BAB 8
U
|
SAI
solat subuh, Aisyah bersiap-siap nak keluar. Sekadar berbaju kurung cotton dan
bertudung bawal. Wajahnya juga langsung tidak di tempek sebarang alat solek.
Dibiarkan begitu sahaja.
Tengku
Iskandar yang baru melangkah masuk ke dalam bilik terketar-ketar menahan sejuk.
Boleh beku dia jika hari-hari mandi di sini. Sejuk tahap melampau. Dahlah tu, takde pemanas air pula. Memang tak boleh
tahan langsung dibuatnya. Baru pekena segayung dua, giginya dah terketar-ketar.
Aisyah
yang sudah bersiap berpaling menghadap sang suami. Mahu tergelak dia melihat
bibir suaminya yang terketar-ketar kerana sejuk. Pantas dia menghampiri Tengku
Iskandar.
“Sejuk
sangat ke bang?” tanya Aisyah menghulurkan baju melayu kepada suami.
Tengku
Iskandar mengangguk. Baju melayu dicapai lalu cepat-cepat dia menyarungnya ke
tubuh.
“Kan
Aisyah dah cakap, air kat sini sejuk sangat. Abang tu yang degil sangat nak
mandi awal pagi.” Ujar Aisyah lagi.
“Ini
semua sayang punya salah.” Tiba-tiba Tengku Iskandar menyalahkan Aisyah.
“Eh…
kenapa pulak nak salah Aisyah?”
“Ye la. Abang ajak sayang mandi sama,
sayang tak nak. Kalau mandi berdua tadi kan best.
Takde la abang kesejukan sangat
sampai terketar-ketar macam ni.” selamba saja ayatnya. Bibir sudah mengherot
senyuman sang harimau gatal.
Aisyah
mencebik. Sehari tak menggatal, tak sah agaknya hidup suaminya ini. Suka sangat
nak menyakat.
“Hisy… abang ni. Cakap tu main lepas aje.
Abang tak malu ke dengan Abang Id dan Kak Lis?” gumam Aisyah menegur sikap
suaminya yang suka bergurau tahap 18 tahun ke atas.
“Nak
malu apanya? Kita ni kan suami isteri. Normal la suami isteri mandi bersama.
Abang Id dengan Kak Lis tu pun mandi bersama jugak. Tak jadi hal pun. Tak malu pun.”
“Macam
mana abang tahu dia orang mandi bersama? Abang pergi skodeng ke?”
“Takyah nak skodeng. Abang tahu la… kalau tak mandi bersama, mana nak jadi baby dalam perut Kak Lis tu.”
Merah
padam muka Aisyah mendengar kata-kata suaminya. Laju penyepit ketam Aisyah
mendarat ke lengan suaminya itu. Membuatkan Tengku Iskandar terjerit kecil.
“Auch! Sakit la sayang.” Tengku Iskandar
mengadu sakit. Merah kulitnya akibat cubitan sang isteri.
“Tahu
pun sakit. Lain kali abang cakap macam tu lagi, Aisyah cubit lagi kuat dari
yang ni.” ugut Aisyah.
“Amboi…
garangnya isteri abang ni.” Tengku Iskandar buat-buat takut. Padahal ugutan
Aisyah langsung tak berbekas di hatinya. Setakat penyepit ketam isterinya itu,
dia tak takut mana pun.
Aisyah
tahu Tengku Iskandar bergurau. Semakin dia tunjuk garang, semakin nakal pula
suaminya itu.
“Dah
la. Malas Aisyah nak layan abang. Cepatlah bersiap. Kata nak temankan Aisyah
pergi kubur.” Putus Aisyah akhirnya. Dia melangkah keluar meninggalkan Tengku
Iskandar bersiap di dalam bilik.
“SAYANG….”
Tengku Iskandar menyentuh lembut bahu isterinya.
Aisyah
berpaling. Dia cuba tersenyum walaupun senyumannya kelihatan sumbing. Setiap
kali menziarahi pusara arwah abah dan mak, hatinya dirundung sayu. Kerinduan
yang terpendam lama tak mungkin akan hilang sampai bila-bila.
“Jom
kita balik.” Ajak Tengku Iskandar. Tak sanggup dia melihat wajah isterinya
setiap kali berada di sini. Sebolehnya dia ingin melihat Aisyah sering
tersenyum gembira. Bukannya bermuram durja seperti ini.
Aisyah
mengangguk. Jug berisi air mawar disiram ke pusara abah dan mak. Semoga Allah
meringankan seksa kubur kedua mereka yang disayanginya ini.
“Abah,
mak… Aisyah balik dulu. Ada masa, Aisyah datang lagi ke sini.” Ucapnya sebelum
melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan Darul Salam.
Dalam
perjalanan, Aisyah sekadar mendiamkan diri. Pandangnya dilontar ke luar. Tiada
kata yang hendak dibicarakan. Dia lebih senang melayan perasaan yang tak
menentu.
“Sayang,
kenapa diam aje ni?” Tengku Iskandar bertanya. Jemari Aisyah diraih lalu
digenggam erat. Sementara sebelah lagi tangannya kejap memegang stereng kereta.
Aisyah
berpaling. “Takde apa bang.”
“Kalau
betul takde apa, kenapa sayang senyap
aje? Tak nak borak dengan abang ke?”
“Takde apa yang nak dikata. Tu yang Aisyah
diam je.”
“Sayang,
abang rasakan, abang tak jadilah nak balik KL petang ni.”
Dahi
Aisyah berkerut. “Kenapa pulak bang?”
“Sebab
tak seronok la balik rumah kita tu tanpa sayang. Abang rasa nak tambah cuti
panjang sikit. Nanti dah habis kenduri tujuh hari boleh kita balik KL
sama-sama.”
“Tapi
kerja abang kat ofis tu macam mana pulak?
Tujuh hari tu lama tau bang.”
“Sebab
tahu tujuh hari lama la abang nak ambil cuti. Soal kerja kat ofis tu sayang
janganlah risau. Haziq kan ada.”
“Tak
menyusahkan Abang Haziq ke bang? Kesian dia… setiap kali abang cuti aje mesti
dia cover kerja abang. Dia pun ada
kerja jugak.”
“Alaaa…
bukannya selalu pun abang cuti. Sekali-sekala aje. Abang dah call Haziq pun. Dia okey je.”
“Terpulang
pada abang la. Aisyah ikut je.”
Kereta
yang dipandu memasuki laman rumah kampung peninggalan arwah abah Aisyah.
Kemudian diparkir elok di bawah pokok mangga. Tengku Iskandar dan Aisyah keluar
beriringan.
“Sayang
naik la dulu ya. Abang nak ambil angin kat bawah ni kejap.” Ujar Tengku
Iskandar. Sesekali berada di kampung, dia ingin mengambil peluang untuk
menikmati kedamaian di sini.
“Baik
la bang. Aisyah naik dulu ya.”
Ketika
melangkah masuk ke dalam rumah, mata Aisyah menangkap figura seseorang yang
amat dikenalinya. Fasha. Nampaknya adik sepupunya itu telah pulang. Entah bila
sampainya, Aisyah sendiri tak tahu. Semalam sewaktu pengebumian mak su Ainin,
kelibat Fasha langsung tak kelihatan. Alih-alih, hari ini bayangan Fasha sudah
tercongok di ruang tamu bersama Farid.
“Assalammualaikum.”
Aisyah memberi salam.
Serentak
itu dua beradik menoleh.
“Waalaikumusalam. Aisyah, dah balik ya?”
tegur Farid.
Aisyah
mengangguk. Matanya memandang paras Fasha yang langsung tak menoleh padanya.
Masam saja wajah adik sepupunya itu.
“Is
mana?” tanya Farid kala tak terpandangkan wajah Tengku Iskandar. Selalunya
lelaki itu tak pernah berenggang dengan Aisyah. Macam belangkas.
“Ada
kat bawah, bang. Katanya nak ambil angin.” Beritahu Aisyah.
“Aik?
Katanya nak balik KL hari ni. Kenapa tak bersiap lagi?”
“Abang
Is kata tak jadi balik KL hari ni. Dia nak tambah cuti. Nak tunggu sampai
kenduri tahlil tujuh hari.”
“Hmmm… elok sangat la kalau macam tu. Boleh
dia ikut berjemaah sekali malam ni.”
Aisyah
sekadar tersenyum. Matanya melirik wajah Fasha sekali lagi. Seperti tadi, air
muka Fasha tetap masam mencuka. Terbantut niatnya mahu menegur gadis itu.
“Aisyah
ke dapur dulu ya, bang.” Pinta Aisyah akhirnya.
Di
dapur, kelibat Lilis kelihatan sedang sibuk menyelongkar almari. Kasihan pula
Aisyah melihatnya. Sudahlah sarat mengandung, sibuknya pula tak menang tangan
nak buat itu dan ini. Pantas sahaja Aisyah mendekati Lilis.
“Kak
Lis buat apa tu? Biar Aisyah tolong.” Ujar Aisyah menawarkan diri membantu
Lilis yang terkocoh-kocoh mengeluarkan beberapa barang dari almari.
“Aisyah,
Kak Lis nak ambil barang-barang untuk kenduri malam nanti. Kejap lagi Kak
Shima, Kak Nuha dan Che Ta nak datang sini tolong apa yang patut. Sebelum tu
kenalah keluarkan barang-barang ni dulu.”
“La…
ye ke? Takpe, biar Aisyah yang keluarkan barang-barang ni. Kak Lis pergi
la berehat.”
“Tapi
barang-barang ni banyak, Aisyah. Larat ke Aisyah nak keluarkan sorang diri?”
“Alaaa…
Kak Lis jangan la risau pasal Aisyah pulak.
Aisyah larat lagi nak buat. Yang penting Kak Lis tu, dah la tengah sarat
mengandung tapi sibuk mengalahkan orang tak mengandung pulak.”
Aisyah
mengambil alih kerja Lilis. Beberapa barang penting dikeluarkan dari almari.
Tersenyum senang Lilis melihat tingkah si manis itu.
“Betul
cakap Abang Id, Aisyah ni memang baik. Suka tolong orang. Akak gembira dapat
kenal Aisyah.”
Aisyah
berpaling seketika dan tersenyum. “Aisyah pun gembira dapat kenal Kak Lis.”
Tanpa
mereka sedari, di balik pintu yang memisahkan dapur dan ruang tamu, Fasha
sedang memasang telinga mencuri dengar perbualan mereka berdua. Sakit hati
Fasha pada Aisyah tak pernah padam. Apatah lagi melihat kebahagian yang
dikecapi kakak sepupunya itu. Bertambah dendam kesumat di hatinya.
‘Aku
takkan biarkan kau hidup bahagia!’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan