Bab 16
“BOS… Tengku Mummy is on the line. Dia nak bercakap dengan bos.”
Suara Syeeda yang berkumandang dari interkom membantutkan kerja Tengku Iskandar
depan komputer. Mengeluh sedikit tatkala nama Tengku Mummy disebut. Jika Tengku Mummy
yang menelefon, pasti ada sesuatu yang dimahukan mummynya itu.
“Okey.
Sambungkan panggilan.” Jawab Tengku Iskandar. Dia bangkit dari duduk lalu
beralih ke sofa putih yang terdapat dalam biliknya itu dengan gangang diletak
tepi telinga.
“Assalamualaikum
mummy.”
“Waalaikumusalam.”
“Ada apa mummy call Is ni?”
“Aik? Mummy nak call anak mummy sendiri pun
tak boleh ke?” soalan dibalas dengan soalan.
Tengku Iskandar
tersengih. Sedar akan keterlanjuran soalannya. Tak pasal-pasal dia sudah kena
tempalak dengan mummy. Memanglah tak
salah mummy menelefon. Tapi jika mummy
sudah menelefon pasti ada hal penting yang ingin diberitahu mummynya itu.
“Bukanlah tak
boleh mummy. Cuma Is dapat rasa kalau
mummy yang telefon mesti ada hal
penting.”
“Baguslah kalau
Is dah tahu. Tak payahlah mummy nak
cakap panjang berjela. Hujung minggu depan mummy
nak Is balik rumah kita.”
“Hai… hari ni
baru masuk hari rabu, mummy dah buat appointment untuk hujung minggu depan
dengan Is. Kelakar la mummy ni.”
Tengku Iskandar ketawa terbahak-bahak.
“Takde yang kelakarnya. Mummy sengaja nak inform
Is awal-awal. Mummy bukannya tak
faham dengan perangai Is yang banyak sangat alasannya tu. Kalau mummy call last minute pasti Is bagi
alasan macam-macam dekat mummy.”
tegas suara Tengku Maria.
Ketawa Tengku
Iskandar mulai reda. “Kenapa nak suruh Is balik ni?” dia bertanya.
“Takkan nak
suruh anak balik ke rumah sendiri pun tak boleh? Kenapa Is dah tak suka nak
balik ke rumah kita lagi ke?” keras nada suara Tengku Maria mendengar soalan
anaknya tadi. Buat hatinya panas dengar soalan itu.
Tengku Iskandar
menghela nafas. “Bukan tak boleh tapi mummy
tahukan Is ni selalu sibuk.”
“Pasal tu mummy inform awal-awal. Mummy
nak Is balik malam minggu depan. Mummy
buat makan-makan sikit. Jemput Auntie
Ku’Za dengan Uncle Megat.” Ujar
Tengku Maria tanpa berselindung. Lebih baik dia beritahu Tengku Iskandar
awal-awal bahawa dia menjemput sepupunya itu anak beranak makan di rumah
mereka.
Mendengar nama Auntie Ku’Za dan Uncle Megat Sufian, semangat Tengku Iskandar menjadi lemah. Dia tak
berkenan bersemuka dengan keluarga itu. Sedangkan dulu dia pernah rapat dengan
keluarga tersebut. Cuma sejak kejadian antara dia dengan Puteri Waiduri, dia
berusaha menjarakkan diri dengan keluarga Uncle
Megat.
“Is tak boleh
janjilah mummy. Hujung minggu depan
Is ada janji dengan Tengku Danish nak lawat tapak projek dekat Shah Alam tu.
Nak tengok dah sampai mana dia orang buat kerja pembinaan untuk projek tu.”
Tengku Iskandar memberi alasan. Sebenarnya dia tiada janji dengan Tengku
Danish. Sengaja dia berkata begitu agar mummy
tidak mengesyaki niatnya yang mahu mengelak.
“Jangan nak
bagi banyak alasan Tengku Iskandar!” Tengku Maria sudah mula menyebut penuh
nama anak lelakinya itu. Tanda dia sedang marah.
“Tengku
Iskandar ingat mummy tak tahu
aktiviti hujung minggu Tengku Iskandar? Jumpa Tengku Danish konon! Macamlah mummy ni bodoh sangat tak tahu yang Tengku
Iskandar nak berfoya-foya dengan teman-teman wanita Tengku Iskandar yang tak
senonoh tu. Dah! Mummy tak nak dengar
apa-apa alasan lagi. Mummy mahu
Tengku Iskandar balik rumah hujung minggu ni. Kalau tak… jangan harap Tengku
Iskandar dapat duduk kerusi CEO TG Holdings.” Putus Tengku Maria dengan tegas. Jika
hanya dengan cara ugutan itu dia dapat menundukkan Tengku Iskandar, dia akan
menggunakannya.
Tengku Iskandar
mendengus. Mummy tahu sangat mencari
kelemahannya. Membuatkan dia terpaksa mengalah dengan kehendak mummy yang satu itu. “Okeylah. Is
balik.” Dalam rasa terpaksa, Tengku Iskandar bersetuju. Lemah semangatnya mahu
mengikut kehendak mummy tetapi demi
kerusi CEO yang diidamkannya, dia terpaksa.
“Good! That my son. Hujung minggu ni mummy
tunggu kepulangan Is. Nanti mummy
masak sedap-sedap khas untuk Is. Okeylah sayang, mummy have to go. Nak keluar beli barang-barang rumah dengan nenda.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
Setelah talian
dimatikan, Tengku Iskandar merengus. Dia merebahkan badan di atas sofa.
Kehendak mummy yang mahu dia balik ke
rumah semata-mata ingin mempertemukan dia dengan Puteri Waiduri adalah sesuatu
yang paling tidak digemarinya. Hatinya sudah lama tertutup buat Puteri Waiduri.
Perlahan-lahan,
kenangan lalu menerjah kotak ingatan. Kenangan yang menyebabkan hubungannya
dengan Puteri Waiduri menjadi renggang.
TENGKU ISKANDAR
mengecilkan anak matanya. Kelibat seorang gadis yang baru keluar dari butik
pakaian bersama seorang lelaki diamati. Dia kenal gadis itu. Teramat
mengenalinya!
Tak
semena-mena, detakan jantung Tengku Iskandar berlari laju.
Tengku Iskandar
bangun dari duduknya. Dia perlu bersemuka dengan Puteri Waiduri yang sedang
bergelak tawa bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Bukan main manja lagi
gadis itu memaut lengan sasa lelaki tersebut. Membuatkan hatinya bagai
disiat-siat melihat perlakuan manja Puteri Waiduri.
“Wai!” Panggil
Tengku Iskandar.
Puteri Waiduri
yang sedang bergelak tawa dengan lelaki di sisinya berpaling. Terkejut melihat
Tengku Iskandar yang berdiri benar-benar di hadapan. Berubah air mukanya
melihat wajah lelaki itu.
“Is….” Kaget
Puteri Waiduri.
“Who is this guy?” soal Tengku Iskandar
tidak sabar. Matanya beralih pada lelaki yang berdiri gah di samping Puteri
Waiduri. Bukan main berlagak lagi wajah lelaki tersebut.
“Errr….” Puteri Waiduri kalut. Soalan
Tengku Iskandar dirasakan terlalu sukar untuk dijawab.
“Wai… I’m waiting. Who is he?” soalan
yang sama diulang. Wajah Tengku Iskandar juga sudah mula menegang. Tanda api
kemarahan sudah mula membahang.
Puteri Waiduri
mengeluh. Rasanya dia sudah tidak perlu berpura-pura lagi depan Tengku
Iskandar. Lelaki itu perlu tahu kebenaran tentang hatinya ini.
“Haidar, my boyfriend.” beritahu Puteri
Waiduri.
Haidar sekadar
tersengih. Lagaknya yang sombong menjengkilkan hati Tengku Iskandar.
“Boyfriend? So… I ni apa?”
“Is… please. Boleh tak kita jangan cakap
benda ni kat sini. I’ll call you later,
okey.” Pinta Puteri Waiduri dengan nada perlahan. Mengharap pengertian
Tengku Iskandar.
“I tak sangka
you macam ni. Mati-mati I sangka you cintakan I rupanya you main kayu tiga
belakang I. Perempuan jenis apa you ni Wai?” Tengku Iskandar mempersoalkan
tentang diri Puteri Waiduri.
“Is… boleh tak
jangan persoalkan tentang diri I.”
“Habis tu kalau
I tak boleh mempersoalkan tentang diri you, you nak I cakap apa? Tahniah sebab
you buat hati I remuk! Macam tu. Hey…
you ni memang perempuan curang tau!”
“Enough! Please! Selama ni I tak pernah cintakan you pun. I layan you sebab
you tu sepupu I. Mama dengan Tengku Mummy
yang beria-ia nak satukan kita. Tapi bukan dari keinginan hati I sendiri. I tak
cintakan you Is. I dah cuba tapi I tak mampu sebab you bukan lelaki idaman hati
I.”
“Owh… macam tu. Habis tu kenapa selama ni
you layan I? Kenapa you selalu kata sayangkan I? Apa makna semua tu Wai?” sakit
hati Tengku Iskandar mendengar kata-kata Puteri Waiduri. Gadis itu telah
menjatuhkan air mukanya di hadapan lelaki bernama Haidar ini. Lelaki sombong
dan berlagak.
“Okey. Memang I
selalu kata I sayangkan you. Tapi sayang yang tak lebih dari sayang seorang
adik pada abangnya. I need someone
yang boleh menjamin kesenangan I. You belum sampai ke tahap tu Is. You masih
tak mencapai tahap yang I impikan dari seorang lelaki.”
“Apa yang you
impikan dari seorang lelaki Wai?”
“I nak lelaki
seperti Haidar. Yang punya jawatan kukuh. Mampu menjadi ketua pada syarikat.
Mampu memajukan syarikat miliknya. Bukannya lelaki hingusan yang duduk di bawah
telunjuk keluarga. You ada semuanya tapi bukan kedudukan sebagai lelaki
berjaya. You belum sampai ke tahap tu Is. You terlalu muda dan I tak mahu hidup
dengan lelaki macam you.”
Tengku Iskandar
terkesima. Kata-kata Puteri Waiduri umpama racun yang menyerap ke tubuh.
Membunuh segenap perasaannya.
“Bos… bos!”
Syeeda mengejutkan Tengku Iskandar yang kelihatan hanyut dalam dunianya
sendiri. Dari tadi dia memanggil, namun lelaki itu tidak mendengar
panggilannya. Entah apa yang difikirkan sampai suaranya tidak didengari lelaki
berstatus buaya darat itu.
Syeeda mengetap
bibir. “Bos!!” kali ini suaranya ditinggikan. Sengaja dia meninggikan suara
agar bosnya yang jauh berkhayal kembali ke alam nyata.
Terkejut Tengku
Iskandar mendengar suara tinggi Syeeda. Terpisat-pisat dia bangun sambil
menggosok matanya. Kedudukan tubuhnya diluruskan. Tak sangka dia sudah jauh
melamun menerokai kenangan silam yang amat menyakitkan. Mencalar ego lelakinya.
“Errr… bos tak balik lagi ke?” Syeeda
bertanya. Khuatir bosnya itu akan marah kerana dia cukup arif dengan mood
Tengku Iskandar yang sentiasa berubah-ubah.
“Dah pukul
berapa ni?”
“Dah pukul lima
setengah bos.” Beritahu Syeeda.
Tengku Iskandar
menepuk dahi. Kerana terlalu melayan perasaan, dia terlajak sampai ke pukul
lima setengah. Tergesa-gesa dia bangun dari duduknya. Baju kot diperkemaskan.
Dia sudah terlewat dari menjemput Fira di tempat kerja gadis itu. Tentu muncung
Fira sudah panjang seinci kerana kelewatannya ini.
“Syeeda, awak
tolong offkan komputer saya. Saya dah
lewat ni. Saya kena pergi sekarang. Thanks.”
Tanpa menunggu
lama Tengku Iskandar keluar dari biliknya. Dia perlu menjemput Fira sekarang
juga. Skrin pada telefon bimbit menunjukkan ada sepuluh panggilan daripada Fira
yang tidak dijawab. Malah gadis itu juga ada meninggalkan pesanan ringkas. Ada
tiga pesanan yang ditinggalkan. Ketiga-tiga pesanan ada bunyi tanda gadis itu
sedang merajuk.
Tengku Iskandar
mendapat idea. Sebelum menjemput Fira dia akan singgah ke kedai bunga yang
berhampiran terlebih dahulu. Dia yakin rajuk Fira pasti akan terpujuk dengan
adanya jambangan bunga tersebut. Perempuan macam Fira itu, bukanlah susah mana
pun hendak memujuknya.
Stereng kereta
dihala menuju ke jalan kedai bunga yang sudah biasa diperginya. Sempat dia
membalas pesanan ringkas Fira dengan menyuruh gadis itu menunggu kedatangannya
dengan sabar.
JAM pada dinding sudah menunjukkan pukul dua belas tiga puluh tujuh
minit malam. Namun bayang-bayang ‘Tengku Harimau’ itu masih juga tidak
kelihatan. Entah ke mana dia pergi agaknya. Tidak pula menelefon meninggalkan
pesanan pada Aisyah. Buat sayang saja ada telefon di rumah ini tetapi tidak digunakan
kemudahan yang ada. Sebagai isteri, Aisyah tetap risaukan keselamatan Tengku
Iskandar biarpun lelaki itu tidak pernah menganggapnya sebagai seorang isteri.
Apatah lagi waktu sudah begitu lewat. Selalunya paling lewat pun Tengku
Iskandar balik antara pukul sembilan hingga sepuluh malam.
Hampir lima
minit berlalu, tiba-tiba tombol pintu dibuka. Derap kaki yang melangkah masuk
ke dalam rumah membuatkan Aisyah bangkit dari duduk. Kelihatan Tengku Iskandar
masuk ke dalam rumah dengan tubuh yang terhuyung-hayang.
Berdetak laju
jantung Aisyah tatkala melihat keadaan lelaki itu. Dia amat yakin lelaki itu
balik dalam keadaan mabuk. Beristgifar panjang dia di dalam hati. Tak sangka
begini sekali cara kehidupan suaminya itu. Dua minggu dia berada di dalam kondo
mewah ini, malam ini buat pertama kalinya dia melihat Tengku Iskandar balik
dalam keadaan mabuk. Biasanya lelaki itu jika balik lewat pun takdelah mabuk macam ini.
Tengku Iskandar
berjalan memanjat anak tangan. Tubuhnya yang terhuyung-hayang menyebabkan langkahnya
menjadi tidak tentu arah. Hampir saja dia terjelepok jatuh. Mujur Aisyah sempat
menahan tubuhnya. Dalam keterpaksaan, Aisyah memapah Tengku Iskandar naik ke
atas. Lelaki itu sudah mabuk benar sehingga membiarkan Aisyah membantunya.
Aisyah merebahkan
tubuh sasa Tengku Iskandar di atas katil. Lelaki itu sudah berhenti meracau.
Matanya terpejam rapat. Mungkin sudah tertidur. Dia mengeluh. Matanya jatuh
pada kaki lelaki itu yang masih berstoking. Berhati-hati dia melutut di hujung
kaki lelaki itu dan membuka stoking Tengku
Iskandar dengan penuh cermat. Takut andai tindakannya bakal mengejutkan Tengku
Iskandar.
Selesai membuka
ke dua belah stoking Tengku Iskandar,
Aisyah segera bangun. Keadaan Tengku Iskandar yang mabuk membuatkan dia jadi
tak senang duduk. Namun belum sempat Aisyah berganjak, tangannya ditarik Tengku
Iskandar. Dia jatuh di atas dada lelaki itu. Bau minuman beralkohol menyerbu ke
lubang hidung. Menyebabkan Aisyah berasa loya hendak termuntah. Pertama kali
dia menghidu bau yang begitu memualkan anak tekak.
Keadaan
tubuhnya yang rapat dengan Tengku Iskandar membuatkan degup jantungnya sudah
kehilangan rentak. Rasa hendak pitam dia berada dalam keadaan begitu. Dalam
hati dia berdoa agar lelaki yang ‘kurang waras’ itu tidak mengapa-apakan dia.
Orang tengah mabuk, memang satu benda pun tak ‘jalan’ dalam otaknya.
“You nak ke
mana ni sayang?” Tanya Tengku Iskandar dalam lenggok mabuk. Kepalanya yang
pening membuatkan dia khayal. Lupa siapa gadis yang ditarik dalam pelukannya.
Perkataan ‘sayang’
yang keluar dari mulut Tengku Iskandar menyebabkan Aisyah terasa air liur yang
ditelan menjadi perit. Apatah lagi tangan lelaki itu sudah melingkar kemas
pinggangnya.
“Te… tengku…
to… tolong lepaskan sa… saya.” Tergagap-gagap Aisyah bersuara. Dia meronta-ronta
minta dilepaskan. Hatinya sudah mula gelisa dengan perlakuan Tengku Iskandar.
“Lepaskan? Hey… apa you merepek ni sayang? You kena
layan I malam ni. I rindu nak bermesra dengan you.” Tangan Tengku Iskandar
beralih membelai wajah Aisyah. Ingin dikucupnya pipi itu namun Aisyah segera
mengelak.
Debar dihati
Aisyah semakin kencang. Dia tahu Tengku Iskandar tengah mabuk dan tidak sedar
dengan apa yang sedang dia lakukan. Selama ini jangankan hendak menyentuh
Aisyah, hendak memandang muka Aisyah pun Tengku Iskandar tidak sudi.
“Tengku
tolonglah. Lepaskan saya.” Pinta Aisyah bersungguh-sungguh. Semakin dia
meronta, semakin kejap Tengku Iskandar memeluknya.
“I tak akan
lepaskan you sayang. I benar-benar mahukan you malam ni.”
Tengku Iskandar
memusingkan tubuh Aisyah ke kanannya. Tangannya masih kejap pada pinggang gadis
itu agar Aisyah tidak terlepas dari genggaman. Dia lupa bahawa gadis itu adalah
gadis kampung yang dibenci. Dia benar-benar khayal dalam dunianya sendiri.
Perlakuannya itu cuba ditepis oleh Aisyah. Namun dia bertindak lebih agresif
dari tadi. Tubuh Aisyah ditindih dan kini dia sudah berada di atas gadis itu.
Leher jenjang Aisyah yang putih melepak benar-benar menaikkan nafsu lelakinya.
Aisyah kian
takut dengan perlakuan Tengku Iskandar yang bertukar agresif. Lelaki itu
benar-benar sudah hilang pertimbangan. Wajahnya berulang kali menerima ciuman.
Tubuhnya juga semakin kuat ditindih. Menyebabkan dia sukar hendak melepaskan
diri. Dia juga dapat merasa tangan lelaki itu semakin menjalar menyentuh segenap
inci tubuhnya. Dia tetap berusaha mahu melawan namun kudrat seorang wanita
tidak mampu melawan tenaga seorang lelaki. Apatah lagi lelaki yang fikirannya
sudah tidak ‘waras’ ketika ini.
“Lepaskan saya…
tolonglah lepaskan saya.” Aisyah masih merayu. Air mata bercucuran membasahi
pipi. Tindakan Tengku Iskandar menerbitkan rasa takut yang bukan sedikit dalam
hatinya.
Tengku Iskandar
tidak menghiraukan rayuan tersebut. Bibirnya kini dibenamkan ke bibir Aisyah.
Lama bibirnya bertaut dengan bibir si isteri yang tidak dicintai. Dia tidak
sedar siapa gadis yang dipeluknya kini. Apa yang dia tahu dan mahu, tuntutan
nafsunya dilaksanakan. Rontaan dan rayuan Aisyah sudah tidak dipedulikan.
Tengku Iskandar
benar-benar sudah bertukar menjadi sang harimau yang mahu ‘membaham’ mangsa.
Segenap inci wajah dah tubuh gadis itu menjadi sasaran bibirnya. Dia tidak akan
melepaskan peluang yang ada!
AISYAH menangis teresak-esak. Dirinya dirasa terlalu kotor. Air
yang bercucuran dari shower dalam
biliknya bagai tidak mampu menghilangkan kotoran yang melekat. Dia benar-benar
tidak berdaya melawan segala tindakan Tengku Iskandar padanya. ‘Harta’ yang
dijaga selama ini diragut suami sendiri.
Aisyah tahu
dirinya adalah milik Tengku Iskandar. Lelaki itu bebas melakukan apa saja ke atasnya
memandangkan mereka pasangan suami isteri yang sah. Namun bukan dalam keadaan
begini. Apa yang Tengku Iskandar lakukan kepadanya tak ubah seperti memperkosa.
Ya! Memang dia diperkosa suami sendiri.
T.q dayangku aryana
BalasPadamSambung lgi,please.??
Welcome dear..
Padamdah ada bab17
sambung la cepat kak..
BalasPadamDah sambung dik
Padamhailah tengku iskandar.... sian aisyah. cept2 sambung ya kak. pendek jea entry kali ni. hee :)
BalasPadamMmg kesian..heheheee..akak dah smbg bab17
PadamBEST.
BalasPadamTq dear
PadamIya..sambung cpt2x darl...cant wait 4 d next epi...plzzzzz
BalasPadamDah ada bab17 smlm..heheheee
Padam