Bab 23
tIADA hujan, tiada ribut! Tiba-tiba
saja malam ini Tengku Iskandar mengarahkan Aisyah untuk masak makanan kampung.
Pelik?! Bila masa ‘Tengku Harimau’ bertekak barat itu berubah citarasa?
Bukankah selama ini Tengku Iskandar tak makan masakan kampung? Takde class
katanyer! Tapi hari ini, beria-ia
pula dia menyuruh Aisyah masak tenggiri asam pedas.
Aroma asam
pedas menyerbu ruang dapur. Membuatkan air liur Aisyah kecur dibuatnya. Sudah
agak lama dia tidak memasak asam pedas. Takut juga andai ‘kehebatan’nya sudah
hilang. Maklumlah… dia sekarang lebih banyak masak makanan ala barat daripada
masakan kampung.
“Hmmm… sedapnya bau.” Suara Tengku
Iskandar kedengaran. Dia bergerak ke dapur. Aroma asam pedas membuatkan dia
terasa lapar.
Tengku Iskandar
berdiri di belakang Aisyah. Kedudukan tubuhnya yang begitu dekat dengan Aisyah
membuatkan haruman yang dipakai menusuk ke lubang hidung gadis itu. Menjadikan
Aisyah tidak keruan.
‘Apasal pulak ‘Tengku Harimau’ ni dekat-dekat
dengan aku?’ Hati Aisyah berbisik. Rasa hendak pecah dadanya dengan perlakuan
selamba Tengku Iskandar. Belum pernah lelaki itu bertindak begini sepanjang dia
berada di sini. Selalunya Tengku Iskandar lebih senang menunggu di ruang tamu.
Siap semuanya terhidang, barulah dia datang untuk menjamu selera.
“Lambat lagi ke
nak masak? Aku dah lapar ni.” Tengku Iskandar bersuara lagi. Langsung tidak
menghiraukan tingkah sumbang Aisyah dengan kedudukan tubuhnya yang rapat itu.
Bukan dia tak perasan kekalutan Aisyah. Cuma dia sengaja tak nak ambil tahu.
Soalan Tengku
Iskandar tidak dijawab. Lidahnya terasa keluh. Deru nafas lelaki itu menyapa
telinganya. Membuatkan perasaannya bergetar hebat.
“Kau ni pekak
ke? Aku tanya kau ni.” tegur Tengku Iskandar dengan suara dikeraskan. Sengaja
sebenarnya dia mengeraskan suara begitu. Dia tahu Aisyah pasti akan diserang
penyakit kalut.
“Ermmm… ke… kejap aje lagi nak ma…
masak.” Gugup Aisyah menjawab.
Kekalutan
Aisyah membuatkan ketawa Tengku Iskandar meledak. Lucu pula dia melihat gadis
itu kalut begitu.
Dahi Aisyah
berkerut. Dia tak buat lawak, tapi lelaki itu tiba-tiba saja ketawa bagai orang
hilang akal. ‘Dah mereng ke?’ Hatinya
mendesis.
“Kau ni kelakar
la. Aku baru sergah sikit, kau dah kalut tak tentu arah. Aku ni garang sangat
ke sampai kau takut sangat dengan aku?” bersama tawa yang masih bersisa, Tengku
Iskandar bertanya. Dia sudah bergerak ke kerusi yang terletak di ruang dapur.
Dilabuhkan punggungnya di situ sambil memandang Aisyah yang sedang memasak.
Aisyah ketap
bibir. Soalan Tengku Iskandar baginya kedengaran bodoh. Boleh pula tanya soalan
macam tu. Takkan Tengku Iskandar tak sedar dirinya itu garang seperti harimau
jadian.
Ralit dengan
keadaan yang kurang menyelesakan kerana adanya ‘Tengku Harimau’ itu, tak sedar
jarinya terkena periuk panas. Membuatkan Aisyah menjerit kesakitan.
“Kenapa?”
Sepantas itu juga Tengku Iskandar menghampiri Aisyah. Cemas mendengar jeritan
Aisyah. Jari gadis itu dicapai lalu dibelek. Ada kesan lecur pada jari telunjuk
itu. Tanpa berfikir panjang, dia meluru ke peti kecemasan yang terletak di
sudut hujung dapur.
“Tu la… lain
kali kalau buat kerja tu jangan asyik berangan. Kan dah melecur jari ni. Nasib
baik kena sikit je. Kalau satu kuali kuah asam pedas yang panas mendidih tu
jatuh kat kau macam mana? Tak ke melecur satu badan.” Sambil berleter Tengku
Iskandar menyapu ubat ke jari Aisyah lalu membalutnya menggunakan handyplast.
Leteran Tengku
Iskandar langsung tidak memberi kesan pada Aisyah. Tingkah lelaki itu yang
cemas dengan keadaan dirinya membuatkan dia terkedu. Belum pernah dia lihat
Tengku Iskandar secemas ini. Pertama kali lelaki itu menunjukkan sikap prihatin
pada dirinya.
Tersedar dari
sikapnya, Tengku Iskandar cuba berlagak selamba. Tindakannya dihentikan.
“Dah siap
semuanya nanti, panggil aku kat depan.” Tanpa memandang wajah Aisyah, dia
bergerak keluar dari ruang dapur.
Dalam hati
Tengku Iskandar mengutuk diri sendiri. Bagaimana dia boleh terlepas laku depan
Aisyah? Menunjukkan rasa cemasnya pada gadis itu. Semoga Aisyah tidak
mengesyaki sesuatu yang dia rasa.
TENGKU ISKANDAR mengeluh. Matanya tidak dapat dilelapkan.
Fikirannya berserabut. Bukan memikirkan soal kerja tetapi asyik memikirkan
fasal Aisyah. Gadis itu benar-benar buat dia jadi gila! Cuba dinafi perasaan
yang hadir. Namun dia tewas dengan perasaan sendiri.
Suatu ketika
dulu dia pernah menanam tekad tidak akan jatuh cinta lagi. Cukuplah hatinya
pernah hancur kerana seorang wanita. Namun dia tidak berdaya menolak kehadiran
Aisyah. Gadis yang pada awal hanya dianggap tak ubah sebagai perempuan
simpanan. Biarpun hakikat sebenar Aisyah adalah isterinya, tetapi kerana ego
dan dendam dia menafikan kenyataan itu.
Mengenali
Aisyah dalam tempoh enam bulan menjadikan dia semakin bahagia hidup di samping
gadis itu. Ya! Dia bahagia dalam diam. Cuma dia tidak mahu sesiapa mengesannya
terutama sekali Aisyah. Dia malu kalau gadis itu dapat menghidu haruman cinta
yang semakin mewangi dalam taman hatinya.
Tengku Iskandar
mengeluh. Semakin lama dia memikirkan fasal Aisyah, semakin sakit jiwanya.
Semakin terseksa batinnya. Tidak dapat meluahkan isi hati pada gadis itu
membuatkan dia rasa seksa yang amat sangat. Hendak diluah, egonya melambung
tinggi. Tak akan dia mengakui perasaan ini pada Aisyah. Biarlah dia menjadi
rahsia hati.
Lantas Tengku
Iskandar bangun dari baring. Dia bergerak turun ke bawah. Bercadang hendak
membasahkan tekak yang terasa haus.
Ketika
melantasi bilik tidur Aisyah, cahaya lampu dari dalam bilik gadis itu masih
bernyala. Tentu Aisyah masih belum tidur. Entah-entah sedang membaca novel.
Bukannya dia tak tahu kegilaan Aisyah pada novel-novel cinta. Sejak enam bulan
lalu sudah banyak koleksi novel-novel cinta yang menjadi simpanan Aisyah.
Tengku Haziq yang gemar memberikan novel-novel tersebut kepada Aisyah.
Usai
membasahkan tekaknya, Tengku Iskandar melangkah untuk naik semula ke atas.
Ketika itu dia masih dapat menangkap biasan cahaya lampu dari bilik Aisyah.
Telinganya ditekap ke muka pintu.
Sunyi.
Perlahan dia
memulas tombol. Pintu bilik yang tidak berkunci ditolak. Ketika itu dia
terlihat sekujur tubuh Aisyah terbaring atas katil dengan mata tertutup.
Terjengket-jengket dia masuk ke dalam bilik gadis itu.
“Laaa… dah
tidur rupanya.” Ujar Tengku Iskandar perlahan. Punggung dilabuhkan dia tepi
katil. Novel bertajuk ‘Hantu Punya Boss’ diambil lalu diletak atas meja sisi.
Ralit dia memandang wajah Aisyah. Bukan main lena gadis itu tidur. Seolah-olah
tiada sebarang masalah yang menganggu fikirannya.
Jari Tengku
Iskandar bergerak menyentuh wajah putih mulus Aisyah. Diusap pipi itu dengan
penuh rasa kasih. Kemudian jarinya bergerak ke bibir Aisyah. Bibir merah asli
yang sering menjadi dambaan siang dan malamnya.
Aisyah!
Ternyata gadis itu sudah menghuni hatinya. Entah bila, dia sendiri tidak pasti.
Cuma apa yang pasti, nama Aisyah sudah memenuhi segenap ruang dalam hatinya
ini.
Tengku Iskandar
tersenyum. Tiba-tiba otaknya terlintas satu idea nakal. Sekadar mahu mengusik
Aisyah, tidak salah jika dia menjalankan rancangan nakalnya itu. Pantas tubuh
Aisyah dicempung dan dibawa naik ke atas.
AISYAH menggeliat sambil menguap. Matanya digosok-gosok. Jam meja
ditenung. Sudah pukul lima lima belas minit pagi. Dia perlu bangun bagi
menyiapkan sarapan pagi Tengku Iskandar.
Ketika dia
ingin bangun, terasa ada tangan yang melingkar kemas pada pinggangnya.
Membuatkan dadanya berdebar kencang. Ruang bilik yang samar-samar diperhati.
Sah ini bukan biliknya. Tetapi bilik ‘Tengku Harimau’.
‘Macam mana aku
boleh ada dekat sini?’ Aisyah bertanya pada diri sendiri. Otaknya dikerah untuk
mengingati sesuatu.
Seingatnya,
semalam dia tidur dalam biliknya di tingkat bawah. Dia sedang membaca novel
‘Hantu Punya Boss’ hasil nukilan Dekna Lee. Bagaimana dia boleh sampai ke bilik
ini pula?
Perlahan-lahan
Aisyah memusingkan tubuhnya. Cuba memandang Tengku Iskandar yang sedang memeluk
tubuhnya dari belakang.
Waktu
berpaling, jantungnya terasa luruh. Wajah Tengku Iskandar begitu dekat dengan
wajahnya. Membuatkan jantungnya sudah hilang rentak dan terasa hendak pecah.
Apatah lagi lelaki itu sudah bangun dan sedang asyik merenungnya.
“Errr… ermmm….” Aisyah mula kalut. Tak tahu nak kata apa. Kaget tak
terkata bila mengetahui ‘Tengku Harimau’ itu sudah terjaga dari lenanya.
Ingatkan masih tidur lagi.
“Errr….” Sekali lagi bunyi yang sama
keluar dari mulut Aisyah.
Tengku Iskandar
angkat kening ala pengusti terkenal era 90-an, The Rock. Rasa nak gelak tengok
wajah kalut Aisyah. Namun tawanya disimpan sebaik mungkin. Malah wajah selamba
diperlihatkan depan gadis itu.
“Kenapa?”
“Errr… ma… macam mana sa… saya boleh ada
kat sini?” tanya Aisyah polos.
Tengku Iskandar
mencebir bibir. “Mana la aku tau. Bangun dari tidur aje aku tengok kau dah ada
terbaring sebelah aku. Kau mengigau agaknya. Tu yang sampai datang tidur dalam
bilik aku ni.”
Erk? Aisyah garu kepala. Cuba memerah
otaknya lagi. Takkanlah dia mengigau sambil berjalan? Setahunya dia bukan jenis
orang yang kuat mengigau. “Mustahil!” terluncur keluar ayat itu dari mulutnya.
“Apa yang
mustahil?” soal Tengku Iskandar berlagak sinis.
“Mustahil untuk
saya mengigau.”
“Habis tu kau
anggap aku la yang angkat kau ke sini ya?”
Melihat wajah
tegang Tengku Iskandar, laju Aisyah menggelengkan kepalanya. “Eh… bukan! Bukan!
Saya tak tuduh tengku pun.” Takut sungguh dia jika ‘tercuit’ rasa marah lelaki
itu.
“Habis tu yang
kau kata mustahil tu apasal pulak? Tu seolah-olah nak menuduh aku la tu.”
Aisyah ketap
bibir. Dia tidak bermaksud begitu. Cuma dia hairan bagaimana boleh berada dalam
bilik ini.
“Dah! Dah!
Pergi buat sarapan. Aku dah lapar ni.” ujar Tengku Iskandar.
Aisyah
mengangguk. Dia ingin bangun tetapi tingkahnya terhalang. Pelukan kejap Tengku
Iskandar pada pinggangnya membuatkan dia tidak dapat bergerak. Bukan main lagi
lelaki itu memeluk dia.
“Yang kau masih
terbaring kat sini buat apa?” tanya Tengku Iskandar dengan lagak garang yang
sengaja dibuat-buat.
“Errr… bo… boleh tak tolong lepaskan saya?”
pinta Aisyah gugup.
“Huh! Kau ingat
aku suka sangat ke peluk kau. Dah pergi!” tungkas Tengku Iskandar sambil
meleraikan pelukannya pada pinggang Aisyah.
Aisyah menghela
nafas. Tahan sabar dengan perangai ‘Tengku Harimau’ itu. Kalau bercakap tak
pernah berlapis. Asyik hendak menyakiti hati Aisyah saja. Tapi serius… macam
mana dia boleh tidur dalam bilik ‘Tengku Harimau’ itu? Pelik!
Setelah Aisyah
berlalu dari dalam biliknya, Tengku Iskandar ketawa. Lucu melihat wajah kalut
Aisyah. Gadis itu benar-benar buat dia bahagia.
Hahaha! Kesian Aisyah... =D
BalasPadamtu la pasal...dpt suami kejam..hehe
PadamBest lorhh cerita nihh
BalasPadam