Bab 22
“KENAPA Is tak datang ke airport semalam?” Itulah soalan pertama
yang keluar dari mulut Tengku Maria ketika menelefon Tengku Iskandar awal pagi
ini.
Semalam dia
menunggu kelibat anaknya itu datang ke lapangan terbang. Namun hampa. Jangankan
batang hidung, bayang-bayang Tengku Iskandar juga tidak kelihatan. Membuatkan
dia memendam rasa marah pada si anak.
“Is lupa la mummy.” Senang Tengku Iskandar memberi
jawapan.
“Macam mana
boleh lupa? Mummy kan dah pesan
dengan Syeeda tolong ingatkan Is!”
“Memanglah
Syeeda dah bagi ingat. Tapi Is lupa. Banyak sangat nak kena fikir.”
“Fikir apa?
Fikir pasal girlfriends yang
berlambak tu?”
Tengku Iskandar
tidak menjawab. Malas hendak bersoal jawab dengan mummynya awal pagi. Merosakkan moodnya
saja.
“Ya la. Ya la.
Lain kali Is akan ingat. Okeylah mummy.
Is nak cepat ni. Nak pergi pejabat. Nanti lambat pulak.”
Sebaik
perbualan ditamatkan, Tengku Iskandar menghela nafas lega. Awal pagi mummy menelefon hanya kerana hal
semalam. Bosan! Dia tak suka mummy
beria-ia mahu dia mendekatkan hubungannya dengan Puteri Waiduri. Gadis itu
sudah lama ‘mati’ dalam hatinya.
Kakinya
bergerak turun ke bawah. Lantas dibawa ke meja makan. Di hadapannya tersedia
hidangan sarapan pagi ala barat. Ada telur mata lembu separuh masak, sosej dan
roti bakar.
Aisyah yang
baru keluar dari dapur memandang Tengku Iskandar dengan pandangan pelik. Hairan
melihat penampilan ringkas lelaki itu. Tak kerjakah dia?
Jug berisi jus
oren diletakkan di atas meja. Hendak bertanya, dia tak berani. Takut kalau mood
lelaki itu tidak baik. Menjadi isteri lelaki garang seperti Tengku Iskandar,
segala tindakannya kena berhati-hati. Tersilap cakap dan salah laku, buruk pula
padahnya.
Punggung
dilabuhkan di atas kerusi. Jus oren dihirup perlahan. Suasana di meja makan
mereka sunyi seperti selalu. Langsung tiada seri dengan gurau senda pasangan
suami isteri. Entah sampai bila keadaan antara mereka jadi begini. Seolah ada
jurang besar yang menjadi penghalang untuk mereka menjalani kehidupan sebagai
suami isteri yang biasa.
“Lepas breakfast ni kau pergi bersiap. Aku nak
bawak kau beli barang dapur. Barang-barang dapur dah habis kan?”
Nasib baik
Aisyah tak tersedak mendengar ayat Tengku Iskandar. Tak pernah lelaki itu
mengajak dia keluar. Alih-alih hari ini Tengku Iskandar mengajak dia pergi
membeli barang-barang dapur. Apa kes? Mimpi apa lelaki itu semalam?
“Dah! Tak payah
nak buat muka macam tu. Kau ingat lawa sangat ke buat muka begitu. Aku ajak kau
sebab aku malas nak tolak troli. Kalau kau ada, sekurang-kurangnya senang kerja
aku.”
‘Ceh! Tak guna
punya ‘Tengku Harimau’. Rupanya ada maksud tersendiri dia nak ajak aku. Nak
suruh aku tolak troli.’ Hati kecil Aisyah menggumam. Lelaki itu memang tak sah
jika tidak menyakiti hatinya.
“Tengku tak
kerja ke hari ni?” Dalam masa yang sama, Aisyah memberanikan diri bertanya
soalan yang dari tadi membelenggu mindanya itu.
Tengku Iskandar
menggeleng sambil menghirup jus oren kegemarannya. “Hari ni aku ambil cuti.”
“Ooooo….” Hanya
bunyi ‘O’ itu yang keluar dari bibir comel Aisyah.
Usai
menghabiskan sarapan pagi, Tengku Iskandar bangun dari duduk. sambil bergerak
ke ruang tamu dia berkata, “Kau pergi bersiap. Jangan pakai seksi sangat. Aku
tak suka orang lain tengok ‘hak’ aku!”
Apa maksud
Tengku Iskandar jangan pakai seksi sangat dan dia tak suka orang tengok
‘hak’nya? Selama ini Tengku Iskandar yang belikan Aisyah pakaian. Pakaian yang
dibeli semua seksi di mata Aisyah. Ikutkan Aisyah, dia lebih suka pakai baju
kurung. Tapi lelaki itu akan sakit mata bila dia berbaju kurung. Katanya Aisyah
kelihatan macam nenek-nenek berpakaian begitu. Disebabkan itu sejak enam bulan
lalu, Aisyah sudah tidak pakai lagi baju kurungnya. Tengku Iskandar dengan
bermurah hati membelikan pakaian-pakain cantik untuk dia.
Aisyah
melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu gelangsar almarinya dibuka. Dia membelek
baju-baju yang tergantung di dalam almari. Baju-bajunya semua jenis ikut
potongan badan. Biarpun tak terlalu menjolok mata sangat, namun dia tak berapa
berkenan dengan baju-baju itu. Mana tidaknya, jika dia pakai mesti melekat kat
badan.
Akhirnya Aisyah
memutuskan untuk memakai kemeja lengan panjang warna biru gelap yang baru
dibelikan Tengku Iskandar minggu lepas untuknya. Dipadankan dengan jean jenama
levis warna biru cerah. Wajahnya dirias sederhana. Cukup mengenakan powder, eye shadow dan lip gloss.
Kesemua kosmetiknya ini daripada jenama Mary Kay. Itu pun Tengku Iskandar juga
yang belikan untuk dia. Aisyah mana tahu jenama-jenama ni segala. Dia tahu
pakai aje.
Rambutnya yang
panjang itu diikat ekor kuda. Selesai mengikat rambut, dia membelek wajah di
hadapan cermin. Tiba-tiba matanya menangkap warna merah pada batang lehernya.
Diamati tanda merah tersebut. Kemudian dia menggigit bibir bawah.
Sah! Tanda
merah itu merupakan ‘lovebite’. Pasti
Tengku Iskandar telah meninggalkan tanda merah itu padanya semalam. Lelaki itu
jika sudah bersama memang tak sedar apa yang dia lakukan. Pantas rambut yang
diikat ekor kuda dibiarkan terlepas. Malu jika ada yang perasan batang lehernya
mempunyai kesan gigitan ‘dracula’.
Tok! Tok! Tok!
Kuat kedengaran
bunyi ketukan di luar sana.
“Kau buat apa
lagi kat dalam tu? Takkan nak make-up
tebal berinci-inci. Kita cuma nak keluar beli barang. Bukannya nak pergi
menonton majlis Anugerah Bintang Popular.”
Tidak mahu
‘Tengku Harimau’ itu berleter panjang, cepat-cepat Aisyah keluar. Beg tangan
jenama Bonia pemberian Tengku Iskandar dicapai. Pintu dibuka.
Tengku Iskandar
yang tercegat di muka pintu memerhati penampilan Aisyah. Cantiknya dia! Tanpa
sedar dia memuji. Kagum dengan kecantikan Aisyah. Tak perlu bersolek tebal.
Wajah gadis kampung itu tetap kelihatan cantik. Apatah lagi dengan rambut
terurai begitu. Menyerlahkan lagi kecantikan semulajadinya.
Tiba-tiba
terbit rasa cemburu di sudut hati lelakinya. Cemburu andai ada mata-mata lelaki
yang nakal akan meratah wajah cantik di sebelahnya ini sebentar nanti. Dia
tidak rela kecantikan ini dikongsi bersama.
“Tengku?” seru
Aisyah. Pelik bila mata lelaki itu tidak lepas-lepas dari merenungnya. Ada yang
kurang atau terlebih ke dengan cara dia bersolek?
“Hah! Kau ni
apasal tak pakai tudung?” tiba-tiba terlepas soalan itu dari mulut Tengku Iskandar.
Dahi Aisyah
berkerut. Seingatnya dia mana ada tudung. Nak pakai tudung apa pula? Takkan nak
guna tudung saji kut?!
“Errr… saya takde tudung tengku.”
“Habis tu
takkan aku nak keluar ‘togel’ macam ni? Nak bagi semua orang nampak rambut kau.
Macam tu?”
Aisyah
menggeleng. Ikutkan hati dia juga tidak mahu rambutnya ini menjadi tontonan
umum. Dia tahu rambutnya aurat yang perlu ditutup dari mata-mata lelaki bukan
mahram. Tapi… dia benar-benar tiada tudung mahu menyembunyikan mahkotanya itu.
Melihat
kebisuan Aisyah, Tengku Iskandar mendengus. “Dah! Jalan cepat. Nanti kita
singgah kat butik Fareeda beli tudung.”
Mendengar
kata-kata itu, Aisyah tidak dapat membendung rasa sukanya. Bibirnya merekah
dengan senyuman. Bolehlah dia pilih tudung cantik-cantik nanti.
“Yang kau
senyum-senyum apasal? Aku aje yang turun belikan kau tudung. Kau duduk diam
dalam kereta. Jangan mengada-ngada nak ikut keluar sama.”
Ayat seterusnya
itu mematikan senyuman di bibir Aisyah. Baru saja dia berangan hendak memilih
tudung yang cantik-cantik di butik Fareeda nanti, ‘Tengku Harimau’ sudah
memusnahkan angan-angannya. Lelaki itu memang tak berhati perut. Sanggup suruh
dia duduk di dalam kereta menunggu. Hampeh!!!
TENGKU ISKANDAR memasukkan minyak masak cap buruh ke dalam troli.
Kemudian beberapa botol sos cili dan tiram juga dimasukkan sekali. Apa saja
yang dirasakan perlu, dimasukkan ke dalam.
Kalaulah Aisyah
tahu dia menjadi ‘kadam’ kepada ‘Tengku Harimau’ itu, dia lebih rela duduk di
kondo melayan drama korea di televisyen. Ikut sama pun, dia cuma menjadi orang
suruhan saja. Penat dia menolak troli yang sarat dengan barang.
“Kau ni apasal
lembap sangat? Tak boleh laju sikit ke? Terhegeh-hegeh!” sergah Tengku Iskandar
setelah melihat Aisyah agak jauh daripadanya.
Aisyah menahan
rasa. Geram dengan perangai Tengku Iskandar yang kuat memerintah. Dia
penat-penat tolak troli. Sedangkan ‘Tengku Harimau’ itu main masukkan barang
saja. Langsung tak fikir fasal dia. Agak-agaklah sikit kudratnya sebagai
seorang wanita. Tak sekuat tenaga seorang lelaki seperti Tengku Iskandar. Lagi
nak membuli.
Dalam
tergesa-gesa menolak troli, Aisyah terlanggar seseorang.
“Opsss… maaf encik.” Pinta Aisyah dengan
rasa cuak. Disebabkan kecuaiannya, barang yang dipegang lelaki itu jatuh ke
lantai. Mampuslah dia kalau lelaki itu naik hantu. Manalah tahu kut lelaki itu
ada perangai yang sama dengan Tengku Iskandar. Tentu dia kena semburan percuma.
Si lelaki
berpaling. Terpegun seketika melihat wajah gadis bertudung Fareeda tiga tingkat
gabungan tiga warna. Cantik dan manis sungguh orangnya. Itu yang dinilai lelaki
tersebut pada si gadis. Agak lama dia memerhati paras gadis di hadapannya itu.
“Errr… encik.” Aisyah bersuara. Mata
lelaki itu yang merenung parasnya agak merimaskan.
“Hah? Erm… apa awak kata?” si lelaki baru tersedar.
“Saya mintak maaf. Disebabkan saya barang
encik terjatuh.” Ujar Aisyah.
Lelaki itu
tersenyum. Baru dia perasan minuman 3 in 1 yang dibeleknya tadi terjatuh ke
lantai. Lantas dia menunduk dan mengutip semula Nescafe tersebut.
“It’s okey. Awak bukannya sengaja kan?”
Aisyah
mengangguk. Memang dia tak sengaja melanggar lelaki itu. Dia kelam-kabut
menolak troli dan troli yang sarat dengan barang itu susah sangat hendak
dikawal. Sebab itu dia terlanggar lelaki itu.
“Saya Aidil.
Awak?” Lelaki bernama Aidil itu memperkenalkan diri. Hatinya melonjak-lonjak
ingin tahu siapa nama gadis tersebut.
“Hoi! Kau buat
apa lagi tercegat dekat sana tu? Tak nampak ke barang dah banyak kat tangan aku
ni? Kau nak aku potong gaji kau ke? Dasar orang gaji pemalas!” suara Tengku
Iskandar kedengaran. Bukan main garang lagi wajah lelaki itu. Tak ubah seperti
harimau dalam hutan.
“Errr… maaf encik. Saya kena pergi.” Tanpa
berlengah, Aisyah menolak semula trolinya ke arah Tengku Iskandar. Bukan main
garang lagi wajah lelaki itu.
“Kau buat apa
dengan lelaki tu? Menggatal ya?!” Tengku Iskandar bertanya geram. Suaranya
diperlahankan namun nadanya kedengaran keras sekali. Pandangan mata lelaki itu
pada Aisyah membuatkan dia sakit hati.
“Errr… takde apa-apa tengku.”
“Ingat sikit
ya! Kau tu ‘hak’ aku. Kau jangan pandai-pandai nak menggatal dengan lelaki
lain. Kalau aku dapat tahu… siap kau aku kerjakan. Dah! Jom ke kaunter bayaran.
Lepas tu kita balik.” Tengku Iskandar memberi amaran keras sebelum kakinya
bergerak laju ke depan. Wajahnya masam mencuka. Niatnya tadi yang mahu mengajak
Aisyah singgah makan sebelum balik terbantut gara-gara rasa cemburu yang
membuak-buak.
Aisyah
terpinga. Pelik dengan sikap Tengku Iskandar yang berubah-ubah. Tadi dalam
kereta lelaki itu nampak ceria sekali. siap menyanyi-nyanyi lagi. tak pernah
Aisyah lihat Tengku Iskandar segembira itu ketika bersamanya. Dia suka melihat
Tengku Iskandar begitu.
Namun kini
wajah itu kembali cemberut. Tegang bukan main. Membuatkan rasa cuak terbit di
hati Aisyah.
SEDARI tadi Fasha asyik termenung. Bayangan lelaki dan perempuan
yang dilihatnya petang tadi menghantui minda. Dia cukup kenal wajah perempuan
itu. Biarpun sudah bertudung dan enam bulan berlalu, namun wajah itu tidak
pernah padam dari mindanya. Itu Aisyah! Aisyah sepupunya yang telah berkahwin
dengan lelaki kaya.
Melihat Aisyah
berjalan beriringan dengan Tengku Iskandar petang tadi di Mid Valley,
membuatkan rasa cemburu Fasha membuak-buak. Benci sungguh dia melihat keadaan
tersebut. Jika bukan kerana dia berada dalam kenderaan masa itu, mahu rasanya
dia mengekori Aisyah dan Tengku Iskandar. Memang tujuan kedatangannya ke Kuala
Lumpur ingin menjejaki pasangan tersebut. Dia mahu merampas Tengku Iskandar
daripada Aisyah. Baginya lelaki kaya dan tampan seperti Tengku Iskandar hanya
layak untuk dia.
“Kau ni asyik
termenung aje aku tengok. Kau fikir pasal apa ni?” Uji yang baru keluar dari
ruang dapur melabuhkan punggung di atas sofa. Wajah sepupunya itu dipandang.
Fasha
berpaling. Uji sejak bergelar isteri ini sudah berisi badannya. Tidak lagi slim macam dulu. Selera makan baik, itu
yang badan Uji juga semakin naik.
“Aku tengah
fikir pasal ‘mangkuk ayun’ tu la.” Balas Fasha.
“Aisyah?” soal
Uji. Kalau sudah Fasha sebut ‘mangkuk ayun’, itu bermakna gelaran untuk Aisyah.
Dia cukup tahu kerana suatu masa dulu dia turut memanggil Aisyah dengan gelaran
itu.
Fasha
mengangguk-angguk.
“Kenapa dengan
‘mangkuk ayun’ tu?” Tanya Uji.
“Aku rasa aku
nampak dia petang tadi.”
“Kat mana kau
nampak dia? Kenapa tak bagitau aku?”
“Kat Mid
Valley. Masa tu aku tak pasti lagi. Takut salah orang sebab dia dah pakai
tudung. Tapi bila aku perhati betul-betul, sah memang dia. Eiii… geramnya aku Uji. Benci betul aku tengok dia jalan beriringan
dengan Tengku Iskandar tu.” luah Fasha dengan rasa geram menggunung tinggi.
Uji hanya
mengangguk tanda bersetuju. Bukan Fasha seorang yang tidak sukakan Aisyah. Uji
juga membenci Aisyah. Biarpun Aisyah tidak pernah menyakitinya, tetapi dia
benar-benar tak sukakan gadis itu. Dia cemburu kerana Aisyah lebih ramai peminat
daripada dia ketika mereka bersekolah dulu. Sampai ke hari ini, perasaan itu
masih lagi menebal.
“Aku geram
betul la Uji! Meluat betul aku tengok dia beriringan dengan Tengku Iskandar tu.
Dahlah tengku tu hensem giler, tak
sesuai betul jalan dengan dia. Sepatutnya aku yang berada di samping lelaki
macam tu. Bukannya perempuan kolot macam Aisyah. Eiii… aku rasa nak tarik-tarik aje rambut Aisyah kalau jumpa nanti.
Aku memang dah lama tak puas hati dengan dia!”
“Yang tu aku
tak setuju.” Bangkang Uji.
Dahi Fasha
berlipat. Matanya merenung tajam paras Uji. Selama ni Uji tak pernah bantah apa
yang dia kata.
“Kau jangan pulak salah faham. Aku bangkang bukan
sebab aku sukakan ‘mangkuk ayun’ tu. Aku cuma tak nak kau bertindak melulu.
Kalau kau pergi serang Aisyah, nanti apa pulak kata tengku tu. Sah-sah dia
fikir yang negative tentang kau.
Sepatutnya kau kenalah pandai berlakon sikit. Kalau terjumpa Aisyah, buat mesra
dengan dia. Baru ada peluang nak pikat Tengku Iskandar tu.”
Ada benarnya
kata-kata Uji. Jika dia bertindak meluluh dengan menyakiti Aisyah, tentu Tengku
Iskandar akan beranggapan tidak baik padanya. Dia perlu bijak mencuri hati
lelaki itu. Tapi… hendak bermesra-mesra dengan Aisyah adalah sesuatu yang
mustahil baginya. Dia tak pernah sukakan Aisyah.
“Aku tak
berkenanlah nak mesra-mesra dengan ‘mangkuk ayun’ tu.”
Uji mengeluh.
“Kau kenalah buat jugak kalau kau nak
dapatkan sesuatu. Berkorban demi lelaki yang kau suka, tak salah pun.”
Suara sapaan
garau dari seseorang mematikan perbualan Uji dan Fasha. Serentak mereka
berpaling ke muka pintu. Rahim, suami Uji balik dengan senyuman lebar.
“Awal abang
balik hari ni?” Uji bangun lalu menyambut kepulangan suami tercinta. Suaminya
ini biarpun tidak kacak dan perutnya boroi, tetapi duitnya tebal dan bisa
memberikan Uji segala yang dimahukannya.
“Abang rindukan
Uji. Itu yang balik awal.” Jari Rahim naik mencuit hidung Uji. Uji ketawa
manja. Suka bila suaminya memanjakan dia begitu.
“Hari-hari
jumpa, takkan dah rindu pulak?”
“Entahlah.
Abang memang tak boleh kalau tak nampak Uji. Rasa macam ada aje yang kurang.
Abang rindu sangat dekat Uji.” Rahim mula memeluk pinggang Uji. Pipi isterinya
yang semakin gebu dikucup penuh minat. Lupa bahawa di ruang tamu itu ada
seorang manusia lagi yang sedang memerhati tingkah mereka suami isteri.
Fasha yang
memerhati keromantikan tahap melampau Uji dan Rahim mencebik. Geli geleman dia
melihat Uji yang sedang merengek-rengek dalam pelukan Rahim. Kalau dialah jadi
Uji, lelaki gemuk, boroi dan tidak kacak seperti Rahim itu memang tidak akan
dilayannya. Dia punya citarasa yang tinggi. Selain kaya-raya, dia mahukan
lelaki yang kacak seperti Tengku Iskandar. Orang putih kata, full package!
TI ni dah pandai jeles kat Aisyah...tapi menyampah sgt bila still anggap Aisyah Mcm org gaji...dan tempat melepas nafsu dia aje....Cakap pun main herdik2 aje....kesian Aisyah...
BalasPadamheheheheee..mmg..saya pun menyampah kt lelaki ego ne..
PadamWaaa...akhirnya ada jugak n3 baru...best2..
BalasPadamtqqqqqq..hehe
Padamwooowwww....love it!!!!
BalasPadamHmmm...xsbar nk baca full isteri dlm sangkar..
BalasPadamhehehee..tgu kelahiran IDS nti ye
PadamThanks Sis ada juga n3 baru, memang best..i like :), sentiasa menunggu n3 terbaru lagi dari Sis :)
BalasPadamsama2 syg..terima kasih jgk sebab sanggup menunggu akak up n3 baru kt blog..semoga terhibur ya
Padam