BAB 6
N
|
OMBOR
yang tertera pada skrin telefon pintarnya membuatkan dahi Aisyah berkerut. Tak
pernah dilihatnya nombor itu sebelum ini. Entah siapa pemanggilnya? Ada tiga
kali panggilan daripada nombor itu yang menerjah masuk ke telefon pintarnya
sedari tadi.
Selang
sesaat, nombor yang sama kelihatan lagi. Kali ini Aisyah memutuskan mahu
menjawab panggilan itu.
“Assalammualaikum….”
Suara di hujung sana menyapa.
“Waalaikumusalam. Siapa ni?” tanya Aisyah
tidak dapat mengecam suara lelaki yang menyapanya.
“Aisyah,
ini Abang Id.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai Abang Id.
Dahi
Aisyah berkerut. ‘Abang Id mana pulak
ni?’ Tanya hatinya. Bagai dengar pertanyaan Aisyah itu, lelaki di hujung talian
bersuara lagi.
“Abang
Id anak Mak Su Nin.”
Jantung
Aisyah berdegup kencang. Terkedu. Tak pernah Farid mencarinya, tiba-tiba hari
ini lelaki itu menelefonnya. Apa yang dia mahukan? Kenangan silam menerjah
minda. Membuatkan peluh memercik di dahi. Kenangan malam Farid hampir meragut
kehormatannya mula berbayang-bayang depan mata. Ya Allah, betapa takutnya dia
ketika itu berdepan dengan manusia yang sudah dirasuk syaitan.
“Aisyah?”
panggil Farid setelah suara Aisyah tidak kedengaran.
“Ya.
A… ada apa Abang Id telefon Aisyah?” sedikit gugup Aisyah jadinya. Perasaan
takut tak dapat disembunyikan.
Farid
menghela nafas. Dia tahu Aisyah takutkan padanya. Disebabkan nafsu yang beraja
di hati, dia hampir merosakkan adik sepupunya itu. Nasib baiklah Aisyah sempat
menyelamatkan diri. Jika tidak, hingga ke hari ini dia tak akan memaafkan
dirinya kerana menganiya seorang gadis malang.
“Aisyah
jangan salah faham. Jangan takut dengan Abang Id. Abang Id dah berubah. Abang
Id telefon Aisyah ni pun sebab nak bagitau pasal mak.” beritahu Farid.
Aisyah
diam sahaja. Tak tahu sama ada dia harus percaya omongan Farid ataupun tidak.
“Mak
sakit tenat, Aisyah. Mak nak jumpa Aisyah.” beritahu Farid lagi, mengharapkan
pengertian Aisyah.
Terkedu
Aisyah mendengarnya. Benarkah apa yang Farid beritahu? Atau itu sekadar
permainan Farid agar dia balik ke kampung. Aisyah keliru. Nak percaya, dia
takut bakal terjerat dengan kata-kata Farid.
“Aisyah…
Aisyah dengar tak apa abang cakap?” tanya Farid setelah mendapati Aisyah masih
lagi membisu seperti tadi.
“Errr… Aisyah dengar.”
“Abang
Id tahu Aisyah susah nak percaya cakap abang. Abang Id sedar abang ni bukan
abang yang baik untuk Aisyah. Banyak sangat dosa abang pada Aisyah. Tapi untuk
kali ni tolonglah percaya abang, dik. Mak sakit tenat. Mak nak sangat jumpa
Aisyah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Abang merayu kat Aisyah supaya
balik kampung jumpa mak.”
Rayuan
Farid kedengaran ikhlas. Membuatkan hati Aisyah mulai cair.
“Tapi…
Aisyah kena bagitau suami Aisyah dulu. Aisyah tak boleh balik tanpa izin
suami.”
“Abang
faham. Aisyah cakaplah dengan suami Aisyah. Tapi abang betul-betul berharap
Aisyah sudi balik kampung jumpa mak. Moga selepas jumpa Aisyah nanti, Allah
mempermudahkan urusan mak. Abang kasihan tengok mak.” ada getar pada suara
Farid ketika menuturkan ayat itu. Sebagai seorang anak, tak sanggup dia melihat
penderitaan yang dialami maknya. Cukup memilukan.
“Insya-Allah,
abang.”
“Baiklah
kalau macam tu. Jumpa Aisyah dekat kampung nanti. Assalammualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
Setelah
talian diputuskan, Aisyah mencari nama Tengku Iskandar. Nombor telefon suaminya
itu didail. Beberapa kali deringan, barulah panggilannya dijawab.
“Assalammualaikum
abang.” Ucap Aisyah.
“Waalaikumusalam. Sayang, abang tengah meeting ni. Nanti abang call sayang balik ya. Bye….”
Belum
sempat Aisyah menyuarakan apa yang ingin diperkatakannya, Tengku Iskandar
terlebih dahulu memutuskan talian.
Aisyah
menghela nafas. Nampaknya dia telah menelefon pada masa yang salah. Kenalah dia
bersabar menunggu suaminya menelefon dia semula.
TEPAT
pukul lapan malam, barulah Tengku Iskandar pulang ke kondo. Hari pertama
bekerja setelah seminggu bercuti amat memenatkan. Dia kena menghadiri tiga
mesyuarat sepanjang hari ini.
Tubuhnya
disandarkan ke sofa. Matanya dipejam rapat. Dia ingin menenangkan diri. Namun
ketenangan yang dicari hanya sementara setelah ingatannya tumpah pada Aisyah.
Baru dia teringat janjinya hendak menelefon Aisyah siang tadi. Disebabkan
sibuk, dia lupa menunaikan janjinya itu.
Pantas
Tengku Iskandar bangun dari duduknya. Mencari kelibat Aisyah di ruang dapur.
Kosong. Aisyah tiada di situ. Kemudian dia naik pula ke atas.
“Sayang….”
Panggilnya sebaik pintu bilik dibuka.
Suasana
dalam bilik sunyi. Tiada bayang-bayang Aisyah di situ. Pantas sahaja dia
mencari di segenap ruang rumah.
“Mana
pulak dia pergi?” tanyanya pada diri sendiri.
Ketika
hati mula risaukan keselamatan Aisyah, mata Tengku Iskandar mendarat pada
sekeping kertas di atas meja solek. Dicapai kertas kecil itu.
‘Abang,
Aisyah telefon abang berulang-kali.
Tapi telefon abang tak dapat dihubungi. Aisyah terpaksa balik kampung hari ni
jugak. Mak Su Ainin sakit tenat. Maafkan Aisyah sebab tak tunggu abang balik.
Aisyah’
Tengku
Iskandar mengeluarkan telefon pintar di dalam poket seluar slack yang
dipakainya. Diperhati telefon pintarnya itu. Tak sedar telefon pintarnya
kehabisan bateri. Lantas sebuah keluhan terbit dari bibirnya. Tak sepatutnya
dia membiarkan Aisyah balik sendiri. Dia perlu ada bersama isterinya itu.
Tanpa
berlengah, Tengku Iskandar mengecas telefon pintarnya. Ketika dia membuka
telefon pintar, ada beberapa panggilan masuk menerjah. Semua panggilan daripada
Aisyah. Isterinya itu juga sempat meninggalkan pesanan ringkas. Ayatnya lebih
kurang sama dengan nota kecil yang dia tinggalkan di atas meja solek.
Kerana
risaukan Aisyah, Tengku Iskandar segera mendail nombor telefon pintar isterinya
itu. Hanya beberapa saat menunggu, panggilannya dijawab.
“Assalammualaikum,
sayang.” Ucapnya.
“Waalaikumusalam, abang….” Tak sempat
meneruskan kata-katanya, tangisan Aisyah kedengaran.
Dada
Tengku Iskandar berdebar hebat. tangisan Aisyah yang mendayu-dayu membuatkan
fikirannya mula tidak menentu. Apa yang terjadi?
“Sayang,
kenapa ni? Kenapa sayang menangis?” bertalu Tengku Iskandar bertanya.
Aisyah
tidak menjawab. Hanya tangisannya sahaja yang kedengaran. Membuatkan Tengku
Iskandar bertambah risau.
“Sayang…
cakap kat abang kenapa sayang menangis? Sayang kat mana?” hatinya sudah tak
betah mendengar tangisan Aisyah. seolah dia ingin segera mendapatkan Aisyah dan
memeluk isterinya itu seeratnya. Tapi… di manakah Aisyah?
“Aisyah
kat kampung. Mak su dah meninggal.” Jelas Aisyah dengan suara tersekat-sekat.
“Inalillahwainalillahhirajiun.” Ucap
Tengku Iskandar mendengar berita yang baru diterimanya.
Sesungguhnya
dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan