Bab 20
Enam Bulan Kemudian……
FASHA tersenyum lebar.
Telefon bimbit diletakkan semula ke atas meja. Tidak sabar hatinya hendak
menunggu minggu depan. Sudah lama dia berhasrat hendak datang ke Kuala Lumpur.
Tinggal beberapa hari saja lagi hasratnya itu akan tercapai. Ujie juga sudah
berjanji akan menolong dia mendapatkan kerja di Kuala Lumpur nanti.
“Amboi… bukan
main lebar kau tersenyum. Ingatkan Iwan la tu.” Farid yang baru pulang entah
dari mana melabuhkan punggung di atas kerusi. Remote astro dicapai lalu dia
menukar channel yang ke udara di
televisyen.
Fasha menarik
muka. Sejak kejadian Farid hampir memperkosa Aisyah dan akhirnya gadis itu
kahwin dengan lelaki kaya, dia sudah tidak mahu bermanis muka dengan Farid
lagi. Sakit hatinya setiap kali berdepan dengan Farid. Gara-gara abangnya itu,
Aisyah berkahwin dengan orang kaya. Sudahlah kaya, kacak pula tu!
“Kau ingat Iwan
ye. Pasal tu senyum lebar.” Farid
masih mahu mengajak adiknya itu berbual. Sudah lama Fasha melancar mogok
padanya. Sejak kes Aisyah kahwin lelaki kaya. Cemburu benar adiknya itu pada
Aisyah sehinggakan sampai ke hari ini dia langsung tak bertegur sapa dengan Farid.
“Yang abang
sibuk buat apa? Takde kena mengena
pun dengan abang!” marah Fasha. Dia tak suka Farid sebut nama Iwan di depannya.
Dia sudah lama putus dengan Iwan. Tak ‘berselera’ hendak bercouple dengan Iwan yang sekadar memandu
kereta kancil itu. Dia mahukan lelaki kaya seperti Tengku Iskandar.
Ya! Fasha masih
ingat nama suami Aisyah itu. Tengku Iskandar yang kacak dan telah membuatkan
dia jatuh hati. Walaupun lelaki itu merupakan suami Aisyah, dia bercadang
hendak merampas Tengku Iskandar daripada Aisyah. Disebabkan itu Fasha bercadang
hendak duduk di Kuala Lumpur bersama Ujie. Dia yakin dapat mencari maklumat di
mana Aisyah tinggal nanti. Lelaki kaya dan kacak seperti Tengku Iskandar, tentu
ramai yang mengenalinya.
“Mana boleh takde kena mengena dengan aku. Kau tu adik
aku, Iwan tu pulak kawan aku.”
Fasha mencebik.
Farid dengan Iwan memang kawan rapat. Jadi tidak mustahil Iwan sudah
menceritakan fasal hubungan mereka yang telah putus. Dia yakin Farid
mengetahuinya cuma sengaja mahu memancing cerita daripada dia.
“Habis tu kalau
dia kawan abang sekali pun, kenapa? Dah la! Fas malas nak cakap dengan abang
ni. Menyakitkan hati aje.” Tanpa menunggu lama, Fasha bingkas bangun dan
berlalu ke bilik tidurnya.
Puan Ainin yang
baru pulang dari gerai buah hanya memandang kelibat anak gadisnya yang menonong
laju masuk ke dalam bilik. Bukan main masam lagi wajah Fasha. Mengalahkan asam
boi kena jeruk.
“Apa kena
dengan adik kamu tu? Masam aje mak tengok muka dia.” Tanya Puan Ainin pada
Farid sebaik saja punggungnya dilabuhkan di atas sofa.
“Entah! Angin
satu badan.”
“Farid tu usik
adik, pasal tu dia masam mencuka.”
“Mana ada Id
usik dia mak. Dia tu aje yang emosi tak menentu. Cepat sangat naik angin.”
Puan Ainin
sekadar menggeleng. Anaknya yang berdua itu memang tak pernah aman sedari
kecil. Ada saja yang mereka berdua gaduhkan. Farid pun satu hal juga, suka
sangat mengusik Fasha. Fasha pula pantang diusik mulalah cemberut.
“Id ni takde kerja ke? Dari Id asyik melepak
dengan kawan-kawan Id tu, baik Id tolong mak dekat gerai tu ha. Tak pun kerja
dekat kebun strawberry tu. Ada jugak untungnya.” Puan Ainin bersuara
lagi.
“Hisy… tak
naklah mak. Apa kelas kerja dekat
kebun dan gerai buah tu? Jatuhkan standart
Id aje.”
“Amboi… bukan
main lagi Id ya! Kalau dah tahu kerja tu takde
kelas, dulu waktu sekolah kenapa tak
belajar betul-betul. Mak hantar sekolah, Id ponteng pula. Sekarang ni dah takde kerja, mak suruh tolong dekat kebun
dan gerai pandai pulak Id menolak.
Asyik melepak dengan kawan-kawan yang tak senonoh tu. Sampai bila Id nak
berubah ni? Id tu dah dua puluh lima tahun. Dah sepatutnya dapat tolong mak ni
ha. Takkan nak suruh mak kerja sampai ke mati pulak!” Puan Ainin mula membebel.
Farid dengan Fasha dua kali lima saja. Malas sekolah, kerja pun malas!
Farid
mendengus. Sakit telinga dengar maknya mula membebel. Baru nak rehatkan minda
duduk dekat rumah, mak sudah pot-pet pot-pet macam mulut burung kakak tua!
“Mak ni
bisinglah! Id baru nak tenangkan jiwa. Mak dah mula berleter. Buat jiwa Id tak
tenang aje.” Gumam Farid kasar. Dari kecil dia tak pernah cakap elok-elok
dengan maknya. Tinggi suara Puan Ainin, tinggi lagi suara Farid.
Tajam mata Puan
Ainin merenung anak lelaki seorang itu. “Macam mana mak tak berleter kalau Id
tu pemalas sangat? Suruh tolong pun bukan main banyak alasan yang Id beri. Tapi
kalau bab mintak duit, Id la paling
rajin.”
Semakin sakit
telinga Farid mendengar bebelan maknya. Lantas dia bangun dari duduk.
“Hah… tu nak ke
mana pulak tu?” Puan Ainin menegur
sebaik saja Farid bergerak ke muka pintu.
“Id nak ke
rumah Kit. Nak tenangkan jiwa. Duduk rumah pun asyik dengar mak berleter aje.
Sakit telinga!”
Mengetap bibir
Puan Ainin mendengar jawapan anak lelakinya itu. Bukan main lagi Farid
menjawab. Dulu waktu Aisyah ada, dia tidak susah seperti ini. Aisyah akan
melakukan semua kerja rumah dan menjaga gerai. Tetapi kini, segala urusan dia
yang kena buat. Fasha tu bukannya tahu hendak memasak. Goreng telur pun boleh
hangus apatah lagi disuruh memasak pelbagai jenis menu. Mahu terbakar rumah ini
dibuatnya.
HIDANGAN makan malam sudah tersedia di atas meja. Ada chicken chop,
kentang goreng, salad mayonis dan jus oren. Hidangan bercitarasa ala barat.
Sejak bergelar isteri kepada lelaki bertekak mat salih itu, Aisyah sudah jarang
makan makanan ala kampung. Jika teringin, dia hanya makan di waktu tengah hari
saja. Ketika suaminya itu berada di pejabat. Tetapi jikalau Tengku Iskandar ada
di rumah, memang inilah menu ‘wajib’ makan malamnya.
Sedar tak sedar
sudah enam bulan Aisyah menjadi isteri Tengku Iskandar. Tidak banyak yang
berubah pada lelaki itu. Masih garang seperti harimau jantan. Bercakap tak
pernah nak berlembut. Asyik nak menengking aje. Salah sikit, jeritan Tengku
Iskandar sudah memecah memenuhi ruang kondominium. Mengalahkan suara jeritan
mak sunya di kampung dulu. Nampak gaya, ‘Tengku Harimau’ itu boleh menandingi
mak su dalam acara suara siapa paling kuat bila menjerit. Heheheee….
“Yang kau
tersengih-sengih ni apasal? Dah mereng!”
sergah Tengku Iskandar. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di situ.
Wajahnya ‘keras’ tanpa senyuman.
Terkejut
mendengar sergahan tersebut, Aisyah termelatah. “Oh mak kau harimau jadian
dalam hutan!”
Serta-merta,
tangannya menekup mulut. ‘Hisy… apasal mulut ni gatal sangat cakap macam tu?
Kan mata ‘Tengku Harimau’ tu dah jadi tajam macam mata burung helang. Aduhai…
sah-sah kejap lagi aku kena tengking.’
“Kau kata apa?”
tanya Tengku Iskandar dengan mata yang tajam menikam wajah Aisyah. Dia dengar
apa yang Aisyah kata. Cuma dia sengaja mahu gadis kampung itu mengulanginya
semula.
Aisyah
menggeleng. Tak berani nak ulang semula apa yang baru terlucut keluar dari
mulutnya sebentar tadi. Nak mampus ulang semula apa yang dia cakap? Silap hari
bulan, jeritan ibarat guruh di langit milik ‘Tengku Harimau’ itu berkumandang
malam ini. Angin lelaki itu sukar dibaca. Kut anginnya kurang baik, teruk
Aisyah ‘kena’.
Tengku Iskandar
mendengus. Wajah takut-takut Aisyah dijerling sekilas pandang.
Seperti biasa,
Aisyah akan berdiri tegak di tepi meja menanti Tengku Iskandar habis makan.
Enam bulan bergelar isteri, belum pernah dia duduk semeja dengan Tengku
Iskandar. Dia akan makan bila Tengku Iskandar selesai makan. Itu pun dia makan
dekat dapur.
“Duduk!”
Aisyah yang
panggung kepala. Sepatah ayat yang kedengaran jelas menyapa halwa telinganya.
Cuma dia tidak berani hendak menurut. Takut kalau-kalau dia tersalah dengar.
“Kau ni pekak
ke? Tak dengar apa yang aku cakap? Duduk!” tanpa memandang wajah Aisyah, Tengku
Iskandar bersuara lagi.
Setelah yakin
‘Tengku Harimau’ itu mempelawanya duduk, perlahan-lahan dia melabuhkan punggung
di sebelah Tengku Iskandar. Kepalanya menunduk. Sesekali dia mencuri pandang
wajah Tengku Iskandar yang sedang menikmati makanan di hadapannya. Terbit rasa
bahagia di hati Aisyah bila melihat Tengku Iskandar makan masakannya dengan
begitu berselera. Orang tua-tua selalu berkata, hendak memikat suami kenalah
ikat dari perutnya.
Walaupun Aisyah
sedar dia tidak mungkin dapat ‘mengikat’ hati lelaki itu, namun dia sudah cukup
bahagia melihat Tengku Iskandar makan makanan daripada air tangannya ini.
Sekurang-kurangnya dia dapat berbakti pada suaminya itu meskipun kehadirannya
tidak memberi apa-apa makna pada Tengku Iskandar. Entah sampai bila dia perlu
menjadi ‘perempuan simpanan’ kepada suami sendiri. Sesekali timbul rasa bahagia
di hati Aisyah setiap kali Tengku Iskandar membelainya di dalam tidur. Ketika
‘bersama’, Tengku Iskandar merupakan seorang suami yang benar-benar
menghargainya. Membuatkan dia lupa dia sekadar isteri dalam sangkar.
Cuma awal-awal
lagi Tengku Iskandar sudah memberi pesanan. Dia tidak dibenarkan mengandung.
Jika itu terjadi, Tengku Iskandar tidak mahu mengakui anak yang dikandung
sebagai anaknya. Lelaki itu memang kejam!
“Yang kau asyik
tenung muka aku ni kenapa?”
Suara Tengku
Iskandar mematikan lamunan Aisyah. Cepat-cepat dia menundukkan kepalanya
semula.
“Ambil la
pinggan tu!”
“Ambil pinggan
buat apa?” soal Aisyah pelik.
Tengku Iskandar
mendengus. Garfu dan pisau diletakkan di tepi pinggan. “Kau ni apasal bodoh
sangat?! Aku suruh kau ambil pinggan, aku suruh kau makan la bodoh!”
Sayu hati
Aisyah bila Tengku Iskandar memanggilnya begitu. Dia tahu dia tak punya
pelajaran tinggi seperti Tengku Iskandar. Tetapi janganlah panggil dia begitu.
Dia bukan bodoh. Cuma dia takut andai tersalah tingkah, Tengku Iskandar akan
memarahinya. Dia bukannya tak faham dengan sikap Tengku Iskandar yang suka
mencari salahnya itu.
Lagipun
sepanjang enam bulan mereka berkahwin, belum pernah sekali pun Tengku Iskandar
mengajak dia duduk semeja untuk makan bersama. Itu yang pelik bila Tengku
Iskandar menyuruh dia mengambil pinggan untuk makan. Rasa macam mimpi. Rasa
seperti tak percaya!
Takut dimarah
lagi, Aisyah akur juga menurut. Pinggan kosong di tepi dicapai lalu diisi
dengan chicken chop, kentang goreng dan salad mayonis. Isi sikit sahaja kerana
makanan ini bukanlah seleranya. Ikutkan dia nak makan chicken chop ini dengan
nasi yang sudah di masak di dapur setelah Tengku Iskandar habis makan. Tapi
memandangkan tiba-tiba lelaki itu dengan baik hati mempelawa dia makan bersama,
kenalah dia makan juga makanan ala barat ini.
Aisyah
memerhati garfu dan pisau. Bibir bawahnya digigit. ‘Hisy… macam mana nak guna
ni? Kalau garfu tu okey lagi, pisau tu yang aku tak tahu nak guna.’ Hatinya
berbisik.
Curi-curi,
Aisyah mengerling Tengku Iskandar yang sedang asyik mengunyah makanannya. Cara
lelaki itu memotong daging ayam diperhatikan. Setelah yakin, dia pun meniru
cara lelaki itu.
‘Bismillahhirahmannirahim….’
Ting!
Bunyi gafru dan
pisau berlaga atas permukaan pinggan kedengaran. Serentak itu juga Aisyah
melatah. “Opocot anak ayam terbang!”
Daging ayam
yang dipotong ‘terbang’ dari dalam pinggan milik Aisyah dan mendarat tepat ke wajah
tampan Tengku Iskandar sebelum ‘landing’
ke dalam pinggan lelaki itu. Membuatkan Tengku Iskandar terkejut dan terkedu.
Aisyah yang
memerhati sudah bulat mata. Mulut ditekup dengan ke dua belah tangan. Tidak
sangka sampai ke situ ayamnya ‘terbang’. Hendak tergelak rasanya. Namun rasa
kelakar itu ditolak ke tepi kala terpandang wajah tegang si suami.
“Errr… ma… af… maafkan… saya te… tengku.”
Gagap dia jadinya. Tanpa berfikir panjang dia meluru ke arah Tengku Iskandar.
Wajah lelaki itu dilap berulang kali menggunakan tisu. Dah serupa orang
mengelap pinggan pula lagaknya.
Rimas dengan
tindakan Aisyah, Tengku Iskandar berkata dengan nada geram. “Hey! Rimaslah!”
Tangan Aisyah
ditangkap lalu dipegang kejap. Matanya tajam menikam wajah Aisyah. Membuatkan
gadis itu menelan air liur yang mula terasa payau. Rasa nak menangis pun ada
juga bila tangannya dipegang sekejap itu. Dia tahu Tengku Iskandar sedang
marah.
“Ma… maafkan
saya.” Ucapnya lagi.
Rahang Tengku
Iskandar kelihatan bergerak-gerak. Hendak marah, namun entah mengapa
kemarahannya tidak terluah melihat wajah mendung Aisyah. Dia tahu gadis itu
tidak sengaja.
Akibat marah
yang tidak terluah, Tengku Iskandar melepaskan tangan Aisyah dengan kasar.
Sebuah dengusan keluar dari mulutnya. Tisu di capai lalu mulutnya dikesat. Dia
bangun dari duduk.
Melihat langkah
Tengku Iskandar yang sudah mula meninggalkan ruang makan, Aisyah memberanikan
diri untuk bersuara. “Errr… tengku tak nak makan?”
“Aku dah
kenyang! Kau makan la sorang.”
Setelah lelaki
itu berlalu, ketawa Aisyah terlepas dari mulut. Lucu terkenangkan wajah kaget
Tengku Iskandar bila ayam yang dipotong ‘terbang’ terkena wajahnya. Berubah
terus wajah Tengku Iskandar. Kalau bukan disebabkan rasa takut pada lelaki itu,
dari tadi lagi dia nak ketawa. Kejadian itu benar-benar menggeletik hati.
“Dah puas
ketawa nanti naik atas! Aku ‘lapar’ nak makan orang.” Suara Tengku Iskandar
kedengaran. Membuatkan ketawa Aisyah yang terbahak-bahak itu mati dengan
serta-merta.
Bibirnya
diketap. Dia tahu benar apa yang dimaksudkan lelaki itu. Jika sudah
mengeluarkan arahan untuk dia naik ke atas, tentu lelaki itu mahukan sesuatu
daripadanya.
“Itu la! Siapa
suruh gatal sangat ketawakan ‘Tengku Harimau’ tu? Kan dah nak kena ‘baham’.
Hisy!” Aisyah merungut pada diri sendiri.
Lemah jiwanya
bila Tengku Iskandar sudah mengeluarkan arahan tersebut. Nak mengelak, dia tak
punya alasan. Lagipun, kehendak suami perlu ditunaikan.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBEST NAK LAGI.
BalasPadamtq..ok ok.. =)
PadamSambungan please!!!!♡♡♡♡♡
BalasPadamokiessssssssss.. hehe
Padamiya..next entry darl..plzzzzzz..ASAP if possible..can lah arrr...
BalasPadamok dear..jap lagi nx n3 ya
Padamakak cepat la smbg..xsabar da nie..
BalasPadamok syg...akak akan sambung kejap je lagi
Padamtengku harimau sebenarnya dah jatuh cinta gan aishah.... tunggu lagi nak mengaku je..... ego tahap petala
BalasPadamaha...mmg dah jatuh cinta tp egonya melangit..tu yg susa..
PadamBest la citer ni..lawak ade,sedih ade...
BalasPadamtq suhaiyla..semoga awak terhibur dgn IDS
PadamSalam... Ble nak update lg...
BalasPadamwsalam..kejap lagi saya update ya
PadamSalam... Cant wait yor nxt entry..
BalasPadamwsalam...kejap lagi akak update nx n3 ye syg..
Padam