BAB 2
P
|
ANDANGAN
Aisyah langsung tak nak berkalih dari melihat pemandangan luar yang cukup asing
baginya. Betapa indah ciptaan Tuhan. Alam semesta yang terbentang indah ini
membuatkan dia mensyukuri apa yang diberi. Inilah pertama kali dalam hidupnya
dia melihat sendiri bagaimana salji turun memutih memenuhi bumi. Subahanallah…
cantiknya!
Bangunan-bangunan
yang tersergam indah menambahkan lagi rasa kagum di hati Aisyah. Jika di
Malaysia dia cukup berbangga dengan berdirinya KLCC, di sini pula
orang-orangnya cukup bangga dengan megahnya Eiffel Tower. Aisyah yang pertama
kali menjejak kaki ke sini juga tidak lepas dari rasa kagum melihat bangunan
itu tersergam indah di tempatnya. Bagaikan tidak sabar dia mahu menjejak kaki
ke situ.
Tengku
Iskandar yang duduk di sebelah langsung tidak dihiraukan. Biarlah suaminya itu
beranggapan dia ini manusia ‘jakun’. Memang dia ‘jakun’ pun kerana inilah kali
pertama dia sampai ke Paris. Kota cinta yang sering diperkatakan. Tak sabar dia
nak merasa bagaimana hebatnya bercinta di kota cinta ini.
“Sayang…
kita dah sampai.”
Bahunya
yang disentuh sang suami membuatkan pandangan Aisyah berkalih pada lelaki itu.
Kemudian dia menjenguk pula ke luar.
“Kita
tinggal kat sini ke?” tanya Aisyah bendul.
Tengku
Iskandar mengangguk. Memang telah dirancang dari awal hendak mengajak Aisyah
menginap di Hotel Pullman Paris Eiffel Tour ini. Biarlah harganya mahal asalkan
hampir dengan Eiffel Tower. Dia mahu memastikan isterinya seronok dapat melihat
pemandangan Eiffel Tower dari tempat mereka menginap nanti.
“Bestnya….” Dengan gembira Aisyah
berkata. Tak sangka mereka akan menginap di hotel yang hampir dengan Eiffel
Tower. Teruja rasa hatinya. Menanti malam, tentu pemandangan di banguna Eiffel
Tower itu secantik yang pernah dilihatnya di majalah-majalah.
“Abang
memang sengaja nak cari hotel yang dekat dengan Eiffel Tower. Abang nak tengok
sayang gembira.”
Terharu
Aisyah mendengar kata-kata Tengku Iskandar. Suaminya itu memang sering memberi
kejutan terindah dalam hidupnya. Setiap menjelang ulang tahun perkahwinan
mereka, suaminya sering membawa dia bercuti ke luar Negara. Cuma kali ini
tempat percutian yang dipilih agak jauh daripada destinasi percutian mereka
sebelum ini.
Namun
tanpa semua ini pun Aisyah sudah cukup gembira dan bahagia hidup di samping
Tengku Iskandar. Suaminya itu adalah segala-galanya bagi Aisyah. Pendamping
dunia dan akhiratnya.
“Aisyah
dah cukup gembira berada di samping abang. Terima kasih abang… kerana abang
selalu buat Aisyah bahagia.” Tangan Tengku Iskandar diraih lalu dikucup penuh
kasih.
Tindakan
ini membuatkan hati lelaki Tengku Iskandar dipagut rasa sayu. Bahagia yang
dirasa tak dapat digambar dengan kata-kata. Hanya pada Allah dipanjatkan rasa
syukur kerana mempertemukan jodohnya bersama wanita itu.
“Jom
kita masuk dalam hotel. Sayang pun tentu letih kan sebab lama dalam perjalanan.
Dah rehat nanti, abang nak ajak sayang jalan-jalan dekat area hotel ni aje.
Esok baru kita ke Eiffel Tower. Abang tahu, sayang tentu dah tak sabar kan nak
ke sana?”
Wajah
Aisyah semakin ceria. Senyuman dibibir merekah dengan mekarnya. Memang dia dah
tak sabar nak menjelajah Kota Paris.
Huluran
tangan Tengku Iskandar disambut. Kemudian dia melangkah keluar dari teksi
bersama-sama suaminya menuju ke lobi hotel. Masuk ke hotel, sekali lagi Aisyah
menjadi manusia ‘jakun’. Liar matanya memerhati ruangan lobi yang begitu mewah.
Tentu menginap di hotel ini juga lumayan harganya. Aisyah tahu semua itu.
Selesai
berurusan di kaunter, Tengku Iskandar meraih tangan Aisyah agar mengikutnya ke
depan lift yang telah terbuka pintunya. Di situ seorang pekerja hotel telah
siap menunggu mereka dengan menolak bagasi masuk ke dalam lift. Ramah sungguh
pekerja hotel itu. Sementara menunggu lift yang dinaiki sampai ke tempatnya,
sempat pula dia beramah-tamah dengan Tengku Iskandar. Aisyah pula sekadar
berdiam diri. Setakat cakap orang putih yang tunggang-langgang itu, baik dia
tak payah berkata apa-apa. Memalukan diri sahaja.
“Merci.”
Ucap Tengku Iskandar dalam Bahasa Perancis yang bermaksud terima kasih kepada
pekerja hotel yang telah siap meletakkan bagasi mereka ke tempat sepatutnya.
“Vous etes les bienvenus, monsieur. Avoir de
belles vacances. (sama-sama dan selamat bercuti.)” Balas pekerja hotel sebelum
berlalu meninggalkan bilik hotel dengan senyuman mesra.
Setelah
pintu tertutup rapat, Tengku Iskandar berpaling menghadap Aisyah yang kelihatan
ralit memandang pemandangan luar. Khusyuk benar nampaknya isterinya itu.
Sampaikan dirinya juga tidak dihiraukan.
“Sayang….”
Pinggang Aisyah dipeluk dari belakang. Sebuah kucupan dihadiahkan ke pipi sang
isteri.
“Hmmm….” Balas Aisyah lembut. Dibiarkan
saja tindakan Tengku Iskandar yang memeluknya dari belakang. Dia suka setiap
kali Tengku Iskandar memeluknya begitu. Terasa dirinya dimanjakan.
“Dari
tadi abang tengok sayang asyik pandang pemandangan kat luar tu aje. Muka abang
ni pun sayang dah tak sudi nak pandang. Kesian abang… mentang-mentanglah abang
dah tua, sayang tak pandang pun muka abang lagi.” Kata-kata Tengku Iskandar
lebih kepada rasa merajuk. Mana tidaknya, isteri lebih suka memerhati
pemandangan Kota Paris daripada dirinya.
Hendak
tergelak Aisyah mendengar suara rajuk suaminya itu. Sesekali suaminya itu
merajuk, memang mencuit hati wanitanya. Pantas Aisyah memusingkan tubuhnya
menghadap si suami. Tangannya naik ke pinggang suaminya yang mula cemberut.
Dibalas pelukan suaminya itu dengan erat. Wajah kacak sang suami juga dipandang
penuh rasa cinta yang mendalam.
Lima
tahun telah berlalu. Namun pada pandangan Aisyah suaminya masih tampan seperti
dulu. Usia suaminya yang telah menjangkau tiga puluh tiga tahun itu membuatkan
kematangan lelaki itu kian terserlah. Apatah lagi dengan ‘goatee’ yang tersimpan rapi dan kemas. Menyerlahkan lagi ciri-ciri
lelaki dewasa yang dimiliki. Jadi tidak hairanlah walau telah beristeri
suaminya itu tetap menjadi pujaan ramai wanita di luar sana. Aisyah sedar
hakikat itu.
“Siapa
kata abang dah tua? Baru tiga puluh tiga tahun la bang.”
“Ye la… tua la tu kalau nak dibandingkan
dengan sayang yang baru nak masuk dua puluh lima tahun. Kalau orang tak kenal
sayang ni isteri abang, tentu dia orang ingatkan sayang ni belum kahwin lagi.”
Balas Tengku Iskandar. Kini nadanya berubah cemburu. Jarak usia antara dia
dengan Aisyah membuatkan dia terasa dirinya ini telah meningkat tua. Padahal
hakikat sebenar dia bukanlah tua mana pun.
“Hisy… abang ni ke situ pulak. Biarlah kalau orang sangka Aisyah
ni belum kahwin lagi ke apa. Yang penting… Aisyah tahu yang Aisyah ni isteri
abang. Bantal peluk abang, kan?” sengaja Aisyah bergurau begitu. Senyuman nakal
terukir pada bibirnya mungil.
Mendengar
isterinya menyebut perkataan bantal peluk, senyuman gatal terukir pada bibir
Tengku Iskandar. Hilang sudah rajuknya.
“Kebetulan
sayang dah sebut pasal bantal peluk ni… apa kata kita rehat dulu. Dah puas
rehat nanti, abang ajak sayang keluar jalan-jalan. Nak tak?” matanya dikenyit
nakal kepada sang isteri. Membuatkan wajah Aisyah merona merah.
“Abang
ni… gatal la!” tangan Aisyah menumbuk dada bidang Tengku Iskandar. Segan bila
Tengku Iskandar mengusik dia seperti itu.
“Gatal
abang pun dekat sayang sorang aje
la.”
“Ye la tu….” Aisyah mencebik. Cuba
menguji hati suaminya.
“Betul.
Sumpah!” Tengku Iskandar mengangkat tangan lagak orang berikrar. “Jom la sayang,
kita rehat.”
Namun
belum sempat Tengku Iskandar menarik tangan isterinya, Aisyah pantas bertindak.
Dia berlari menjarakkan diri dengan Tengku Iskandar.
“Uwek! Tak nak! Aisyah nak mandi. Abang
rehatlah dulu.” Nakal Aisyah menjelir lidah kepada sang suami.
“Oh…
sayang nak larikan diri ya. Meh
sini!”
Tengku
Iskandar berlari mahu mendapatkan Aisyah semula. Namun belum sempat dia meraih
semula tangan isterinya itu, Aisyah telah menghilang di sebalik pintu. Ditutup
rapat pintu bilik air tempat dia menyembunyikan diri daripada sang harimau. Suara
ketawanya juga kedengaran.
“Sayang…
buka pintu ni.” Bertalu-talu Tengku Iskandar mengetuk pintu.
“Tak
nak!” balas Aisyah bersama tawa riang. Seronok dapat mengenakan suaminya.
“Takpe… sayang tak nak buka ya. Kenakan
abang ya. Takpe… takpe… kali ni kalau abang dapat sayang, abang tak bagi lepas walau
sesaat pun. Sayang tahulah nasib sayang bila keluar nanti.” ugut Tengku
Iskandar dari luar.
“Tak
kisah. Yang penting Aisyah dah menang. Aisyah nak mandi. Nanti abang penatlah tunggu
Aisyah mandi lama-lama.” Ejek Aisyah senang hati. Gelak tawanya juga jelas
menyapa halwa telinga Tengku Iskandar. Membuatkan lelaki itu mengetap bibir
kerana berjaya dipersendakan isteri tercinta.
‘Dia kenakan aku ya. Takpe… lepas ni tahulah nasib dia macam
mana.’ Hati Tengku Iskandar memasang tekad. Dia tak akan melepaskan Aisyah bila
keluar nanti. Mana boleh kalah dengan isterinya yang menggoda itu.
BEST 3X.
BalasPadamTq
PadamAlahaiii, romantica di amor plak suami dia :D BESTTTT :D
BalasPadamRomantik ada sebab..hihihi..terima kasih sebab suka..
Padam