BAB 5
K
|
ECOH
suasana di banglo Tengku Yusuf dan Tengku Maria malam itu dengan kehadiran anak
dan menantu. Tengku Maria pula langsung tak nak berenggang dengan menantu
kesayangannya itu. Rindu sangat katanya. Padahal baru seminggu tak bertemu. Itu
pun dah buat dia tak tahan menanggung rindu. Sinetron sangat!
“Yang
ni untuk mummy….” Aisyah menyerahkan
bakul kertas kepada Tengku Maria. “Dan yang ini pulak untuk daddy.”
Kemudian satu lagi bakul kertas diberikan kepada Tengku Yusuf.
“Untuk
daddy pun ada jugak ka?”
“Mesti
la. Kena la adil dua-dua dapat.” Jawab Aisyah senang. Badan disandar ke bahu
sofa.
“Wah…
cantiknya beg tangan ni. Thanks
sayang. Mummy suka sangat.” Ujar
Tengku Maria setelah mengeluarkan buah tangan pemberian menantunya itu. Pipi
Aisyah dikucup tanda kasih.
Aisyah
tersenyum. Bersyukur kerana ibu mentua suka pemberiannya. Jenuh juga dia memikirkan
buah tangan apa yang harus diberikan kepada ibu mentuanya itu. Akhirnya dia
memilih untuk membelikan sebuah beg tangan berjenama buat ibu mentua
kesayangan.
“Aik?
Aisyah aje ke yang dapat ciuman? Habis tu Is ni tak dapat ke?” Tengku Iskandar
bersuara sekadar bergurau. Senang hatinya melihat layanan mummy pada Aisyah. Sepanjang lima tahun dia dan Aisyah mendirikan
rumah tangga, kasih sayang mummy pada
Aisyah tak pernah berubah. Alhamdulillah… dia amat bersyukur.
“Dah
tua-tua pun nak kena cium jugak ke?”
Tengku Maria memulangkan soalan kepada si anak.
Tengku
Iskandar sekadar tersengih.
“Malam
ni bermalam kat sini ya?” ujar Tengku Maria pada anak dan menantu. Wajah
pasangan suami isteri itu dipandang silih berganti.
Aisyah
tak menjawab. Segala keputusan diserahkan pada suaminya.
“Ermmm… malam ni tak boleh la mummy. Malam ni Is dengan Aisyah kena
balik kondo. Dah lama sangat tinggalkan kondo tu.” jawab Tengku Iskandar.
Wajah
ceria Tengku Maria bertukar suram. Baru bercadang mahu berbual panjang dengan
menantu, anaknya pula mahu pulang ke kondo.
“Apa
salahnya tidur kat sini. Esok lusa pulanglah ke sana.” Gumam Tengku Maria.
Kesal kerana permintaannya tidak ditunaikan.
Tengku
Yusuf menghela nafas. Isterinya ini jika tidak diturutkan kemahuannya, cepat saja
tarik muka. Tak bagi peluang langsung pada anak dan menantu. Kasihan Tengku
Iskandar dan Aisyah, serba-salah mereka kerana karenah Tengku Maria.
“Awak
ni pun Maria… biarlah mereka nak balik kondo. Lagipun betul juga cakap Is tu.
Dah seminggu mereka tinggalkan kondo tu macam tu aje. Biarlah mereka balik ke
sana dulu kemas apa yang patut. Nanti-nanti mereka bermalam la dekat sini.”
Tengku Yusuf mula bersuara. Selagi dia tak masuk campur, selagi itulah
isterinya buat perangai.
Tunduk
Tengku Maria mendengar teguran suaminya. Tak berani nak bersuara.
“Mummy jangan risau. Aisyah janji, esok
pagi-pagi Aisyah datang sini jumpa mummy.
Kita keluar joging sama-sama ya.” Pujuk Aisyah. Serba-salah jadinya bila mummy dah mendiamkan diri.
Kepala
yang tertunduk diangkat. Wajah muram Tengku Maria berubah ceria.
“Promise sayang?”
Aisyah
mengangguk. “Promise.”
Lebar
senyuman Tengku Maria. Tak sabar menunggu hari esok.
Tengku
Iskandar dan Tengku Yusuf saling berpandangan. Nasib baiklah Aisyah pandai
memujuk Tengku Maria. Baru ceria wajahnya semula. Jika tidak, panjanglah
muncung Tengku Maria sepanjang malam.
“TERIMA KASIH,
sayang.” Ucap Tengku Iskandar sambil mengucup jemari Aisyah yang berada dalam
genggamannya.
“Untuk
apa?” tanya Aisyah sedikit hairan. Seingatnya dia tak buat apa-apa sehingga
suaminya itu harus berterima kasih padanya.
“Sebab
gembirakan hati mummy. Kalau Aisyah
tak cakap macam tu tadi, tentu mummy
dah merajuk panjang dengan abang.”
Aisyah
ketawa kecil. Hal itu rupanya. Ingatkan hal apalah tadi.
“Hal
kecil aje bang. Aisyah bahagia tengok mummy
gembira..” Ikhlas Aisyah mengakuinya.
Bagi
Aisyah tak salah menggembirakan hati ibu mentuanya itu. Tengku Maria sudah
dianggap seperti ibu kandung sendiri. Apatah lagi Aisyah ini anak yatim piatu.
Hati siapa lagi yang harus digembirakan jika bukan hati ibu mentua? Lagipun
Tengku Maria begitu menyayanginya. Tak salah dia membalas kasih sayang itu
dengan melihat kegembiraan ibu mentuanya itu.
Kasih
sayang Tengku Maria padanya seluas lautan. Wanita itu tak pernah membezakan
dirinya. Dia amat bersyukur diberi ibu mentua seperti Tengku Maria yang ikhlas
menyayanginya. Alangkah baiknya jika Mak Su Ainin juga menyayanginya seperti
itu?
Mengenangkan
Mak Su Ainin, hati Aisyah dipagut sayu. Satu-satunya saudara yang dia ada itu
langsung tak mengendahkan dirinya. Bukan Aisyah tak pernah balik ke kampung
halamannya menjenguk Mak Su Ainin. Namun setiap kali dia datang menjenguk, Mak
Su Ainin selalu sahaja menghadiahkan kata caci maki buatnya. Seolah dia ini
begitu jijik di mata wanita Mak Su Ainin.
Kadang-kala,
terdetik di hati Aisyah. Apa sebenarnya salah yang dia lakukan pada Mak Su
Ainin? Sehingga begitu sekali Mak Su Ainin membencinya. Tiada sekelumit rasa
sayangkah di hati Mak Su Ainin buat Aisyah? Sampaikan segala kebaikan yang
Aisyah berikan langsung tidak dipandang dengan mata hati.
Aisyah
mengeluh. Berat sekali bunyinya. Sehingga membuatkan kepala Tengku Iskandar
berpaling ke arah isterinya itu.
“Sayang,
kenapa mengeluh ni?” tanya Tengku Iskandar yang tenang memandu.
Tersedar
Aisyah dari lamunan sedetiknya. Pantas dia menggeleng. Senyuman nipis diukir
menyembunyikan apa yang bermain dalam hati.
“Tak
baik bohong. Abang tahu ada yang bermain dalam fikiran Aisyah. Cuba cakap dekat
abang apa yang buat sayang mengeluh.” Seperti selalu, Tengku Iskandar bijak
menafsir isi hati isterinya. Lima tahun mengenali Aisyah, dia sudah masak benar
dengan sikap isterinya itu.
Aisyah
menghela nafas. Sukar baginya membohongi Tengku Iskandar. Suaminya itu bijak
membaca fikirannya.
“Aisyah
teringatkan mak su.” Jujur Aisyah mengakuinya.
“Buat
apa Aisyah nak ingatkan dia? Mak Su Ainin tu langsung tak ingat pun pasal
Aisyah.” ujar Tengku Iskandar separuh geram. Ikutkan rasa hati yang baran, mahu
dia membalas perbuatan Mak Su Ainin pada Aisyah. Tapi mengenangkan isterinya
ini, dia tak sampai hati melakukannya. Sakit hatinya melihat layanan Mak Su
Ainin pada Aisyah.
“Entah
la bang. Seburuk-buruk layanan mak su pada Aisyah pun, dia tetap mak su Aisyah.
Satu-satunya saudara yang Aisyah ada kat dunia ni.”
“Sayang
sorang aje anggap dia saudara. Tapi
dia? Dia tak anggap pun sayang ni anak saudara.”
Aisyah
diam tak berkutik. Ada benar kata suaminya itu. Selama ini memang dia tak
pernah merasa kasih sayang Mak Su Ainin. Wanita itu sering menderanya. Buat dia
tak ubah seperti orang suruhan.
“Dahlah.
Jangan fikir sangat pasal mak su sayang tu.” ujar Tengku Iskandar lagi. Jemari
isterinya dicapai lalu digenggam erat.
Aisyah
cuba tersenyum. Genggaman suaminya dibalas kejap.
“Terima
kasih abang kerana selalu ada di sisi Aisyah.”
“Selagi
hayat dikandung badan, selagi itu abang akan berada di samping sayang.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan