BAB 10
F
|
ASHA menghenyak
punggungnya di atas sofa dengan kasar. Kalau bukan kerana maknya meninggal
dunia, tak rela dia nak balik kampung. Menyakitkan hatinya saja melihat
kemesraan Aisyah dan suaminya itu. Rasa nak ditariknya tudung Aisyah. Berlagak
alim konon! Huh!!!
Uji
yang baru melangkah ke ruang tamu terkejut melihat kelibat sepupunya di situ.
Pantas dia menghampiri Fasha. Cemberut saja wajah gadis itu.
“Apasal
dengan kau ni? Monyok aje aku tengok. Ada yang tak kena ke?” tanya Uji. Dia
dengan Fasha memang rapat sejak dari kecil. Namun sejak kebelakangan ini, sikap
Fasha agak menyakiti hatinya. Apatah lagi bila Fasha sering bercakap tak baik
pasal suaminya.
“Aku
menyesal sangat balik kampung!” luah Fasha.
“Apasal
pulak? Kan mak kau meninggal dunia.
Tak elok la kalau kau tak balik. Kau kena ingat Sha, arwah mak kau tu sayang
sangat kat kau. Kau tak boleh la tak tengok dia di saat-saat terakhir.”
Sejahat-jahat Uji, dia masih punya hati dan perasaan. Sayangnya pada arwah
ibunya tak pernah padam sampai bila-bila.
Fasha
mencebik. “Dah la… takyah nak tunjuk
baik Ji. Kau dulu pun bukannya dengar sangat cakap arwah mak lang. Selalu jugak melawan cakap. Macam la aku tak
kenal perangai kau tu.”
“Betul
cakap kau. Memang aku ni bukannya anak yang baik, tapi sekurang-kurangnya aku
ada saat mak aku sakit. Aku tak pernah tinggalkan dia.” Mengenang sikapnya di
masa lalu, airmata Uji bergenang. Jika masa itu dapat diputar semula, dia ingin
menjadi anak yang baik. Anak yang sentiasa menyenangkan hati maknya. Namun,
segala-galanya sudah terlambat. Maknya tak mungkin kembali semula.
“Eiii… dah la Uji! Tak payah nak
berairmata la depan aku. Meluat aku tengok tau. Aku ni dahlah tengah bengang
dengan minah tu. Kau pulak
menambahkan bengang aku ni. Menyampah, tau tak?!” Dengan rasa sebal, Fasha
berlalu meninggalkan Uji. Kakinya sengaja dihentak kuat tanda betapa dia marah
ketika itu.
Dalam
bilik, dia menghempaskan badannya ke atas tilam. Terlentang dia memandang
siling putih. Hatinya sakit meluap-luap. Tak sangka Aisyah akan jadi sebahagia itu.
Fikirnya, Aisyah hidup menderita berkahwin dengan lelaki yang dinikahi atas
dasar terpaksa. Tak sangka pula mereka bahagia. Masih segar dalam ingatan
Fasha, bagaimana marahnya Tengku Iskandar pada Aisyah malam itu. Nyaris saja
kakak sepupunya itu dibunuh sampai mati.
Ah…
ini semua salah abangnya! Kalaulah abangnya tak gatal hendak memperkosa Aisyah
malam itu, tentu semua ini takkan terjadi. Tentu Aisyah takkan bertemu dengan
lelaki kacak dan kaya-raya. Abangnya menjadi punca derita hati yang ditanggungnya
kini.
Fasha
mendengus. Melihat kebahagian Aisyah, membuatkan dia tak senang duduk. Dia
perlu melakukan sesuatu. Dia takkan berdiam diri. Tengku Iskandar harus
dimiliki! Tapi bagaimana?
Fasha
bangun dari baring. Berjalan mundar-mandir memikirkan jalan bagaimana harus
merampas Tengku Iskandar daripada Aisyah. Namun, dia buntu. Dia tak mampu
berfikir ketika ini. Dia perlu mendapatkan pertolongan Uji. Sepupunya itu pasti
mempunyai idea yang bernas. Selama ini Uji banyak menolongnya.
Pantas,
Fasha turun semula ke bawah. Mencari-cari kelibat Uji di ruang tamu. Namun
sepupunya tiada di situ. Lantas dia melangkah pula ke ruang dapur. Pasti Uji
berada di sana. Betul tekaannya, Uji ada di dapur.
“Uji.”
Panggil Fasha.
Uji
yang sedang menyiang ikan berpaling. Dilihatnya Fasha tersengih-sengih
menghampirinya. Gadis itu kemudian menyandarkan badan ke kabinet sambil
memandangnya dengan pandangan seribu satu makna. Tangan pula disilang ke dada.
“Ada
apa?” Acuh tak acuh Uji bertanya. Daripada raut wajah Fasha, dia yakin ada
sesuatu yang Fasha mahukan. Dia dah cukup faham dengan sikap Fasha.
“Hmmm… aku mintak maaf pasal tadi. Bukan niat aku nak tengking kau. Cuma… aku
tengah bengang la Uji.” Fasha mula mengadu.
“Kau
bengang pasal apa pulak?” Ikutkan
hati, Uji malas nak melayan. Namun dia terpaksa memandangkan Fasha dah mula
membuka cerita.
“Pasal
Aisyah tu la!”
“Kenapa
dengan Aisyah.”
“Kau
tau tak? Dia sekarang ni dah eksen.
Mentang-mentang kahwin dengan lelaki hensem
dan kaya-raya, dia berlagak depan aku. Pakai baju berjenama dan barang kemas
sampai ke lengan. Masa hari mak aku meninggal tu, dia balik kampung dengan laki
dia. Saja la tu nak tayang laki dia dekat orang kampung. Menyampah betul aku
tengok muka dia Uji. Kalau kau ada masa tu kan, tentu kau pun menyampah jugak.” Fasha meluahkan rasa tak puas
hatinya. Sengaja dia menambah sedikit ‘perisa’ dalam ceritanya agar Uji juga
turut merasa benci.
Uji
buat acuh tak acuh. Jika dulu, cerita pasal Aisyah pasti menarik minatnya.
Tetapi tidak lagi kini. Dia sudah muak mendengar hinaan Fasha terhadap Aisyah.
Biarlah Aisyah berkahwin dengan lelaki kacak yang kaya-raya sekali pun, dia tak
peduli. Dia sendiri sudah bersuami meskipun suaminya tak sekacak suami Aisyah.
Sekurang-kurangnya, suaminya itu adalah yang terbaik baginya.
Melihat
tingkah Uji, Fasha mengetap bibir.
“Uji,
kau dengar tak apa yang aku cakap ni?!” Oktaf suara Fasha sedikit meninggi.
“Aku
dengar….” Malas-malas Uji membalas.
“Habis
tu yang kau buat derk aje kenapa pulak? Takkan kau tak terasa langsung
yang betina tu dah hidup senang?” Sakit hatinya melihat respons Uji.
Uji
menghela nafas. Pisau yang digunakan menyiang ikan diletakkan ke singki.
Pandangannya ditala ke wajah Fasha yang sudah masam mencuka.
“Aku
bukan tak nak bagi respons Sha. Cuma aku dah malas la nak dengar semua ni lagi.
Dari dulu sampai sekarang, kau asyik tak puas hati dengan Aisyah je. Dah
bahagian dia dapat suami macam tu, dialah dia hidup bahagia. Kita doakan ajelah
yang baik-baik.” Ujar Uji cuba menasihati.
“Doa
yang baik-baik? Huh, jangan harap! Sejak bila kau jadi alim ulamak ni nak
mendoakan yang baik-baik untuk perempuan tu? Bukan kau pun tak sukakan dia ke? Takyah nak berlakon jadi ustazah la
Uji.”
“Aku
bukan nak berlakon, Fasha. Aku cuma nak berubah. Aku tahu aku dah banyak buat
salah kat Aisyah selama ni. Mulai hari ni, aku dah tak nak mengata dia lagi.
Biarlah dia bahagia. Itu yang terbaik.”
“Jangan
mimpi di siang harilah Uji! Aku takkan doakan kebahagian perempuan tu. Kau
tengok la nanti, dia pasti menderita!” usai berkata, Fasha melangkah naik ke
atas. Sangkanya dapat meminta bantuan Uji mencari idea menghapuskan Aisyah, tak
sangka pula Uji dah menjelma menjadi perempuan baik. Benci!
“Nampaknya, aku kena
cari jalan sendiri.” Ujar Fasha sendirian. Api kebenciannya masih lagi panas
membara.