Bab 7
“AKU rindu sangat dekat
kau!” ujar Ros setelah pelukan terlerai.
“Aku pun. Kau
baru dua minggu tak balik kampung, rasa sunyi sangat. Eh… bila kau sampai?”
kata Aisyah pula.
“Tengah hari
tadi.”
“Jom la Ros
naik atas. Kita sembang-sembang kat atas.” Ajak Aisyah.
Ros menggeleng.
“Takyah la. Kita sembang kat bawah ni aje la. Sembang kat pangkin depan tu lagi
seronok. Kat dalam panas la. Ada telinga duk mendengar.” Mata Ros dijelingkan
ke arah Fasha yang terhendap-hendap memasang telinga.
Aisyah menjeling
sekilas ke atas. Benar, Fasha ada di ruang tamu. Aksinya nampak sangat nak curi
dengar perbualan Aisyah dan Ros.
“Jom.” Ros
mengajak.
Kemudian mereka
berdua berlalu ke pangkin yang terletak di halaman rumah.
“Kau apa
khabar?” tanya Aisyah sebaik saja punggung dilabuhkan atas pangkin.
“Aku sihat. Kau
tengoklah badan aku ni. Asal balik asrama je, mesti cepat naik. Pelik pun ada jugak. Iye la… kalau orang lain di
tempat aku, asal jauh dengan family
mesti kurus cekeding. Tapi aku… huh… bukan main gemuk lagi.”
Aisyah ketawa
kecil. “Alaaa… lawa apa kau macam ni. Takdelah
kurus macam bini popeye.”
Teringat dulu
waktu mereka berada di sekolah menengah. Badan Ros memang kurus sangat. Sampai
ramai rakan sekelas gelar dia bini popeye.
Mengamuk Ros kena panggil begitu. Tu semua Yus Kebabom la yang gelar. Bukan Ros
saja dapat gelaran terhormat dari Yus Kebabom, tetapi ada beberapa orang rakan
sekelas juga dapat gelaran masing-masing. Mujur Aisyah takde gelaran-gelaran terhormat begitu. Yus Kebabom memang nakal tahap
‘kebabooooom’!
“Tu dulu tau.
Waktu zaman sekolah menengah. Sekarang aku bukan bini popeye lagi. Dekat U
semua kawan-kawan gelar aku bunga Ros Cameron Highlands.” Ujar Ros
ketawa-ketawa.
Aisyah turut
ketawa sama. Dalam hati dia tumpang bangga dengan kejayaan Ros yang berjaya
masuk ke universiti. Masuk tahun ini, sudah dua semester Ros bergelar
mahasiswi. Gelaran yang sering dia dambakan dulu. Keputusan SPMnya hampir sama
dengan Ros. Kalau di ikutkan, dia memang layak masuk universiti. Tetapi…
memandangkan dia tinggal bersama mak su yang tak pernah mahu melihat dia
berjaya, niatnya hendak meneruskan pelajaran ke peringkat yang tinggi tidak
kesampaian.
“Eh… apa kena
dengan tangan kiri kau tu?” Ros mencapai tangan kiri Aisyah yang masih
berbalut.
“Owh… aku terjatuh semalam.”
“Kau jatuh kat
mana?”
“Aku jatuh kat
tepi belukar waktu nak ke gerai.”
“Laaa… macam
mana kau boleh jatuh ni Aisyah? Kau tak hati-hati ke? Nasib baik tak cedera
teruk.”
Aisyah
tersenyum. Ros memang ambil berat pada dirinya.
“Aku hati-hati
tapi ada satu kereta besar ni, dia masuk jalan kampung laju. Nyaris dia langgar
aku. Pasal tulah aku hilang kawalan mengayuh basikal dan terjatuh.”
“Apa?” bulat
mata Ros mendengarnya. “Kau biar betul? Kau cedera ni sebab nyaris kena langgar
ya? Siapa yang nyaris langgar kau tu? Kau ada buat polis report tak?” bertalu-talu Ros bertanya. Geram pula dia bila dapat
tahu ada pemandu berkereta besar nyaris melanggar teman baiknya ini.
“Aku tak buat report pun.”
“Kenapa tak
buat?”
“Aku bukannya
cedera teruk pun. Lagipun… orang yang nyaris langgar aku tu dah bawa aku ke
klinik dapatkan rawatan.” Terang Aisyah.
“Owh… kalau macam tu okeylah. Jangan
langgar lari. Yang tu kau wajib buat repot.” Ujar Ros menarik nafas lega.
“Siapa yang langgar kau ni? Orang kampung ni jugak ke?” tanya Ros ingin tahu.
Aisyah
menggeleng. “Bukan. Orang luar. Mereka datang ke sini nak bercuti agaknya.”
“Owh… percutian keluarga la tu. Kan ramai
yang suka bawak anak-anak datang bercuti kat sini.”
“Bukan. Yang
nyaris langgar aku ni bukan orang berkeluarga. Mereka sepupu. Tengku Haziq dan
‘Tengku Harimau’.”
“Hah?!?” bulat
mata Ros mendengar kata-kata Aisyah. “Tengku apa kau panggil yang sorang lagi
tu?”
“Tengku
Harimau.” Selamba saja Aisyah menyebut nama gelaran yang diberinya pada Tengku
Iskandar.
Tergelak besar
Ros mendengarnya. Tak pernah dia dengar nama seorang tengku dengan nama sepelik
itu. Biar benar nama tengku itu ‘Tengku Harimau’? Jika benarlah begitu, memang
sesuatu yang unik. Boleh masuk muzium nama tu.
“Nama betul
‘Tengku Harimau’ tu Tengku Iskandar. Tapi memandangkan dia tak pernah senyum
dan garang macam harimau, aku tukarlah nama dia jadi ‘Tengku Harimau.” Beritahu
Aisyah.
Ros masih
ketawa. Geli hati bukan main dia dengar gelaran pemberian Aisyah pada lelaki
bernama Tengku Iskandar itu. Nampaknya Aisyah sudah ‘menurun’ perangai Yus
Kebabom yang bijak memberi gelaran pada orang.
Setelah tawanya
sedikit reda, Ros berkata, “Kau dah serupa Yus Kebabom la Aisyah.” Kemudian dia
ketawa lagi.
Aisyah
tersengih. Dia sendiri dah lupa Yus Kebabom merupakan ‘manusia’ yang paling
bijak memberi nama-nama ‘manja’ pada rakan-rakan sekolah dulu.
“Aku bukan
sengaja nak kasi nama tu dekat tengku yang sorang lagi tu. Dah dia garang macam
harimau, aku bagilah nama ‘manja’ sikit. Muka tak tahu senyum.” Rungut Aisyah.
Mengenangkan
Tengku Iskandar, hati Aisyah sakit. Cuma setiap kali mata lelaki itu
merenungnya, dia jadi tidak berani hendak melawan. Laju dia jatuhkan anak mata.
Seolah ada ‘magik’ pada pandangan Tengku Iskandar yang membuatkan dia berasa
takut.
“‘Tengku
Harimau’ tu hensem tak?” Rasa ingin
tahu membuatkan Ros bertanya.
Aisyah
menggeleng penuh yakin.
“Ye ke?” Ros
mencuit bahu Aisyah tanda tidak percaya. Biasanya nama yang bermula dari
tengku, raja, syed dan megat ini pasti hensem-hensem
belaka. Maklum… nama orang-orang kaya. Mestilah punya kelebihan sikit.
Aisyah
mendecit. “Ya la. Ya la. Memang ‘Tengku Harimau’ tu hensem. Tapi wajah bukan segala-galanya. Kalau muka hensem tapi perangai buruk pun tak guna
jugak. Menyakitkan hati aje ada la!”
“Dahlah. Jangan
sakit hati sangat. Nanti tak pasal-pasal kau terrrrrsuka pula.” Sengaja Ros
menggiat sambil menekan perkataan ‘tersuka’.
“Huh! Tak
hingin!” bidas Aisyah.
Ros ketawa
suka. Jarang dia lihat wajah Aisyah keruh seperti ini. Nampaknya memang
benarlah lelaki yang digelar ‘Tengku Harimau’ itu menyakitkan hati Aisyah.
“Tengku yang
satu lagi tu takde nama manja ke?”
Wajah keruh
Aisyah kembali jernih. Mengenangkan Tengku Haziq, hatinya sejuk semula. Lelaki
yang seorang itu memang baik dan berbudi pekerti. Bahasanya juga lembut dan
sopan. Tak menyakitkan hati seperti yang seorang lagi.
“Ada.” Balas
Aisyah sambil tersenyum. Otaknya sudah mula mencari nama manja yang sesuai
dengan Tengku Haziq yang baik hati.
“Apa dia?” tak
sabar Ros nak tahu. Memang benarlah, ilmu mencari nama-nama ‘manja’ si Yus
Kebabom sudah menurun pada Aisyah.
“Tengku
Kucing!”
Berkerut dahi
Ros mendengarnya. “Apasal pulak kucing?”
Bersama
senyuman manis, Aisyah menjawab, “ Sebab… Tengku Haziq tu baik. Sweet aje. Pasal tu aku gelar dia ‘Tengku
Kucing’. Sesuai dengan perwatakan dia yang sweet
tu. Nampak comel gitu!”
“Eh… tentu
‘Tengku Kucing’ ni ala-ala lembut gitu
kan?” fikir Ros.
“Hisy… kau ni.
Takdelah! ‘Tengku Kucing’ ni bukan
ala-ala lembut macam yang kau fikirkan tu. Dia lelaki maskulin cuma dia tak
garang macam ‘Tengku Harimau’. Dia ni baik tau. Baik sangat!” Puji Aisyah pada
Tengku Haziq. Semakin manis senyumannya terkenangkan lelaki baik hati itu.
“Okey… kalau
macam tu antara ‘Tengku Harimau’ dengan ‘Tengku Kucing’, siapa yang lagi hensem?” Ros menyoal dengan kening yang
sudah menari ‘ronggeng’.
Aisyah
menjungkit bahu. Malas nak layan. Padanya dua-dua pun kacak. Dua-dua ada
kelebihan paras rupa masing-masing. Cuma… dari segi perangai, dia akan pilih
Tengku Haziq. Lelaki itu baik sangat.
“Takkan kau tak
tahu?” keluh Ros tidak berpuas hati dengan jawapan berupa isyarat daripada
Aisyah.
“Malas nak
fikir. Siapa pun yang hensem, dia orang bukan hak kita.”
“Hmmm… manalah tahu Aisyah. Salah sorang
daripada tengku tu bakal jadi suami kau satu hari nanti.”
“Hisy… kau ni! Ke situ pulak. Takmo la! Aku tak fikir sampai ke situ.”
“Alaaa… siapa
tahu kan? Jodoh ni di tangan TUHAN. Mana tahu….”
“Tak mungkinlah
Ros. Aku ni cuma orang kampung. Dia orang tu orang Bandar. Dah tu kaya-raya pulak. Manalah nak pandang perempuan
kampung macam aku ni. Orang Bandar yang ada pangkat macam tu, test dia orang tinggi.”
“Kau tu aje
yang merendah diri sangat. Tak semestinya orang kampung tak boleh hidup di
samping orang kaya. Contoh macam Lady Diana. Dia asal orang tak senang juga.
Tapi jodoh dia dengan kerabat England. Tak siapa tahu soal jodoh ni.”
Aisyah hanya
mendiamkan diri. Malas hendak meneruskan perdebatan tentang isu tersebut. Dia
belum pernah terfikir hendak berkahwin dalam usia semuda ini.
“KAU jaga rumah ni baik-baik. Jangan nanti, aku takde dekat rumah… kau pulak keluar merayau. Bukan aku tak tau budak Ros tu ada balik.
Panjanglah ‘roda’ kau berjalan kalau dia ada kat kampung ni.” Pesan Puan Ainin
pada Aisyah sambil bersiap di hadapan cermin. Bibirnya digoles dengan gincu
merah menyala. Kalau ada lembu yang nampak, sah kena sondol.
Aisyah hanya
mendengar tanpa kata. Dia tahu mak sunya tak sukakan Ros. Dari dulu mak su
memang tak berkenan dia berkawan baik dengan Ros. Kata mak su, Ros itu suka
melawan. Dia tak suka Aisyah berkawan dengan budak yang kurang ajar pada orang
tua. Tapi bagi Aisyah, Ros bukan seperti yang mak su tuduh. Ros sahabat yang
baik. Ros banyak membantu dia jika dia susah. Segala suka duka hidupnya akan
dikongsi bersama Ros. Mereka telah berkawan baik sejak dari sekolah tadika
lagi.
Melihat Aisyah
yang membisu tanpa kata, Puan Ainin mengetap bibir. Gincu jenama Avon merah
menyala itu diletak kasar atas meja solek. “Hoi! Kau dengar tak apa yang aku cakap
ni ha? Asyik berkhayal je!”
Tersentak Aisyah
mendengarnya. Laju dia mengangguk umpama burung belatuk. Takut sungguh dia
pandang wajah kelat mak su. Dah pakai lawa-lawa begitu, tak elok marah-marah.
Nanti berubah jadi muka Mak Lampir.
Puan Ainin
merengus. Dia bangun dari duduknya. Membelek-belek kebaya ketat yang meletak
pada tubuhnya yang masih cantik terbentuk. Puan Ainin memang pandai menjaga
badan. Persis anak dara!
Setelah berpuas
hati dengan penampilan dan sanggul siputnya, dia bergerak keluar dari bilik.
Tajam matanya menjeling Aisyah yang kaku di hadapan pintu sambil memberi laluan
kepada dia. Tunduk saja kepala gadis itu.
Itulah yang dia
mahukan. Dia suka bila Aisyah takut padanya.
“Fasha! Oh…
Fasha! Cepatlah! Takkan tak siap lagi. Dah pukul berapa ni? Majlis nak mula
pukul sembilan.” Laung Puan Ainin. Anaknya itu sama seperti dia. Jika bersiap
mesti ambil masa yang lama. Maklumlah… nak kelihatan cantik!
“Dah siap la ni
mak.” Balas suara Fasha dari dalam biliknya. Tidak lama kemudian, dia keluar
sambil merungut. “Mak ni… terjerit-jerit. Dengar dek orang lalu-lalang, tak ke
memalukan Fas. Jatuh air muka Fas.”
Tahu pula Fasha
makna malu. Tapi bila dia sudah menjerit terlolong panggil Aisyah tu takde pula
rasa malunya. Main ikut sedap dia saja nak jerit kuat mana pun.
Tak berkedip
mata Puan Ainin dan Aisyah pandang Fasha. Biar benar yang berdiri di depan
mereka ini Fasha? Pakaian mengalahkan pengantin. Penuh dengan lip lap lip lap!
Solekan pula bukan main tebal dengan gincu dan pemerah pipi yang sama warna.
Ini bukan nak pergi orang kahwin lagi namanya. Tapi dah serupa orang nak buat
pertunjukan opera cina.
“Wah… cantiknya
anak mak malam ni. Macam Miss World pulak mak tengok. Nanti kat sana tentu
anak mak yang meletup ni jadi perhatian.” Puji Puan Ainin akan penampilan anak
gadisnya. Dibelek-belek tubuh ramping Fasha mengenakan kebaya nyonya warna ungu
itu. Cukup kena pada kulit anaknya.
Aisyah yang
mendengar pujian mak su pada Fasha rasa nak ketawa saja. Namun ditahan rasa itu
dari terhambur keluar dari mulutnya. Takut nanti tangan mak su naik ke muka. Bukannya
dia tak tahu perangai mak su dan Fasha. Pantang dia buat salah sikit, tangan
cepat saja naik ke badannya ini.
Pada Aisyah,
adik sepupunya itu lebih cantik jika bergaya sederhana. Tak perlu nak solek
tebal-tebal dengan kebaya nyonya yang penuh dengan lip lap lip lap ini. Dah
serabut matanya memandang.
“Mestilah
cantik mak. Anak mak kan?” Kembang semangkuk hati Fasha mendengar pujian
maknya.
Puan Ainin
tersenyum. Anak gadisnya ini memang saling tak tumpah seperti dia muda-muda
dulu.
“Ha’ah. Memang cantik macam mak. Dahlah…
jom kita gerak. Nanti terlepas pulak
majlis nikah si Ujie.” Puan Ainin kian gelisah. Takut terlewat ke rumah abang
iparnya yang terletak di Kampung Raja.
“Iye la. Fas
pun dah tak sabar nak jumpa Ujie. Tentu Ujie cantik sangat malam ni kan mak.”
Fasha membalas. Hubungan dia dengan Ujie memang rapat. Baginya Ujie sepupu yang
terbaik.
Aisyah memang
sudah sedia maklum keakraban Fasha dan Ujie. Ini disebabkan sewaktu mereka
bersekolah dulu Fasha dan Ujie memang suka mengejeknya. Entah apa salah dia
pada Ujie sampaikan Ujie selalu ikut-ikut jika Fasha mengutuk dan mengumpatnya.
Malas dia nak ambil peduli. Sekarang ni dia memang dah jarang jumpa Ujie.
Dengar cerita Ujie menetap di Kuala Lumpur setelah mendapat pekerjaan di sana.
“Apa
pandang-pandang?!” sergah Fasha menjeling Aisyah. “Kau tak puas hati dengan aku
ya?” tambahnya lagi. Geram cara Aisyah pandang dia yang tak berkerdip-kerdip
itu.
Aisyah
menggeleng. Tak terdetik rasa tak puas hatinya pada Fasha. Fasha yang selalu
tidak puas hati dekat dia. Ada saja kesalahannya di mata gadis itu.
“Dah! Dah!
Jangan dilayan sangat dia tu. Dia pandang sebab dia tak pernah pakai lawa-lawa
macam anak mak pakai ni. Tengoklah baju dia tu… dah serupa kain langsir. Dah… mari
kita gerak. Nanti lewat pulak sampai
sana.” Sempat Puan Ainin mengejek penampilan Aisyah.
Fasha ketawa
besar. Suka dengar maknya berkata begitu. “Huh… perempuan hodoh!” ejeknya
sambil menonyoh kepala Aisyah.
Entah apalah
salah Aisyah pada mereka ini sampai begini sekali mereka melayan Aisyah? Anak
dengan mak sama saja perangainya.
SENTUHAN lembut pada tubuhnya membuatkan Aisyah tersedar. Lantas
dia membuka mata. Dadanya berombak kencang bila tubuh itu menghimpitnya. Ruang
bilik samar-samar yang hanya dibiasi cahaya lampu dari luar membuatkan dia
tidak dapat mengecam siapa yang menyentuhnya itu. Apatah lagi ketika itu
kedengaran hujan lebat di luar sana.
Aisyah mula
cemas. Dia cuba untuk menepis tetapi tangan lelaki itu lebih kuat memeluk
tubuhnya dengan erat. Membuatkan nafasnya sesak bila lelaki itu mula
mencumbuinya. Desah nafas lelaki itu semakin jelas pada pendengaran.
“Lepaskan saya.
Lepaskan.” Rintih Aisyah. Ketakutan yang teramat sangat mula mencengkam jiwa.
“Aisyah…
janganlah macam ni. Bagilah abang rasa sikit. Abang janji tak layan Aisyah
dengan kasar.” Suara si lelaki menyapa halwa telinga.
Bulat mata
Aisyah mendengar suara itu. ‘Abang Id!’ Hatinya menjerit. Perasaan takut
semakin menggunung. Apatah lagi bila merasakan jari-jari kasar Farid semakin
menjalar ke segenap tubuhnya.
“Apa Abang Id
buat ni? Lepaskan Aisyah. Lepaskan Aisyah.” Aisyah merayu. Sedaya upaya dia
cuba melepaskan diri dari rangkulan Farid.
“Abang tak akan
lepaskan Aisyah. Abang dah lama impikan saat indah bersama Aisyah. Bagilah
abang rasa.”
“Tolonglah Abang
Id. Lepaskan Aisyah. Jangan buat Aisyah macam ni.”
Semakin Aisyah
merayu, semakin rakus Farid mencumbuinya. Tanpa kerelaan Aisyah, Farid mengulum
bibir itu penuh nafsu. Hampir membuat Aisyah sesak nafas. Tidak berdaya dia
hendak berkata apa-apa dek perbuatan terkutuk Farid itu. Farid memang lelaki
berhati binatang!
Aisyah menolak
tubuh Farid yang berada atas tubuhnya. Sekuat tenaga dia menolak namun tidak
berdaya. Pantas tangannya digapai mencari apa-apa sahaja benda yang ada sebagai
cara menyelamatkan diri. Nasibnya baik kerana tercapai lampu suluh yang diletak
di kepala katil. Tanpa menunggu lama, lampu suluh dihentak kuat atas kepala
Farid. Membuatkan lelaki itu mengerang kesakitan lantas tergolek jatuh dari
atas katil.
Pantas Aisyah
bangkit. Melihat Farid yang mengerang, dia segera meluru keluar dari biliknya.
Terkocoh-kocoh dia cuba menyelamatkan diri dari kerakusan nafsu Farid yang
begitu menggila. Segugus kunci yang sentiasa tergantung tepi pintu dicapai.
Terketar-ketar tangannya mencari pintu rumah. waktu seperti ini, ditambah
dengan rasa cemas membuatkan pencariannya agak lambat.
“Berani kau
hempuk kepala aku ya?! Kau memang nak kena dengan aku. Aku mintak baik-baik,
kau main kasar pulak. Kau nak lari ke
mana hah?!” Farid menjerit. Dia bangun dengan mata yang agak berpinar dek
hempukan kuat Aisyah ke atas kepalanya.
Semakin cuak
Aisyah jadinya. Mendengar hentakan kaki Farid yang semakin menghampir,
membuatkan dia semakin melajukan pencarian. Setelah menjumpai kunci yang
diperlukan, dia memasukkan kunci tersebut ke dalam tombol pintu. Dia mahu
segera keluar. Namun belum sempat dia memulas tombol pintu, Farid telah
memeluknya dari belakang. Mengheretnya jauh dari muka pintu.
“Kau nak ke
mana? Nak lari? Nak lari?!” Jerit Farid kasar.
Aisyah meronta-ronta.
Air mata deras mengalir. “Lepaskan Aisyah! Tolonglah Abang Id… jangan buat
Aisyah macam ni. Kasihanilah Aisyah.”
“Lepaskan kau? Kasihankan
kau? Jangan haraplah aku nak lepaskan kau Aisyah. Aku memang dah lama mahukan
tubuh kau. Tak semudah itu aku nak lepaskan peluang yang ada. Aku mintak
bagus-bagus, kau tak nak bagi. Kali ni aku ambik dengan cara kasar.” Kemudian
Farid ketawa terdekah-dekah.
Air mata
ketakutan mengalir laju membasahi pipi Aisyah. Ketika ini dia hanya
mengharapkan pertolongan ALLAH. Minta dilindungi dari kekejaman lelaki berhati
buas ini. Semoga tiada perkara buruk yang terjadi ke atasnya. Kerana takut,
Aisyah mengambil tindakan drastik menggigit lengan Farid yang memaut tubuhnya
dari belakang. Sekuat hati dia menggigit lengan Faris. Sampai berdarah!
“Arghhh!!!” Farid mengerang kesakitan.
Tubuh Aisyah ditolak kasar hingga membuatkan gadis itu terdorong jatuh ke
lantai. Lengannya yang berdarah diperhatikan. Nafasnya turun naik akibat marah.
“Jahanam kau!
Kau gigit aku ya? Kau memang nak kena!!” Farid menerpah ke arah Aisyah.
Ditindih tubuh Aisyah dengan tubuhnya yang agak sasa. Tangannya liar membuka
butang seluar jean yang dipakainya. Dia sudah tidak mahu berlembut lagi. Walau
apa pun yang terjadi, dia akan menakluki Aisyah malam ini juga. Biar dengan
cara kasar dan paksa.
Aisyah meronta-ronta.
Cuba melawan walaupun tenaganya tidak sekuat tenaga lelaki Farid. Perasaan
takutnya begitu menggebu saat ini. Terkapai-kapai tangannya mencapai pasu bunga
di atas meja. Setelah berjaya mencapai pasu bunga tersebut, dengan sekuat hati
dia menghempuk pasu tersebut ke atas kepala Farid.
“Arghhhh!!!” Kali ini lebih kuat lagi
Farid mengerang. Terasa ada cecair likat yang pekat mengalir dari atas
kepalanya. Kepalanya juga jadi pusing akibat hentakan kuat itu.
Pada kesempatan
inilah Aisyah menggunakan seluruh tenaga yang masih bersisa. Ditolak tubuh
Farid yang berada di atas tubuhnya sekuat hati. Kemudian dia segera bangun
menuju ke pintu yang tertutup rapat. Dipulas tombol pintu lalu dalam keadaan
kelam-kabut dia menyarung selipar jepun ke kaki.
“Jangan harap
kau akan terlepas dari tangan aku! Perempuan bodoh!!” Farid menjerit berang.
Digagahi diri untuk mengejar Aisyah yang sudah keluar dari rumah. Sakit pada
kepalanya terasa berdenyut-denyut.
Tidak menghiraukan
panggilan Farid, Aisyah terus berlari dalam hujan yang semakin lebat membasahi
bumi. Dia benar-benar ketakutan. Air matanya deras berlinangan. Dia memerlukan
perlindungan. Dalam kepala Aisyah kini hanya ada Ros dan keluarganya. Dia perlu
ke sana.
Dalam keadaan
kelam-kabut dengan keadaan hujan lebat, Aisyah langsung tidak menoleh kiri dan
kanan. Menonong laju dia berjalan sehinggalah ada sebuah kereta di jalan raya
yang nyaris melanggarnya.
Streeetttt……….
Bunyi kuat itu
membuatkan Aisyah terkejut. Hilang melayang semangatnya membuatkan dia rebah ke
bumi. Kepalanya rasa berdenyut.
BEST....KAK NAK LAGI.
BalasPadamterima kasih...ok ok..nanti akak bagi lagi..
Padambiadap sungguh Farid ni, nafsu syaitan sungguh..
BalasPadamarrrhhhh, akk.. bagi dy mati je lagi bagus!!
hurmmm, mesti yang nak lnggar aisyah tu 'tengku harimau kan' heheheh.. :P
mmg farid tu nafsu syaitan..nti kita bagi dia mati kena langgar keretapi ya..heheheee..
PadamAduh!!!best ni bla bab seterusnya.
BalasPadamterima kasih..bab seterusnya akan diupdate secepat mungkin..heheee
PadamPleasee3!!!
BalasPadam=)
PadamSabar akak kita tunggu sama2nya........
BalasPadam(y) tgu tauuuuu
Padam