ISTERI
DALAM SANGKAR
**4**
“KENAPA
kau tak call aku bagitau mummy ada dekat ofis pagi tadi?” tanya
Tengku Iskandar pada Tengku Haziq ketika mereka menonton perlawanan bola sepak
di televisyen malam itu.
Tengku
Haziq yang sedang mengunyah popcorn
melempar pandangan pada abang sepupunya yang duduk di atas sofa. “Manalah aku
tahu Tengku Mummy nak datang ofis.
Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku dah bagitau kau.”
Tengku
Haziq ni biarpun dia muda dua tahun daripada Tengku Iskandar, namun dia tak
pernah nak berabang-abang dengan abang sepupunya itu. Macam tak ‘masuk’ pula
bila nak panggil Tengku Iskandar abang. Dulu selalu jugalah Tengku Mummy menegur. Tapi dia buat tak dengar
saja. Alamatnya Tengku Mummy dah
malas nak tegur lagi.
“Iye
la tu. Entah-entah kau pun bersekongkol dengan mummy. Sengaja nak suruh mummy
ceramahkan aku pagi-pagi. Kau tu kan spy
mummy. Apa je yang aku buat mesti kau
nak sampaikan dekat mummy.”
Tidak
dinafikan, Tengku Haziq memang ‘mata-mata’ Tengku Maria dalam memerhatikan
tingkah-laku Tengku Iskandar. Tapi banyak juga rahsia Tengku Iskandar yang tak
diberitahu pada Tengku Maria. Terutama aktiviti sosial tahap melampau Tengku
Iskandar itu. Baginya, biarlah dia yang cuba menasihati Tengku Iskandar
terlebih dahulu sebelum Tengku Mummy
mencuci telinga abang sepupunya itu. Dia tak mahu Tengku Mummy kecewa bila mengetahui aktiviti melampau Tengku Iskandar
biarpun dia yakin pasti Tengku Mummy
dapat menghidu aktiviti tersebut. Cuma bukti saja belum kukuh.
“Aku
bukan macam tu la. Aku tak pernah nak suruh Tengku Mummy cuci telinga kau tu.” Sangkal Tengku Haziq.
Tengku
Iskandar mencebik. Kurang percaya dengan omongan Tengku Haziq. Dia bukan tak
tahu hubungan rapat mummynya dengan
Tengku Haziq. Anak saudara paling disayangilah katakan. Orang kuat mummy tu!
“Tapi
apa yang Tengku Mummy cakap tu betul
juga, kan? Sampai bila kau nak terus hidup dalam dosa macam ni? Minum arak dan
tidur dengan perempuan yang bukan halal bagi kau. Kau tu bukannya muda lagi Is.
Dah masuk dua puluh lapan tahun. Sepatutnya dalam umur macam ni, kau dah boleh berfikir
secara matang dan mendekatkan diri pada agama. Bukannya nak ikut nafsu kau tu semata-mata.”
Tengku
Iskandar menjulingkan matanya ke atas dengan tangan yang sudah melakonkan
isyarat bebelan daripada Tengku Haziq. Adik sepupunya itu memang mewarisi perangai
mummy yang kuat berleter. Kalaulah
Tengku Haziq itu perempuan, sah dah jadi minah
leter.
“Ha…
tengok tu. Kalau orang nak bagi nasihat, bukannya kau nak dengar pun. Mulalah
nak buat muka. Kau tak takut ke dengan penyakit? Tidur dengan entah mana-mana
perempuan tah. Tiba-tiba terkena HIV. Tak ke mengharukan? Kau sendiri juga yang
menderita tau.” Lancang benar mulut Tengku Haziq berkata begitu.
Seraya
itu juga Tengku Iskandar terus membaling kusyen kecil segi empat itu ke muka
Tengku Haziq. Balingan yang mengena tepat pada sasarannya.
“Kau
boleh tak jangan nak cakap yang bukan-bukan?! Mulut tu main lepas aje!” geram
dia dengan Tengku Haziq. Mujurlah lelaki itu adik sepupu yang disayanginya.
Jika tidak, sudah lebam agaknya biji mata Tengku Haziq terkena penumbuk sulung
daripada dia. Mulut tak bertapis langsung!
“Aku
cakap yang betul la! Kau tu… sepatutnya kau kena ingat semua ni. Bukan ikut
nafsu kau tu aje.”
“Aku…
kalau nak ‘main’ pun, kena ada ‘sarung’. Kau ingat aku nak ke ‘main’ macam tu
aje tanpa ada pelindung. Sorry! Safety first okey!” Dengan
Tengku Haziq, dia memang tak pernah nak berahsia apa-apa. Semua diberitahu.
Mencebik
Tengku Haziq mendengarnya. ‘Safety first la sangat! Kalau ALLAH turunkan
bala, pakai ‘sarung’ tebal macam mana pun tetap kena jugak.’ Dalam hati Tengku Haziq mencemuh.
Deringan
telefon bimbit Tengku Iskandar kedengaran. Laju lelaki itu melompat turun dari
atas sofa. Hendak dibiarkan telefon itu terus berbunyi, menganggu pula. Tak
tenang dia nak menonton perlawan bola sepak antara MU menentang Chelsea.
Pada
skrin tertera nama Sellina.
Dia
mengeluh. Malaslah nak layan Sellina ini. Ini tentu nak ajak dia keluar lagi.
Dalam
malas-malas pun, talian tetap dijawab. Jika tidak, tentu Sellina akan menelefon
sepanjang malam.
“Darling… you dekat mana ni?” suara
rengekan Sellina kedengaran.
“I
dekat kondo.”
“What? Darling… you tahu tak I dah tunggu you dekat satu jam? Kenapa you
tak keluar lagi? Kan you kata nak keluar dengan I malam ni.” melantun tinggi
vokal Sellina bila mendapat tahu Tengku Iskandar masih berada di kondonya.
“Sorry Lina. I tak boleh nak keluar malam
ni.”
“Tapi
kan you dah janji dengan I! I tak peduli. You kena datang jemput I sekarang jugak!”
“I
takde janji okey. You aje yang
pandai-pandai nak ajak I keluar malam ni. Lagipun you tak boleh nak paksa-paksa
I.”
Apa
Sellina ingat dia itu teman wanita Tengku Iskandarkah sampai nak paksa-paksa?
Baru Tengku Iskandar layan lebih sikit, sudah pandai-pandai nak tunjuk kuasa.
Huh… perempuan perangai macam Sellina ini memang dia tak ‘hadap’ sangat pun.
Setakat dijadikan ‘teman atas katil’ saja.
Tanpa
menunggu kata-kata lanjut Sellina, terus saja dia memutuskan talian. Telefon
bimbitnya juga dimatikan. Tidak mahu ada sebarang gangguan. Kemudian dia
melangkah semula ke sofa.
“Sellina?”
tanya Tengku Haziq. Semua teman wanita Tengku Iskandar dia kenal. Takde seorang
pun yang dirasakan sesuai menjadi pendamping abang sepupunya itu. Rata-rata
wanita yang mendampingi Tengku Iskandar hanya mahukan wang ringgit Tengku
Iskandar saja.
Tengku
Iskandar hanya mengangguk. Sebal hatinya dengan Sellina. Pandai-pandai nak
paksa dia.
“Dia
nak apa?”
“Ajak
keluar.”
“Habis
tu?”
Tengku
Iskandar mendengus. “Aku tak nak!”
Kepala
Tengku Haziq yang keras ke depan sudah dipusingkan ke arah Tengku Iskandar.
Dipandang wajah abang sepupunya itu. Pelik!
“Yang
kau pandang aku macam tu, kenapa?” marah pula Tengku Iskandar bila Tengku Haziq
pandang dia sebegitu.
“Takdelah. Aku rasa pelik pula bila kau tak
nak keluar malam ni. Biasanya kau kan mana reti
duduk dekat kondo ni. Kondo ni hanya tempat persinggahan untuk kau. Kau kan
kaki clubbing.”
“Kau
ni Haziq! Kalau tak membebel macam mummy
tak boleh ke? Suka hati aku la nak keluar ke tak nak. Yang kau sibuk tu apasal?
Aku keluar, kau bising. Aku duk rumah pun kau bising. Rimas la! Asyik nak
pot-pet pot-pet macam mummy!”
Tersenyum
Tengku Haziq melihat wajah bengang Tengku Iskandar. “Ya la. Ya la. Aku tak
bising lagi. Kau ni sejak kena cuci telinga dengan Tengku Mummy siang tadi, itu pun nak sentap.”
Tengku
Iskandar mendengus. Semakin geram dia dengan Tengku Haziq. Nasib baik dia
memikirkan lelaki itu ada hubungan darah dengannya. Kalau tidak… memang
awal-awal lagi dia tendang Tengku Haziq keluar dari kondonya ini. Tak suka benar
dengar Tengku Haziq asyik nak membebel bagi ceramah. Itu belum keluar
ceramah-ceramah agamanya lagi. Lagilah dia bosan nak mendengar.
PESANAN
melalui interkom yang disampaikan oleh Muthusami tadi membuatkan Tengku
Iskandar bergegas turun ke bawah. Tidak lupa dia bawa bersama dengannya Tengku
Haziq sekali.
Di
ruang lobi, kelihatan Muthusami dan Musa yang sedang bertugas tengah meleraikan
pertengkaran dua orang wanita seksi. Seorang pakai baju warna kuning, seorang
lagi pakai baju warna merah menyala.
“Kenapa
ni?” tegur Tengku Iskandar pada Sellina dan Wanda.
“Darling….”
“Dear….”
Serentak
Sellina dan Wanda merengek. Masing-masing sudah bergerak mendapatkan Tengku
Iskandar. Lengan sasa lelaki itu dipaut. Kiri Wanda, kanan Sellina.
“Apa
yang korang buat dekat sini?” tanya Tengku Iskandar tanpa nada. Tengah ‘syok’
dia bersorak tengok perlawanan bola sepak bersama Tengku Haziq, tiba-tiba
Muthusami interkom memberitahu ada dua orang wanita di bawah yang sedang
bergaduh nak jumpa dia. Buat mood dia
spoil saja!
“I
nak jumpa you la darling. Nak mintak
maaf dengan you. Sorry….” Rengek
Sellina manja-manja kucing siam.
Wanda
mencebik. Geli telinganya mendengar suara manja ala-ala Ratu Rock tanahair si
Sellina itu. Mengada!
“Dear… kenapa you tak jawab call I? Kata nak keluar dengan I. Jom la
kita keluar dear.” Wanda tidak mahu
mengalah. Dia menarik perhatian Tengku Iskandar dengan menyentuh pipi lelaki
itu agar memandang wajahnya. Sudah tiga hari Tengku Iskandar tidak melayannya.
Menelefon pun tidak.
“Hey… kalau bercakap tu tangan duduk
diamlah. Jangan nak sentuh-sentuh!” Sellina menampar tangan Wanda yang naik ke
pipi Tengku Iskandar.
“Yang
kau dengki ni apasal? Suka hati I la!” Wanda membentak. Tangannya sudah menarik
rambut panjang keperangan Sellina.
“Auch! Sakitlah bodoh!” teriak Sellina
kesakitan bila rambut panjang kerintingnya ditarik kasar oleh Wanda.
“Kau
tu yang bodoh! Perempuan kampung lupa daratan!” cebik Wanda. Dia kenal Sellina
kerana ada antara seorang rakan sekerjanya di kelab malam yang duduk satu
kampung dengan gadis itu.
“Kalau
aku perempuan kampung, kau tu GRO tak sedar diri! Dahlah GRO… ada hati nak tackle Tengku Iskandar. Tak sedar diri!”
Berapi
Wanda mendengar cacian Sellina. Pantas dia bergerak dan bertindak untuk
menyerang Sellina yang bermulut celupar itu. Ditarik kuat rambut panjang
Sellina.
“Arghhh… sakitlah!” adu Sellina.
Tangannya juga sudah laju memukul bahu Wanda sekuat hati.
Tengku
Haziq sudah menggeleng-geleng. Kelakar pula dia tengok dua orang wanita sedang
‘bergusti’ berebut seorang lelaki. Macam kucing nak rebut ikan pula. Ini kalau
dia sempat bawa telefon bimbit dan bagi masuk dalam youtube, memang ramai yang
komen. Kalah cerita pergaduhan yang pernah melibatkan Lisdawati dan Rita
Rudiani dulu.
Sementara
Tengku Iskandar pula sudah bulat matanya memandang pergaduhan dua wanita itu.
Panas hatinya melihat tingkah tak tahu malu Sellina dan Wanda. Pantas dia
mengambil keputusan mahu meninggalkan dua wanita itu untuk terus bergusti di
situ. Malas dia nak ambil ‘port’.
Bergaduh sampai rambut gugur pun takpe.
Menyedari
yang Tengku Iskandar sudah bergerak meninggalkan mereka, laju Sellina dan Wanda
berlari mendapatkan lelaki itu. Masing-masing mahu memujuk Tengku Iskandar.
“Darling!”
“Dear!”
Sekali
lagi lengan sasa Tengku Iskandar menjadi sasaran mereka berdua. Suara sudah
merengek-rengek macam kucing nak beranak. Geli telinga Tengku Haziq dengar
rengekan dua wanita bergaya seksi itu. Entah macam manalah abang sepupunya
boleh ‘berselera’ dengan wanita gedik macam Sellina dan Wanda itu. Kalau dia
la, kena kasih percuma pun dia tak mahu Sellina dan Wanda. Menyakitkan otak
saja!
Abang
sepupunya memang gemar pada perempuan-perempuan seksi. Dikasih perempuan
bertudung dan berbaju kurung, memang Tengku Iskandar tak akan layan. Bukan testnya konon. Huh… perempuan tak cukup
kain macam ini jugalah test Tengku
Iskandar. Tak tahu nak jaga maruah diri.
“Lepaslah!”
bentak Tengku Iskandar melepaskan tangannya dari pegangan Sellina dan Wanda.
Terkejut
dua wanita itu. Wajah masing-masing sudah berubah.
“Hey… korang dengar sini ya. Mulai saat
ini aku tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan korang. Finish!”
“Tapi….”
Wanda mahu bersuara namun Tengku Iskandar menambah lagi.
“Aku
tak pernah pun anggap korang sebagai teman wanita. Aku cuma anggap korang ni
teman untuk bersosial. Jadi jangan nak berlebih-lebih pula. Aku tak suka!”
“Is…
sampai hati you. Bukan you sayangkan I ke?” Hati Sellina terluka. Masuk sebulan
dia bersama Tengku Iskandar, sangkanya lelaki itu tulus menyayanginya. Rupanya
Tengku Iskandar sekadar menganggap dia sebagai teman bersosial.
“Tak
payah nak berlakon sangatlah Lina. I bukan tak tahu siapa you. Bukan I saja
lelaki dalam hidup you, kan? Ramai lagi lelaki yang you pernah ‘hinggap’
sebelum dengan I. You ingat I ni bodoh sangat tak tahu semua tu?”
Mata
Tengku Iskandar tajam merenung anak mata Sellina. Membuatkan Sellina
berkulat-kulat sehingga tidak mampu membalas pandangan Tengku Iskandar.
Rahsianya yang ramai lelaki selama ini rupanya dapat dihidu oleh lelaki itu.
Sangkanya Tengku Iskandar tidak tahu perilakunya selama ini. Rupanya dia silap
menilai. Tengku Iskandar memang hebat menilai seseorang.
“Lagipun…
I tak pernah cintakan you. Sekadar sayang sebab I memang sayang pada semua
perempuan-perempuan yang I dampingi. Tak lebih pun daripada itu.”
Wah…
memang dasar playboy benar Tengku
Iskandar ini. Sudah puas dia hirup ‘madu’ dia buang bagaikan sampah. Inilah
yang dikatakan dengan ‘habis madu sepah dibuang’. Tapi masalahnya, si Sellina
itu bukannya ada ‘madu’sangat pun. Sudah basi!
Tidak
mahu berlama, Tengku Iskandar menekan butang lift. Tiada kuasa hendak memujuk
Sellina dan Wanda. Lega dapat memutuskan hubungan dengan dua wanita yang
memeningkan kepala. Tak rugi pun meninggalkan Sellina dan Wanda. Dia masih
ramai ‘stok’ dalam ‘simpanan’. Bila bosan nanti pandailah dia cari ‘stok’
baharu.
Simpati
Tengku Haziq melihat nasib Sellina dan Wanda. Beginilah padahnya jika menjadi
kekasih Tengku Iskandar. Lama-kelamaan pasti akan kena tinggal juga. Tak pernah
dia lihat abang sepupunya itu mempunyai hubungan yang lama dengan teman-teman
wanitanya. Paling lama mungkin hanya tiga bulan. Itu pun tak ramai yang
bertahan hingga tempoh itu. Ramai yang ditolak setelah sebulan dua mereka
berhubungan.
“Tak
patut kau buat Sellina dan Wanda macam tu. Biarpun dia orang tu merimaskan,
tapi kau sendiri yang bagi harapan kat dia orang.” Ujar Tengku Haziq ketika
mereka berada dalam lift.
“Ah…
aku takde pun nak bagi harapan dekat dia orang berdua tu. Dia orang aje yang
perasan.”
“Kalau
kau tak layan dia orang macam bagi harapan, takdenya dia orang nak berharap
lebih-lebih. Salah kau jugak.”
Tengku
Iskandar macam itulah. Jika dia bersalah sekali pun bukannya nak mengaku. Ego
melangit!
“Ziq…
kau boleh tolong aku tak?”
Wajah
Tengku Haziq dipandang.
“Tolong
apa?”
“Tolong
diam! Aku tengah bengang ni. Tak pasal-pasal kang penumpuk aku singgah kat muka
kau tu pula.” Tengku Iskandar memberi amaran keras. Dia tengah bengang giler dengan situasi yang baru terjadi
sebentar tadi, Tengku Haziq pula masih tak henti nak membebel. Sebiji macam
mulut makcik-makcik.
Tengku
Haziq mencebik. Apa abang sepupunya itu ingat dia ini tunggul kayu? Kalau
ditumbuk tak tahu nak melawan? Silap orang. Tapi dia turuti juga amaran Tengku
Iskandar. Bukan sebab dia takut. Kerana dia menghormati permintaan abang
sepupunya itu. Biarlah Tengku Iskandar bertenang setelah apa yang terjadi
sebentar tadi. Memalukan sungguh. Harap-haraplah apa yang terjadi tadi tidak
sampai ke telinga Tengku Mummy. Jika
tidak… mahu setahun Tengku Mummy
membebel. Bukan pada Tengku Iskandar saja malah dia juga turut terkena tempias
bebelan ibu saudaranya itu.
Punggung
dihempas atas sofa. Rambut dikuak ke belakang. Serabut betul otaknya bila hal
sebegini terjadi. Sellina dan Wanda memang sudah melampau! Berani mencari dia
sampai ke sini. Dah tu siap bergaduh pula. Menjatuhkan air muka dia saja.
“Arghhh!” Tengku Iskandar menjerit sambil
mengibas-gibas rambutnya yang hitam berkilat.
Tengku
Haziq hanya mengerling dari ekor mata. Malas nak ambil peduli. Kalau dia bagi
nasihat sekali pun, bukannya Tengku Iskandar nak dengar. Mentang-mentang dia
ini berpangkat ‘adik’, pada Tengku Iskandar nasihatnya tidak berguna. Asyik nak
ikut kepala sendiri saja.
“Aku
rasa aku nak bercuti la.” Ujar Tengku Iskandar dengan kepala mendongak merenung
siling.
Tiada
respon daripada Tengku Haziq. Dia hanya mendiamkan diri dengan mata tertumpuh
pada siaran televisyen yang masih menayangkan perlawanan bola sepak antara MU
menentang Chelsea. Gara-gara pergaduhan Sellina dan Wanda tadi, terbantut dia
menyaksikan perlawanan yang semakin getir. Mana tidaknya, kedudukan sekarang
sudah seri dengan MU satu dan Chelsea satu. Masa pula semakin mencemburui
kedua-dua pasukan. Dia berharap sangat agar pasukan kesayangannya MU akan
menambah jaringan.
“Kepala
aku ni berserabut betul sejak dua menjak ni. Macam-macam yang aku fikir. Mana
dengan perangai perempuan-perempuan tu, mana dengan desakan mummy yang nak jodohkan aku dengan
Puteri Waiduri. Bosan betul!”
“Perempuan-perempuan
tu kau juga yang cari penyakit. Siapa suruh pasang ramai sangat awek sampai ada
yang sanggup bergusti nak dapatkan kau?” itu komen Tengku Haziq.
Pasal
Puteri Waiduri pula dia tak bagi sebarang komen. Puteri Waiduri Megat Sufian
itu merupakan anak saudara Tengku Mummy.
Tengku Mummy dan Tengku Liza
bersepupu. Mungkin disebabkan ikatan persaudaraan inilah Tengku Mummy mahu menjodohkan Tengku Iskandar
dengan Puteri Waiduri.
Tapi
jika dia diberi peluang untuk memberi sebarang komen dan pilihan, dia akan kata
abang sepupunya itu tidak sesuai dengan Puteri Waiduri. Ini kerana sikap Puteri
Waiduri yang cukup menjelikkan. Sombong nak mampus! Berlagak pun ada juga. Dulu
ketika mereka bersekolah dan duduk dalam kelas yang sama, dia cukup tidak
berkenan dengan sikap gadis itu yang sering merendah-rendahkan golongan yang
kurang berkemampuan sepertinya. Malah Puteri Waiduri hanya berkawan dengan
mereka-mereka yang sama taraf dan kedudukan dengannya. Setakat anak jurutera
atau doktor itu, jangan haraplah dia nak kawan.
“Aku
rasa aku nak bercutilah. Nak rehat.” Sekali lagi Tengku Iskandar meluahkan
hasratnya yang ingin bercuti itu.
“Kau
temankan aku ya?” sambungnya mengharapkan jawapan ‘ya’ daripada Tengku Haziq.
Tak seronoklah nak bercuti seorang diri. Kalau ada Tengku Haziq, ada juga teman
untuk diajak berbicara walaupun mulut Tengku Haziq itu kuat saja nak berleter.
Sekurang-kurangnya dia tak adalah rasa sunyi sangat.
“Aku
tak bolehlah. Banyak kerja dekat ofis.”
“Alaaa…
bukannya lama pun. Dua, tiga hari je.”
“Dua,
tiga hari pun itu boleh menimbunkan kerja-kerja aku.”
Tengku
Iskandar mendecit. Tengku Haziq ni memang seorang yang kuat bekerja. Susah
sangat nak ambil cuti. Sebab itu Tengku Haziq menjadi orang harapan daddy dalam hal-hal kewangan ini.
“Ziq…
aku bukannya bawa kau bercuti sebulan atau dua bulan. Dua atau tiga hari aje.
Cuti hari jumaat. Hari isnin masuk la kerja. Takkan itu pun kau tak boleh.”
Kali
ini giliran Tengku Haziq pula mendecit. Dia bukan tak faham dengan sikap Tengku
Iskandar yang suka mendesak itu. Pandai saja mengata Tengku Mummy kuat
mendesak, dia pun dua kali lima juga. Lika
mother, like son!
“Kau
nak bercuti dekat mana?”
Bibir
Tengku Iskandar sudah merekah dengan senyuman. Ini yang buat dia sayangkan
Tengku Haziq. Adik sepupunya itu tidak pernah menghampakan dia. Biar mulutnya
kuat membebel, namun Tengku Haziq merupakan satu-satu teman rapat yang cukup
memahaminya.
“Cameron
Highlands.”
wooww wee!!!kali ni karya akk memang kebabom la kakk!!! makin ganazzz berani....hehe
BalasPadamWanie ~ Pengalaman mematangkan akak sayang..klu CMM dulu ayat pun semua xtentu hala..agak kebudak2kan..skrg ne dah ok sikit..
PadamWaiting for my repairing... Wakakakakakaka....
BalasPadamGood improvement....
huhuhuhuuuu..virus lebih dulu dtg 'merepair' IDS lynda..terpaksa mula dari awal..harap2 masih boleh buat yang terbaik mcm yg mula2..
BalasPadam