak-gerak mengikut setiap butir bicara mama.
Melihat perilaku Harriz itu, Fahmie tersenyum lebar. Nakal sungguh adik iparnya
itu. Ini kalau mama nampak mesti dah kena sound. Boleh pulak dia mengajuk
percakapan mama sesuka hati.
“Okey… I know. Riz ingat. Bye ma.
See you tonight.” Malas Harriz menjawab. Setelah talian dimatikan, satu
dengusan keluar dari mulutnya. Mama ni tak habis-habis dengan Syarifah Ezora.
Kalau dah berkenan sangat dengan Syarifah Ezora itu, apa kata mama pinangkan
Syarifah Ezora untuk papa. Dapat juga mama kawan baru. Bebel Harriz dalam hati.
Kurang bersetuju dengan kehendak mamanya yang mahu dia bersatu dengan Syarifah
Ezora.
“Kenapa?”
tanya Fahmie yang sudah mula mahu menyibuk. Kalau muka Harriz dah macam cuka
basi itu, tentu ada sesuatu yang tak kena. Dia bukannya tak faham dengan
perangai Harriz tu.
“Mama…
dia mahu Riz ada untuk dinner malam
ni.” jawab Harriz lemah. Malas betul dia hendak fikir pasal dinner malam ini. Lebih-lebih lagi bila
dia terpaksa berdepan dengan Syarifah Ezora yang terlebih manja tahap gaban
itu. Entah-entah gaban pun kalah dengan kemanjaan Syarifah Ezora itu. Hisy…
geram sungguh rasanya bila terpaksa nak buat-buat suka bila berdepan dengan
Syarifah Ezora malam nanti.
“Habis
tu? Yang tarik muka masam tu kenapa pulak?”
Harriz
mengeluh lagi. Rasanya kali ini sudah banyak kali dia mengeluh bila
mengenangkan Syarifah Ezora yang cukup merimaskan jiwa raganya itu. Mungkin
inilah yang Balkish rasakan setiap kali dia datang menganggu. Hah… tahu pun!
Itulah yang Balkish rasa Encik Harriz oi. Sekarang baru sedar ke?
“Riz
malaslah Abang Mie. Tak berkenan dengan si Ezora tu. Entah apalah jampi yang
Ezora dah bagi dekat mama sampaikan mama mahu sangat Ezora jadi menantu. Rimas
betul!”
Fahmie
sudah ketawa. Kelakar rasanya bila Harriz yang kaki perempuan itu boleh
mengeluarkan perkataan rimas pada seorang perempuan. Bukankah selama ini dalam
kamus hidup adik iparnya itu tak ada perkataan rimas pada seorang wanita? Sebolehnya
Harriz mahu membelai semua wanita yang mendampinginya. Konon dia itu pencinta
wanita.
“Aik…
elok sangatlah tu kalau mama nak jodohkan Riz dengan Ezora. Sekurang-kurangnya
dah ada seorang perempuan yang Riz boleh layan setiap hari sebagai seorang isteri.
Takdelah nak bertukar-tukar pasangan lagi lepas ni.” Ujar Fahmie. Boleh pula
dia bersekutu dengan rancangan ibu mentuanya itu.
Mencerlung
mata Harriz memandang abang iparnya. Amboi abang Mie ni. Sebelahkan mama pulak!
Tahulah abang Mie tu menantu kebanggaan mama, tetapi tak payahlah nak sokong
mama dalam segala hal pulak. Tahukah abang Mie yang Syarifah Ezora itu seorang
yang cukup menakutkan? Huh… tak sanggup Riz nak jadi suami dia! Ngeri.…………..
“Hisy… tak nak Riz. Ezora bukan wanita
pilihan Riz. Dalam hati Riz ni dah ada wanita yang bertakhta. Cuma tunggu masa
yang sesuai aje untuk disatukan.” Perasan pula Harriz bila berkata sebegitu.
Bila masa dia dengan gadis yang dimaksudkannya itu hendak disatukan. Tak tahu
malu betul. Orang tak hingin dia pulak yang lebih-lebih. Nampaknya Harriz pun
dah sama kes dengan Syarifah Ezora juga. Terkejar-kejar orang yang tak sukakan
dia. Huhuhuuu…
“Who? Balkish?” tanya Fahmie. Memang
sejak kebelakangan ini adik iparnya itu sering ke pejabatnya. Konon datang
hendak berjumpa dengannya bincang pasal itulah inilah, tapi macamlah dia tak
tahu yang Harriz datang semata-mata nak jumpa dengan Balkish. Setiausahanya
yang cantik manis itu. Kadang-kadang tu Fahmie tegur juga cara Harriz yang
dirasakannya agak melampau. Tapi macam biasalah, Harriz buat tak layan aje.
Malah semakin galak pula Harriz menganggu Balkish. Harriz ni kalau pasal
perempuan memang susah sikit nak bagi nasihat. Lebih-lebih lagi perempuan yang
disukainya. Memang dia mahu miliki sampai dapat. Itulah Harriz Tan Sri Hamdan!
Bibir
Harriz sudah tersungging senyuman nakal. Memang tepat tekaan abang iparnya itu.
Memang Abang Mie ni seorang yang memahami.
“Bijak
betullah Abang Mie ni. Tahu aje siapa yang Riz maksudkan.”
“Hurmppp… siapalah yang tak nampak cara
Riz pandang Balkish tu? Semua staf kat bahagian abang tu nampak. Dah serupa nak
terkam aje kalau boleh. Kalau iye pun Riz berkenan dekat Balkish, control-controllah sikit sikap gelojoh
tu. Jangan bagi nampak sangat. Buat malu aje tau.”
Besar
ketawa Harriz mendengar komen abang iparnya itu. Tawanya yang besar itu menarik
perhatian beberapa pelanggan yang duduk di Golfer’s Terrace Lounge, Tropicana
Golf & Country Resort.
“Okey
bos… lain kali Riz akan control diri
sikit. Tapikan Abang Mie… Riz geram sangatlah dekat Balkish tu. Dia buat tak
layan aje dengan Riz. Kalau dengan Abang Mie, bukan main lebar lagi senyuman
dia. Dengan Riz… senyuman pun main paksa aje. Mahu tak mahu aje dia layan Riz.”
Adu Harriz. Dia tahu senyuman Balkish tak pernah ikhlas untuknya. Namun dia tetap
suka melihat senyuman itu. Padanya senyuman Balkish merupakan penawar rasa
rindu yang sentiasa menggebu.
“Iye
la… Macam manalah Balkish nak senyum semanis kurma dekat Riz kalau tiap-tiap
hari muka Riz terconggok depan meja dia mengacau. Kalau sehari tak menganggu,
boleh tak? Ini tak… tiap-tiap hari nak ganggu. Siapalah yang tak rimas.
Jangankan Balkish, Abang Mie pun rimas jugak tau asyik tengok Harriz terconggok
dekat ofis Abang Riz.”
“Alaaa…
Riz cuma nak lepaskan rasa rindu dekat Balkish ajelah, Abang Mie. Kalau sehari
Riz tak pandang wajah Balkish, rasa tak lengkap hari-hari yang Riz lalui. Rasa
kosong aje.” Si buaya jadian sudah memulakan mukadimah jiwang karatnya.
“Abang
bukannya apa… cuma nak bagi nasihat sikit kat Riz tu. Kalau Riz serius sukakan
Balkish, bagi Balkish masa dan ruang untuk rindukan Riz. Manalah tahu kalau dia
tak jumpa Riz dalam seminggu ke dua minggu ke dia boleh rindukan Riz. Dari situ
barulah timbul rasa cinta. Ini tidak… hari-hari Riz nak jumpa Kish. Balkish tu
baik orangnya. Abang Mie tak nak Riz main-mainkan perasaan Balkish pulak.”
“Jangan
risaulah Abang Mie. Kali ni Riz betul-betul serius. Tak main-main punya. Riz
akan pastikan yang Riz tak akan mempersiakan hidup Balkish.” Bersungguh Harriz
menyakinkan abang iparnya. Memang kali ini dia begitu serius. Belum pernah dia
seserius ini bila berbicara berkaitan dengan soal wanita. Selalunya dia sekadar
main-main saja.
Fahmie
mengangguk. Dia juga berharap agar apa yang diperkatakan oleh adik iparnya
suatu yang ikhlas.
******************************************************************************
AKHIRNYA
Harriz berjaya juga memboloskan diri dari cengkaman Syarifah Ezora. Rimas betul
dia bila Syarifah Ezora yang terlebih aksi manja itu asyik memaut lengannya.
Lagak dah macam pengantin baru pulak mereka berdua bila Syarifah Ezora tak mahu
melepaskan pautan mesranya itu. Nasib baiklah depan family, jika tidak memang
dah awal-awal lagi Harriz angkat kaki. Tak kuasa dia nak melayan perangai
gediks Syarifah Ezora itu. Namun mama yang asyik memberi jelingan isyarat mata
dekat Harriz itu membuatkan Harriz terpaksa control perasaan yang berkocak.
Jelingan mama tu bukannya apa, nak suruh Harriz layan Syarifah Ezora
kesayangannya itu baik-baiklah. Huh!!!
Punggungnya
dilabuhkan atas kerusi berhadapan dengan kolam renang yang terbentang indah di
halaman rumah banglo kebanggaan papa dan mamanya yang terletak di Bukit
Damansara. Selesa sikit rasanya bila Syarifah Ezora tak ada membuntutinya
sampai ke sini. Jika tidak, mahu mengerbang rambutnya yang sudah agak panjang
itu dengan rengekan manja Syarifah Ezora yang mengada-ngada. Merengek mengalah
kanak-kanak lima tahun nak gula-gula lolipop sahaja.
Harriz
mengeluh. Susah betul bila mama dah jatuh cinta dekat Syarifah Ezora. Semua
yang terbaik milik gadis berkulit putih itu. Kalau macam inilah gayanya, dia
kena bertindak lebih cepat daripada mama. Dia perlu menyelamatkan diri daripada
dikahwinkan dengan Syarifah Ezora yang tak pernah masuk ke dalam senarai
wanita-wanita yang hendak dijadikan calon isterinya itu.
“Apesal Abang Riz duduk dekat sini? Kan
kat dalam tu ada tetamu.” Tegur Hanni tiba-tiba. Dia yang baru muncul itu sudah
pun melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan dengan abangnya. Wajah
Harriz ditenung. Lagak macam orang ada masalah besar sahaja abangnya itu. Ini
mesti pasal Syarifah Ezora. Alaaa… taulah!
“Abang
Riz saje nak ambik angin. Panaslah kat dalam tu.” Harriz bagi alasan.
“Iye
ke? Ke… Abang Riz nak larikan diri dari Kak Ezora?” Hanni meneka. Rasanya
tekaannya itu mengena dengan tepat.
“Itu
pun salah satu daripadanya jugak.” Kata Harriz.
Hanni
tersengih. Dari tadi dia memerhatikan tingkah abangnya itu yang tak ubah
seperti cacing kepanasan. Nampak sangat yang abangnya tak selesa bila Syarifah
Ezora asyik berkait lengan dengannya. Yang si Syarifah Ezora tu satu… tanpa
segan silu dia memaut kemas lengan Abang Harriz di depan ahli keluarga mereka.
Apa Syarifah Ezora fikir ini kat Luar Negara ke nak pegang-pegang depan orang
tua? Dah jadi macam Mat Salleh. Lainlah kalau dah ada ikatan yang sah. Bukan
setakat nak pegang tangan, cium pipi depan family
pun boleh. Ini belum ada apa-apa dah lebih-lebih. Hanni sendiri naik loya
tengok perangai Syarifah Ezora itu.
Satu
keluhan kecil keluar dari mulut Harriz. Rimas betul dia jadinya dengan
kehadiran Syarifah Ezora dan orang tuanya itu. Dia kena berpura-pura senang
hati menyambut kedatangan tiga beranak itu dalam keterpaksaan. Ini semua mama
punya pasal. Huhuhuuu…
Hanni
menjongketkan sebelah keningnya bila pandangan bersatu dengan Harriz. Keluhan
yang lahir dari bibir abangnya itu pasti ada makna yang tersirat. Kedengaran
macam berat aje.
“Kenapa?”
soal Hanni.
“Bosan!”
pendek Harriz menjawab.
Hanni
mengerut kening.
“Apesal bosan?” banyak pula soalan si
budak kecik ini.
“Abang
Riz bosan dengan perangai mama tu. Bukan main suka lagi nak pasangkan Abang Riz
dengan Syarifah Ezora. Sudahlah Syarifah Ezora tu tak termasuk dalam list
wanita-wanita yang Abang Riz suka.” Luah Harriz tanpa berselindung.
Hanni
menarik senyuman lebar.
“Alaaa…
apa nak susah. Kan Abang Riz dah ada Kak Balkish. Abang Riz bawalah Kak Balkish
datang rumah kenalkan dengan mama dan papa. Hanni yakin mama pasti tak akan
paksa Abang Riz untuk kahwin dengan Kak Ezora. Mama tu bukannya apa… dia tak
suka tengok Abang Riz berkepit dengan awek-awek Abang Riz yang tak tentu
perangai itu. Pasal tu mama mahu Abang Riz disatukan dengan Kak Ezora.” Ujar
Hanni.
“Macam
mana nak ajak Kak Balkish datang mengadap mama dan papa sedangkan Kak Balkish
tu langsung tak nak layan Abang Riz?” Bodoh betullah Harriz ni. Selama ni bukan
main bijak lagi dia kalau pasal perempuan. Tapi bila masuk bab Balkish, dia
jadi bengong pulak!
“Apalah
Abang Riz ni. Itu pun lagi mau tanyakah? Hisy… apa punya playboy dah…”
Harriz
tersengih-sengih. Rambutnya digaru-garu macam ada segumpal kelemumur di atas
kepalanya itu.
“Entahlah…
kalau dengan Balkish ni Abang Riz jadi bodoh sikit. Taktik nak mengurat pun tak
jalan.” Akui Harriz akan kebodohannya itu.
Hanni
menjeling. Hisy… bodoh jugak rupanya abang aku ni.
“Amboi… dekat sini rupanya anak bujang mama
ni. Puas mama cari kat dalam tu. Rupanya dekat sini Harriz duk melepak dengan
Hanni.” Suara Puan Sri Hanum mematikan tingkah dua anaknya. Harriz dan Hanni
memang kamceng sejak dari kecil lagi.
Harriz
dan Hanni menoleh ke arah mama mereka. Disamping mama kelihatan kelibat
Syarifah Ezora yang manja memaut lengan mama. Bukan main lebar lagi senyuman
Syarifah Ezora yang manja itu kala terpandangkan wajah kacak Harriz. Hatinya
mula berlagu riang. Di belakang mama dan Syarifah Ezora pula kelihatan Hanna
dan Datin Syarifah Elina sedang berbual mesra. Hanna ni memang kawan baik
Syarifah Ezora sejak dari kecil lagi. Pasal itulah Hanna menyokong bila mama
mahu menyatukan abangnya dengan kawan baiknya itu.
Serentak
Harriz dan Hanni bangun dari duduk masing-masing bila mama dan ahli kabinetnya
sudah berdiri di lokasi mereka berdua. Wajah mama dan Hanna kelihatan begitu
berseri menyambut kedatangan dua beranak itu. Bukan main lagi sengihan mama dan
Hanna.
“Saje ambik angin malam kat luar ni, ma.
Kenapa mama cari Harriz?” Balas Harriz akan kata-kata mamanya itu. Dihujung
katanya pula dia sempat bertanya.
“Budak
bertuah ni. Ni hah… Ezora dengan auntie Elina dah nak balik. Jumpa kamulah
dulu.” Ujar mama.
Dah
nak balik ke? Baguslah kalau macam tu. Aman sikit dunia aku. Kalau nak balik
sekarang ni pun takpe jugak! Getus hati kecil Harriz. Bibirnya cuba dilorekkan
dengan segaris senyuman masam-masam manis buat Syarifah Ezora dan mummynya.
“Harriz
free tak esok?” tiba-tiba Datin
Syarifah Elina bertanya setelah mendapat signal mata daripada anak
kesayangannya si Syarifah Ezora.
“Boleh
temankan Ezora shopping. Auntie ada meeting dengan ahli persatuan yang
auntie ikut esok. Tak dapat nak temankan Ezora keluar shopping. Nak suruh Ezora jalan sendiri, auntie tak berani pulak.
Maklumlah… Ezora nikan baru balik dari Itali, tak berapa biasa lagi dengan
kawasan sekitar KL ni. Jadi auntie berharap sangat Harriz dapat temankan Ezora
esok.” panjang pula sambungan Datin Syarifah Elina. Anak gadisnya Syarifah
Ezora pula sudah tersengih-sengih macam kerang busuk yang tak laku di pasar
tani.
“Hah…
elok sangatlah tu. Kebetulan Harriz memang free
esok. Bolehlah dia temankan Ezora keluar shopping.
Lagipun tentu Ezora tak arif sangat lagi kat KL ni sebab dah lama duduk kat
Itali tu. Kan Harriz… esok Harriz boleh temankan Ezora, kan?”
Belum
sempat Harriz berkata apa, mamanya terlebih dahulu bersuara. Sudahlah tu, siap
bagi persetujuan lagi bagi pihaknya. Amboi… mama, bila masa pula Harriz bersetuju
nak temankan Syarifah Ezora keluar shopping.
Mama ni pandai-pandai ajelah. Namun kepalanya dianggukkan juga bila melihat
renungan tajam mamanya itu.
Hanni
sudah menjulingkan mata ke atas. Meluat betul dia bila dengar Syarifah Ezora
tak reti jalan kat Kuala Lumpur ini. Sedangkan bukannya dua puluh tahun
Syarifah Ezora berada di Itali. Takat dua tahun aje pun. Itu pun Syarifah Ezora
ada juga balik ke Malaysia setiap kali Hari Raya menjelang tiba. Memang mengada
betullah si Syarifah Ezora ini! Padanlah Abang Harriz langsung tak berkenan.
Lebar
senyuman Syarifah Ezora dan mummynya bila melihat anggukan perlahan pada kepala
Harriz.
“Hai…
awak berdua kat sana tu tak nak balik lagi ke?” Kedengaran suara Datuk Syed
Rahman menegur.
“Iye
la… nak baliklah ni.” jawab Datin Syarifah Elina. Suaminya itu tak boleh nak
tengok dia bersuka ria sedikit. Ada sahaja yang diganggunya.
“Okeylah…
auntie balik dulu ye.” Kata Datin Syarifah Elina kenapa anak-anak sahabat
baiknya. Kemudian satu-persatu anak Puan Sri Hanum datang lalu bersalam penuh
hormat dengannya. Dia pun melangkah bersama Puan Sri Hanum mendekati suaminya
yang sedang menunggu di tempat letak kereta. Disamping suaminya kelihatan juga
kelibat Tan Sri Hamdan yang segak berbaju batik hijau. Sedondon dengan Puan Sri
Hanum yang mengenakan baju kurung batik warna senada.
Melihat
Hanna dan Hanni yang sudah melangkah untuk mendapatkan daddynya, Syarifah Ezora
merapati Harriz. Bibirnya yang bewarna merah jambu itu terukir senyuman manja
ala-ala gadis comel. Ceh!
“Esok
I tunggu you kat rumah ye.” Tutur Syarifah Ezora dengan manja. Tubuhnya sudah
terpusing-pusing ke kiri kanan.
Harriz
cuba untuk tersenyum. Mahu tak mahu sahaja dia melayan kerenah Syarifah Ezora.
“Okey…
esok I ambil you.”
Syarifah
Ezora mengangguk sambil matanya menjeling manja wajah kacak Harriz. Sebelum
berlalu dia sempat juga menghadiahkan sebuah ciuman ke pipi Harriz. Membuatkan
Harriz tersentak bukan main. Bukannya dia tak pernah menerima ciuman daripada
teman-teman wanitanya, cuma ciuman daripada Syarifah Ezora itu dirasakan agak
melampau la pulak. Mujurlah tak ada sesiapa yang perasan akan tindakan spontan
Syarifah Ezora itu. Buat malu aje!
Hisy…
perempuan macam inikah yang patut aku buat bini? Hurmmm… tak hingin! Fikir
sejuta kali pun aku tetap tak mahukan Syarifah Ezora menjadi isteri. Perempuan
seperti Syarifah Ezora… bukannya aku tak tahu perangai sebenarnya. Kaki clubbing! Cuma aku malas nak bagitau
mama. Biasalah mama… mana nak dengar yang buruk pasal Syarifah Ezora. Semua
yang ada dengan Syarifah Ezora yang baik-baik belaka. Huh!
Harriz
mengeluh. Pipinya yang dikucup oleh Syarifah Ezora sebentar tadi dikesat dengan
telapak tangan. Dia benar-benar terkejut dengan tindakan tidak disangka-sangka
Syarifah Ezora itu. berani tahap melampau benar gadis berambut perang itu.
Bila lagu cinta
bergema
~8~
HARRIZ
melemparkan kunci kereta di atas meja. Punggungnya dihenyakkan di atas sofa.
Lalu kakinya diangkat dan diletakkan pula di atas meja kopi yang berada di
depan. Badannya disandar pada bahu sofa dan mata dipejamkan. Pantas jarinya
memicit kepala yang terasa pening.
Letih
sungguh rasanya dia hari ini. Tapi bukan letih kerana penat berjalan-jalan,
letih kerana terpaksa melayan kerenah Syarifah Ezora yang cukup merimaskan itu.
Ikutkan rasa hati, mahu sahaja dia tinggalkan gadis itu seorang diri bershopping di Pavilion tadi. Tak larat dia
hendak melayan kerenah Syarifah Ezora. Mengada-ngada sungguh. Asyik nak
berkepit aje dua puluh empat jam.
Aduh…
macam manalah perempuan seorang itu boleh terjebak dalam kehidupan aku ni.
Bosan betul!!! Rasa nak jerit aje. Gumam Harriz dalam hati.
Menyesal
pula dia kerana telah mengikut kehendak mama untuk menemankan Syarifah Ezora
pergi shopping tadi. Kalau dia tahu
macam ini jadinya, tak mahu dia mengikut kehendak mamanya itu. Dia lebih rela
keluar menemani Amylia bershopping
daripada Syarifah Ezora. Sekurang-kurangnya dia takdelah rasa seletih ini
walaupun dia terpaksa juga melayan sikap gediks
Amylia yang dua kali lima dengan Syarifah Ezora itu. Tapi yang pasti dia keluar
dengan perempuan yang diminati macam Amylia.
Cukuplah
sekali ini sahaja dia menemani Syarifah Ezora keluar shopping. Keluar untuk kali kedua bersama perempuan itu… tak mungkin
ada dalam kamus hidupnya lagi. Tidak sesekali!
Sebenarnya
Harriz sudah lama mengenali Syarifah Ezora. Sejak dari zaman kanak-kanak lagi.
Maklumlah… keluarga mereka kan kawan baik. Malah ketika mereka berada di
sekolah menengah dulu, Harriz pernah jugalah nak mengurat si Syarifah Ezora
yang konon-konon pelajar perempuan paling cantik di sekolahnya waktu itu.
Ketika itukan Syarifah Ezora merupakan Ratu Cantik selama tiga tahun
berturut-turut di sekolah. Memanglah Syarifah Ezora ramai peminat. Dia pun tak terkecuali
sama. Mahu juga mengurat Syarifah Ezora. Tapi masa tu Syarifah Ezora sombong
sangat. Buat tak layan aje dengannya. Akhirnya Harriz pun malas nak mengayat
Syarifah Ezora yang berlagak itu lagi. Ingat dia tu cantik sangat agaknya.
Podah!!! Anak Uncle Sami lagi cantik dari Syarifah Ezora biarpun kulit si
Lachmi tu sudah sama gelap dengan Dayang Senandung. Heheheee…
Tapi
sekarang ni… Syarifah Ezora pulak yang terhegeh-hegeh hendak mengejar cintanya.
Buat dia rimas dan lemas! Macam lagu Fabolus cat.
Sorrylah…
Cik Syarifah Ezora Datuk Syed Rahman. Hati aku ni dah lama tertutup untuk kau.
Dulu pun aku suka sekadar nak main-main aje. Bukannya nak serius pun. Sekarang
ni… nak suka sekadar untuk main-main pun aku tak hingin. Buat penat aje!
Melihat
kelibat anaknya yang sedang berehat di ruang menonton keluarga yang terletak di
tingkat dua itu menarik senyuman lebar pada bibir Puan Sri Hanum. Pantas dia
melangkah dan melabuhkan punggung di atas sofa bertentangan dengan anak bujang
kesayangannya yang cukup menyakitkan kepala itu. Tidak sabar dia hendak tahu
cerita dating Harriz dengan Syarifah
Ezora.
“Dah
balik pun anak bujang mama ni. Kenapa balik awal hari ni?” tanya Puan Sri Hanum
kepada Harriz yang masih belum menyedari kedatangannya. Jam di dinding baru menunjukkan
pukul 4.25 minit petang. Kelibat Harriz sudah kelihatan. Biasanya kalau keluar
dating anak bujangnya itu tak pernah pula balik seawal ini. Kalau matahari
belum terbenam, jangan harap Harriz akan pulang ke rumah. Tapi hari ini awal
pula anak itu pulang.
Harriz
membuka matanya. Memandang mamanya yang sedang tersenyum lebar itu. Malas
hendak bersuara, dia hanya mengangguk lemah.
“Macam
mana date Harriz dengan Ezora? Okey,
tak? Harriz suka tak dengan Ezora tu? Mama tengok Harriz dengan Ezora tu padan
sangat. Bagai pinang dibelah dua.” bertalu mamanya bertanya. Dihujung kata
sempat juga mama memberi komen mengenai kesepadanan gandingan Harriz dan
Syarifah Ezora yang dirasakan paling sempurna di matanya.
Harriz
mencebik dalam hati. Padan? Bagai pinang dibelah dua? Hisy… takde maknanya.
“Okeylah…”
acuh tak acuh sahaja Harriz menjawab pertanyaan mamanya itu. Malas betul dia
bila mama asyik mengenenkan dia dengan Syarifah Ezora. Macam dah takde
perempuan lain lagi yang lebih baik daripada anak manja Datuk Syed Rahman itu
di mata mama.
Puan
Sri Hanum menggigit bibir. Geram pula dia mendengar jawapan yang diberikan oleh
anaknya itu. Nampak sangat tak ada semangat.
“Okey
je?” soalnya dengan dahi yang berkerut berjuta-juta.
Harriz
mengeluh. Dia memperbetulkan cara duduknya. Kakinya diturunkan ke bawah. Ini
yang dia bosan bila mama asyik nak kenenkan dia dengan Syarifah Ezora. Nanti
dia terlepas cakap, dikatakan anak derhaka pulak. Aduh… bertambah migraine dia macam ini. Kenapalah mama
sejak kebelakangan ini suka sangat dengan Syarifah Ezora tu? Sikit-sikit
Syarifah Ezora. Fed-up betul!
“Harriz
letihlah, ma. Nanti ajelah kita sembang pasal tu ye. Badan Riz ni dah lekit.
Riz nak naik atas mandi dululah.” Ujar Harriz. Dia bangun lantas mencapai kunci
keretanya dan mengatur langkah naik ke tingkat atas biliknya.
Puan
Sri Hanum merengus. Harriz macam itulah. Kalau dia hendak berbicara pasal
Syarifah Ezora, mulalah Harriz hendak mengelak. Nampak sangat yang Harriz tak
berkenanan dengan Syarifah Ezora. Sudah banyak kali dia cuba memainkan
peranannya agar Harriz rapat dengan Syarifah Ezora, namun anaknya itu tetap
juga mahu mengelak. Entah perempuan macam manalah yang Harriz mahukan untuk
dijadikan calon isteri? Kalau perempuan fesyen macam yang selalu diusung Harriz
ke hulu ke hilir itu, memang dia tak berkenan langsung!
“Hai…
ma.” Tegur Hanna. Satu ciuman mendarat ke pipi mama kesayangannya.
Puan
Sri Hanum mengeluh. Ini lagi seorang anaknya yang cukup jarang duduk di rumah.
Ada sahaja aktivitnya di luar sana. Anak-anak… bila dah semakin dewasa semakin
jauh daripada ibu bapa.
“Apesal
mama masam aje ni? Tak cantiklah mama buat muka masam macam ni, ma. Senyumlah
sikit. Baru nampak cantik.” Dengan manja Hanna memaut lengan mamanya. Kepala
dilentokkan pada bahu mama. Hanna ni memang cukup pandai mengambil hati Puan
Sri Hanum. Jadi tak hairanlah kalau Hanna merupakan anak emas mama.
“Pandailah,
Hanna. Hanna dengan Abang Harriz dua kali lima aje. Susah sangat nak duduk kat
rumah time cuti-cuti macam ni. Asyik
nak mengular aje. Cubalah duduk kat rumah waktu cuti begini. Jangan asyik nak
keluar lepak dengan kawan-kawan aje.” Omel Puan Sri Hanum.
“Alaaa…
mama ni. Hanna bukannya pergi mana pun. Hanna keluar dengan kengkawan aje. Bosanlah asyik duk
terperap kat rumah je.” Ujar Hanna.
Puan
Sri Hanum mengherot bibir mendengar jawapan anak gadis kesayangannya itu.
Biarpun Hanna ni anak perempuan kesayangannya, namun dia cukup tak berkenan
jika anak-anaknya suka merayau-rayau kat luar sana tanpa arah tujuan. Apalah
salahnya duduk dekat rumah di hujung minggu. Habiskan masa bersama dia dengan
suaminya. Kadang-kadang hatinya cukup terasa dengan sikap anak-anak yang lebih
mengutamakan masa bersama kawan-kawan daripada ibu bapa.
“Kenapa
mama tarik muka ni?” soal Hanna lagi. Matanya mengerling melihat wajah mama
yang masih masam itu.
Puan
Sri Hanum mengeluh lagi.
“Tu
hah… abang kamu tu. Mama tanya macam mana date
dengan Syarifah Ezora, boleh pulak dia buat acuh tak acuh sahaja. Geram betul
mama. Dia ingat umur dia tu muda remaja lagi ke? Umur dah masuk dua puluh enam
tahun, masih nak main-main lagi. Entah perempuan macam mana lagi yang dia
mahukan untuk dijadikan isteri. Sakit hati mama dengan Abang Harriz tu.” Luah
Puan Sri Hanum. Geram bukan main lagi dia dengan sikap anak lelakinya itu.
Hanna
hanya mendengar omelan mamanya itu. Malas hendak komen lebih-lebih. Abang
Harriz memang macam tu. Kalau dengan Syarifah Ezora bukan nak layan sangat.
Dengan perempuan lain bukan main mesra alam lagi abangnya itu. Dulu waktu
mereka dibangku sekolah, Abang Harriz pernah juga sukakan Syarifah Ezora. Tapi
sekarang ni abangnya itu langsung tak layan Syarifah Ezora. Takkanlah Abang
Harriz masih setia menunggu Dhia yang sudah berlaku curang kepadanya itu? Ahhh…
perempuan macam Dhia tu tak layak pun untuk Abang Harriz. Perempuan mata
duitan!
Disebabkan
Dhia, keluarganya mendapat malu. Kesian mama dengan papa. Sudah bersusah payah
hantar rombongan meminang Dhia untuk Harriz, tup-tup Dhia menolak dengan alasan
yang tak masuk dek akal. Konon belum bersedia. Disebabkan itulah hingga ke hari
ini Hanna tak pernah berkenan dengan teman-teman wanita abangnya. Pada Hanna,
wanita-wanita yang mendampingi abangnya itu bukannya ikhlas sukakan Harriz.
Tetapi lebih kepada ingin memiliki harta kekayaan abangnya. Sama macam Dhia.
Sebab itu bila mama bercadang mahu menyatukan Harriz dengan Syarifah Ezora,
Hanna turut bersetuju dengan pilihan mamanya itu. sekurang-kurangnya dia tahu
perempuan seperti Syarifah Ezora memang ikhlas sukakan abangnya dan bukan
disebabkan harta semata-mata.
“Hanna
dengar tak apa yang mama cakap ni? Melamun pulak dia.” Tanya Puan Sri Hanum.
Hanna langsung tidak memberi respons dengan apa yang diluahkannya. Dia seolah
membebel seorang diri.
“Dengarlah,
ma. Dahlah… tak payahlah mama fikir sangat pasal tu. Hanna yakin Ezora pasti
dapat kawal hubungannya dengan Abang Riz. Ezora tu kan bijak. Oh ya, ma, papa
mana? Tak nampak pun kelibat papa sejak Hanna sampai.” Malas hendak membahaskan
soal abangnya itu dengan panjang lebar, dia mula bertanyakan papanya yang tidak
kelihatan. Biasanya waktu cuti macam ini papa dengan mama jarang sangat
berenggang. Ke mana pasti bersama. Loving
couple la katakan!
“Papa
keluar hantar Hanni pergi rumah kawan dia nak buat study group.” Beritahu mama.
“Kenapa
tak suruh Abang Mahat hantarkan Hanni. Kan dah jadi tugas Abang Mahat sebagai driver untuk hantar Hanni ke mana sahaja
Hanni nak pergi. Kenapa mesti papa pulak yang hantar?”
“Si
Mahat tu ada hal. Nak bawak anak dia ke klinik katanya.” Terang mama.
Hanna
mencebik bibir. Entah betul entah tidak alasan Abang Mahat itu. Mama dengan
papa macam itulah. Suka sangat bagi muka dekat pembantu rumah dan driver. Pasal
itulah Abang Mahat dan Kak Moon naik minyak. Ada masalah sikit aje, sikit-sikit
nak cuti. Kalau dialah… jangan harap nak bagi muka dekat diaorang.
Kelibat
Harriz yang baru menuruni anak tangga memaksa Puan Sri Hanum dan Hanna menoleh
serentak. Bukan main bergaya lagi lelaki itu. Cara berpakaiannya ini jelas
menyatakan bahawa Harriz akan keluar sebentar sahaja lagi. Membutang mata mama
memandang anaknya itu.
“Hah…
nak ke mana pulak ni?” Tanya Puan Sri Hanum kepada anak lelakinya itu.
“Riz
nak keluarlah, ma. Ada janji dengan kawan.” Beritahu Harriz. Dia sebenarnya tak
ada janji dengan sesiapa pun. Sengaja dia nak keluar untuk mengelak diri dari
soalan mama mengenai Syarifah Ezora. Rimas betul dia bila mama tak putus-putus
dengan Syarifah Ezora. Macam dah terkena sihir Syarifah Ezora aje cara mama
itu.
“Kawan
ke girlfriend?” soal Puan Sri Hanum
penuh rasa curiga. Hanna yang masih setia disisi mamanya hanya memandang
sekilas lalu. Dia malas hendak masuk campur dengan urusan Harriz. Hubungan
Hanna dengan Harriz memang tak berapa rapat. Begitu juga hubungannya dengan
Hanis dan Hanni. Macam itu aje. Tak rapat sangat. Hanna lebih suka buat halnya
sendiri.
“Kawanlah,
ma…” Malas-malas Harriz menjawab. Dia cukup bosan bila mama asyik mahu
mengongkong pergaulannya. Sampaikan ke mana dia pergi pun mama nak ambil tahu
juga. Macamlah Harriz tak tahu yang di pejabatnya itu mama ada pasang ‘CCTV’
untuk memantau segala aktivitinya. Jika tidak, takkanlah mama tahu segala
pergerakannya kini.
Alahai…
mama, Riz dah besar panjanglah. Dah tahu urus hal sendiri. Harriz berkata dalam
hati.
“Ingat
Harriz… ini last warning mama bagi
dekat Harriz. Mama tak nak Harriz terlibat lagi dengan perempuan-perempuan yang
tak senonoh yang sering Harriz usung tu. Mama tak suka! Lagipun mama dah janji
dengan auntie Elina nak satukan Harriz dengan Ezora. Cuma nak tunggu masa yang
sesuai aje lagi untuk menyatukan korang berdua.” Tegas mama menuturkan ayatnya.
Harriz
mengeluh. Ada baiknya kalau dia berterus terang sahaja pada mama mengenai
perasaannya terhadap Syarifah Ezora. Dia tak mahu nanti mama berharap sangat
dia bersatu dengan Syarifah Ezora. Berterus-terang awal-awal ini lagi bagus sebelum
mama buat sesuatu yang lebih jauh lagi.
“I’m sorry, ma. Riz tak sukakan Ezora.
Riz harap mama faham.” Terang Harriz. Inilah yang terbaik baginya daripada mama
asyik mendesak untuk dia untuk rapat dengan Syarifah Ezora.
Mama
menggigit bibirnya kuat. Sakit hati mendengar jawapan bersahaja yang keluar
dari bibir anak lelakinya itu. Serentak itu juga mama bangun dari duduknya.
Hanna
pula hanya memerhati langkah mamanya yang sudah berada dekat dengan Harriz.
Ikutkan rasa hati dia pun geram juga mendengar jawapan yang meluncur keluar
dari bibir abangnya itu. Apa kurangnya Syarifah Ezora sampaikan Harriz menolah
sahabat baiknya itu mentah-mentah? Buta betullah mata Abang Riz ni! Rengus
Hanna dalam hati.
“Apa
Harriz cakap?” soal Puan Sri Hanum dengan nada yang kedengaran tegang. Dia kini
sudah berdiri benar-benar di hadapan anak bujangnya itu.
Harriz
menarik nafas dalam. Dia tahu mamanya tentu marahkan dia kerana kata-katanya
itu. Wajah mama ketika ini sudah naik merah seperti hendak membahamnya sahaja.
“Riz
mintak maaf, ma. Riz tak boleh nak bohong perasaan Riz. Riz tak sukakan Ezora
dan tak mungkin untuk Riz jadikan Ezora sebagai isteri Riz.”
“Habis
tu Harriz sukakan siapa? Perempuan-perempuan yang selalu Harriz usung ke hulu
hilir itukah? Perempuan macam itu yang Harriz sukakan? Perempuan yang tak tahu
mana asal usul mereka. Perempuan-perempuan yang hanya mahukan harta Harriz itu?
Atau Harriz masih tunggu budak Dhia yang sudah memalukan keluarga kita tu?”
Kuat nada suara Puan Sri Hanum. Rasa macam nak menjerit sahaja dia ketika itu.
Kalau Harriz ni anak kecil, mahu disebatnya punggung Harriz dengan rotan kerana
telah membantah cakapnya.
“Tidak,
ma. Riz dah ada seseorang untuk dijadikan calon isteri. Bukan
perempuan-perempuan yang mama pernah jumpa dengan Riz sebelum ni. Bukan jugak
Dhia. Kali ni Riz yakin mama pasti suka dengan pilihan Riz. Dia lain daripada
perempuan-perempuan yang mama pernah jumpa dan terlibat dengan Riz. Dia juga
amat berbeza dengan Syarifah Ezora. Percaya cakap Riz, ma.”
Puan
Sri Hanum tersenyum sinis. Sukakan pilihan Harriz? Mustahil! Bagi Puan Sri
Hanum perempuan yang menjadi pilihannya hanya satu. Syarifah Ezora Datuk Syed
Rahman. Hanya wanita itu sahaja yang menjadi pilihan untuk dijadikan calon
menantunya. Perempuan lain sudah ditolak awal-awal lagi.
“Tak
mungkin mama boleh sukakan pilihan Harriz. Mama tahu sangat fesyen perempuan
macam mana yang Harriz pilih. Mama tak suka! Lagipun mama dah berkenan dengan
Ezora. Dia cukup layak untuk dijadikan isteri kepada Harriz. Apa lagi yang Harriz
mahukan? Bagi mama Ezora tak ada sedikit pun kekurangan jika nak digandingkan
dengan Harriz. Kita pun tau keluarga dia. Mama tak nak pisang berbuah untuk
kali yang kedua.”
Rasa
mahu sahaja Harriz tergelak mendengar kata-kata mamanya itu. Hai… mama, nampaknya
mata mama betul-betul dah rabun tahap maksimum. Patutkah mama kata Syarifah
Ezora itu tak ada sedikit pun kekurangan? Tak nampakkah mama yang Syarifah
Ezora itu hampir sama sahaja dengan perempuan-perempuan yang mama telah warning sebab rapat dengan aku? Pakaian…
warna rambut… perangai… dua kali lima sahaja. Cuma mungkin si Ezora itu ibu
bapanya kawan baik kepada mama dan papa. Itu sahaja yang membezakan Ezora
dengan aweks aku.
“Riz
yakin mama akan suka pilihan Riz kali ni. Itu janji Riz dekat mama.”
Bulat
mata Puan Sri Hanum menatap wajah anaknya. Berani betul Harriz berkata begitu.
“Baik…
kalau itu yang Harriz katakan, mama nak tengok sejauh mana wanita yang Harriz
bangga-banggakan itu dapat mencuri hati mama. Mama bagitau awal-awal dekat
Harriz, hati mama tak mungkin akan terbuka untuk wanita yang Harriz suka. Sebab
mama tahu sangat perangai perempuan yang macam itu. Perempuan tu tak suka
Harriz, yang dia suka cuma harta Harriz je. Macam Dhia.” Sekali lagi Puan Sri
Hanum membangkitkan nama Dhia. Benci sangat dia dengan bekas teman wanita
anaknya itu.
Harriz
menggeleng-geleng. Menyangkal tanggapan buruk mamanya itu.
“Ma,
please… tolong jangan kaitkan pilihan
Riz kali ni dengan Dhia. Gadis pilihan Riz bukan macam yang mama fikirkan. Dia
jauh lebih baik dari Dhia mahu pun Ezora.”
“Kita
tengok!” bentak Puan Sri Hanum kasar. Hatinya bagai dicarik-carik mendengar
kata-kata anak lelakinya itu. Kemudian dengan muka yang masam dan hati yang
panas mama berlalu naik ke tingkat atas.
Harriz
menghela nafas. Maafkan Riz ma. Bukan niat Riz mahu buat hati mama terluka.
Tapi Riz benar-benar tak sukakan Ezora. Dalam hati Riz cuma ada Balkish
seorang. Riz cuma mahukan Balkish untuk menjadi teman hidup. Riz mahu mama
faham akan pilihan Riz. Dan semoga mama terima cinta Riz ini suatu hari nanti.
Harriz meluahkan isi hatinya dalam diam. Bukan niatnya mahu melawan cakap mama.
Namun dia perlu meluahkan isi hatinya yang tidak selesa bila mama terus
mendesak untuk dia berpasangan dengan Syarifah Ezora.
“Abang
Riz ni kenapa ha? Tak bolehkah Abang Riz buat mama senang hati sikit? Kenapa
selalu sangat lawan cakap mama? Apa kurangnya Ezora sampai Abang Riz susah
sangat nak ikut kehendak mama untuk bersatu dengan Ezora? Hebat sangatkah girlfriend Abang Riz tu sampai Abang Riz
tolak Ezora dan lukakan hati mama?” tiba-tiba Hanna yang sedari tadi tidak
berkutik itu bersuara. Bertalu-talu dia melemparkan soalan kepada Harriz. Sakit
hatinya bila abangnya itu dengan mentah-mentah telah menolak rancangan mama
mahu menjodohkan Harriz dengan Syarifah Ezora.
Pandangan
dihala ke arah Hanna yang sudah mencuka. Inilah Hanna… kaki kipas mama nombor
satu dekat banglo tiga tingkat ini. Pasal itulah Hanna jadi anak emas mama.
Kipasnya boleh tahan sejuk. Tanpa membalas bicara Hanna, Harriz membawa langkah
ke anak tangga. Baik dia segera beredar dari situ. Lagipun dia tak mahu berlaku
pertengkaran mulut antaranya dengan Hanna.
Hanna
menggigit bibir bawahnya. Geram betul dengan Harriz!
“Ingat
sikit Abang Riz. Sebelum ni Abang Riz pernah malukan mama dengan papa bila
pinangan Abang Riz kena tolak dengan Dhia. Jangan kali ni pisang berbuah untuk
kali yang kedua pulak!” jerit Hanna lantang bila melihat langkah Harriz yang
sudah turun ke bawah.
Harriz
tidak mempedulikan jeritan Hanna itu. Langkahnya laju meninggalkan rumah.
******************************************************************************
BESAR
ketawa Hanis ketika itu. Sampaikan berair matanya. Cerita Harriz itu
benar-benar menggeletek ulu hatinya. Kelakar betul bila si buaya darat itu
akhirnya menyuarakan rasa takut dekat seorang wanita. Selama ini, si buaya
darat di depannya itu tak pernah mengaku takutkan wanita. Malah dengan nada
bangga si buaya darat ini mengatakan dia merupakan pencinta wanita nombor satu
dekat KL ini. Tapi hari ini… dia dengar pula pengakuan dari pencinta wanita itu
yang dia takutkan seorang perempuan. Memang sesuatu yang melucukan.
Harriz
mengerling kakaknya yang semakin kuat ketawanya itu. Ini yang dia tak suka nak
cerita bab-bab macam ini dekat Hanis. Pasti ibu beranak dua itu akan gelakkan
dia seperti sekarang ini. Dah tu… tawanya susah pulak hendak dihentikan.
“Tak
habis lagi gelakkan Riz ke?” sindir Harriz bila Hanis semakin galak pula
ketawanya.
“Hehehe…
aduh… sakit perut akak ketawa.” Ujar Hanis. Kedua belah tangan menekan perut
yang terasa senak kerana terlalu banyak ketawa. Jelingan mata Harriz langsung
tidak diendahkan.
“Ini
semua Riz punya pasallah. Buat cerita lawak malam-malam begini. Sampai berair
mata akak ketawa.” Sambung Hanis lagi. Sisa ketawanya masih lagi kedengaran.
Harriz
mengerut kening. Bila masa pulak dia buat cerita lawak antarabangsa atau buat
lawak gila-gila? Seingatkan dia cerita perkara yang serius. Takde yang lawak
pun. Kak Hanis sahaja yang rasa ceritanya itu sesuatu yang lawak. Ketawa sampai
terguling-guling.
“Ini
yang Riz malas nak cerita dekat Kak Nis. Riz serius, Kak Nis pulak anggap Riz
buat lawak antarabangsa Ujang.” Wajah Harriz sudah mencuka.
Hanis
tersengih. Alahai… adik akak, merajuklah pulak.
“Alaaa…
janganlah marah Riz. Akak ni bukannya apa. Kelakar bila Riz kata takutkan
Syarifah Ezora. Bukan selama ni Riz mengaku yang Riz tak takut dekat mana-mana
perempuan ke? Kenapa bila tiba bab Ezora Riz mesti ada rasa takut pulak? Itu
yang buat akak gelak tak hengat dunia.” Beritahu Hanis.
“Ezora
tu lain kak. Dia tu dah serupa macam Mak Lampir. Baru dengar nama pun Riz dah
rasa seram sejuk aje. Apa lagi bila dah berdepan. Huh… mau naik segala bulu
roma Riz ni dibuatnya. Dia ingat dia tu cantik sangat agaknya. Aduh… Riz
pantang betul jumpa perempuan yang perasaan cantik macam di Ezora tu.” Tungkas
Harriz.
Sekali
lagi pengakuan Harriz itu membuatkan ketawa Hanis pecah. Walaupun bunyinya
tidak sekuat tadi, namun nadanya tetap sama.
Ketawa
Hanis itu menarik minat Fahmie yang sedang melayan dua anak mereka melukis di
dalam rumah. Jarak antara taman mini di halaman rumah dengan ruang tamu bukanlah
jauh sangat. Jadi dengan senang sahaja Fahmie dapat mendengar gelak tawa riang
isteri kesayangannya itu. Hanis dengan Harriz bila dah berjumpa macam itulah.
Ada sahaja bahan cerita yang mereka berdua kongsikan bersama.
“Tapi
bukan dulu zaman sekolah Riz pernah sukakan si Ezora tu ke? Kenapa sekarang ni
nak takut pulak? Setahu akak, muka Ezora tu takdelah teruk macam Mak Lampir
yang Riz cakapkan tu. Masih. Cantik aje Ezora tu akak tengok. Padanlah dengan
Riz yang kacak ni kan???” usik Hanis. Semakin seronok pula dia menggiat
satu-satu adik lelakinya itu. Harriz ni dengan Hanis memang seorang adik yang
manja. Nampak aje macho gila bila berdepan dengan awek-aweks dia, tapi bila berdepan dengan Hanis, Harriz tetiba
sahaja menjadi adik yang suka bermanja. Lagak macam anak bongsu. Segala hal
mesti nak report dekat Hanis.
Harriz
mencebik. Kahwin dengan Syarifah Ezora? Mintak dijauhkan. Dia tak sanggup dapat
isteri seperti Syarifah Ezora. Mahu bermimpi ngeri dia setiap hari.
“Apa
mama cakap bila Riz tolak cadangan mama yang nak satukan Riz dengan Syarifah
Ezora tu?” tanya Hanis. Kali ini nadanya sudah tidak main-main seperti tadi.
Harriz
menjungkit bahu.
“Macamlah
Kak Nis tak tahu dengan perangai mama tu. Marahlah apa lagi. Kan Ezora tu
perempuan pilihan hati mama. Tentulah mama marah bila Riz tolak cadangan mama
yang nak satukan Riz dengan Ezora.” Beritahu Harriz mengenai penerimaan.
Hanis
menarik senyuman segaris. Dia pun dah arif sangat dengan perangai mama yang
satu itu. Pantang hajatnya ditolak, mulalah mama tarik muka empat belas. Namun
walau bagaimana pun sikap mama, mama tetap ibu yang paling mereka semua sayangi
dalam dunia ini. Mama tetap yang terbaik dan sentiasa inginkan yang terbaik
untuk anak-anaknya.
“Alaaa…
Riz jangan risaulah. Mama tu marah bukannya lama mana tu. Esok lusa sejuklah
hati mama tu semula.”
“Kak
Nis tahu kenapa Riz tolak Ezora. Sebab Balkish, kan?” sambung Hanis mengaitkan
nama Balkish dalam sembang malam mereka berdua.
Laju
kepala Harriz berpusing menatap wajah kakaknya yang sedang tersengih ibarat
kerang buruk dekat pasar Pakcik Kudus. Macam mana Kak Hanis boleh tahu pasal
Balkish? Soal Harriz pada diri sendiri. Puk! Dahinya ditepuk. Baru dia teringat
pasal abang iparnya Fahmie. Tentu suami kesayangan kakaknya itulah yang telah membuka
cerita kepada kakaknya. Dia cukup yakin tentu Fahmie yang bagitahu pasal
Balkish.
“Ini
mesti Abang Mie punya mulut yang bagitau dekat Kak Nis.” Ujar Harriz sendirian.
“Alaaa…
dah Riz tu yang selalu sangat ganggu Balkish dekat ofis Abang Mie, pasal tu
Abang Mie bagitau dekat akak. Abang Mie kata Riz selalu sangat datang ke ofis
dia semata-mata nak jumpa Balkish. Sampaikan Abang Mie sendiri tak boleh nak
cakap apa lagi dengan sikap Riz.”
Harriz
tersenyum-senyum mendengar komen yang keluar dari mulut Hanis. Memang Fahmie
ada memberitahunya agar jangan kerap sangat datang ke F&F Holding. Malu
orang tengok. Tapi macam biasalah… dia tak pernah nak menghiraukan teguran
abang iparnya itu. Malah dia semakin kerap pula datang ke F&F Holding
semata-mata nak lepaskan kerinduan terhadap Balkish.
“Riz
tak bolehlah kak nak tahan diri dari tak jumpa Balkish tu. Rasa macam ada aje
yang kurang kalau Riz tak tengok Balkish sehari.” Akui Harriz.
“Hisy…
budak ni! Buat malu aje. Controllah
sikit Encik Harriz oi. Jangan nak gelojoh sangat.”
Kali
ini giliran Harriz pula tergelak besar. Rambutnya yang hitam berkilat itu
digaru-garu. Setelah ketawanya reda, dia bertanya lagi kepada Hanis yang hanya
tersenyum simpul memandangnya itu.
“Kak
Nis kenal Balkish ke?”
Hanis
mengangguk. Adalah beberapa kali dia terjumpa dengan Balkish ketika dia datang
ke pejabat suaminya. Balkish memang seorang gadis yang cantik dan baik. Hanis
sendiri cukup senang dengan Balkish.
“Apa
pandangan Kak Nis tentang Balkish?” Tanya Harriz ingin tahu.
Hanis
buat muka dengan mengerutkan dagunya. Konon-konon dia sedang berfikir tentang
Balkish. Sedangkan awal-awal lagi dia memang sukakan Balkish. Bila sahaja
Fahmie memberitahunya yang Harriz nampak serius sukakan Balkish, dia turut
berharap agar jodoh adiknya itu ada dengan gadis manis bertudung litup itu.
Tentu hidup Harriz akan bahagia andai dapat memiliki isteri seperti Balkish.
“Hurmmm… akak tengok Balkish tu baik
budaknya. Akak sendiri senang dengan dia. Bukan aje baik, malah dia jugak
seorang yang berbudi pekerti. Tapi…” kata-kata Hanis mati di situ. Wajah Harriz
ditenung lama.
Harriz
menjungkit kening.
“Tapi
apa?” soal Harriz tak sabar. Buat suspen betul kakaknya itu. Sengaja mahu
menyeksa perasaan ingin tahunya.
“Tapi…
akak risau kalau Riz cuma nak main-mainkan Balkish. Akak tak naklah Riz mainkan
perasaan dia. Akak suka tengok Balkish tu. Dia tu baik. Nampak sweet aje. Akak tak mahulah Riz
main-mainkan Balkish macam yang selalu Riz buat dekat teman-teman separuh masa
Harriz tu. Tak baik tau.” Luah Hanis. Memang perangai Harriz yang kaki
perempuan itulah yang paling tidak digemarinya. Sakit betul hatinya bila Harriz
selalu sangat mempermainkan perasaan ramai wanita yang didampinginya. Tukar
teman wanita macam tukar baju aje. Puas juga dia menasihati Harriz. Namun
nasihatnya ibarat angin lalu sahaja pada lelaki itu.
Harriz
tersenyum manis. Jemari Hanis yang halus mulus itu dicapai lalu digenggam erat.
“Insya-ALLAH,
Kak Nis… kali ni Riz benar-benar serius. Riz tak akan mempermainkan perasaan
Balkish. Dengan Balkish, Riz dah cukup bersedia untuk berumah tangga.” Janji
Harriz.
Hanis
sudah tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan.
“Baguslah
kalau macam tu. Akak doakan semoga pintu hati Balkish akan terbuka untuk adik
akak yang hensem ni. Lagipun dalam umur yang dah masuk dua puluh lapan tahun ni
Riz memang patut pun fikir pasal nak berumah tangga. Tak boleh nak main-main
lagi.” Ujar Hanis mendoakan kebahagian adiknya.
Harriz
melebarkan lagi senyumannya. Kak Nis memang seorang kakak yang paling bagus
dalam dunia ni.
“Sayang
Kak Nis.” Ucap Harriz.
“Sayang
Riz juga.” Balas Hanis. Terserlah sifat keibuan miliknya itu.
Bila lagu cinta
bergema
~9~
Tertutup sudah pintu,
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.
Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.
pintu hati ku,
yang pernah dibuka waktu,
hanya untuk mu.
Kini kau pergi,
dari hidup ku,
ku harus relakan mu,
walau aku tak mau.
Berjuta warna pelangi,
didalam hati.
Sejenak luluh bergeming,
menjauh pergi.
Tak ada lagi,
cahaya suci,
semua nada beranjak,
aku terdiam sepi.
…………………………………
Agnes Monica – Matahari
“JANGAN
lupa apa yang ibu pesan dekat Kish. Kalau boleh ibu mahu majlisnya berlangsung
secepat mungkin.” Itulah pesanan penaja Hajah Badariah kepada Balkish ketika
dia mahu berangkat balik ke Kuala Lumpur pagi tadi. Pesanan yang penuh dengan
harapan.
Balkish
mengeluh. Sejak sampai tadi, dia tak putus-putus mengeluh. Permintaan ibu yang
mahu dia berkahwin itu membuatkan otaknya berserabut. Takkanlah ibu langsung
tak percayakan dia? Jahat sangatkah dia ni sampai begitu serong pandangan ibu
kepadanya. Walaupun dia bukan anak kandung ibu, namun dia tidaklah sejahat
sangkaan ibu hingga sanggup merosakkan rumah tangga kakak sendiri. Dia sudah
tidak ada sebarang perasaan lagi terhadap Eidham, walaupun sebesar kuman.
Masakan dia mahu menerima lelaki itu semula. Lagipun dia tak akan tergamak
hendak memusnahkan rumah tangga kakak yang amat disayanginya itu. Dia rela
berkorban demi melihat kebahagian Bartisya.
“Hoi… apesal
ni? Muka monyok aje. Takde seri
langsung.” Sergah Ella dengan tiba-tiba. Dia yang baru lepas mandi menghenyakkan
punggung di atas sofa bersebelahan dengan Balkish. Kusyen kecil berbentuk hati
itu dilempar ke muka Balkish yang masih lagi termenung.
Wangian
losyen Nivea Body Care yang dipakai oleh Ella menyerbu masuk ke dalam lubang
hidung Balkish. Membuatkan lubang hidung Balkish yang mancung itu kembang
kempis menghidu bau yang cukup menyenangkan itu. Kalau Ella duta Nivea Body
Care, Aleya duta Vaseline Lotion, Balkish pula duta Garnier Body Lotion di
rumah ini. Masing-masing ada jenamanya yang tersendiri. Heheheee…
“Kau
ni tak reti nak bagi salam ke makcik? Main hoi-hoi macam orang tak ada
pendidikan. Cubalah guna bahasa yang sedap untuk didengar sikit.” Gumam
Balkish. Geram betul dengan perangai Ella yang semakin menjadi-jadi itu. Kusyen
kecil yang Ella lemparkan ke arahnya tadi dilemparkan semula ke arah gadis
tinggi lampai itu. Tapi Ella cepat pula mengelak. Kusyen kecil tak kena pun
dekat muka Ella yang sudah ditempek dengan bedak sejuk itu. Ella dengan bedak
sejuk memang tak dapat nak dipisahkan.
Ella
tersengih macam arnab betina control muka comel. Dua jarinya diangkat
menunjukkan simbol ‘peace’. Ngeee…
“Alaaa…
itu pun nak sentap. Aku memain ajelah, makcik.”
Balkish
menjelirkan lidah. Geram dengan Ella yang suka main-main. Macamlah zaman
kanak-kanak dulu tak puas nak main-main sampai dah besar panjang macam ini pun
nak main-main lagi.
“Kau
ni aku tengok sejak sampai dari kampung petang tadi asyik termenung aje. Dah tu
kejap-kejap mengeluh. Kau ada masalah ke? Cer
citer kat aku sikit. Manalah tahu aku yang bijaksana ini dapat
menyelesaikan masalah dalam kepala otak kau yang berserabut tu.” Selamba biawak
betina saja Ella mengeluarkan ayat-ayatnya. Memang tingtong betullah minah ni.
Balkish
mengeluh perlahan. Perlukah dia bercerita dekat Ella segala-galanya? Sekali
lagi sebuah keluhan kedengaran dihembuskan.
“Ni
asyik mengeluh aje kenapa ni? Cuba cakap kat aku ni hah. Tak elok pendam
masalah. Nanti lama-lama bawak penyakit dekat kau, tau.” Kali ini barulah nada
Ella itu kedengaran sedikit dewasa. Tak main-main macam selalu.
Balkish
mengeluh. Aduh… kalau banyak kali mengeluh macam ini rasanya Balkish dah boleh
pegang gelaran Ratu mengeluh ni.
“Aku
peninglah Ella.” Ujar Balkish.
“Laaa…
kau pening aje ke? Kalau pening tu pergilah makan ubat.”
“Tapi
ini bukan pening yang boleh sembuh lepas makan ubat. Ini pening benda lain.”
Dahi
Ella berkerut empat. Tidak faham dengan kata-kata Balkish. Aik? Tadi cakap dia
bijaksana. Sekarang ni buat muka blur pulak. Cakap tak serupa bikin betul minah
senget ni.
“Ibu
aku… dia mahu aku kahwin.” Malas hendak pusing-pusing taman bunga Mak Leha,
Balkish akhirnya berterus-terang sahaja. Nanti kalau dia pusing-pusing lagi,
bertambah banyak kerutan pada dahi Ella. Tak pepasal tua awallah kawannya yang
seorang itu.
“Baguslah
macam tu. Umur kau pun dah masuk dua puluh tiga tahun. Elok sangatlah kalau kau
nak berkahwin. Umur macam kau ni memang dah layak berumah tangga, Kish.” Laju
Ella memberi komen.
Balkish
menggigit bibir bawahnya.
“Amboi…
bukan main kau mengata aku ye. Yang
kau tu pun apa kurangnya. Kita ni sebaya tau.” Balas Balkish.
Ella
tersengih.
“Kau
dah ada calon ke? Heheheee… padanlah
beberapa hari ni aku asyik terbau nasi minyak aje. Rupanya kau dah nak kahwin.
Eh… nanti kau kahwin aku jadi pengapit ye.”
senyuman pada bibir Ella sudah melebar. Kalau benarlah sahabatnya itu mahu
berkahwin tak lama lagi, dapatlah dia makan nasi minyak. Dah lama benar dia tak
meratah nasi minyak lepas majlis kahwin Kak Zaiton Binti Sameon kira-kira tiga
bulan yang lepas.
Balkish
mengetap bibir. Ini yang dia malas nak kongsi masalah dengan Ella. Bukan nak
bagi tolong selesaikan masalah, malah ditambahkan lagi masalah yang sedia ada
itu.
“Ini
yang aku malas nak cerita kat kau. Bukannya nak tolong aku. Malah bukan main
suka lagi kau. Aku ni manalah ada special boyfriend yang hendak dijadikan calon
suami. Lagi mahu tanya. Apa selama ni kau nampakkah aku keluar dating dengan
mana-mana lelaki? Kalau keluar pergi belajar tiap-tiap hari sabtu dan ahad tu
memang selalulah aku pergi. Dating dengan
buku dan assaigment.”
Ella
buat sengihan hehehe. Lupa pula dia yang kawannya yang seorang itu belum punya
teman lelaki. Jauh sekali nak ada calon suami. Memang pelik betul Balkish ni.
Muka cantik, tapi boyfriend takde. Bukannya takde lelaki yang minat dekat dia,
cuma Balkish ni aje yang jual mahal sangat. Harga berjuta-juta hengget, mana ada yang berani dekat.
Kalau ada pun si hensem itulah. Tapi
itu pun Balkish buat tak layan aje. Konon si hensem itu buaya jadian. Buaya jadian pun kira okey apa. Poket
tebal, kereta besar, rupa pun hensem.
Kalau dialah ditempat Balkish… dah lama agaknya dia jadi isteri si hensem itu.
“Sorry… lupalah.” Ujar Ella.
“Belum
tua dah nyanyuk.” Tungkas Balkish.
Kemudian
kedua sahabat itu diam membisu. Melayan perasaan masing-masing.
Aleya
yang baru muncul dari dapur memandang pelik kedua sahabat baiknya itu. Dari dia
sempat dengar keriuhan antara Balkish dengan Ella. Sekarang ni senyap pulak.
Pantas Aleya mengambil tempat duduk di sebelah Balkish. Wajah sahabatnya itu
dipandang. Keningnya diangkat sebelah ala Ziana Zain. Namun tiada sebarang
tindak balas dari gadis itu. Dia beralih pula kepada Ella. Ella pun dua kali
lima dengan Balkish. Diam membatu. Aleya mengetap bibir. Geram dengan dua minah
kerek itu.
“Hey… yang korang berdua ni diam macam
batu apesal?” soal Aleya dalam nada
yang tak puas hati.
Balkish
dan Ella tidak memberi sebarang jawapan. Sebaliknya hanya keluhan kecil yang
keluar dari mulut masing-masing. Tapi itu hanya untuk seketika sahaja bila
dengan tiba-tiba Ella menjerit nyaring. Hampir gugur tangkai jantung hati
Balkish dan Aleya dek jeritan mengejut Ella itu. Dah macam orang disampuk hantu
Kak Limah balik rumah aje.
Balkish
dan Aleya mengurut-urut dada masing-masing yang berdebar hebat dek jeritan Ella
itu. Mata keduanya sudah mencerlung memandang Ella yang sudah menyusun jari
sepuluh memohon maaf atas keterlanjurannya.
“Opsss… sorry… aku tak sengaja.” Ucap
Ella dengan muka yang konon nak mintak simpati. Tangan diangkat seolah-olah
orang sedang menyerah kalah.
Balkish
memberi jelingan burung helang. Tajam sungguh jelingannya. Sudahlah otaknya
sekarang tengah berserabut dengan desakan ibu, Ella pula buat hal dengan
terjerit-jerit. Dah buang tebiat agaknya anak Pakcik Karim ini. Nanti ada juga
aku hantar dia ni masuk ke Hospital Bahagia. Baru padan dengan muka yang cantik
itu.
“Kau
ni apehal? Tetiba aje terjerit-jerit. Dah buang tebiat?” gumam Aleya geram.
Rasa macam nak ketuk aje kepala Ella bagi betul sikit. Manalah tahu kepala
sahabatnya itu sudah mereng. Sebab tu terjerit-jerit.
“Alaaa…
aku tak sengajalah. Tetiba aje kat kepala aku ni terlintas satu nama makhluk
ALLAH ni. Tu yang aku terover sampai terjerit.” Tungkas Ella. Dia bangun dari
duduknya dan beralih pula ke sebelah Balkish. Peha Aleya yang cukup berisi itu
ditampar perlahan memberi isyarat agar memberi sedikit ruang kepadanya untuk
berada dekat dengan Balkish.
Aleya
tak banyak songeh. Dia ikutkan sahaja tingkah Ella itu.
“Aku
ada calon yang terbaik untuk kau.” Kata Ella. Tiba-tiba dia teringatkan seorang
calon yang dirasakan terbaik untuk menjadi teman hidup Balkish. Memang sesuai
sangat-sangat!
Dahi
Balkish berkerut seribu. Bebola mata Ella kelihatan begitu bersinar sekali
ketika itu. Dah macam mata Himawari adik si Shin Chan melihat lelaki kacak atau
barang perhiasan yang berkilauan sahaja miripnya.
Siapa
pulak calon yang hendak dijadikan suami aku ni? Jangan disyornya apek duda yang
ada kedai runcit di blok C itu sudahlah. Tak hingin Balkish nak jadi bini baru
apek yang gatal itu. Tua-tua pun miangnya boleh tahan. Tak sedar diri yang
anak-anak dia tu dah sebaya dengan Balkish dan teman-temannya. Setiap kali ke
sana membeli barang, pasti apek tua itu main kenyit-kenyit mata pada Balkish.
Eiii… memang tak sedar diri langsung!
“Saper?” soal Balkish.
“Harriz.”
Lancar sahaja nama Harriz meniti keluar dari mulut Ella.
Bulat
mata Balkish kala mendengar nama King Of
Crocodile itu keluar dari mulut Ella. Hisy…
Ella ni! Macam dah takde nama lelaki lain lagi yang hendak disebutnya. Nama itu
jugak yang menjadi pilihan pertama.
Aleya
yang duduk di sudut hujung sebelah kiri sudah mengerut kening. Dia yang tak
tahu hujung pangkal jalan cerita Balkish dan Aleya berasa binggung. Ni apa kes
tetiba libatkan nama mamat hensem tu? Tanyanya pada diri sendiri.
“Kau
ni macam dah takde nama lelaki lain
yang kau nak sebut. Nama buaya jadian itu jugak yang kau pilih. Cubalah kau
cari nama yang glamor sikit. Macam Tom Cruise ke… Shah Rukh Khan ke… Rosyam Nor
ke… barulah semangat aku nak dengar.”
“Nama-nama
yang kau sebut tu nama hero zaman 90-an. Ini hero zaman sekarang. Aku tengok
Harriz tu sesuai sangat dengan kau. Bagai pinang dibelah dua. Walaupun aku ni
sukakan Harriz tu, tapi aku rela korbankan perasaan suka aku ni demi kau, tau.
Sebab aku memang suka sangat tengok kau dengan dia.” Ujar Ella. Ceh!
Balkish
menceberkan bibir. Bagai pinang dibelah dua? Husy… tak sesuai! Buta agaknya
Ella ni.
“Lagipun
Kish… aku tengok Harriz tu macam serius aje sukakan kau. Tengok cara dia aje
aku dah tahu. Kau cubalah bagi dia peluang sekali. Mana tahu kau boleh sukakan
dia. Tak salah kalau kau cuba buka sikit pintu hati kau tu untuk Harriz.” Ujar
Ella menyambung kata.
“Cuba
kata kau? Hisy… aku tak nak ar. Kau
tak kenal lagi siapa Harriz tu, La. Dia tu playboy
nombor satu kat KL ni. Aweks dia
keliling pinggang. Entah-entah pinggang dia pun belum tentu muat buat awek-awek
dia. Aku tak nak jadi salah seorang daripada koleksi terkumpul dia. Nauzubillah!”Ujar Balkish.
“Tapi
aku tengok dia serius sukakan kau.” Kata Ella lagi. Masih berusaha mahu Balkish
mencuba nasib untuk bercinta dengan Harriz.
“Hisy…
Tak nak ar!”
“Alaaa…
naklah.” Desak Ella. Bahunya melanggar bahu Balkish.
“Tak
nak!” dengus Balkish. Wajah sudah kelat macam buah belimbing muda.
“Nak.”
Kata Ella.
“Tak
nak!” Balas Balkish.
“Eiii… stop-stop! Hey… apekehe’ dengan kome berdua ni? Cer citer dekat teman ni…
biar terang.” Ujar Aleya cuba berbahasa dalam loghat perak. Bahasa yang
ditirunya daripada Usop Wilcha. Sejak kebelakangan ini fenomena loghat perak
yang diperkenalkan oleh Usop Wilcha dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah dah
semakin terkenal.
Aleya
yang sudah bangun dari duduknya dan berdiri betul-betul di hadapan Balkish dan
Ella sudah bercekak pinggang. Dah macam mak-mak tiri pula miripnya buat gaya
macam itu. Wajah Balkish dan Ella dipandang silih ganti.
“Aku
peninglah. Apa yang nak, tak nak ni? Dah tu kenapa libatkan nama Harriz pulak?
Mamat tu tercalon dalam anugerah apa sampai korang bertengkar pasal dia ni?”
bertalu-talu Aleya bertanya.
Wajah
Balkish dipandang. Nampaknya wajah cantik itu sudah masam mencuka. Wajah Ella
pula dipandang. Ella macam biasalah, tersengih ibarat kerang bakar busuk.
“Begini
ceritanya. Ibu si Kish ni hah… dia nak Kish kahwin. Tapi masalahnya Kish ni
mana ada boyfriend yang nak diajak
berkahwin. Jadi aku pun tolonglah fikirkan saper insan bertuah yang boleh jadi
pasangan Kish. Tup-tup yang terlintas dalam kepala otak aku ni si Harriz. Itu
yang aku cadangkan dekat Kish untuk beri Harriz tu peluang. Lagipun aku tengok
Harriz tu macam serius aje sukakan Kish. Kish ni aje yang terlebih syak. Tak
salahkan kalau mencuba? Mana tahu serasi bersama.” Panjang Ella memberitahu
cerita sebenar kepada Aleya.
Aleya
hanya mengangguk-angguk. Sudah faham apa sebenarnya yang terjadi. Padanlah muka
Balkish masam macam kena simbah cuka, rupa-rupanya si Ella bagi cadangan nak
kenenkan dia dengan Harriz. Alahai… si Ella ni, macamlah tak tahu yang Balkish
ni arlegik sangat kalau dengan nama Harriz tu. Mulalah tarik muka empat puluh
empat.
“Biar
aku tak berlaki… nama nak jadi bini King
Of Crocodile itu jangan harap. Tak hingin aku.”
“Belum
cuba belum tahulah, Kish. Mana tahu dengan kau si Harriz tu memang betul-betul
serius. Kau cubalah bagi dia peluang. Kalau kau nak tahu, Kak Liza kata dia ada
datang sini dua hari lepas cari kau. Tapi waktu tu kita semua balik kampung
masing-masing. Daripada air muka Harriz, Kak Liza kata dia kecewa sangat tak
dapat nak jumpa kau. Kesian Kak Liza tengok dia.” Aleya mula menceritakan apa
yang diberitahu oleh Kak Liza kepadanya sewaktu dia baru sampai pagi tadi.
Termuncung-muncung bibir Kak Liza bercerita. Penuh penghayatan.
Aleya
pun setuju dengan Ella. Apalah salahnya kalau Balkish memberi sedikit ruang
untuk mengenali hati budi Harriz. Mana tahu Balkish boleh jatuh cinta dekat
lelaki yang dipanggil King Of Crocodile
itu. Siapa tahu, kan? Lagipun perasaan cinta itukan boleh dipupuk. Macam zaman
dulu-dulu. Ramai yang kahwin atas pilihan keluarga. Akhirnya bahagia juga.
Malah anak orang dulu-dulu lagi ramai berbanding dengan anak orang zaman
sekarang yang konon kahwin atas dasar cinta. Lagi penting, usia perkahwinan
orang dulu-dulu lagi bertahan lama berbanding dengan orang yang bercinta
sebelum berkahwin ini.
Balkish
ketap bibir. Ni apa kes pula Ella dengan Aleya tetiba nak suruh dia kahwin
dengan Harriz pulak? Tak cukup dengan ibu yang asyik mendesak untuk dia
berkahwin, Ella dan Aleya pun memaksa untuk dia berkahwin dengan Harriz. Aduh…
bertambah migraine kepalanya. Ingat
cerita dengan Ella dan Aleya nak kurangkan sedikit beban dalam kepala otak ni.
Tak sangka pulak semakin serabut jadinya. Huhuhuuu…
Bencilah
macam ni! Sikit-sikit Harriz.
“Dahlah!
Aku malas nak layan korang. Masuk bilik lagi bagus.” Gumam Balkish. Dia bangun
dan bergerak menuju ke dalam biliknya.
“Kata
tadi nak tengok mentor.” ujarAleya.
“Malaslah!
Takde mood.” Balas Balkish dengan muka masam. Pintu bilik ditutup rapat.
Tiba-tiba
BlackBerry Balkish mengalunkan irama indah ombak rindu. Mesej masuk! Pantas
Balkish mencapai BlackBerry yang terletak atas meja sisi tepi katilnya.
Bibirnya diketap.
“Ini
semua Aleya dengan Ella punya pasal. Suka sangat sebut nama King Of Crocodile itu. Kan dia dah
hantar mesej. Husy! Benci betul macam ni.” Bebel Balkish seorang diri.
Namun
kotak mesej tetap dibuka.
‘Hi…
sweet princess. Miz u so much.’
Hanya
itu mesej ringkas dari Harriz. Balkish menggigit bibirnya lagi. Tanpa berlengah
laju mesej daripada lelaki itu dipadam dari kotak inbox. Buat semak kotak inboxnya
sahaja mesej lelaki itu. Menyampah!
“Menyakitkan
hati jer. Dahlah orang tengah serabut dengan permintaan ibu yang mengejut tu.
Dia pula nak ber’miz’ u miz u! Reply ‘hate u’ kang, baru dia tau. Huh!” Balkish masih mengomel
sendirian.
Badannya
dihempaskan di atas katil beralaskan tilam empuk. Fikirannya benar-benar
berserabut kini.
Kenapalah
ibu tak pernah nak percayakan aku? Jahat sangatkah aku ni pada pandangan ibu?
Sampai ibu takut sangat aku merampas suami Kak Risya. Ya ALLAH… apa yang aku
kena buat ni??
******************************************************************************
EIDHAM
mengeluh lagi. Bayangan wajah Balkish bermain-main di ruang matanya. Rasa tak
puas dia menatap wajah Balkish ketika gadis manis itu berada di kampung.
Balkish tak banyak berubah. Masih cantik macam dulu. Cuma Balkish dah tak
selembut macam dulu. Balkish kini seorang gadis yang tegas dan keras hati.
Tengok sahaja cara Balkish melayannya sepanjang gadis itu bercuti di kampung,
langsung tak ada sebarang kemesraan. Bukan itu sahaja, renungan tajam Balkish
juga dapat dilihatnya. Tentu Balkish masih marahkan dia disebabkan keputusannya
untuk berkahwin dengan Batrisya dulu.
Sekali
lagi Eidham mengeluh. Kepalanya didongak memandang langit malam. Betapa
cantiknya cahaya bulan malam ini. Namun keindahan itu tidak mampu menceriakan
hatinya yang sedang dilanda rasa gundah. Dia tahu semua ini adalah salahnya.
Dia sedar Balkish terluka dengan tindakannya tiga tahun dulu. Dia tak patut
memungkiri janji yang telah dia lafazkan sewaktu dia berkasih sayang dengan
Balkish. Sepatutnya dia berpegang teguh pada janji yang dia lafazkan buat buah
hatinya itu. Betapa kejamnya dia kerana telah membuatkan hati suci milik
Balkish terluka.
Lima
tahun dulu, sebelum dia berangkat ke UK, dia dengan Balkish pernah berkasih
sayang. Biarpun ketika itu cinta mereka bergelar cinta monyet, namun dia tak
pernah menghiraukannya. Baginya, dia mahu melindungi Balkish dan menyayangi
gadis malang itu. Dia tahu nasib yang menimpa Balkish. Dia mahu membuatkan
Balkish gembira dengan kehadirannya. Rasa sayangnya pada Balkish tak pernah
berubah.
Setahun
ketika dia berada di UK kerana melanjutkan pengajian di sana, kasih sayangnya
masih utuh buat Balkish. Cinta mereka masih mekar di taman hati. Sehinggalah
tahun kedua, ketika Batrisya belajar di Universiti yang sama dengannya.
Perasaan itu perlahan-lahan hilang dan beralih pula kepada Batrisya. Sikap
penyayang dan mengambil berat Batrisya ketika dia jatuh sakit membuatkan
hatinya terbuka untuk gadis itu. Enam bulan dia mengenali hati budi Batrisya,
akhirnya dia membuat keputusan untuk melamar Batrisya yang manis. Ketika itu
dia lupa pada Balkish. Langsung tak ingat janji-janjinya pada Balkish. Cintanya
hanya untuk Batrisya.
Tapi
kini, setelah masuk tahun ketiga membina rumah tangga bersama Batrisya,
perasaannya kembali hadir buat Balkish. Dia terasa rindukan gadis itu. Dia
rindu pada ketawa dan senyuman Balkish yang hadir untuk dirinya. Dia ingin
menyuarakan kerinduan itu, namun dia tiada keberanian untuk berbuat demikian
setelah apa yang dia lakukan terhadap Balkish. Cuma bila Balkish ada balik ke
kampung minggu ini, barulah dia berpeluang menyuarakan kerinduan yang
terpendam. Dia seperti sudah tidak menghiraukan lagi apa yang bakal terjadi
andai Batrisya mendengar luahannya itu.
Sempat
jugalah beberapa kali dia mencuri peluang berbual dan meluahkan kerinduan kepada
Balkish andai Batrisya tiada sama. Namun Balkish cepat mengelak dan
menghindarkan diri. Itulah yang amat mengecewakan dirinya.
“Abang…”
panjang panggilan daripada Batrisya. Bahu suaminya itu disentuh perlahan.
Kemudian dia mengambil tempat duduk di sebelah suaminya. Mug berisi air Nescafe
panas diletakkan di atas meja kopi berhadapan dengan kerusi rotan tempat mereka
duduk.
Eidham
menarik senyuman segaris.
“Kenapa
ni? Sayang tengok abang senyap aje. Abang ada masalah dekat pejabat ke?” soal
Batrisya penuh kelembutan. Memang selama ini dia tak pernah berkasar pada
suaminya itu. Jika ada pun perselisihan faham, Batrisya jarang meninggikan
suaranya terhadap Eidham. Rajuknya juga hanya rajuk yang sementara.
Eidham
menggeleng.
“Habis
tu… kenapa abang diam aje dari tadi? Apa yang abang fikirkan?” tanya Batrisya
masih ingin tahu apa yang sedang difikirkan oleh suaminya itu sejak
kebelakangan ini. Sejak mereka kembali semula ke Tanahair, sikap Eidham berbeza
sekali. Suaminya itu selalu sangat termenung dan lebih mementingkan urusan
kerja daripada dirinya. Kadang-kadang dia terasa hati juga. Namun cepat-cepat
dia mengusir rasa itu dari terus bermukin dalam hatinya. Tidak mahu perasaan
itu menjadi nanah dalam kehidupan rumah tangganya.
“Takde apa-apa sayang. Abang cuma penat
sikit.” Bohong Eidham. Tak sampai hati hendak memberitahu Batrisya apa yang
difikirkannya.
“Kesian
abang. Meh sini sayang picitkan bahu abang.” Batrisya menawarkan diri untuk
memicit bahu suaminya. Fikirnya memang benar Eidham sedang keletihan. Langsung
dia tak terfikir bahawa suaminya itu sedang memikirkan pasal perempuan lain.
Pasal adik kesayangannya.
Perlahan
Batrisya meletakkan jarinya ke bahu Eidham. Kemudian dengan lembut dia
memicit-micit bahu suami kesayangannya itu. Suasana antara mereka sunyi sahaja
ketika itu. Tiada apa yang hendak dibicarakan.
“Abang….”
panggil Batrisya dengan manja. Jarinya masih setia memicit bahu Eidham.
“Hmmm….” hanya bunyi itu yang keluar dari
mulut Eidham.
“Sayang
sayang abang.” Luah Batrisya. Perlahan urutannya dileraikan dan tubuh suaminya
dipeluk. Entah kenapa dia rasakan seperti ada jurang dalam hubungan mereka
kini. Tidak semesra dulu. Dia takut perasaan Eidham berubah.
Eidham
yang nyata terkejut dengan tindakan spontan isterinya itu menggigit bibir
bawahnya. Matanya dipejam. Perlukah dia membalas pelukan Batrisya itu? Kenapa
perasaannya semakin beku terhadap Batrisya? Pelukan manja Batrisya langsung
tidak menggetarkan hati lelakinya. Tidak sehangat dulu.
“Abang
pun sayang sayang jugak.” Luah Eidham
tanpa perasaan cinta yang ikhlas. Dia berpaling mengadap wajah Batrisya. Sebuah
senyuman dihadiahkan buat isterinya itu. Cuba menyembunyikan apa yang bermain
dalam perasaannya kini.
“Abang
jangan tinggalkan sayang ye.” Tutur Batrisya. Dia takut andai suami yang
disayanginya itu akan meninggalkan dia suatu hari nanti. Cintanya pada Eidham
tidak pernah berubah. Eidham lelaki pertama yang telah membuka pintu hatinya.
Dan dia juga berharap agar lelaki itu menjadi lelaki terakhir buatnya.
Eidham
sekadar mengangguk lemah. Perlahan dia mengangkat tangan lalu memeluk bahu
Batrisya. Pelukan yang erat namun tiada sebarang rasa. Itu yang Eidham rasa
kini.
Apa
sebenarnya yang aku mahukan? Kenapa perasaan sayang itu sudah tiada lagi buat
isteriku ini? Bisik Eidham dalam hati. Kian keliru dengan perasaannya sendiri.
Bila lagu cinta
bergema
~10~
“HAI…”
Satu suara kedengaran menyapa dengan lembut lagi romantis.
Teguran
itu membuatkan Balkish mendongak. Mujur dia tak terjatuh dari kerusinya kala
melihat tuan punya suara yang sudah tersenyum dengan senyuman menggoda kalbu
itu. Iye la tu… menggoda kalbulah sangat! Hisy… apa pulak yang dia buat dekat
sini ni? Buat aku bad mood aje. Baru
hari pertama kerja, dia dah munculkan diri. Tak bolehkah dia ni biarkan hidup
aku senang sikit? Aduh… migraine
pulak aku tetiba.
“Encik
Harriz? Heee… Encik Harriz buat apa dekat sini?” Soal Balkish yang sudah mula
gusar dengan kehadiran mengejut Harriz itu. Cuti selama empat hari itu
membuatkan dia hampir lupa pada suara lelaki yang sering kali menganggu
hidupnya kini. Alahai… bala ni! Kalau aku ada magik… mahu rasanya aku hilang
diri saat ini jugak. Tak payah nak berdepan dengan lelaki yang tak pernah faham
bahasa ini. Kan aku dah reka cerita yang kulit aku ni tak boleh terkena
kelopak-kelopak bunga rose. Lagi nak bagi bunga dekat aku. Huhuhuuu… Entah
bahasa apa lagilah yang aku nak cakap dekat King
Of Crocodile ini supaya dia faham yang aku tak nak diganggu!
“Saje…
jumpa you. I dah lama tak jumpa you. Rindu sangat dekat you.” Harriz dengan
ramah bersuara. Kemudian dia menghulurkan sejambang bunga rose yang telah
digubah dengan begitu indah sekali. Diletakkan di atas meja Balkish.
Bulat
mata Balkish melihat Harriz dengan selamba meletakkan jambangan mawar itu di
atas mejanya. Aduh… lelaki ni betul-betul tak faham bahasa. Dia nak aku cakap
dalam bahasa Tamil baru nak mengerti agaknya. Tapi masalahnya, aku pulak yang
tak pandai nak berbahasa Tamil.
“Eh…
apa ni Encik Harriz? Saya kan dah kata yang saya ni arlegik dekat bunga. Saya tak nak bunga ni. Nanti kulit saya
gatal-gatal.” Ujar Balkish. Dia sebenarnya bukanlah arlegik pun dekat bunga.
Cuma yang buat dia jadi arlegik
dengan tiba-tiba tu sebab si pemberi bunga ni. Itu yang dia arlegik tu.
“Tapi
ini bunga plastic. Bukannya bunga
segar pun. I masih ingat yang you kata you arlegik dekat kelopak-kelopak bunga
segar. Pasal tu I belikan you bunga plastic
aje supaya kulit you tak terkena arlegik.
I harap you sudi menerimanya. Khas buat yang cantik manis” Ujar Harriz dengan
ayat jiwa-jiwa. Mana mungkin dia lupa yang kulit Balkish tak boleh terkena
kelopak bunga. Pasal itulah awal-awal lagi dia sudah menempah bunga rose
plastic untuk bidadarinya itu. Supaya kulit Balkish yang putih melepak dan
halus mulus itu tak terkena pada alahan.
Balkish
mengetap bibir. Hisy… nampaknya dia sudah tak boleh menolak lagi kali ini.
Takkan dia nak kasi alasan yang sama juga sedangkan bunga plastik tak membawa
sebarang kesan pun ke atas kulitnya. Mahu tak mahu kenalah dia terima dengan
hati yang sebal.
“Terima
kasihlah Encik Harriz.” Malas-malas Balkish berkata. Jambangan bunga yang
diberi oleh Harriz diletakkan sahaja di hadapan mejanya.
Suara
ketawa kecil Kak Norma dan Siti membuatkan Balkish mengerling ke arah
rakan-rakan sekerjanya itu. Amboi… bukan main suka lagi diorang ni. Kak Norma
pula siap angkat ibu jarinya memberi isyarat ‘baik’ kepada Balkish.
“Kasih
you dah lama I terima.” Spontan sahaja Harriz menjawab sambil mata langsung tak
mahu lari ke arah lain dari melihat wajah Balkish.
Sedar
wajahnya diperhatikan, Balkish buat-buat sibuk. Dia menyambung kembali
tugasannya yang tergendala sebentar tadi disebabkan Harriz. Tapi dia tak boleh
nak concentrate sebab ada sahaja mata
yang memandang tingkahnya itu. Cepatlah berambus oi. Tak selesa betullah ada
mata yang tengok-tengok ni. Gumam Balkish dalam hati.
“You
apa kabar? Sihat tak?” tanya Harriz kepada Balkish. Mata masih juga tertumpuh
pada raut wajah Balkish yang putih bersih. Cantik kulit muka gadis itu.
Langsung takde sebarang jerawat. Geram pula Harriz tengok.
“Alhamdulillah…
saya sihat. Terima kasihlah sebab Encik Harriz ambil berat tentang saya.”
Balkish sekadar berbasa-basi. Ikutkan rasa hati ni, malas sungguh dia hendak
melayan kerenah Harriz buaya jadian itu. Menyesakkan fikiran betul.
“I
memang sentiasa ambil berat pasal you. I tak boleh nak tengok you sakit atau
bersedih. Kalau boleh, biarlah you sentiasa sihat dan ceria. Baru senang hati I
ni.” Harriz bermadah-helah. Mahu membeli
hati dan jiwa gadis manis itu dengan kata-kata romantiknya yang lembut itu.
Balkish
cuba mengukir senyuman mendengar kata-kata Harriz itu. Sedangkan dalam hati
rasa nak termuntah sahaja dia dibuatnya. Loya semacam! Uwek!!
“Encik
Harriz datang ni nak jumpa Encik Fahmie ke? Kejap saya beritahu dengan Encik
Fahmie yang Encik Harriz dah sampai ye.”
Ujar Balkish yang sudah mahu menekan butang interkom. Dia sudah malas mahu
mendengar kata-kata memikat Harriz itu. Rasa hendak terkeluar segala isi dalam
lubang telinganya. Geli betul. Lagipun dia takut tahap kesabarannya akan pecah
akibat terlalu lama melayan kerenah Harriz. Sudahlah dia memang tak sukakan
Harriz ni.
“Eh
takpe. I datang bukan nak jumpa Abang
Mie. I nak jumpa you. Kalau Abang Mie tu… bila-bila masa pun I boleh jumpa
dia.” Halang Harriz.
Balkish
tersengih. Butang interkom tidak jadi ditekannya.
“Macam
mana cuti dekat kampung? Seronok?”
Husy…
banyak pulak tanya buaya jadian ni.
Balkish
sekadar menarik senyuma segaris. Kepalanya hanya dianggukkan bagi menjawab
pertanyaan Harriz.
“Bestnya you dapat balik kampung. Dulu
waktu atuk dan nenek I sebelah papa masih ada, kami pernah jugak balik ke
kampung papa di sebelah Perak. Tapi bila diorang dah takde, kami semua dah tak balik kampung lagi. Sambut raya pun dekat KL
ni aje. Lain kali I harap dapat ikut you balik ke kampung you. Tentu seronok,
kan?”
Eheh…
ni apa kes pulak nak ikut balik kampung aku ni? Ingat dia tu siapa nak
ikut-ikut aku pulak? Tak sedar diri betul King
Of Crocodile ini!
Balkish
malas hendak menjawab. Cuma bibirnya sahaja dipaksa untuk tersenyum manis.
Sedangkan jemarinya sibuk menaip kertas kerja yang Encik Fahmie berikan
kepadanya tadi.
“You
dah lunch ke? Jom kita keluar lunch.” Ajak Harriz.
“Lunch?” soal Balkish. Buat-buat terkejut
sakan. Macam tak tahu aje makna lunch
dalam bahasa melayu adalah makan tengahari. Lagi mahu buat muka terkejut beruk
betina. Jemari yang tadi rancak menari pada keyboard komputer terhenti.
Harriz
mengangguk-angguk. Bibirnya masih lagi mekar dengan senyuman yang cukup manis.
Pelik betul. Tak kejangkah urat-urat sekitar rahang lelaki itu asyik tersenyum
begitu? Mungkin Harriz menyangka dengan tersenyum sebegitu hati Balkish akan
cair agaknya. Macam hati ramai gadis yang bisa cair disebabkan senyumannya itu.
“Sorry Encik Harriz. Saya banyak kerja
nak kena buat ni. Empat hari bercuti, kerja melambak-lambak. Lagipun waktu lunch lagi sejam. Lain kali aje ye.”
Macam biasa, Balkish pasti menolak. Mana mungkin dia akan keluar makan berdua
dengan lelaki playboy itu. Nanti tak pasal-pasal terlihat dek salah seorang
teman wanita Harriz, mampus dia dikerjakan. Kalau bukan sebab takut kelihatan
oleh salah seorang aweks Harriz pun memang dia tak pernah sudi hendak keluar
dengan lelaki itu.
“Alaaa…
kerja tu you boleh tangguh dulu. Nanti I bagitau Abang Mie yang I bawa you
keluar lunch. Tak jadi hallah.” Desak
Harriz.
Ketika
itu jugalah pintu bilik Pengurus Kewangan F&F Holding terbuka luas.
Terpacul wajah Fasha yang baru keluar dari bilik bosnya itu dengan wajah mencuka.
Ini tak lain tak bukan mesti kena cuci telinga. Pasal tu buat muka macam rojak
basi begitu. Pelik betul dengan Fasha sejak kebelakangan ini. Datang kerja
lewat. Balik kerja awal. Buat kerja salah. Dah tu rajin pula menghilangkan diri
time-time pejabat. Itu yang Encik
Fahmie panggil untuk memberi sedikit ceramah buat pekerja syeksyennya yang
seorang itu.
Sebelum
berlalu ke tempatnya, Fasha sempat juga mengerling Balkish dengan pandangan
yang menjengkelkan. Cemburu rasa hatinya bila rakan sepejabatnya itu sering
mendapat perhatian daripada lelaki kacak idaman ramai, Harriz Tan Sri Hamdan.
Dia yang lebih bergaya dan up to date
daripada Balkish ini langsung tak dipandang dek Encik Harriz.
“Hai…
Riz. Bila sampai?” Kedengaran suara Fahmie menegur. Membuatkan Harriz dan
Balkish menoleh dengan serentak. Lelaki berkemeja biru gelap itu baru keluar
dari biliknya selepas memberi ceramah free
pada Fasha. Sakit kepalanya bila ada stafnya yang tak memberi perhatian
terhadap kerja.
“Baru
aje.” Balas Harriz pendek.
“Buat
apa dekat sini? Kenapa tak masuk dalam bilik Abang Mie?” soal Fahmie lagi.
Harriz ni tak lain tak bukan mesti tengah mengacau Balkish. Tengok dari muka
Balkish yang tersenyum paksa itu pun dah dia tahu. Hurmmm… entah sampai bilalah
Harriz ni nak menganggu Balkish agaknya? Ini lagi seorang yang buat dia pening.
Harriz Tan Sri Hamdan. Bertuah punya adik ipar!
“Riz
cadang nak ajak Balkish keluar lunch.
Tapi dia kata banyak kerja nak disiapkan. Ermmm… boleh tak Riz pinjam P.A Abang
Mie ni kejap? Keluar lunch aje.”
Pinta Harriz pada Fahmie. Wajahnya sudah mintak simpati abang iparnya. Berharap
sangat agar Fahmie akan memberinya kebenaran untuk membawa Balkish keluar
makan.
Balkish
menggigit bibir bawahnya. Geram betul dia dengan Harriz ini. Berani pula buaya jadian
itu meminta kebenaran daripada Encik Fahmie hari ini. Aduh… janganlah Encik
Fahmie benarkan. Aku tak nak keluar makan dengan si buaya ni. Hati Balkish mula
berdebar-debar menanti jawapan daripada bosnya.
Fahmie
mengerling jam tangannya. Baru pukul 12.05 minit tengahari. Biasanya waktu
rehat bermula pukul 1.00.
“Bolehlah
Abang Mie. Kejap aje okey? Janganlah kemut sangat dekat adik ipar sendiri.”
Pujuk Harriz. Bahu abang iparnya itu dipeluk.
Fahmie
menggeleng-geleng. Harriz ni selagi tak diberi apa yang diingininya, selagi itulah
dia nak memujuk. Tengok tu, muka dah mintak simpati separuh nyawa aje Fahmie
tengok..
“Okey.
Abang benarkan. Tapi Riz kena hantar Balkish sebelum jam dua petang. Sebab
Abang Mie ada kerja nak mintak tolong buat dengan Balkish tu. Boleh?” Akhirnya
Fahmie memberi kebenaran.
“Okey,
set! Sebelum jam dua Riz pasti akan
hantar Balkish masuk ofis balik.” Harriz sudah bersuara riang. Bahu abang
iparnya ditepuk perlahan.
“Errr…
tapi Encik Fahmie. Saya masih ada kerja nak buat ni.” Balkish mula bersuara.
Terasa musnah hidupnya bila bosnya itu memberi keizinan untuk Harriz membawanya
keluar makan tengahari hari ini. Huhuhuuu… ini yang tak best kalau Encik Fahmie sudah ikut kehendak adik iparnya ini!
“Takpelah Balkish. Awak pergilah. Nanti
sebelah petang awak sambung balik kerja awak tu. Lagipun kesian kat adik ipar
saya ni. Dari dulu lagi nak keluar makan dengan awak. Nanti kempunan pula dia
tak merasa keluar makan tengahari bersama awak.” Dengan penuh diplomasi Fahmie
berkata-kata. Betul-betul menunjukkan dia seorang bos yang baik kepada
pekerja-pekerjanya.
Habis
siapa pulak yang nak kesiankan aku ni? Aku lagi kesian jika nak dibandingkan
dengan buaya jadian ni. Huhuhuuu…
“Baiklah
Encik Fahmie.” Rendah nada suara Balkish menjawab. Mana mungkin dia bisa
melanggar arahan yang diberikan oleh majikan yang baik seperti Fahmie. Mahu tak
mahu, dia kena jugalah pergi keluar makan tengahari bersama Harriz hari ini.
Betul-betul hari ini dalam sejarah.
Harriz
sudah tersengih panjang mendengar jawapan Balkish itu. Rasa tak sabar dia
hendak keluar berdua dengan Balkish. Hari ini memang hari bertuah untuknya.
“Come.” Ujarnya kepada Balkish ketika
gadis itu masih teragak-agak mahu bergerak.
Balkish
mengeluh. Dia akhirnya bangun dari tempat duduknya setelah mengambil beg dalam
kabinet. Ketika dia melalui meja rakan-rakan sekutunya, kelihatan senyuman
lebar pada bibir rakan-rakannya itu. Kak Norma pula siap beri pesanan khas lagi
untuknya. Geram betul!
“Ingat
Riz. Abang Mie bagi peluang dekat Riz untuk mengenali Balkish. Tapi Riz jangan
buat yang tak senonoh pulak tau.” Pesan Fahmie kepada adik iparnya dalam nada
yang perlahan.
“Don’t worrylah Abang Mie. Riz tak akan
buat yang tak baik dekat Kish. Riz pergi dulu ye. Thanks bro.” bahu Fahmie ditepuk perlahan.
“Have a nice day, Encik Harriz. Good luck.”
Ucap Kak Norma kepada Harriz ketika lelaki itu melalui mejanya. Lina, Siti dan
Suzila pula sudah mengekek ketawa kesukaan. Over
pula minah-minah ni.
Harriz
mengangguk sambil menaikkan ibu jarinya. Matanya dikenyit nakal ke arah empat
wanita manis itu sebelum satu fly kiss
diterbangkan buat Kak Norma, Lina, Siti dan Suzila. Huh… memang dasar buaya
jadian betul si Harriz ni. Yang Kak Norma, Lina, Siti dan Suzila pun dua kali
lima jugak. Bukan kain suka lagi diorang ketawa. Langsung tidak menghiraukan
Balkish yang sedang diamuk rasa amarah dalam diam.
Rasa
nak cekik aje leher Harriz ini! Biar sesak nafas. Keluh Balkish dalam hati.
******************************************************************************
BALKISH
rasa kekok diperhatikan sebegitu. Hingga nak suap nasi ke dalam mulut pun dia
jadi ragu-ragu. Mana tidaknya, mata Harriz langsung tak berkalih ke arah lain
daripada memandang wajahnya. Macamlah wajahnya itu sebuah pameran untuk
diperhatikan seasyik itu.
Hisy…
ini yang aku lemah ni. Bisik hati kecil Balkish.
“Errr… Encik Harriz tak nak makan ke?
Kenyang ke asyik dok tengok muka saya ni aje?” sinis Balkish menyindir. Geram
betul dia bila Harriz tak sudah-sudah mahu merenungnya. Kata nak ajak keluar
makan. Ini bukan makan lagi gayanya kalau dah asyik merenung muka aku aje sejak
dari tadi. Buat aku pun rasa tak larat nak menelan walau sebutir nasi ke dalam
mulut.
Harriz
ketawa besar mendengar sindiran itu.
“Sorry. Asyik sangat tengok muka you
sampai I tak lalu nak makan. You cantik sangat hari ni Balkish. Warna baju
kurung merah yang you pakai ni cukup sesuai dengan kulit you yang putih melepak
tu.” Akui Harriz.
Balkish
menggigit bibirnya lagi. Entah sudah kali ke berapa dia asyik menggigit
bibirnya untuk hari ini sahaja. Rasa boleh luka bibirnya itu akibat asyik
digigit dari tadi. Ini semua Harriz punya pasal. Dalam hati dia sudah mengajuk
percakapan Harriz yang memujinya itu. Dasar lelaki yang suka membeli jiwa.
Memang ringan mulut sangat memuji.
“Kecantikan
manusia ni hanya sementara aje, Encik Harriz. Bila-bila masa aje ALLAH boleh
menarik balik kecantikan yang dia berikan kepada hambanya. Sebab tu kita tak
boleh taksub sangat pada kecantikan semata-mata.” Ungkai Balkish. Masih lagi
menyindir lelaki di hadapannya itu.
Harriz
ketawa lagi. Balkish ni bukan sahaja cantik, malah bijak orangnya. Ini yang
buat dia semakin sukakan Balkish. Selama ini dia jumpa ramai wanita cantik.
Suka dan kembang hati bila dipuji. Tapi hakikatnya wanita-wanita itu tak cukup
bijak hingga membolehkan dia jatuh cinta. Balkish wanita bijak yang buat dia
semakin ingin memiliki. Bukan sekadar mahu main-main. Tapi untuk dijadikan
teman hidup.
“You
bukan saja cantik, tapi you jugak bijak. Itu yang buat I semakin sukakan you.”
Puji Harriz lagi.
Balkish
menjulingkan mata ke atas. Hisy dia ni! Asyik nak puji aku aje. Tak sedarkah
yang aku sedang menyindir dia? Eiii… geram betul!
Tanpa
menghiraukan Harriz yang masih memandangnya itu, Balkish menyuap nasi ke dalam
mulut. Lantak kaulah wahai sang buaya jadian. Tengoklah muka aku ni puas-puas
kalau itu boleh buat kau kenyang. Aku dah malas nak layan. Makan lagi bagus
dari asyik melayan kau. Lagipun perut aku dah lapar tahap gaban ni.
“Harriz?”
tiba-tiba ada satu suara menegur.
Pantas
Harriz mendongak. Dia kenal benar dengan suara perempuan yang baru menegurnya
itu.
Begitu
juga dengan Balkish. Dia pun ikut sama mendongak ke arah suara wanita yang baru
sahaja menegur Harriz. Wanita bertubuh agak gempal dengan baju blause hijau
lumut itu memandang dia dengan Harriz silih berganti. Tak berkedip mata wanita
itu memandang ke arah mereka. Disamping wanita itu ada dua wanita muda yang
bergaya seksi. Masam aje muka kedua wanita muda ini. Dah macam muka orang baru
tertelan mangga muda pula.
“Eh…
mama? Buat apa dekat sini?” tanya Harriz pada mamanya. Dia bangun dari duduk.
Ternyata dia amat terperanjat dengan pertemuaan tidak diduga itu. Tak sangka
dia boleh terserempak dengan mamanya itu di Top Hat Restaurant hari ini.
Sudahlah tu, bersama Hanna dan Syarifah Ezora pula.
Hah…
ini sudah bagus. Tak payahlah aku nak main sembunyi-sembunyi lagi.
Air
muka Syarifah Ezora nyata berubah bila melihat Harriz yang duduk semeja bersama
seorang gadis bertudung bawal hitam. Rasa macam hendak menangis pun ada ketika
itu. Maklumlah… Harriz itukan lelaki idaman hatinya. Mana mungkin dia dapat
menerima hakikat bahawa Harriz yang dipujanya itu sedang keluar makan berdua
dengan perempuan lain selain daripada dirinya yang lagi menawam ini. Jika bukan
disebabkan dia control ayu depan Harriz dan Puan Sri Hanum, mahu digayangnya
perempuan bertudung itu. Baru puas rasa hatinya. Siapa suruh suka-suka keluar
dengan pakwe orang.
Warghhh!!!
Syarifah Ezora sudah meraung di dalam hati.
Eheh…
perasaan benar si Syarifah Ezora ini. Bila masa pula Harriz buat pengumuman
ambil kau jadi girlfriend dia? Kau tu aje yang terhegeh-hegeh. Tak malu! Perasan!
Ejek satu suara halus. Menyemarakkan lagi rasa geram Syarifah Ezora terhadap
gadis di hadapan Harriz itu.
“Singgah
makanlah. Harriz tu buat apa dekat sini? Takde kerja ke?” sarkastik Puan Sri
Hanum menjawab. Sambil itu dia juga sempat bertanyakan soalan kepada anak
bujangnya itu. Wanita yang duduk di hadapan Harriz dipandang sekilas lalu. Mungkinkah
ini wanita yang dimaksudkan Harriz kepadanya tempoh hari? Otaknya ligat
memikirkan kata-kata Harriz beberapa hari lalu.
“Kan
lunch time. Riz keluar makanlah, ma.
Takkan keluar shopping pulak kat Top Hat Restaurant ni.” Laju Harriz
menjawab sambil cuba bercanda. Kalau mamanya singgah ke sini untuk lunch, begitu juga dengan dirinya.
Harriz
sedar jelingan ekor mata mamanya yang sekejap-kejap melirik ke arah Balkish
itu. Tajam sungguh jelingan mama. Mengalahkan ketajaman sebilah pisau.
“Tadi
mama call bawa Harriz keluar makan
sama, tak nak pulak. Kata banyak kerja la. Ni… dapat pulak Harriz keluar lunch. Takde pulak kerja Harriz yang
melambak tu ye.” Sindir Puan Sri Hanum dalam nada geram. Tadi dia ada menelefon
anak bujangnya itu. Mengajak Harriz untuk keluar makan tengahari bersamanya
dengan Hanna dan Syarifah Ezora. Namun anak bujangnya itu menolak dengan
memberi alasan sibuk dengan urusan kerja. Inikah kerja yang dimaksudkan oleh
anaknya itu? Keluar dengan seorang perempuan? Hurmmm… nampaknya perangai Harriz
yang kaki perempuan itu langsung tak pernah nak berubah.
Balkish
yang hanya menjadi pendengar tidak berminat hendak menyampuk perbualan
anak-beranak itu. Dia lebih senang mengambil langkah berdiam diri. Lagipun dia
tak kenal pun siapa mereka ini. Cuma dia dapat mendengar dengan jelas Harriz
memanggil wanita di hadapannya itu dengan panggilan mama. Dua gadis manis
disebelah mama Harriz itu tidak pula diketahuinya. Cuma salah seorang daripada
wanita muda itu memiliki wajah yang hampir sama dengan Harriz dan mamanya.
Mungkin adik Harriz kut. Entahlah…
Sempat
juga Balkish menghadiahkan sebuah senyuman kepada dua wanita muda itu bila mata
mereka saling bertentangan. Tapi malangnya, senyumannya itu dibalas dengan
sebuah jelingan tajam pula. Membuatkan senyuman Balkish mati dengan tiba-tiba.
Eheh…
ni nak jeling-jeling aku apekehal?
Korek kang bijik mata tu. Sombong tak bertempat! Gumam Balkish bila dua wanita
seksi itu menunjukkan wajah sombong macam burung merak yang sedang
mengembangkan ekornya yang cantik itu. Lebih-lebih lagi wanita yang pakai baju
warna pink sebelah mama Harriz itu. Jeling bukan main lagi dia. Macam nak
terkeluar aje bijik mata tu!
Puan
Sri Ezora berpaling pula ke arah Balkish. Wajah Balkish dipandang lama. Siapa
agaknya perempuan ni? Girlfriend baru
Harriz ke? Tapi… sejak bila pulak Harriz suka perempuan bertudung? Bukan selama
ni girlfriend Harriz semua
seksi-seksi belaka ke? Banyak pula soalan yang menerpa minda Puan Sri Hanum.
Sedar
dirinya diperhatikan oleh Puan Sri Hanum, pantas Balkish mengukir senyuman.
Hendak salam, tapi dia tak berani pula. Mahu salamnya tak disambut oleh Puan
Sri itu, tak ke dia malu sendiri. Alaaa… senyum ajelah. Itu pun dah cukupkan?
Balkish berkata kepada diri sendiri.
“Awak
ni siapa? Girlfriend baru Harriz ke?”
Puan Sri Hanum bertanya dengan tiba-tiba. Hatinya benar-benar ingin tahu siapa
gerangan wanita itu. Tiada nada mesra pun pada lontaran vokalnya itu. Mendatar
bagaikan orang tak ada perasaan.
Terkejut
beruk betina Balkish mendengar pertanyaan spontan Puan Sri Hanum itu. Namun
belum sempat dia menjawab, Harriz terlebih dahulu menjawab soalan mamanya itu.
“Yupe! Inilah wanita yang Riz bagitahu
dekat mama tempoh hari. Dialah teman wanita Riz. Bakal isteri Riz dan bakal
menantu mama.” Beritahu Harriz dengan tenangnya. Langsung tidak menghiraukan
perasaan wanita-wanita di sekelilingnya ketika ini.
Bulat
mata Balkish mendengar jawapan Harriz yang bersahaja itu. Mulutnya sedikit
ternganga. Mujur tak ada Cik Lat. Jika tidak tentu dah masuk ke dalam mulut
dengan free.
Gila!
Ni apa kes pulak nak mengaku yang aku ni girlfriend
dia depan mama dia pulak? Aku belum pun iktiraf dia ni sebagai boyfriend. Dia pula-pula dah pepandai
nak naikkan taraf aku depan mama dia.
Rasa
mahu sahaja Balkish berlari keluar masa itu juga. Namun dia perlu tenangkan
hati. Tak eloklah orang ramai yang sedang menikmati makan tengahari di sana
lihat dia berlari keluar dari Top Hat Restaurant meninggalkan anak-beranak ini.
Ingat ini cerita filem Hindustan ke? Nak main lari-lari. Lepas tu kena kejar
dek sang hero. Huiii… tak nak dia jadi heroin Hindustan. Ingat dia Madhuri
Dixit? Kajol? Aiswarya Rai yang main lari-lari sebab cinta dihalang keluarga.
Eiii… tolong sikit!
Syarifah
Ezora sudah menggigit bibir. Matanya memandang tajam wajah Balkish. Rasa macam
nak ditampar sahaja muka wanita itu. Namun langkahnya yang selangkah itu
dihalang oleh Hanna.
“Sabar…
inikan tempat awam. Malulah orang tengok.” Bisik Hanna ke telinga Syarifah
Ezora yang sudah berapi marah. Hanna tahu, pasti sahabatnya itu susah hendak
menahan rasa sabarnya ketika ini. Ikutkan hati, dia pun macam itu juga.
“Owhhh… jadi inilah perempuan yang Harriz
maksudkan itu? Perempuan yang Harriz bangga-banggakan sampai sanggup tolak
pilihan mama.” Ujar Puan Sri Hanum.
“Ma…
please. Ini tempat awam. Riz tak nak
bincang hal tu dekat sini. Kita bincang dekat rumah, okey?” Ujar Harriz bila
melihat air muka mamanya yang sudah berubah kelat. Dia yakin perasaan amarah
sedang menguasai mamanya kini. Namun dia tak mahulah membincangkan hal itu di
situ. Depan orang ramai dan Balkish. Biarlah hal itu diselesaikan di rumah
mereka nanti.
Puan
Sri Hanum mengetap bibir. Mujurlah Harriz mengingatkan dia bahawa mereka kini
berada di tempat awam. Kalau tidak, sudah disumpah serananya wanita bertudung
di hadapan anaknya itu kerana berani rapat dengan anak bujangnya. Sakit benar
rasa hatinya.
“Jom
kita makan tempat lain. Mama takde selera makan kat sini.” Ujar mama kepada
Hanna dan Syarifah Ezora.
Sebelum
berlalu, sempat juga tiga wanita itu memberi jelingan tajam buat Balkish yang
masih terpanar mendengar kata-kata Harriz sebentar tadi. Selera makannya mati
dengan tiba-tiba.
“Apa
Encik Harriz dah buat ni? Kenapa Encik Harriz cakap saya ni girlfriend Encik Harriz depan mama Encik
Harriz tu. Hakikatnya kita tak ada apa-apa hubungan pun. Encik Harriz jangan
lupa… saya keluar lunch dengan Encik
Harriz ni pun sebab Encik Fahmie. Jadi tolong jaga sikit perangai Encik Harriz
tu. Jangan nak pandai-pandai kenalkan saya ni sebagai girlfriend Encik Harriz pulak. Saya tak suka.” Tegas dan keras nada
suara Balkish. Matanya mencerlung memandang wajah Harriz yang nampak
serba-salah itu.
“I’m sorry, Balkish. I tahu I salah sebab
cakap macam tu. Tapi percayalah cakap I. I ikhlas dengan apa yang I cakapkan
tadi. I serius nak jadikan you isteri I.” akui Harriz. Tenang dia mengucapkan
ayatnya itu. Dia mahu Balkish tahu dia bukan main-main. Dia serius dengan
kata-katanya.
Bertambah
bulat mata Balkish mendengar pengakuan berani mati lelaki itu.
“I think you’re crazy, Encik Harriz. Kita
baru keluar sekali. Saya tak suka Encik Harriz merepek yang bukan-bukan.”
Bentak Balkish. Saat ini timbul pula rasa menyesal kerana telah bersetuju
mengikut Harriz keluar makan tengahari. Tak pasal-pasal dia berdepan dengan
satu lagi masalah besar. Sudahlah masalahnya dengan ibu belum selesai. Sekarang
ni timbul satu lagi masalah baru.
“I
serius Balkish. I tak main-main. I mahu jadikan you isteri I yang sah. Sudi tak
you jadi suri dalam hidup I, Balkish?”
Balkish
terkedu. Lamaran jenis apa ni? Berkawan tidak, bercinta tidak… tiba-tiba sahaja
lelaki itu melamarnya. Gila! Memang kerja gila.
“Stop it, Encik Harriz! Jangan cakap yang
bukan-bukan lagi, boleh tak? Saya keluar dengan Encik Harriz bukan nak dengar
benda merepek macam ni. Sudahlah! Hantar saya balik ofis. Saya tak ada selera
nak makan.” Panas hati Balkish. Selera makan mati sebaik sahaja Harriz membuat
pengakuan bodoh di hadapan mamanya itu sebentar tadi. Malah lamaran mengejut
lelaki itu juga membuatkan dia jadi semakin kenyang.
“But… I’m serious.”
“Kalau
Encik Harriz tak nak hantar saya, takpe. Saya boleh balik sendiri naik teksi.”
Ugut Balkish. Wajahnya sudah masam mencuka. Hatinya benar-benar mendidih dengan
tindakan Harriz.
Sebelum
ini, biarpun dia tak sukakan Harriz, tapi dia tak pernah tarik muka masam
sebegini. Bercakap kasar pun tak pernah. Dia masih punya rasa hormat terhadap
lelaki bernama Harriz Tan Sri Hamdan itu.
Harriz
mengeluh. Terasa berat hatinya mahu menghantar gadis itu masuk semula ke ofis.
Namun demi mahu hati gadis itu sejuk, dia terpaksa juga mengalah.
“Okey.
I hantar you balik ofis.” Ujarnya mengalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan