BAB 9
“H
|
OME
sweet home!” Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut Tengku
Iskandar kala sampai ke kondominium mewah miliknya bersama Aisyah. Seminggu
berada di kampung isterinya itu, hari ini mereka kembali semula ke Kuala
Lumpur.
Aisyah
sekadar tersenyum. “Abang nak minum ke?” tanya Aisyah.
Tengku
Iskandar yang baru melabuhkan punggungnya di atas sofa memandang wajah si
isteri.
“Sayang
tak penat ke nak buat air untuk abang?” pertanyaan Aisyah dibalas dengan
pertanyaan.
“Takde la bang. Buat air je, bukannya penat pun. Lagipun Aisyah
bukannya bawak kereta. Aisyah duduk
jadi penumpang aje. Abang tu yang penat.”
Tersenyum
Tengku Iskandar mendengar jawapan isterinya itu. Aisyah sekarang dah fasih
sangat menjawab. Bukan seperti yang mula-mula dikenalinya dulu. Asyik tunduk
saja bila bersemuka dengannya.
“Okey
la kalau macam tu. Abang nak jus oren. Sejuk-sejuk tau.”
Aisyah
angguk. Kemudian dia melangkah ke dapur. Tak sampai lima minit, dia kembali
semula bersama gelas berisi jus oren di tangan.
“Abang…
nah, ini airnya.”
“Thanks sayang.” Ucap Tengku Iskandar
seraya menyambut gelas yang dihulurkan.
Aisyah
bergerak ke arah beg yang dibiarkan terletak di sudut sofa.
“Sayang
nak buat apa tu?” tanya Tengku Iskandar.
“Nak
bawa naik beg ni.”
“Eh,
tak payah. Biar aje kat situ. Nanti abang bawa naik. Sayang meh duduk kat sebelah abang. Abang ada
perkara nak tanya sayang.” Ujar Tengku Iskandar menepuk-nepuk sofa kosong di
sisinya.
Aisyah
akur. Punggung dilabuhkan bersebelahan dengan sang suami. “Abang nak tanya
apa?”
Tengku
Iskandar tersengih. Sebenarnya tiada apa pun yang nak ditanya. Sengaja dia buat
Aisyah duduk di sebelahnya. Seminggu berada di kampung halaman isterinya itu, susah
sangat nak dia nak bermanja dengan Aisyah. Duduk rapat-rapat seperti ini pun
susah. Ada saja mata yang memerhati. Ikutkan dia, tak kisah pun kalau ada mata
yang memandang. Tapi Aisyah saja yang tak selesa. Konon segan dengan orang
kampung. Macamlah orang kampung tak tahu bermesra dengan isteri sendiri.
Dahi
Aisyah berkerut melihat sengihan suaminya. Kata nak tanya sesuatu. Tapi bila
ditanya boleh pula suaminya itu tersengih-sengih macam kambing gurun.
“Abang!”
Aisyah menampar lembut lengan Tengku Iskandar.
“Hah.”
Terpinga-pinga Tengku Iskandar dibuatnya. Tersentak dari lamunan.
“Hisy… kata nak tanya sesuatu. Apa dia?”
Lebar
sengihan Tengku Iskandar. Tangannya dipanjangkan merangkul bahu Aisyah.
“Sayang
ni kan… garang sangat la sekarang. Macam Mrs.
Tiger pulak.” ujar Tengku Iskandar lantas dia ketawa besar. Seronok dapat
mengenakan Aisyah. Dia tahu isterinya itu menggelar dia ‘Tengku Harimau’. Kini
tibalah gilirannya memanggil Aisyah ‘Mrs.
Tiger’ pula.
Aisyah
menjeling geram. Seronok sangatlah ‘Tengku Harimau’ itu dapat menyakatnya. Huh!
“Dah
la. Aisyah malas nak layan abang. Aisyah nak pergi masak lagi bagus.” Ujar
Aisyah lantas bangun dari duduknya.
Namun
belum sempat Aisyah melangkah, Tengku Iskandar terlebih dahulu bertindak.
Tangan Aisyah ditarik sehingga membuatkan tubuh wanita itu hilang pertimbangan
dan jatuh ke ribanya.
“Abang
tak akan biarkan sayang pergi. Nak tak nak, sayang kena rajinkan diri ‘layan’
abang.” Ujar Tengku Iskandar sambil mengenyit mata nakal.
Aisyah
ketap bibir. Wajahnya membahang. Segan mendengar kata-kata suami sendiri. Biar
sudah lama bersama, namun rasa malu pada suaminya tak pernah menghilang.
Tanpa
menunggu lama, Tengku Iskandar mencempung tubuh Aisyah.
“Abang!
Apa ni? Lepaskanlah Aisyah. Aisyah nak masak la. Kan tadi abang jugak yang kata dah lapar.” Rayu Aisyah
minta diturunkan. Dadanya mula berdebar dengan tingkah Tengku Iskandar yang
sudah melangkah mendaki anak-anak tangga.
“Memang
la abang lapar, tapi abang lapar nak makan sayang. Bukannya nak makan nasi.”
Selamba saja Tengku Iskandar berkata. Tubuh Aisyah diletakkan atas katil.
Matanya menatap lembut wajah sang isteri.
Renungan
Tengku Iskandar membuatkan hati Aisyah kian tak menentu. Hendak berkata sesuatu,
namun mulutnya terkunci apabila bibir Tengku Iskandar sudah mendarat ke
bibirnya. Tiada apa lagi yang mampu diperkatakan. Mereka hanyut dibuai asmara
cinta yang tak ada penghujungnya.
TERSENGIH-SENGIH
Tengku Iskandar memandang Aisyah yang sedang menyenduk nasi ke dalam
pinggannya. Masih terkenang kehangatan tadi. Setiap kali bersama, Aisyah sering
menyembunyikan wajah. Inilah punca dia begitu sayangkan Aisyah. Sikap pemalu
isterinya itu mengikat hati lelakinya. Aisyah dengan sifat malu memang tak
dapat dipisahkan.
Melihat
sengihan sang suami, Aisyah mengetap bibir. Dah arif sangat dengan senyuman si
harimau miang itu. Nak dilekuknya saja kepala suaminya agar kembali ke dunia
asal. Tapi, dia tak mahu jadi isteri derhaka.
“Yang
abang sengih-sengih ni apasal?” tegur Aisyah kurang senang diperhatikan begitu.
Rimas!
“Abang
suka tengok sayang rambut basah macam ni. Cantik and sexy. Rasa macam nak lagi, lagi dan lagi! Tak puas rasanya.” ujar
Tengku Iskandar bersama senyuman nakal. Cakapnya tak pernah berlapis. Main
belasah sahaja.
Aisyah
ketap bibir. Suaminya kalau bercakap memang begitu. Main lepas aje. Nasib baik
cuma mereka berdua di kondo ini. Bayangkan jika ada orang lain, tak ke
memalukan cakap macam itu?
“Hisy… abang ni kan… gatal! Tak reti nak cakap benda yang elok ke? Asyik
cakap benda tak senonoh je. Abang ni semakin hari, semakin gatal Aisyah tengok.”
Gumam Aisyah. Punggung dilabuhkan atas kerusi dengan bibir sudah memuncung
macam itik betina.
“Menggatal
dengan isteri abang yang comel ni aje pun. Bukannya dengan orang lain. Kalau
dah menggatal dengan orang lain tu, lain pulak
ceritanya.”
“Abang
berani ke nak menggatal dengan orang lain?” Aisyah buat muka garang.
“Kalau
sayang izinkan.” Tengku Iskandar tayang sengih.
Pantas
Aisyah mencubit lengan Tengku Iskandar. Dipulas kuat-kuat sehingga meninggalkan
kesan merah akibat sepit ketamnya yang berbisa itu.
“Auch… sakit la sayang.” Tengku Iskandar
mengadu manja. Lengannya digosok-gosok. Boleh tahan penengan sepit ketam
isterinya. Sampai merah kulitnya yang putih ini.
“Tau
pun sakit. Kalau abang cuba nak menggatal dengan orang lain, memang siap abang
Aisyah kerjakan.”
“Aisyah
nak kerjakan abang ke? Abang rela….” Seraya itu Tengku Iskandar mendepangkan tangan
luas-luas tanda rela.
“Eiii…
geram la dengan abang ni! Dahlah, cepat baca doa makan. Aisyah dah lapar ni.”
Tengku Iskandar
menurut. Tangan ditadah lalu doa makan dibaca. Suasana makan malam mereka
berdua berlangsung meriah. Sesekali, dia mengusik isterinya dengan menggesel
kakinya ke kaki Aisyah. Membuatkan Aisyah melatah dan dia ketawa suka.
Happy ending...
BalasPadamHappy ending
BalasPadam