BAB 4
M
|
ALAM
itu sekali Tengku Iskandar mengajak Aisyah ke Eiffel Tower sebelum mereka
berangkat pulang ke Malaysia pagi esok. Walaupun letih, keseronokan jelas
terpampang pada wajah Aisyah ketika kakinya menjejak halaman Eiffel Tower yang
dihiasi cahaya lampu neon. Kesejukan yang melanda kerana salji yang turun
langsung tidak diendahkan. Apa yang penting dia puas dapat melihat kemegahan
Eiffel Tower di waktu malam. Memang cantik sekali! Seperti apa yang dia
gambarkan sebelum ini.
Sedang
Aisyah ralit memerhati pemandangan indah di depan mata, terasa ada benda
terkena di belakangnya. Aisyah berpaling. Sebiji bola plastik mendarat di
depannya. Diambil bola tersebut. Kemudian datang seorang anak perempuan kecil
ke arahnya dengan muka bersalah. Takut andai dia dimarahi.
Aisyah
tersenyum. Wajah comel itu mengamit kalbunya. Pantas dia melutut menyamai
tinggi kanak-kanak itu. Pasti bola yang dipegangnya ini milik anak comel itu.
“This is your ball?” tanya Aisyah kepada
anak kecil itu.
Anak
kecil itu tidak menjawab. Hanya matanya saja memandang tepat ke wajah Aisyah. Takut
hendak mengaku bola itu kepunyaannya.
“Oh my god! Forgive my daughter. She really very naughty.” Tiba-tiba datang
seorang wanita hampir sebaya dengan Aisyah menghampiri mereka.
Aisyah
sekadar tersenyum. “It’s okey, maam.
Small matter.” Aisyah cuba berbahasa inggerish serba sedikit. Bercakap apa
yang dia tahu sahaja. Nak borak panjang-panjang, dia memang tak pandai.
“Carol… say sorry to auntie.” Wanita itu
mengarahkan anak perempuannya meminta maaf kepada Aisyah. Sudah ditegah anaknya
agar jangan bermain bola di situ. Namun anak itu degil tak mendengar kata. Sehingga
bolanya terkena seorang wanita muslim bertudung.
“Ermmm… I’m sorry.” Perlahan saja suara
Carol dengan kepala menunduk kerana rasa takut.
Sekali
lagi Aisyah tersenyum. “It’s okey.”
Jawabnya seraya mengusap rambut keperangan milik anak kecil itu. Wajahnya
persis anak patung. Comel sangat. Membuatkan Aisyah suka melihat wajah comel
itu.
Setelah
berpamitan, Carol dan ibunya pun berlalu pergi. Mereka mendapatkan seorang
lelaki dan bergurau senda dengan bahagia. Aisyah meneka, pasti lelaki itu
adalah ayah kepada Carol memandangkan warna rambut mereka yang sama.
Melihat
kegembiraan keluarga itu, hati Aisyah tiba-tiba menjadi sebak. Alangkah indahnya
andai dia juga mempunyai anak seperti Carol. Pasti rumah tangganya ini
bertambah ceria. Namun percaturan Allah itu tiada siapa yang tahu. Biarpun
telah lima tahun mendirikan rumah tangga, mereka masih belum dikurniakan cahaya
mata. Bukan Aisyah tidak mencuba. Sudah puas dia berusaha. Sudah banyak tempat
berubat dan berurut telah dipergi. Tapi sampai ke hari ini rezeki yang satu itu
masih belum menyebelahi mereka suami isteri.
Bohonglah
jika tidak terdetik rasa cemburu dihati Aisyah melihat orang lain bahagia
bersama anak-anak. Namun apakan daya. Dia hanya hamba Allah. Berusaha dan
bertawakal. Selebihnya serahkan pada Yang Maha Mencipta. Dia yakin ada hikmah
disetiap pemberian Allah.
“Sayang,
nak naik ke atas tak?” tanya Tengku Iskandar kepada Aisyah yang termenung. Dia
yang baru sampai menghulurkan sebungkus popcorn
kepada Aisyah.
Aisyah
berpaling. Wajah Tengku Iskandar dipandang. Rasa sebak menerjah kembali.
Bergenang air matanya.
“Abang…
maafkan Aisyah.” tak semena-mena tangan Tengku Iskandar diraih dan dikucup. Air
mata juga tanpa segan silu mengalir dengan laju.
Terkesima
Tengku Iskandar melihat perubahan tingkah laku Aisyah. Tadi bukan main seronok
lagi isterinya itu. Tiba-tiba pula sekarang Aisyah menangis di hadapannya. Apa
sebenarnya yang telah terjadi?
“Sayang…
kenapa ni?” tanya Tengku Iskandar sambil mengangkat dagu Aisyah supaya
memandangnya. Kelopak mata isteri yang sedang berair membuatkan hatinya menjadi
sayu.
“Aisyah
minta maaf sebab Aisyah tak mampu bagi abang zuriat. Dah lima tahun kita
kahwin, tapi Aisyah….”
Pantas
sahaja jari telunjuk Tengku Iskandar mendarat ke bibir mungil Aisyah. Kepalanya
digeleng perlahan. Dia tak sanggup mendengar Aisyah meneruskan kata-katanya
lagi. Dia tak tahu kenapa tiba-tiba sahaja isterinya boleh memikirkan persoalan
itu. Sedangkan selama ini tak pernah terlintas dalam benaknya mahu menimbulkan
soal anak pada Aisyah. Dia menerima Aisyah seadanya. Soal anak mereka telah
berusaha dan biarlah Allah yang menentukan segalanya.
“Jangan
cakap macam tu. Soal anak, soal rezeki semua di tangan Allah. Kita dah berusaha
sedaya upaya kita. Sayang sendiri dah puas berusaha. Abang tak pernah salahkan
sayang. Apa yang terjadi kehendak Allah. Lagipun abang yakin satu hari nanti
kita pasti ada anak. Cuma kita kena bersabar dengan ujian Allah.” Lembut Tengku
Iskandar memujuk. Air mata yang gugur di pipi sang isteri dikesat.
“Kalau
ditakdirkan Aisyah masih tak mampu berikan abang zuriat, Aisyah izinkan abang
cari isteri lagi.” Ikhlas Aisyah memberi kebenaran walaupun hatinya bagai
disiat sembilu kala mengungkap ayat itu. Isteri mana sanggup bermadu? Namun
demi cintanya pada suami, dia rela.
“Apa
sayang merepek ni? Bila masa abang nak kahwin lain?” Terperanjat Tengku
Iskandar mendengar pengakuan Aisyah. Memang dia berkemampuan untuk berkahwin
lagi seorang, malah dua atau tiga orang tetapi itu bukan keinginannya. Hati dan
perasaannya hanya pada Aisyah. Mustahil baginya menduakan cinta isterinya itu.
“Dah…
abang tak nak dengar sayang merepek lagi. Apa pun yang jadi, abang tetap tak
akan menduakan sayang. Sayang segala-galanya bagi abang. Soal anak, kita
serahkan pada Allah. Hanya Dia Yang Maha Memberi.”
Aisyah
angguk. Dia juga yakin Allah merancang sesuatu yang indah untuk mereka berdua.
“Cuma
Aisyah cinta hati abang. Datanglah walau seribu jelitawan, hati abang tetap
milik Aisyah seorang.” Jemari Aisyah yang digenggam erat dibawa ke mulut. Lalu
dikucup penuh kasih. Biar ada yang mengata rumah tangga mereka kosong tanpa
cahaya mata, baginya cukuplah kasih Aisyah dimiliki. Dia cukup yakin satu masa
nanti Allah akan memakbulkan doa mereka.
“Sayang
jangan sedih-sedih tau. Abang tak nak tengok sayang menangis lagi. Dah, jom
kita naik ke atas. Abang nak bawa sayang tengok pemandangan Paris waktu malam.
Kan kita datang ke sini untuk berhibur. Bukannya nak bersedih.”
Aisyah
sekadar mengangguk. Air matanya dikesat. Benar kata suaminya itu. Mereka ke
sini untuk bersuka ria. Meraihkan ulang tahun perkahwinan mereka. Bukannya
untuk dia berduka lara.
Menyaksikan
keindahan Kota Paris di waktu malam di tempat yang tinggi, cukup menyeronokkan
Aisyah. Terubat seketika rasa sedihnya. Apatah lagi tubuh Tengku Iskandar tak
lepas dari memeluk hangat tubuhnya. Membuatkan mereka bagaikan pasangan
pengantin baharu sahaja.
Tepat
pukul 9.00 malam, pertunjukan cahaya dimulakan. Sekali lagi Aisyah menjadi
teruja. Pertunjukan yang dimainkan membuatkan pelancong-pelancong yang
mengunjungi tempat menarik itu bersorak gembira. Aisyah turut sama bersorak.
Begitu juga dengan Tengku Iskandar. Lega rasa hatinya melihat semula wajah
ceria Aisyah. Benarlah kata orang, Kota Paris memang Kota Cinta yang
menghiburkan.
Pukul 11.00 malam,
barulah Tengku Iskandar mengajak Aisyah pulang ke hotel. Esok mereka perlu
bersiap seawal pukul 5.00 pagi untuk ke lapangan terbang dan pulang ke
Malaysia. Percutian kali ini merupakan percutian paling indah buat mereka
berdua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan