W4J4H-W4J4H K354Y4N64NKU

Khamis, 26 Disember 2013

ISTERI DALAM SANGKAR 17









Bab 17

PERLAHAN-LAHAN Tengku Iskandar membuka mata. Kepalanya yang berat dan pening menyebabkan dia terasa malas hendak bangun. Namun dia terpaksa memandangkan jam lonceng sudah menjerit-jerit separuh mati membingitkan telinga. Jam itu memang suka menganggu lenanya!

Tengku Iskandar mengeliat ke kiri dan kanan. Cuba menyelesakan badan yang terasa lenguh-lenguh. Tiba-tiba dia terasa ada kelainan pada dirinya. Comforter yang menyelimuti separuh daripada badannya diselak. Wajahnya serta-merta berubah. Matanya memerhati pakaiannya yang berselerak di atas lantai.

Tengku Iskandar memerah otak. Cuba mengingat apa yang telah terjadi.

Satu-per-satu kejadian semalam menerjah kotak fikiran. Bayangan antara dia dengan gadis kampung itu terlayar depan mata. “Oh my god!” itulah yang terluah dari mulut Tengku Iskandar setelah ingatannya berjaya memproses kejadian tersebut. Dia terkejut namun tiada rasa bersalah dalam dirinya.

Telefon bimbit berdering. Tengku Iskandar bangun sambil melilit comforter ke pinggangnya. Pada skrin terpampang nama Tengku Haziq. Laju dia menjawab panggilan yang memekakkan telinga.

“Assalamualaikum… kau kat mana ni?”

“Waalaikumusalam. Aku masih kat kondo.”

What? Hey… kau dah lupa ke kita ada meeting dengan Datuk Ismadi dekat Putra Holding pukul sepuluh setengah nanti. Sekarang ni dah pukul berapa?” Ujar Tengku Haziq dengan suara sedikit meninggi.

“Aku tak lupa la. Cuma aku terlajak tidur aje.”

“Banyaklah kau punya terlajak. Dah pukul lapan lima puluh minit pagi tau. Kau buat apa lagi kat rumah tu? Kau kan tahu jalan kat KL ni tak pernah lengang, lagi nak lengah-lengah. Takkan nak sampai Putra Holding pukul sebelas pulak!” geram benar Tengku Haziq dengan perangai sambil lewa Tengku Iskandar. Boleh pula dia masih bersenang lenang di kondonya itu sedangkan masa terus berjalan. Memang benar meeting bermula pukul sepuluh setengah tetapi apa salahnya Tengku Iskandar bergerak awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Tengku Iskandar mencemik. Tengku Haziq sudah mula berceramah pagi. Sebiji mewarisi perangai mummy. ‘Bla! Bla! Bla! Bla! Macam orang perempuan!’ Hati mendesis.

“Ya la. Ya la. Aku bersiap la ni. Kau tunggu aku kat ofis. Kita gerak sama-sama ke sana.” Tidak menunggu lama, Tengku Iskandar mematikan talian. Semakin lama dia berbual dengan Tengku Haziq, semakin panjang berjela pula bebelan lelaki itu nanti. Menyakitkan telinga saja!

Tiga puluh minit berlalu, Tengku Iskandar siap sepenuhnya. Wajahnya yang kacak itu bertambah kacak dengan penampilan penuh bergaya. Memang dia gemar bergaya. Disebabkan itu dia banyak menerima tawaran photoshoot bagi majalah-majalah pakaian di Malaysia. Cuma sejak kebelakangan ini kerap menolak tawaran daripada beberapa majalah terkemuka. Kesibukan kerja membataskan aktiviti kegemarannya itu.

Dia melangkah turun ke bawah. Ketika itu juga matanya menangkap kelibat Aisyah yang sedang menyusun beberapa keping roti yang sudah disapu dengan mentega dan kaya ke dalam pinggan. Tunduk saja wajah gadis itu seperti kebiasaan bila berdepan dengannya.

Tengku Iskandar mengambil tempat di meja makan. Tempat yang biasa menjadi pilihannya.

Aisyah meletakkan jus oren Peel Fresh dan roti yang sudah disapu mentega dan kaya tadi di hadapan Tengku Iskandar. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Kejadian semalam masih menganggu mindanya. Cuma dia terpaksa berlagak biasa di hadapan Tengku Iskandar. Berharap agar lelaki itu tidak mengingati apa yang telah berlaku semalam. Biarlah hanya dia seorang yang mengetahuinya. Tidak rela jika lelaki itu menyedari apa yang terjadi antara mereka. Silap hari bulan Tengku Iskandar menuduh dia yang mengambil kesempatan.

“Apa yang jadi semalam?” Tanya Tengku Iskandar sambil menjerling wajah Aisyah dengan ekor matanya. Sengaja dia bertanya. Mahu melihat reaksi gadis kampung itu. Sedangkan dia sudah ingat apa yang terjadi antara mereka semalam.

Pertanyaan Tengku Iskandar menyentak jantung Aisyah. Dadanya mula berdebar-debar. Adakah lelaki itu sedar apa yang telah berlaku? Tidak! Tidak! Tengku Iskandar tak sedar kerana waktu itu dia mabuk dan terus tertidur setelah puas menikmati tubuh Aisyah.

Aisyah sekadar menggeleng. Tanda tiada apa-apa yang berlaku semalam. Padahal kejadian semalam menyebabkan dia tidak dapat tidur sepanjang malam. Matanya yang bengkak juga akibat menangis sepanjang malam.

“Kau ingat aku bodoh tak tahu apa yang jadi!” ujar Tengku Iskandar lagi. Wajahnya masih selamba dengan mulut sudah mengunyah roti.

Semakin berdebar jantung Aisyah mendengar bicara Tengku Iskandar. Kepalanya tidak berani diangkat. Kejadian semalam mula terbayang depan mata. Tanpa rela ‘harta’ kepunyaannya dirampas lelaki itu. Dia cuba menghalau bayangan itu. Terasa jijik dan malu pada diri sendiri. Betapa lemahnya dia sehingga kehormatannya diragut suami sendiri.

“Apa pun yang jadi semalam… aku rasa aku memang berhak dapat. Sepatutnya dari malam aku jadikan kau bini aku lagi aku dah dapat hak aku.” Selamba saja Tengku Iskandar menutur kata. Langsung tidak memikirkan perasaan Aisyah yang tercalar dengan kata-katanya itu.

Sudahlah semalam dia memperlakukan Aisyah tanpa kerelaan gadis itu. Hari ini pula dia mencalar hati Aisyah dengan kata-kata tak berperasaannya. Buat selamba bagaikan tiada apa yang perlu dikesali kerana memang dia berhak memilikinya.

Benar Aisyah isteri Tengku Iskandar. Benar Tengku Iskandar berhak mendapatkan haknya sebagai seorang suami. Namun bukan dengan cara keji seperti semalam. Apa yang terjadi semalam lebih kepada kes memperkosa. Tengku Iskandar meragut ‘harta’ Aisyah dengan cara paksaan.

Aisyah pejam mata. Air mata yang terasa ingin mengalir cuba ditahan. Lelaki seperti Tengku Iskandar tidak akan bersimpati dengan air mata seorang wanita sepertinya. Lelaki itu memang kejam!

Usai menghabiskan jus orennya, Tengku Iskandar bangun dari duduk. Langkahnya dibawa menghampiri Aisyah. Didekatkan wajahnya ke wajah Aisyah yang menunduk. Lalu dia berkata sesuatu.

“Kau dengar sini… aku nak kau simpan baik-baik apa yang dah jadi malam semalam. Jangan cerita pada sesiapa terutama Tengku Haziq. Kalau aku tahu kau bagitau Tengku Haziq apa yang aku dah buat dekat kau, nahas kau aku kerjakan. Faham?” lembut nadanya tetapi penuh dengan ugutan.

Aisyah hanya diam. Langsung tidak memberi respons pada ugutan Tengku Iskandar. Hatinya begitu luka dengan perlakuan lelaki itu. Tiada kata maaf malah ‘Tengku Harimau’ itu dengan megah mengatakan dia memang berhak memiliki ‘harta’ kepunyaan Aisyah. Memang lelaki tak punya hati perut!

Panas hati Tengku Iskandar melihat tingkah kaku Aisyah yang tak ubah seperti patung cendana. Pantas dia menarik rambut gadis itu sehingga terangkat wajah Aisyah.

“Kau faham tak apa yang aku cakap ni?! Yang kau buat bodoh kenapa? Kau ni memang suka menyakitkan hati aku la!” jerkah Tengku Iskandar dengan wajah merah.

“Fa… faham.” Aisyah bersuara gagap. Nadanya sudah bergetar dengan air mata sudah mula berlinangan. Rambutnya yang bertocang kemas sudah kusut masai dek perbuatan Tengku Iskandar.

“Bagus kalau kau faham!” Rambut Aisyah dilepaskan. “Dah! Aku nak pergi. Malam ni masakkan aku Spaghetti.” Pesannya lalu mengangkat briescafe dan berlalu pergi tanpa rasa simpati. Tangisan Aisyah langsung tidak melemahkan hati lelakinya.



“APA ni?!” Fira merempuh masuk ke dalam bilik Tengku Iskandar sambil melempar jambangan bunga ke atas meja. Benar-benar di hadapan Tengku Iskandar. Wajah Fira masam mencuka.

Errrsorry bos. Saya dah cuba halang Cik….”

It’s okey Syeeda. You boleh keluar.” Ujar Tengku Iskandar memotong ayat Syeeda.

Syeeda mengangguk. Dia akur mengikut arahan yang diberi. Pintu bilik bosnya ditutup semula. Sebenarnya ini bukan kes pertama Tengku Iskandar diserang perempuan. Sudah kerap kali Syeeda berhadapan dengan situasi begini.

Setelah pintu bilik tertutup, Tengku Iskandar bangun dari duduknya. Butang baju kot dibuka. Kemudian dia menghampiri Fira yang berwajah masam. Punggungnya disandar pada hujung meja kerja.

“Ini bunga la baby. Takkan you dah tak kenal bunga lagi. Selama ni you kan suka kalau I bagi you bunga.” Jambangan white roses yang dibuang atas mejanya tadi diambil. Kemudian disuakan kepada Fira yang sudah memeluk tubuh dengan wajah masam mencuka.

“You jangan nak main-mainkan I Is! Takkan you tak baca kad kecil yang you selitkan tu.”

Selamba saja aksi Tengku Iskandar. Kad kecil yang terselit pada jambangan bunga tersebut dicapai. Kemudian dengan bersahaja dia membaca tulisan kecil pada kad. “Dear Safira. Thanks for everything but I can’t give you what you want. Sorry and good bye!”

Fira menarik muka. Kata-kata dalam kad itu cukup menyakitkan hatinya. “What do you mean about sorry and good bye? Kita baru beberapa kali bersama. Takkan you tergamak tinggalkan I. You kata you sayangkan I dan you mahu I sentiasa ada di sisi you. But now… you nak tinggalkan I!” Fira merengus.

Tengku Iskandar ketawa dengan penuh bersahaja. Riak Fira mencuit hatinya. Perempuan macam Fira memang bodoh! Ingat dia tak tahu apa yang Fira mahukan daripada dia? Dia belum bodoh menilai perempuan seperti Fira yang lebih memandang harta daripada hatinya. Memang patut dia tinggalkan Fira.

Lagipun dia tak pernah bertahan dengan mana-mana perempuan selama ini. Dia tak suka ikatan yang bakal menjerat hatinya. Sudah diajar hatinya untuk tidak tunduk pada kehendak wanita. Wanita seperti Fira hanyalah teman untuk bersosial. Teman untuk memuaskan nafsu lelakinya.

“Is! I tak buat kelakar okey! Yang you ketawa tu kenapa?” semakin menggelegak rasa panas hati Fira mendengar ketawa Tengku Iskandar.

You are very funny, baby. Yes I told you that I love you butI’m not in love with you!” Dipenghujung kata, nada Tengku Iskandar kedengaran tegas. Lagaknya juga begitu bersahaja.

What? How dare you Is?!” Fira mengangkat tangannya. Mahu menampar muka Tengku Iskandar yang begitu mudah memperlakukan dia sebegitu rupa. Namun tindakannya berjaya dihalang Tengku Iskandar. Pergelangan tangannya ditangkap dan ditekan kuat lelaki itu. membuatkan dia meronta minta tangannya dilepaskan.

“Jangan sesekali you berani nak sampaikan tangan dekat muka I. You ingat I tak tahu siapa diri you? You ingat I bodoh tak dapat bezakan anak dara dengan bukan dara? Hey… you dengar sini, perempuan macam you ni dah ramai yang I jumpa. Setakat baru keluar beberapa kali you nak ikat I, jangan mimpi la! I tak akan terikat dengan perempuan macam you.”

Merah padam muka Fira mendengar kata-kata Tengku Iskandar. Sangkanya dia sudah berjaya menawan hati lelaki itu. Ternyata dia silap. Tengku Iskandar lebih bijak daripada dirinya. Tangannya yang digenggam kejap Tengku Iskandar dilepaskan. Ada kesan merah pada pergelangan tangannya yang putih melepak itu.

Get out of my office!” halau Tengku Iskandar.

Fira menggigit bibir. Terasa hina diperlakukan sebegitu. Dengan hati yang panas, dia keluar dari bilik Tengku Iskandar. Lelaki itu benar-benar telah menjatuhkan maruahnya. Selepas ini terpaksalah dia terhegeh-hegeh semula menagih kasih Datuk Kiram yang pernah ditinggalkannya dua bulan lalu. Hanya lelaki tua kerepot itu saja yang mampu menanggung kos hidupnya di kota metropolitan ini. Dia sudah tidak kisah lagi kedutan pada wajah tua itu asalkan dia dapat hidup dengan senang.

Setelah Fira berlalu dengan rasa sebalnya, Tengku Iskandar ketawa besar. Kelakar melihat wajah merah menyala Fira yang tak ubah seperti udang dipanggang atas bara api. Seorang lagi perempuan bodoh yang berjaya dia tinggalkan!

20 ulasan:

  1. cis, habis madu sepah dibuang! ni bukan tengku tapi tungku! hee emo skit bab kali ni

    BalasPadam
  2. eee..kejamnya tengku nie..bila la dia nak jth cinta dgn aisyah..

    BalasPadam
  3. JAHAT LA TENGKU NI GERAM NAK LAGI .

    BalasPadam
  4. Makin menarik cerita ni....sis, smbg lah lg....x sbr nk tau apa yg berlaku setrsnya pd aisyah.....but hopefully citer ni x lah spt tipikal citer novel2 yg sblm ni yg mn nnt aisyah semkn menderita n mengandung....maybe u can make it something different...tp ni just my opinion....sbb pastinya sis dh byk siapkn citer ni kan....apa2 kan sy tetap akn sokong and trs nnt kn next entry....gud luck sis....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih dear..insyaALLAH ada sikit kelainan dalam IDS..terima kasih kerana setia menyokong IDS.. =)

      Padam
  5. Darl..sambung Next eps. lagi..makin bestttt...cptlh ya..hopely can get it as soon as possible...plzzzzzz...

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheee...ok nanti saya sambung ye..

      Padam
  6. kak..bile nk next chapter?still waiting.. :(

    BalasPadam
  7. Dia x patut jd tengku,,patut jd harimau je!

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju..mmg dia tak layak jadi tengku..tp apa bole buat..dia kena la ikut keturunan mak bapak dia kan..hikhikhik

      Padam
    2. Haha..akak,,best gile dowh citer ni..!

      Padam
    3. heheheee..alhamdulillah..kena dgn citarasa awak dik..terima kasih ya

      Padam
  8. Assalamualaikum,kenapa berhenti sampai bab 21 tiap kali nak baca sambungannya buat saya tak sabar nak baca n3nya chauk2 teruskan penulis..........

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam..saya da up n3 baru mgu lepas..mgu ne nk up n3 baru lagi...

      Padam