Bab 14
DAHI Aisyah berkerut-kerut.
Sudah puas dia mencari baki lauk semalam. Namun satu pun dia tak jumpa. Ke mana
pula baki lauk itu menghilang? Takkan dalam kondo mewah macam ini ada tikus pulak? Tapi… kalau betul tikus yang
ambik, tentu ada tinggal sisa-sisanya. Ini satu sisa pun takde.
Aisyah ketap
bibir. Kepalanya digaru. Dia benar-benar kebinggungan.
“Ehem!”
Suara deheman
itu mematikan tingkah Aisyah. Hidungnya sudah dapat menangkap haruman segar
yang bisa menggetarkan hatinya. Pantas dia berdiri tegak ibarat pengawal berkuda
di Istana.
“Kau cari apa
tu?” tanya Tengku Iskandar biarpun dia yakin pasti gadis kampung itu sedang
mencari baki lauk semalam.
Aisyah
berpaling. Seperti biasa dengan kepala yang menunduk. “Errr… saya cari baki laun semalam tengku.”
“Owh… baki lauk kampung yang kau masak
semalam tu ye? Aku dah buang!” Tengku
Iskandar berbohong demi menyelamatkan diri.
Terkejut Aisyah
mendengarnya. Sampai hati lelaki itu membuang baki lauk yang masih banyak. Jika
dia panaskan hari ini masih boleh lagi di makan. Tak perlulah dia nak masak
lagi.
“Kau tau tak
lauk kau tu berbau? Habis satu peti ais aku tu berbau busuk gara-gara masak
lemak kau. Kalau dah tahu tak dapat nak habiskan lauk tak sedap kau tu, jangan
simpan dalam peti ais. Kotor peti ais aku. Kau tahu tak peti ais tu harga dia
mahal? Jangan sesuka hati nak simpan makanan yang kau masak kat dalam tu.”
Sambil berkata,
Tengku Iskandar melangkah ke peti ais. Jus oren Peel Fresh dicapai. Lalu dia
mencapai gelas kaca dan menuang jus ke dalam. Inilah minuman paginya setiap hari.
Jus oren. Jika hendak minum Nescafe, itu hanya minuman petang atau malam bagi
mengelakkan dia mengantuk dari membuat kerja.
Aisyah tidak
bersuara. Hanya mendengar saja. Buat apa dia hendak bersuara jika suaranya
tidak didengari oleh ‘Tengku Harimau’ yang bongkak itu. Buat benda ikut sukanya
saja. Mentang-mentang ini kediaman dia. Buang makanan tak guna otak. Itukan
rezeki ALLAH, selagi boleh makan buat apa nak buang?
Melihat Tengku
Iskandar melangkah keluar dari ruang dapur, Aisyah mengekori langkah lelaki
itu. “Errr… tengku nak sarapan ke?”
Aisyah bertanya.
“Kau buat
sarapan pagi apa?”
“Errr… saya belum buat sarapan lagi
tengku. Nak tunggu tengku. Tengku nak makan apa?”
Tengku Iskandar
mendengus. “Kalau kau nak tunggu aku, maknanya aku nak tunggu kau siapkan
sarapan lagi la ya? Kau ni memang bodohkan? Tak boleh ke sediakan sarapan aku
awal-awal?”
Aisyah tunduk.
Hatinya mula cuak mendengar intonasi suara Tengku Iskandar yang sudah melangit.
Apa yang dia lakukan semua salah di mata lelaki itu. Sediakan sarapan pagi kena
marah, tak sedia pun kena marah.
“Dahlah! Aku
takde selera nak makan. Apa lagi
tengok muka kau. Dari aku bersarapan kat rumah yang entah apa-apa kau masak tu,
baik aku sarapan kat hotel. Takdelah
tekak aku ni loya dengan masakan ala kampung kau tu. Aku ni ada high taste. Bukan macam taste kau yang kolot tu.” ujar Tengku
Iskandar. Gelas yang sudah kosong diletakkan atas meja. Tanpa pamitan, dia
berlalu keluar untuk ke pejabat.
“Hisy… sombong betul la ‘Tengku Harimau’
ni! Mentang-mentang aku tak pandai masak masakan orang putih, sesuka hati dia
hina masakan aku. Dia belum rasa lagi masakan aku, bolehlah dia menghina. Dah
rasa nanti… baru dia tau macam mana rasanya. Kalah masakan Chef Wan.” Aisyah
merungut. Siap dengan perasannya sekali. Tidak berdepan dengan Tengku Iskandar
bolehlah dia berkata begitu. Cuba ‘Tengku Harimau’ itu ada depan mata, kaku dia
tak berkata-kata.
Selesai
membasuh gelas yang digunakan oleh Tengku Iskandar, dia melangkah masuk ke
dalam biliknya. Dia perlukan bantuan Tengku Haziq. Cuma lelaki itu yang bisa
membantunya dalam hal berkaitan dengan ‘Tengku Harimau’. Takkanlah dia hendak
membiarkan dirinya ini hari-hari jadi bahan hinaan ‘Tengku Harimau’ itu. Jika
boleh, dia tidak mahu lelaki itu menghinanya lagi. Dia juga punya hati dan
perasaan yang perlu dijaga.
Laci dibuka. Aisyah
mencapai kad kecil yang diberikan Tengku Haziq kepadanya beberapa hari lepas.
Kad kecil itu merupakan kad nama lelaki tersebut yang disertai dengan nombor
telefon.
Aisyah kembali
ke ruang tamu. Telefon yang terletak atas meja dicapai. Satu-per-satu nombor
telefon Tengku Haziq didail. Dia berharap agar dia tidak menganggu lelaki itu
hari ini. Walaupun dia sedar hari ini merupakan hari bekerja.
“Assalamualaikum…
Aisyah.” Suara Tengku Haziq menerpah dengan memberi salam.
Terkejut Aisyah
mendengarnya. Pelik entah bagaimana lelaki yang digelar ‘Tengku Kucing’ itu
boleh tahu dia yang membuat panggilan. Namun salam Tengku Haziq tetap dijawab.
“Waalaikumusalam.”
“Ada apa awak
telefon saya ni?” Tengku Haziq bertanya. Pelik juga dia bila gadis itu
menelefonnya pagi-pagi begini. Jika tiada hal penting, masakan Aisyah
menelefon.
Aisyah ketap
bibir. “Errr… awak kat mana ni? Sibuk
tak?”
“Saya tengah drive. On the way ke tempat kerja. Kenapa ya?”
“Ye ke? Maaflah… saya tak tahu awak
tengah memandu. Kalau macam tu takpelah.”
Aisyah jadi serba salah.
“Takpe Aisyah. Saya guna handsfree. Awak boleh cakap dengan saya.
Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke?”
“Ermmm… saya nak mintak tolong awak hantar saya ke kedai buku. Saya tak tahu kedai
buku kat sini. Ada buku yang saya nak beli.”
“Owh… ye
ke? Ok… kalau macam tu nanti dalam pukul sepuluh saya ambik awak. Saya pergi
ofis kejap. Awak bersiaplah dulu ya.”
Aisyah
mengangguk. Macamlah anggukannya itu dapat dilihat Tengku Haziq. “Baiklah. Maaf
ya sebab susahkan awak.”
“Alaaa… tak
jadi masalah la.” Tengku Haziq tak pernah rasa Aisyah menyusahkan. Dia suka
bila gadis itu memerlukan bantuannya. Rasa dia diperlukan dalam hidup gadis
itu.
Setelah talian
ditamatkan, Aisyah beredar ke dalam bilik. Dia mahu bersiap untuk keluar.
Sebelum itu sempat dia memeriksa buku ASB di dalam beg. Memeriksa baki simpanan
yang dia ada. Dia perlukan duit untuk membeli satu buku. Semua dilakukan
semata-mata ‘Tengku Harimau’ itu.
TENGKU HAZIQ menunggu Aisyah di dalam kenderaan. Gadis itu minta
dia singgah sebentar ke Pejabat Pos. Katanya ada sesuatu yang dia nak pos.
tidak pula dia hendak bertanya lanjut. Takut dilabel sebagai ‘kaki sibuk’.
Lagipun tentu Aisyah juga kurang selesa hendak berterus terang dengannya. Gadis
itu memang pemalu orangnya.
Setelah
menunggu hampir sepuluh minit, kelibat Aisyah mula kelihatan. Terkocoh-kocoh
gadis berbaju kurung catton warna putih bunga-bunga sakura pink itu menghampiri
kereta.
“Maaflah buat
awak tunggu lama.” Pinta Aisyah sebaik saja dia masuk ke dalam perut kenderaan.
Tengku Haziq
tersenyum dan menggeleng. “It’s okey
Aisyah. Takdelah lama mana pun.”
Aisyah
tersenyum senang mendengar kata-kata lelaki itu.
“Okey… sekarang
awak nak ke mana?” tanya Tengku Haziq. Wajah Aisyah yang putih mulus itu
dipandang.
“Ermmm… awak turunkan saya kat mana-mana
kedai buku yang berhampiran. Nanti saya balik sendiri guna teksi.” Tidak senang
pula Aisyah jika Tengku Haziq menemaninya. Lagipun sekarang ini waktu bekerja.
Dia tak mahu menganggu kerja lelaki itu. Cukuplah hantar dia ke kedai buku yang
berhampiran. Pulang nanti dia boleh naik teksi sahaja.
“Eh… takpelah. Biar saya temankan awak.”
“Tapi awak kan
kerja. Nanti ganggu kerja-kerja awak pulak.”
Itulah yang merisaukan Aisyah. Takut menganggu kerja-kerja Tengku Haziq.
“Takpe Aisyah. Saya dah ambik cuti hari ni.
Saya boleh temankan awak ke mana aje awak nak pergi.”
“Ngeee… ye ke? Maaflah kalau saya yang buat awak terpaksa ambik cuti.”
“Hisy… takpe. Kebetulan saya pun memang jarang bercuti. Hmmm… macam ni la. Apa kata kita ke KLCC. Dekat sana ada kedai buku
Kinokuniya. Awak boleh cari buku yang awak nak sebab tempat dia memang besar.”
Putus Tengku Haziq.
Mendengar
perkataan KLCC yang keluar dari mulut Tengku Haziq, laju Aisyah menganggukkan
kepala. Memang sudah lama dia berhajat mahu menjejak kaki ke situ.
Tidak menunggu
lama, Tengku Haziq meneruskan pemanduan. Stereng kereta Toyota Camry yang
dipandu dihala menuju ke jalan yang menempatkan bangunan tinggi KLCC. Daripada
air wajah Aisyah, dia tahu gadis itu teruja ke sana.
Masuk saja ke
dalam pusat membeli belah KLCC, mata Aisyah liar memerhati sekeliling. Sumpah
dia tak pernah lihat semua ini! Betapa besar dan cantiknya dalaman KLCC. Penuh
dengan kedai-kedai mewah. Aisyah terasa begitu ‘kerdil’ masuk ke sini. Apatah
lagi ada mata-mata yang memandangnya dengan pandangan sinis. Seolah-olah dia
yang hanya berbaju kurung kain catton ini tidak layak masuk ke sini.
Mereka menuju
ke kedai buku Kinokuniya. Seperti yang Tengku Haziq beritahunya dalam kenderaan
tadi. Kedai buku Kinokuniya ini memang besar. Ada pelbagai jenis buku terjual
di sini. Tidak mahu berlengah, Aisyah bertanya pada pekerja kedai di mana
letaknya rak khas untuk buku resepi.
Setelah
mendapat tahu di mana rak khas untuk resepi, Aisyah berjalan ke sana. Haziq
sudah hilang ke rak hujung. Entah buku apa yang dibelek lelaki itu. Nampak
begitu khusyuk sekali.
Aisyah mencapai
sebuah buku resepi. Tajuk depannya adalah ‘Resipi Masakan Barat’. Dibelek halaman
dalamnya. Selain mengajar cara memasak, ia juga memaparkan gambar masakan yang
dimasak. Tidak mahu berfikir panjang, Aisyah memutuskan dia membeli buku ini.
Kakinya
melangkah. Sudah alang-alang berada di sini, rasanya elok dia mencari novel.
Ada jugalah bahan bacaan untuk dibaca ketika bosan berada di kondo mewah
‘Tengku Harimau’ itu.
Melihat
lambakan novel-novel terbaharu yang berada di pasaran, Aisyah jadi begitu
teruja. Dia memang gemar membaca novel. Dekat kampung, dia mempunyai beberapa
koleksi novel. Jika tidak, dia akan pinjam daripada Ros. Ros memang banyak
novel-novel baru. Sahabat baiknya itu memang hantu novel!
Novel bertajuk
‘Pelangi Cinta Buat Suami’ hasil nukilan Acik Lana dicapai. Dibelek
sinopsisnya. Tersenyum-senyum dia membaca sinopsis tersebut. Dalam simpanan dia
ada ‘Aku Bukan Mistress’ dan ‘Maaf Jika Aku Tak Sempurna’. Sudah banyak kali
dia mengulang baca dua novel tersebut. Satu lagi karya Acik Lana bertajuk
‘Kalau Memang Harus Begitu’ juga sudah dibaca. Yang ini dia pinjam dari Ros.
Dia dengan Ros memang dua-dua peminat Acik Lana. Tanpa berfikir panjang, Aisyah
memutuskan membeli novel tersebut. Biarpun bukan novel baharu, namun dia mahu
menjadikan karya Acik Lana sebagai koleksinya.
Dua buah buku
yang dipilih dibawa ke depan kaunter. Ketika dia terkial-kial mencari beg duit
dalam beg sandangnya, seorang lelaki terlebih dahulu menghulurkan duit kepada
pekerja kaunter.
“Eh… takpe Tengku Haziq. Biar saya yang bayar.”
Aisyah cuba memulangkan duit yang Tengku Haziq hulurkan kepada gadis manis di
hadapan kaunter pembayaran.
Tengku Haziq
menggeleng. Duit tadi dihulurkan kembali kepada chaser di depan kaunter.
“Takpe. Biar saya yang bayarkan.”
“Tapi….”
“Dahlah. Tak
payah nak bertapi-tapi.”
Usai mengambil
duit bakinya, Tengku Haziq menghulurkan bakul plastik kepada Aisyah.
“Errr… terima kasih ya. Saya ni banyak
betul menyusahkan awak.” segan sungguh Aisyah dengan Tengku Haziq yang pemurah
itu.
“Takpe. Hal kecik je.” Bersama senyuman dia
membalas. “Awak beli buku resepi ye? Nak belajar masak makanan barat ke?”
tanyanya. Dia perasan buku resepi masakan barat yang dibeli Aisyah tadi.
Aisyah
mengangguk. Memang dia kena belajar masak masakan ala-ala barat. Maklum… diakan
kahwin dengan ‘mat salih sesat’. Kenalah belajar western food ini. Jika tidak, mahu hari-hari dia kena tengking oleh
‘Tengku Harimau’ itu.
“Mesti sebab
Tengku Iskandar kan?” teka Tengku Haziq.
Aisyah tidak
menjawab. Hanya tersenyum saja.
“Tekak abang
sepupu saya tu memang tekak mat salih. Tapi awak jangan layankan sangat
kehendak dia yang tekak mat salih tu. Dekat rumah Tengku Mummy, dia makan juga masakan melayu ni. Mengada aje lebih dia tu.”
Mahu rasanya
Aisyah tergelak mendengar cerita fasal Tengku Iskandar yang keluar dari mulut
Tengku Haziq. Lelaki itu cakap saja besar. Rupanya tahu juga makan masakan
kampung. Huh… high taste la sangat!
“Saya nampak
tadi awak beli novel ya?” Tengku Haziq sengaja mahu memancing perbualan bersama
Aisyah. Gadis itu pendiam sangat. Rasa bosan pula jika tidak bercerita.
Aisyah
mengangguk.
“Tajuk apa?”
“Pelangi Cinta
Buat Suami.” Lancar Aisyah menyebut nama novel yang dibelinya. Tak sabar nak
sampai rumah dan baca novel tersebut. Jika jalan cerita bagus, memang empat
lima kali jugalah dia mengulangi pembacaan.
“Hmmm… cantik tajuk dia. Siapa yang
tulis?”
“Acik Lana.”
“Acik Lana?
Siapa tu?” soal Tengku Haziq kembali. Nama itu tak pernah didengar.
“Acik Lana la.
Dia ni penulis novel. Saya ada dua koleksi novel dia dekat rumah. Dua-dua pun best. Yang satu lagi pun saya dah baca.
Pinjam dengan kawan.” Bersemangat sungguh Aisyah memberitahu. Topik yang kena
dengan jiwanya.
“Owh… dia
penulis rupanya. Saya tak kenal.”
“Hmmm… dia memang penulis. Semua novel
dia best! Saya memang minat sangat
kat dia. Dia ada satu lagi novel. Tapi tak kena jual dekat kedai buku.”
“Habis tu kalau
tak jual kat kedai buku nak jual kat mana pulak?”
“Kawan saya
kata… kalau nak beli novel Acik Lana yang satu tu kena beli guna online. Kira kena order dengan Acik Lana terus la. Saya pun tak reti macam mana. Teringin juga nak dapatkan novel dia tu cuma saya
tak pandai nak order online. Biasanya
kalau nak beli saya mintak tolong kawan.”
Rancak sungguh
Aisyah bercerita fasal Acik Lana si novelis kegemarannya itu. Tengku Haziq yang
tak tahu apa-apa itu hanya melayan saja. Sengaja pancing Aisyah untuk terus
bercerita. Boleh tahan ramah juga mulut gadis itu jika kena pada topik yang
dibualkan.
Ketika kaki
membelok ke kanan, tiba-tiba ada satu susuk tubuh merempuh tubuh Aisyah dengan
kuat. Membuatkan Aisyah terdorong ke belakang.
“Ouch!” jerit seorang gadis. Suaranya
ala-ala manja ratu rock Ella gitu. Jambangan bunga yang dibawa bersama jatuh
menyembah lantai pusat membeli belah Suria KLCC.
“Errr… maaf. Saya tak sengaja.” Pinta
Aisyah kalut. Sedangkan bukan dia yang bersalah dalam hal ini.
“You ni buta ye? Tak nampak I kat depan? Tengok apa yang
you dah buat? Habis rosak jambangan bunga I. You ingat jambangan bunga ni murah
ke?” sergah gadis cantik berpakaian seksi itu. Memang seksi tahap gila!
Berlagak pun tahap gila jugak.
Terkejut
sungguh Aisyah mendengar budi bahasa gadis cantik itu. Rupa dah ada tetapi budi
bahasanya pada markah yang paling rendah.
Tengku Haziq
yang mendengar juga sudah mengerut dahi. Wajah gadis seksi berambut perang itu
diamati. Rasanya dia kenal gadis seksi itu. Dia adalah Fira kekasih baharu
Tengku Iskandar. Dia cukup yakin kerana dia memang pernah terserempak Fira
keluar bersama Tengku Iskandar beberapa kali. Cuma Fira saja yang tidak
perasankan dia.
“You tunggu apa
lagi? Kutiplah jambangan bunga I tu.” Arah Fira dengan lagak kerek.
Aisyah yang
lurus bendul mengikut. Namun tingkahnya dihalang Tengku Haziq. Dia tidak
membenarkan Aisyah mengikut kehendak Fira yang sombong.
“Sorry cik. Rasanya cik sendiri yang
lalai. Sepatutnya cik sendiri yang kena kutip balik jambangan bunga cik tu. Tak
payah nak bodohkan orang lain.” Jawab Tengku Haziq meluat dengan perangai
sombong Fira.
Fira mengetap
bibir. Geram bukan kepalang dia mendengar jawapan daripada lelaki itu. Matanya
dikecilkan. Wajah lelaki di hadapannya itu seolah pernah dilihat. Namun otaknya
yang lembab ini sukar hendak mengingat.
“Baby… come.”
Panggilan ‘baby’ dari suara yang dikenali memaksa
Aisyah dan Tengku Haziq menghala pandangan. Manakala Fira sudah terkedek-kedek
menghampiri Tengku Iskandar. Lengan sasa lelaki itu dipaut. Bukan main mesra
lagi lagaknya. Lantas dia pun mengadu. “Darling…
tengoklah perempuan tu. Dia langgar I sampai jatuh jambangan yang you hadiahkan
pada I. Lepas tu langsung tak mintak maaf. Suruh kutip balik jambangan bunga tu
pun dia tak nak.”
Berubah wajah
Tengku Iskandar melihat Tengku Haziq dan Aisyah di situ. Tak sangka boleh
terserempak. Padanlah Tengku Haziq mengambil cuti hari ini. Menemani Aisyah
bersiar-siar di sini rupanya.
“Ziq… buat apa
kat sini?” tanya Tengku Iskandar. Tangan Fira yang memaut lengannya dilepaskan.
Bersahaja saja lagaknya sehingga membuatkan air muka Fira berubah. Memuncung
tajam bibirnya diperlakukan begitu.
“Aku temankan
Aisyah beli barang sikit.”
Tengku Iskandar
mengerling Aisyah. Lantas gadis itu menundukkan wajahnya. Tidak berani
menentang mata Tengku Iskandar yang tajam bagaikan burung helang.
“Kenapa? Barang
dapur kat rumah tu dah habis lagi ke?” tanya Tengku Iskandar dalam nada
berbisik. Cukup didengari dia, Tengku Haziq dan Aisyah saja. Matanya tak lepas
merenung tajam wajah Aisyah. Ada sesuatu membuatkan hatinya berbuku rasa geram.
“Bukanlah. Ada
barang nak beli sikit.” Jelas Tengku Haziq. Nadanya juga diperlahankan tidak
mahu Fira yang berdiri dengan bibir muncung itu mendengarinya. Pernikahan
antara Tengku Iskandar dengan Aisyah adalah rahsia mereka bertiga.
“Hmmm… ya la! Lepas ni kau hantar
perempuan kampung ni balik kondo. Jangan sampai ada pulak yang ternampak kau berdua-duaan dengan dia. Nanti tak
pasal-pasal terbongkar rahsia kita.”
Itulah yang
paling dikhuatiri Tengku Iskandar. Takut jika ada mata-mata yang mengenali
mereka akan memaklumkan hal ini pada mummynya.
Tentu mummy akan mengesyaki sesuatu
jika cerita ini tersebar. Melepaslah peluangnya hendak menduduki kerusi CEO TG
Holdings dalam masa terdekat. Dia tidak mahu kehilangan kerusi CEO TG Holdings
hanya kerana gadis kampung itu.
“Don’t worry! Aku tahu apa yang aku buat.
Kau tu yang kena hati-hati. Nanti ada pulak
mulut yang sampaikan cerita kau berkepit dengan minah mulut muncung tu dekat
Tengku Mummy.” Tengku Haziq menyorot
pandangan pada Fira. Tak berkenan sungguh dia melihat gadis itu. Sudahlah
pakaian jenis tak cukup kain. Hati pula busuk dan berlagak.
“Okey la. Kami
pergi dulu. Aku nak ajak Aisyah makan lepas tu aku hantar dia balik.”
Setelah
berpamitan, Tengku Haziq dan Aisyah pun berlalu. Dalam hati, Aisyah tertanya
juga siapa agaknya gadis seksi itu? Adakah dia teman wanita ‘Tengku Harimau’?
Dia tak tahu. Apa yang pasti, hatinya rasa sesuatu tatkala melihat gadis seksi
itu memaut lengan Tengku Iskandar tadi.
“Come!” Tengku Iskandar meraih jemari
Fira. Gadis itu mengeraskan dirinya. Hatinya masih sakit diperlakukan begitu
oleh Tengku Iskandar tadi. Jatuh air mukanya bila Tengku Iskandar dengan
selamba melurutkan tangannya.
“Baby… kenapa ni?”
“You tu la!
Sampai hati lepaskan tangan I depan perempuan berbaju kurung buruk tu. Jatuh
air muka I tau!”
“Owh… pasal tu ke? Sorrylah I tak sengaja. Yang tadi tu cousin I.”
“You mean… Tengku Haziq?” Soal Fira ingin
kepastian. Dia tak pernah Tengku Haziq meskipun lelaki itu bersepupu dengan
buah hatinya. Namun dia selalu mendengar nama itu disebut-sebut teman
serumahnya, Adila. Adila memang kemarukkan cinta Tengku Haziq. Rupanya itulah
orangnya. Memang boleh tahan! Wajahnya hampir serupa dengan Tengku Iskandar
tetapi di mata Fira, Tengku Iskandar lagi menarik.
Sebagai jawapan
kepada soalan Fira, Tengku Iskandar sekadar mengangguk.
“Owh… habis tu girl baju kurung tu siapa? Girlfriend
dia ke? Hisy… kalau girl tu la girlfriend dia, memang tak layak langsung. Macam langit dengan
bumi! Agaknya girl tu dah bomohkan cousin you tak darling. Pasal tu tak pandang girl
lain yang lagi mengancam macam housemate
I si Adila tu.” komen Fira tanpa menghiraukan perasaan Tengku Iskandar. Lancar
saja dia mengutuk Aisyah.
Tengku Iskandar
mendengus. “Boleh tak kalau kita jangan cakap hal dia orang?!” Kasar nadanya.
Dia paling tak
gemar bila berbicara pasti ada terselitkan perihal Aisyah. Itu baru pandangan
Fira seorang fasal Aisyah. Kalau orang lain, entah apa lagi yang mereka akan
kata. Entah-entah mereka akan ketawa bila mendapat tahu gadis kampung itu
adalah isterinya. Huh! Dia tak akan biarkan perkara itu terjadi. Tiada siapa
yang boleh tahu bahawa gadis kampung itu adalah isterinya. Jatuh sahamnya jika
itu terjadi.
Mendengar nada
suara Tengku Iskandar yang sudah bertukar nada, Fira menarik muka.
“Yang you nak
tinggikan suara pada I ni kenapa pulak?” Jika Tengku Iskandar bersuara tinggi.
Begitu juga halnya dengan Fira. “Hisy…
dahlah! I takde mood la nak jalan-jalan lagi. Hantar I balik!” dengan wajah
mencuka, Fira melangkah laju ke depan.
Tengku Iskandar
tidak memujuk. Dia juga malas hendak melayan angin Fira yang berubah-ubah.
Setakat rajuk Fira, dia tak hairan sangat. Dia masih ada ramai lagi ‘stok
simpanan’ yang sudi melayannya. Tak luak pun kalau dia kehilangan Fira.
“AISYAH!!!” Nama itu dilaung buat pertama kalinya. Sepanjang
mengenali gadis kampung itu, belum pernah Tengku Iskandar memanggil nama
Aisyah. Jika nak panggil pun, dia lebih gemar memanggil gadis itu dengan
panggilan perempuan kampung.
Tiada jawapan.
Kondonya sunyi tanpa suara.
“Aisyah!!!!!”
kali ini suara Tengku Iskandar lagi tinggi dari tadi.
Juga sunyi. Ini
membuatkan hatinya yang sedia panas bertambah panas. Pantas dia melangkah ke
bilik gadis itu. Tombol pintu dipulas namun sayang pintu terkunci dari dalam.
“Hoi! Perempuan
kampung! Bukalah pintu ni. Kau pekak ke?!” jerit Tengku Iskandar sambil tangan
mengetuk-ngetuk pintu bilik Aisyah. Bagai hendak roboh pintu bilik itu
diketuknya.
“Bukak atau kau
nak aku pecahan pintu bilik ni?! Jangan sampai aku heret kau keluar dari kondo
aku.” Tengku Iskandar mengugut.
Namun masih
tiada respons daripada Aisyah. Semakin menggila dia mengetuk bilik tersebut.
“Hoi!! Bukak la bodoh!” teriak Tengku Iskandar bagai mahu terkeluar biji
halkum.
Serentak itu
juga pintu bilik terbuka. Membuatkan Tengku Iskandar bagai harimau jantan
kelaparan mahu membaham mangsa datang menerpah. Namun tindakannya terhenti kala
mata jatuh pada Aisyah yang masih lengkap bertelekung putih.
“Ma… maafkan
saya tengku. Sa… saya tengah solat Asar tadi.” Tergagap-gagap Aisyah bersuara.
Cuak benar dia melihat tingkah ganas Tengku Iskandar. Lelaki itu tak ubah
seperti sang harimau dalam hutan.
Tengku Iskandar
mendengus. “Lain kali tak payah nak kunci pintu bilik ni. Apa kau ingat aku dah
kemaruk sangat nak masuk dalam bilik kau ni.”
Aisyah
mengangguk faham. “Errr… tengku panggil saya, tengku nak apa-apa ke?” dia cuba
untuk bertanya. Bukan main memetir lagi suara Tengku Iskandar memanggilnya
tadi. Tentu mahukan sesuatu.
“Aku nak makan.
Kau masakkan aku Chicken Black Pepper.
Nanti dah siap masak, panggil aku kat bilik bacaan.”
Tanpa menunggu
jawapan daripada gadis itu, Tengku Iskandar berlalu naik ke atas. Pelik juga
dia pada dirinya sendiri. Tadi bukan main berapi-api dia mahu memarahi Aisyah.
Namun sebaik saja terlihat gadis itu dalam persalinan telekung putihnya itu,
terus marahnya reda. Hilang entah ke mana.
Aisyah kembali
semula ke dalam bilik. Sejadah yang masih terbentang dilipat lalu disidai pada
penyidai kayu. Begitu juga dengan telekung. Dibuka lantas digantung. Dia perlu
segera ke dapur bagi menyiapkan makan malam suaminya. Buku yang dibeli tengah
hari tadi dibawa bersama sebagai panduan. Ini merupakan percubaan pertamanya
memasak makanan ala barat.
Sorry ada ternampak beberapa typo... saya tulis sini nanti Dayang senang betulkan :D
BalasPadamHANDSFREE bukan handfree
WESTERN RECIPE / atau melayukan saja Resipi Makanan Barat. Tapi untuk nampak lebih real lagi.. saya cadangkan tukar tajuk buku tu... sebab tak ada buku makanan tajuknya begitu... biasanya tajuk agak spesifik. Cuba dayang jalan ke kedai buku dan tgk bahagian buku masakan... cuba tgk tajuk tajuknya. Contohnya tajuk macam ni The Sunset Essential Western Cookbook: Fresh, Flavorful Recipes for Everyday Cooking...
atau
San Diego Chef's Table: Extraordinary Recipes from America's Finest City
Sekadar cadangan dari saya... supaya nampak lebih real. :D
dan
CHICKEN BLACK PEPPER bukan chicken black paper.
Semoga dapat membantu :D.
Thanx bai..heheheee baru aku terperasan..
Padamlike i say Aisyah suka novel Acik Lana macam lya jugak.. novel yang Aisyah takde itu Perempuan Yang Paling Aku Cinta, Tengku Is patut beli untuk Aisyah.. heheheheh
BalasPadamheheheee..
Padamtaste la bukan test. hmm btw best :)
BalasPadammakasi atas tegurannya..kekadang mata tak nampak typo yg ada..
Padam