BAB 7
S
|
ELESAI
sudah upacara pengebumian Mak Su Ainin. Suasana sebak mengiringi pemergiannya.
Airmata Aisyah bercucuran membasahi pipi. Walau Mak Su Ainin tak pernah
sayangkan dia, tetapi wanita itu satu-satunya ibu saudara yang dia ada. Kini
Mak Su Ainin telah pergi buat selama-lamanya.
“Aisyah….”
Teguran
itu membuatkan Aisyah mendongak. Airmatanya dikesat.
“Boleh
Abang Id duduk?” pinta Farid.
Aisyah
mengangguk seraya mengesot sedikit memberi ruang kepada Farid duduk di pangkin
menghadap ke taman bunga. Bunga peliharaan Mak Su Ainin yang kembang mekar.
Buat
seketika, suasana antara mereka berdua sepi. Masing-masing melayan perasaan
sendiri. Sebagai anak kepada arwah Ainin, Farid begitu terasa pemergian maknya.
Apatah lagi dia merasakan dirinya ini masih belum cukup berbakti kepada maknya
sepanjang hayat wanita itu. Farid sedar, dia bukanlah anak yang baik sebelum
ini.
Nafasnya
dihela. Banyak dosa yang dilakukannya. Dosa pada Allah, mak dan Aisyah. Seraya
dia berpaling ke arah adik sepupunya itu. Bersyukur Aisyah sempat berjumpa
dengan arwah maknya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Sekurang-kurangnya hajat arwah mak bertemu Aisyah kesampaian sebelum dia
menutup mata.
“Terima
kasih Aisyah. Aisyah baik sangat. Abang Id tak mampu balas jasa baik Aisyah.”
ucap Farid kepada Aisyah yang masih berlinangan airmata.
“Mak
su satu-satunya ibu saudara yang Aisyah ada. Macam mana pun layanan mak su pada
Aisyah, mak su tetap berjasa sebab jaga Aisyah selama ni. Tanpa mak su, mungkin
Aisyah dah lama hidup merempat. Aisyah tak pernah berdendam dengan mak su walau
sebesar kuman sekali pun.”
Farid
menarik nafas dalam. Kemudian dihela perlahan. Betapa luhur hati wanita bernama
Siti Aisyah itu. Sekejam mana layanan arwah maknya pada Aisyah, Aisyah tak
pernah menyimpan walau sekelumit perasaan dendam. Kenapalah mereka buta mata
dan hati menilai kebaikan Aisyah selama ini? Dia malu atas perbuatannya yang
dulu.
“Abang
Id menyesal atas apa yang terjadi. Maafkan kami Aisyah. Kami anak-beranak tak
pernah layan Aisyah dengan baik selama ni. selalu sangat susahkan Aisyah.
Sepatutnya kami berterima kasih pada Aisyah sebab semua yang kami ada hari ni
adalah harta kepunyaan Aisyah.” Pinta Farid bersungguh. Menyesal atas kejahilan
yang dilakukan selama ini.
“Takpe. Aisyah dah lama maafkan. Walau
apa pun yang pernah terjadi, kita tetap sekeluarga. Harta bukan segala-galanya
bagi Aisyah. Apa yang Aisyah harapkan, hubungan kekeluargaan.” Ujar Aisyah cuba
tersenyum. Airmatanya dikesat.
Lega
hati Farid mendengar kata-kata Aisyah. Kalaulah adiknya Fasha memiliki peribadi
seperti Aisyah, alangkah bertuahnya. Fasha jauh berbeza jika hendak dibandingkan
dengan Aisyah. Ketika dia memaklumkan berita mak mereka sakit tenat, Fasha sempat
merengus. Katanya dia sibuk dan tak dapat nak balik awal. Sampai ke saat ini
pun, batang hidung Fasha masih tidak kelihatan.
“Abang,
ini airnya.” Suara seorang perempuan membuatkan tumpuan Farid dan Aisyah
berpaling ke suara itu.
Lilis,
isteri Farid meletakkan dulang berisi teko dan cawan di atas pangkin. Kemudian
punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan Farid. Manis senyumannya. Wanita
inilah yang mengubah Farid menjadi Farid hari ini. Perubahan yang cukup
menyejukkan hati Aisyah.
“Minum,
Aisyah.” pelawa Lilis.
“Terima
kasih Kak Lis.” Aisyah mencapai cawan berisi air teh yang Lilis hulurkan.
Dihirup sedikit sebelum diletakkan atas pangkin.
“Alhamdulillah,
upacara pengebumian dah selesai. Sekarang ni tinggal majlis kenduri tahlil aje
lagi. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah mak.” ujar Farid. Sebagai anak
sulung, dia berhajat hendak mengadakan majlis kenduri tahlil selama tujuh hari
buat arwah maknya.
Aisyah
dan Lilis sekadar mengangguk. Bersetuju dengan omongan Farid.
“Aisyah
duduk la lama sikit kat sini. Boleh tolong akak sepanjang kenduri arwah mak.” Pinta
Lilis kepada Aisyah. Kandungannya yang kian membesar membuatkan pergerakannya
makin terbatas. Sekurang-kurangnya dengan adanya Aisyah di sini, ringan juga
bebannya.
Aisyah
serba-salah. Diturutkan rasa hati, memang dia teringin duduk lama di kampung.
Namun memikirkan suami yang ditinggalkan, hatinya jadi tak keruan. Bukan dia
tak percayakan Tengku Iskandar. Cuma tak elok dia meninggalkan suaminya
lama-lama. Sebagai isteri, dia ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Sedang
mereka bersembang kosong, kelihatan sebuah kereta memasuki halaman rumah. Setelah
kereta BMW itu berhenti benar-benar di bawah pokok mangga, barulah Aisyah
perasan itu adalah kereta suaminya. Pantas dia bangun dan menghampiri kereta
yang sudah terparkir elok.
“Abang….”
Aisyah menyambut Tengku Iskandar dan menyalam tangan suaminya itu. Senang
hatinya melihat kelibat suaminya berada di sini. Fikirnya Tengku Iskandar tak
akan ke mari. Ternyata dia silap.
“Sayang
okey?” itu soalan pertama Tengku Iskandar kala Aisyah berada depan mata. Wajah
isterinya yang suram dengan mata sembab dipandang.
“Aisyah
okey, cuma….” Airmata Aisyah mengalir lagi. Perasaan sedih kehilangan insan
terdekat menjengah semula.
Pantas
sahaja Tengku Iskandar menarik Aisyah ke dalam pelukan. “Syhhh… dah la. Jangan menangis lagi. Setiap yang hidup pasti akan
mati. Sayang banyak-banyak berdoa semoga Allah ampunkan dosa mak su. Itu yang
terbaik.”
Ketika
ini Aisyah menjadi tenang berada dalam pelukan suaminya. Hilang rasa gundah di
hati. Luruh jiwanya mendengar kata-kata semangat Tengku Iskandar. Inilah yang dia
harapkan dari seorang suami.
Farid
dan Lilis saling berpandangan. Mereka yakin lelaki yang datang memeluk Aisyah pasti
suaminya.
“Abang…
mari Aisyah kenalkan dengan sepupu Aisyah dan isterinya.” setelah pelukan
dileraikan, Aisyah menarik tangan Tengku Iskandar mendekati Farid dan Lilis.
Farid
dan Lilis bangun dari duduk. Lebar senyuman mereka suami isteri menyambut
kedatangan tetamu dari kota.
“Abang
Id, Kak Lis, kenalkan ini suami Aisyah, Tengku Iskandar. Abang, ini Abang Id
sepupu Aisyah dan isterinya Kak Lis.”
Tengku
Iskandar bersalaman dengan Farid. Manakala dengan Lilis dia sekadar mengangguk
sahaja.
“Eh…
jemputlah masuk. Kita borak-borak kat atas.” Pelawa Farid. Sejuk hatinya
melihat suami Aisyah. Alhamdulillah… lelaki itu menjaga adik sepupunya ini
dengan baik meskipun perkahwinan mereka dulu merupakan rancangan jahatnya. Ada
hikmah pada setiap kejadian.
“ABANG
risau sangat sayang takde kat rumah
tadi.” Ujar Tengku Iskandar ketika dia dan Aisyah berdua-duaan di dalam bilik
sederhana besar itu.
“Maafkan
Aisyah sebab tinggalkan rumah tanpa mengetahuan abang. Aisyah terpaksa balik
kampung sebab mak su dah nazak masa tu.” rasa bersalah kerana pulang tanpa izin
suaminya ini. Tangan Tengku Iskandar diraih lalu dikucup.
“Abang
faham. Abang yang sepatutnya minta maaf sebab tak telefon sayang seperti yang
abang janjikan. Banyak sangat kerja kat ofis sampai abang lupa nak telefon
sayang semula.”
Aisyah
tersenyum nipis. Faham dengan kerja suaminya. Apatah lagi kini suaminya itu
telah menggantikan tempat daddy
sebagai CEO. Bertambah sibuklah kerjanya.
Aisyah
merebahkan kepala ke dada Tengku Iskandar. Ada sesuatu yang ingin diperkatakan.
“Abang….”
Seru Aisyah manja.
“Hmmm….” Jawab Tengku Iskandar. Bahu
Aisyah dipeluk kejap.
“Aisyah
ada sesuatu nak minta dekat abang.”
“Apa
dia sayang. Cakaplah.”
Aisyah
menghela nafas. “Aisyah nak minta izin abang, duduk kat sini seminggu sepanjang
kenduri tahlil arwah mak su. Kasihan kat Kak Lis takde orang tolong dia buat kerja. Lagipun Kak Lis tu dah sarat
mengandung. Tak larat nak buat kerja sendiri-sendiri kat rumah ni. Boleh tak
bang?”
Tengku
Iskandar diam. Cuma menimbang permintaan isterinya. Risau meninggalkan isterinya
sendiri di sini. Dia tahu Farid dan Lilis boleh menjaga isterinya dengan baik.
Cuma sebagai suami, dia tidak betah berjauhan dengan Aisyah.
Nafasnya
dihela. Wajah Aisyah yang begitu mengharapkan pengertiannya dipandang.
Kenapalah hati isterinya ini lembut sangat? Dah bermacam kata cacian yang
dilemparkan arwah Mak Su Ainin pada Aisyah. Namun isterinya itu tak tahu nak
berdendam. Aisyah memang wanita baik.
Kemudian
Tengku Iskandar mengangguk. Tak sampai hati menghancurkan permintaan isterinya
itu. Lagipun sudah lama Aisyah tak balik kampung. Biarlah kali ini Aisyah
meluangkan masa untuk berada di kampung halamannya.
Bibir
Aisyah terukir senyuman manis. Sebuah ciuman hinggap ke pipi suaminya. Tanda
terima kasih dengan izin yang diberikan.
“Terima
kasih abang.”
“Sama-sama. Apa saja
untuk sayang abang turutkan.” Balas Tengku Iskandar seraya menghadiahkan ciuman
ke dahi isteri tercinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan