BAB 3
H
|
ARI
ini merupakan hari ke lima Tengku Iskandar dan Aisyah berada di Kota Paris.
Sepanjang tempoh itu, telah banyak tempat yang mereka lawati. Hari pertama di
Paris, Tengku Iskandar mengajak Aisyah ke Eiffel Tower. Betapa terujanya Aisyah
bila diajak ke sana. Bagi Aisyah dia sudah cukup gembira dapat melihat Eiffel
Tower yang mempunyai ketinggian 275 meter itu sambil duduk lepak bersama insan
tersayang. Mungkin inilah yang dimaksudkan paris ini Kota Cinta. Hanya dengan
duduk lepak sambil memandang Eiffel Tower sahaja rasa itu mengundang bahagia di
hati.
Setelah
menghabiskan masa di Eiffel Tower, mereka bergerak pula Musee d’orsay. Galeri seni kedua terbesar di Paris ini mempamerkan
karya-karya seni pelukis Perancis yang dibuat sejak tahun 1848 hingga tahun
1915. Bentuk seni yang dipamerkan lukisan, foto, patung dan sebagainya.
Sesekali melihat patung-patung yang diukir, seram sejuk juga Aisyah dibuatnya.
Bagaikan patung-patung itu mempunyai roh di dalamnya.
Hari
kedua bercuti, mereka memulakan perjalanan ke Arc de Triumphe yang terletak di
tengah-tengah bulatan jalan raya. Bangunan ini terkenal sebagai sebuah
arca tanda kemenangan yang dibina oleh Napolean pada tahun 1800. Tengku
Iskandar dan Aisyah langsung tak melepaskan peluang bergambar di tengah-tengah
jalan untuk diabadikan sebagai kenangan mereka di sini.
Selepas
itu mereka ke Place de la Concorde. Tempat
wisata yang merupakan alun-alun terluas di Paris ini, dibangun pada 1755 di
lahan seluas 86,400 meter. Ciri khas tempat ini adalah monumen dan air pancur. Tempat
terakhir yang dilawati sebelum mereka pulang ke hotel di hari ke dua adalah
Notre Dame Cathedral. Notre Dame Catheral adalah gereja gothic pertama yang di
bina di dunia ni. Bangunannya cantik dengan lorekan patung-patung.
Memasuki
hari ketiga bercuti, mereka ke The Lourve Museum seawal pukul 9.00 pagi. Kata
Tengku Iskandar mereka perlu datang awal memandangkan muzium ini begitu
terkenal dan dibanjiri ramai pelancong. Di sinilah terletaknya potret wanita
tercantik bernama Monalisa. Aisyah nampak begitu teruja memuji kecantikan
Monalisa. Entah di mana cantiknya si Monalisa itu? Tengku Iskandar sendiri
tidak mengerti. Baginya Aisyah lagi cantik jika hendak dibandingkan dengan
Monalisa yang tak berkening. Namun dalam banyak-banyak dewan pameran, dewan
pameran yang menempatkan potret Monalisa inilah yang paling ramai
pengunjungnya.
Di
hari ke empat pula Tengku Iskandar dengan bermurah hati mengajak Aisyah
berbelanja sakan di Champs de Elysees. Barang-barang di sini semuanya
mahal-mahal belaka. Aisyah pula bukanlah jenis perempuan kaki shopping. Dia hanya beli apa yang perlu
dan sedikit cenderamata untuk keluarga dan teman-teman di Malaysia. Buat Ros,
sebuah beg tangan berjenama LV dibelikan khas buat teman baiknya itu. Dia tahu
Ros gemar mengumpul koleksi beg tangan.
Siang
tadi pula mereka sekali lagi ke Champs de Elysees. Menyambung semula aktiviti
membeli belah yang masih belum selesai. Ikutkan Aisyah, dia tak larat nak
berjalan jauh-jauh semata-mata nak membeli-belah barangan berjenama sepanjang
perjalanan. Tapi memandangkan suaminya telah mengajak, dia turutkan saja
kehendak suaminya itu. Lagipun tak semestinya dia harus membeli di situ.
Sekadar cuci mata dan bergambar pun sudah memadai. Dapat dijadikan sebagai
kenang-kenangan.
Aisyah
tersenyum. Mengenang hari-hari bersama suami tersayang di Kota Cinta ini, hatinya
semakin mekar berbunga cinta. Kasih sayang semakin dalam di lubuk hati. Dia
tahu betapa kuatnya cinta Tengku Iskandar padanya. Percutian di musim salji ini
menjadi hangat dek cinta mereka berdua. Kesejukan bukanlah penghalang untuk
mereka memadu asmara.
“Sayang, are you ready?” suara Tengku
Iskandar mengejutkan Aisyah dari lamunan. Segera dia menoleh.
Di
hadapannya, Tengku Iskandar kelihatan segak dengan kameja lengan panjang warna
hitam yang sengaja dilipat lengannya hingga ke paras siku dipadankan dengan slack juga daripada warna senada. Butang
bajunya dibiarkan terbuka sedikit di bahagian atas. Membuatkan penampilan
suaminya itu kelihatan menggoda. Dah serupa pelakon latin pula dia tengok
suaminya bergaya begitu.
“Abang
hensem sangatkah sampai mata sayang
tak berkerdip pandang muka abang?” tanya Tengku Iskandar seraya melangkah
menghampiri Aisyah yang bergaya kasual dengan gaun labuh gabungan warna hitam
dan berbunga putih.
Serta-merta
Aisyah mencebik. Meluat dengan sikap perasan suaminya itu.
Cup!
Satu ciuman hinggap ke bibirnya. Mata Aisyah membulat.
“Tu
la… buat la lagi bibir macam tu. Kali ni kalau abang cium, abang tak nak bagi lepas.”
Ugut Tengku Iskandar bernada usikan.
“Hisy… abang ni! Gatal!”
Ketawa
besar Tengku Iskandar bila Aisyah mengatakan dia gatal. Ya! Memang dia lelaki
gatal. Tapi gatalnya hanya pada isterinya yang cantik dan comel ini.
“Sayang
dah siap ke?” sekali lagi pertanyaan pertamanya diulang.
Aisyah
mengangguk. Sedari tadi lagi dia telah bersiap. Cukuplah dengan penampilannya
ini. Tak perlu nak sarat sangat. Lagipun mereka sekadar nak keluar makan malam
sahaja. Tak perlulah nak over sangat.
“Ok…
jom.”
Tengku
Iskandar menghulur tangannya kepada Aisyah. Dengan senang hati, Aisyah
menyambut huluran tangan itu.
Di
pintu keluar, sebuah kereta mewah telah siap menanti kedatangan mereka berdua.
Terpegun Aisyah melihat kereta besar yang mereka naiki. Sekadar nak makan malam
sahaja, buat apa suaminya bersusah-payah menempah kereta mewah ini? Setakat
naik teksi kan jimat.
Namun
tidak pula disuarakan rasa hatinya itu. Dia hanya mengikut sahaja rentak
suaminya. Beginilah suaminya setiap kali menjelang tarikh ulang tahun
perkahwinan mereka. Pasti ada saja kejutan yang diberikan. Dia sendiri tak tahu
apa lagi kejutan yang bakal diterimanya nanti.
“Kita
nak makan malam kat mana ni bang?” tanya Aisyah setelah kereta yang dinaiki
memecut dalam kadar kelajuan yang sederhana.
“Ada
la. Sayang ikut aje.” Jawab Tengku Iskandar bersama senyuman manis di bibir.
Aisyah
tak banyak soal. Dituruti saja ‘permainan’ suaminya itu.
Sampai
di tempat yang dituju, Tengku Iskandar keluar dari perut kereta. Jemari Aisyah
masih digenggam erat.
“Wah…
cantiknya.” Terpegun Aisyah melihat tempat cantik itu. Dia tak pernah lagi ke
sini. Apakah nama tempat cantik ini?
“Sayang
suka?”
Aisyah
angguk kepala. Sungguh, dia suka tempat itu.
“Jom…”
jemari Aisyah diraih agar mengikutnya.
“Abang,
kita nak makan kat sini ke? Tak nampak pun restoren.”
“Kita
nak makan kat situ.” Lurus telunjuk Tengku Iskandar ditunding ke arah sebuah
boat.
Bulat
mata Aisyah memandangnya. Bagaikan tak percaya. Bagaikan mimpi dia bakal
menikmati makan malam ulang tahun perkahwinannya yang ke lima di boat secantik
itu. Ingatkan mereka hanya makan malam di restoren-restoren biasa saja seperti
sebelum ini. Tak sangka mereka berada di sini. Sesuatu yang tak terjangkau dek
akal fikirannya.
Masuk
ke dalam boat, ada sebuah meja kecil lengkap dengan hidangan makan telah
tersedia. Tengku Iskandar dengan bermurah hati menarik sebuah kerusi dan
mempersilakan isterinya duduk di situ. Lagak dah tak ubah bagai putera dan
puteri.
Aisyah
yang dah tak mampu berkata apa-apa hanya mendiamkan diri. Terasa dirinya ini
begitu dihargai. Hanya pada Allah dia memanjat rasa syukur kerana memberi dia
peluang merasai kebahagian ini.
Sesekali
mereka mengimbau kembali kenangan silam bagaimana hubungan ini mula-mula
terjalin. Bagaimana takutnya Aisyah pada suami yang digelar ‘Tengku Harimau’. Dan
bagaimana bencinya Tengku Iskandar pada perempuan kampung yang dirasakan
merimaskan hidupnya. Namun kini, ‘Tengku Harimau’ yang garang ini telah menjadi
jinak dan menjadi harimau kesayangan Aisyah. Dan perempuan kampung yang rimas
ini pula menjadi wanita teragung dalam hidup Tengku Iskandar. Itulah yang
dinamakan kuasa cinta.
Usai
menjamu selera, Tengku Iskandar mengajak Aisyah ke hujung boat. Memerhati
keindahan malam sepanjang Seine River cukup mendamaikan hati mereka berdua.
“Sayang….”
Lembut dan romantik suara Tengku Iskandar menyapa telinga Aisyah.
“Hmmm….” Aisyah tak nak mengalah.
Disahutnya panggilan Tengku Iskandar dengan nada manja menggoda. Rugilah kalau
dia tak beromantika di Seine River ini. Ramai orang suka suasana romantik di
sini termasuklah bintang-bintang Hollywood.
“Abang
ada hadiah nak bagi sayang.”
“Apa
dia?”
Banyak
sangat hadiah kejutan daripada Tengku Iskandar. Ingatkan ini saja kejutannya.
“Sebelum
tu sayang kena pejam mata dulu.” Pinta sang suami.
“Laaa…
kenapa nak pejam-pejam mata pulak?”
Balas Aisyah sedikit membantah.
“Pejam
aje la.”
Aisyah
menghela nafas. Matanya dipejam seperti apa yang dikehendaki suaminya.
Melihat
isteri yang akur, Tengku Iskandar tersenyum. Kotak baldu yang dibawa dalam
bakul kecil tadi dibuka. Memancar kilauan emas putih berloket berlian sebesar
duit lima puluh sen dari kotak cantik itu. Kemudian ditarik keluar dan dipasang
ke leher Aisyah yang dibaluti shawl
warna hitam.
“Dah!
Sekarang sayang boleh buka mata.” Suruh Tengku Iskandar.
Aisyah
meraba rantai yang berada di lehernya. “Apa ni bang? Abang kan tahu Aisyah tak
berapa suka barang kemas. Lagipun Aisyah tak nak semua ni. Kasih sayang abang
pada Aisyah dah cukup buat Aisyah bahagia.”
Inilah
yang membuatkan cinta Tengku Iskandar pada Aisyah semakin mendalam. Isterinya
itu bukan seperti wanita yang pernah didampinginya sebelum ini. Aisyah bukan
jenis perempuan mata duitan. Aisyah tak pernah merengek minta dibelikan barang
kemas harga beribu-ribu. Apa yang diberinya, itulah yang diterima.
“Sebab
sayang tak pernah minta la abang belikan. Abang tahu sayang tak berapa suka
barang kemas. Tapi untuk ulang tahun kita kali ni, abang nak hadiahkan sayang
sesuatu yang berharga. Bukan harga menjadi ukuran, tapi nama pada loket ni.
Isya” jari Tengku Iskandar mendarat ke loket di leher Aisyah.
“Terima
kasih abang.” Tanpa dapat ditahan, air mata Aisyah mengalir ke pipi. Cukuplah
kasih sayang suaminya itu. Namun pemberian ini begitu besar maknanya bila
Tengku Iskandar menggabungkan nama mereka berdua.
Sebagai
seorang suami, hati Tengku Iskandar begitu rapuh melihat air mata isterinya.
Pantas diseka air mata itu dengan jarinya. “Jangan menangis sayang. Abang nak
tengok sayang gembira bukannya menangis depan abang. Abang cintakan Aisyah.
Terlalu cintakan Aisyah.”
Kemudian
tubuh itu diraih erat ke dalam pelukannya.
“Aisyah
pun cintakan abang.” Balas Aisyah. Pelukan hangat Tengku Iskandar dibalas
dengan rasa syukur yang tak terhingga. Semoga bahagia ini milik mereka hingga
ke akhir hayat.
Suwettttttttt....tgku rimau dh hilang taring....jd meowwwww
BalasPadamtaring TGI dah tumpul..nak kena asah..tp jgn marah tau klu taring TGI dah tajam balik..hikhikhik
Padam