Bab
1
“NENEK!!!”
Suara si kembar bergema di halaman rumah. Berlumba-lumba mereka mendapatkan Ku
Ana yang sedang menanti di muka pintu utama. Tersenyum lebar si nenek menyambut
kedatangan cucu-cucunya. Rindu menggunung tinggi bagaikan Gunung Kinabalu.
“Alisha
rindu nenek!” ujar si kakak, Tengku Nur Qaireen Dalisha atau lebih senang
dipanggil Ku Alisha.
“Anisya
pun rindu nenek jugak.” Si adik tidak mahu mengalah. Leher nenek dipaut sambil
pipi itu dikucup berulang kali. Tengku Nur Qaisara Danisya a.k.a Ku Anisya memang
tak mahu kalah dengan kakak kembarnya.
Ku
Alisha menceber. Leher neneknya dipaut juga. “Tapi along rindu nenek lagi
banyak dari angah.”
“Mana
ada! Angah rindu nenek lagi bannnnnyak dari along!” balas Ku Anisya tayang muka
tak puas hati.
“Dah!
Dah! Jangan bergaduh. Nenek tahu cucu-cucu nenek ni rindukan nenek banyak
sangat. Dua-dua pun sama.” akhirnya Ku Ana bersuara setelah melihat ada
tanda-tanda mahu bertengkar antara cucu-cucunya itu. Baru lima tahun, tapi
keletahnya cukup memeningkan kepala!
“Nenek,
atok mana?” tanya Ku Anisya sambil mata mencari-cari kelibat si atok.
“Atok
ada kat laman belakang. Tengah bagi anak-anak Cik Nab makan.”
“Cik
Nab dah beranak ye nek?” giliran Ku
Alisya bertanya. Teruja benar dia mendengar neneknya memberitahu Cik Nab sudah
beranak.
Ku
Ana mengangguk. “A’ha… dah lima hari tau
Cik Nab beranak. Ada empat ekor anak-anak Cik Nab. Semua comel-comel.” Ku Ana
melayan cucu-cucunya bersembang sambil jarinya dinaikkan empat.
“Nak
tengok! Nak tengok!” Ku Anisya melompat riang. Tak sabar nak tengok anak-anak
arnab siam peliharaan atoknya.
Di
laman belakang banglo tiga tingkat ini, atoknya pelihara banyak binatang
ternakan. Ada ayam, itik, kambing dan dua ekor arnab siam. Kucing parsi dan
kampung pun banyak. Disebabkan itulah dua beradik kembar itu suka berada di
sini. Boleh bermain dengan binatang-binatang peliharan atok mereka.
“Pergi
la. Atok ada kat sana.”
“Horrey!!!” Ku Alisha dan Ku Anisya bersorak
riang. Berlumba-lumba mereka berlari ke laman belakang. Jeritan si mama yang
melarang mereka berlari-lari langsung tidak diendahkan.
“Along…
angah… jangan berlari!” jerit Qisya kepada anak-anaknya. Namun jeritannya
langsung tidak dipeduli. Semakin laju pula anak-anaknya itu berlumba. Ini
membuatkan Qisya mengetap bibir geram.
“Bonda….”
Tangan Ku Ana disalam lalu pipi ibu mentuanya itu dikucup kiri dan kanan.
“Budak-budak
tu bukannya dengar cakap. Asyik nak berlari aje. Macam dah tak boleh nak berjalan
elok-elok.” Omel Qisya geramkan anak-anak kembarnya yang aktif mengalahkan
budak lelaki.
“Alaaa…
biarlah Qisya. Dah namanya budak-budak. Memang macam tu la perangai dia orang.
Dulu suami kesayangan kamu tu pun nakalnya bukan main lagi. Sampaikan hampir
lemas jatuh dalam kolam gara-gara bermain dengan Ryan.” Ujar Ku Ana sambil
mengagah si kecil yang berada dalam dukungan menantunya.
Tengku
Muhammad Daniel Aisy ketawa mengekek apabila diagah oleh neneknya. Si kecil
berusia lapan bulan itu bagaikan tahu wanita yang berdiri di hadapannya ini
adalah keluarga sendiri. Laju saja dia mendepangkan tangan minta diambil.
Sedangkan bila berdepan dengan orang luar, Aisy tunjuk muka takut bukan
kepalang. Terutama bila berdepan dengan Auntie
Casabell, teman mamanya yang gemar mengagah-agah dia. Cebik saja bibirnya nak
menangis kerana takut.
Tubuh
montel itu sudah bertukar tangan. Seronok Ku Ana dapat menggomol cucunya yang
seorang ini. Montelnya bukan main. Sebiji seperti papanya ketika kecil dulu.
“Walid
mana bonda? Tak nampak pun kelibat walid.” Tanya Qisya seraya melabuhkan
punggungnya di atas sofa. Melilau dia mencari kelibat si ayah mentua. Selalunya
ayah mentua dan ibu mentuanya ini tak pernah berenggang. Ke mana pasti berdua.
Sejak ayah mentuanya bersara dan menyerahkan urusan Istana Kristal Holding
kepada Tengku Danish dan Tengku Rayyan, pasangan itu tak ubah seperti pasangan
pengantin baharu.
“Ada
kat laman belakang. Tengah bagi binatang-binatang ternakan dia makan. Biasa la
walid kamu tu, sejak dah pencen ni itu ajelah kerja yang dia buat hari-hari.
Sampaikan binatang-binatang tu dah kenal sangat muka walid.”
Qisya
sekadar mengangguk dan tersenyum mendengar bondanya menceceh. Patutlah
anak-anak kembarnya itu berlari ke laman belakang tadi. Itu mesti nak tengok
binatang-binatang ternakan. Anak-anaknya itu memang sukakan binatang-binatang
ternakan atok mereka. Cuma suaminya sahaja yang tidak mengizinkan anak-anak
mereka terlalu dekat dengan binatang. Terutama binatang berbulu. Takut penyakit
ashma anak-anaknya itu menyerang.
“Sunyi
je rumah ni bonda. Kak Cem, Bunga dengan Abang Mamat mana? Tak nampak pula
kelibat dia orang. Cuma Pak Abu aje yang ada kat laman depan tengah gunting
pokok-pokok bunga tu.” seorang demi seorang pembantu rumah dicari. Selalunya
rumah ini meriah dengan suara Kak Cem yang suka mengarah Bunga buat itu dan ini.
Bunga pula dengan bersahaja pasti akan membalas kembali arahan Kak Cem. Buat
Kak Cem naik darah dengan sikap Bunga yang gemar menjawab.
“Cem
balik kampung. Hari ni kenduri tujuh hari arwah mak saudara dia. Mamat pula
bawa Bunga pergi cari cincin kahwin. Kan tak lama lagi dia orang berdua tu nak
bernikah.” Beritahu Ku Ana.
Qisya
sekadar tersenyum. Menjadi juga taktik mengurat Abang Mamat yang diajarnya. Tak
sia-sia dia menjadi sifu. Akhirnya Abang Mamat yang sudah terlajak usianya itu
dapat juga beristeri. Tentu mak Abang Mamat gembira menerima menantu tak lama
saja lagi. Menantu dari tanah seberang pula tu. Cantik persis Bunga Citra
Lestari!
“Kamu
makan tengah hari dekat sini ya? Bonda masak lauk banyak hari ni.”
“Boleh
juga bonda. Tapi Qisya kena telefon bagitau abang dulu la. Takut nanti abang
balik rumah ingat Qisya dah masak.”
“Hmmm… bagitau Danish suruh balik makan
tengah hari kat sini. Dah lama sangat kita sekeluarga tak makan bersama.” Ujar
Ku Ana.
Qisya
mengangguk. Telefon pintar dalam beg tangan LV dicapai. Laju jari-jemarinya
mencari nama suami tersayang. Setelah nombor Tengku Danish didail, Qisya tak
menunggu lama mendapat jawapan dari suaminya. Bukan main manja lagi dia
berbicara dengan Tengku Danish. Lagak bagaikan pasangan baru berkahwin. Padahal
anak dah masuk tiga. Namun Ku Ana gembira melihat kebahagian rumah tangga anak
dan menantunya itu. Sebagai seorang ibu, tak pernah sekali dia lupa mendoakan
kebahagian anak-anaknya.
Bunyi
enjin kereta di halaman rumah memaksa Ku Ana membuang pandangan ke laman.
Kereta Mercedes hitam itu cukup dikenali. Tak lama kemudian, muncul Tengku
Rayyan di muka pintu. Kelam-kabut saja tingkah anak bongsunya itu.
“Tak
kerja ke Ryan?” tanyanya pada si anak yang terkocoh-kocoh hendak melangkah naik
ke atas.
Terhenjut
sedikit bahu Tengku Rayyan menerima teguran bondanya. Mungkin dia tak sangka
bondanya berada di ruang tamu. Itu yang buat semangatnya separuh melayang.
“Kerja
bonda. Balik nak ambil dokumen tertinggal.” Jawab Tengku Rayyan sambil terus
mendaki anak-anak tangga.
Menggeleng
kepala Ku Ana melihat tingkah anak bujangnya itu.
Selang
beberapa saat, kelibat Tengku Rayyan muncul kembali. Di tangannya terdapat
sebuah sampul surat bewarna coklat. Terkocoh-kocoh dia bergerak ke pintu utama.
Tak menyempat langsung nak bersalaman dengan bonda.
Ku
Ana bangun dari duduk. Aisy didukung bersama.
“Hari
ni bonda masak banyak. Ryan balik makan tengah hari dekat rumah ya? Kita makan
ramai-ramai dengan Abang Long sekali.”
Langkah
Tengku Rayyan terhenti. Dia berpaling kepada bonda yang sedang mendukung Aisy.
“Ngeee… tengok dulu la bonda. Ryan sibuk.
Kalau sempat Ryan balik makan, tapi kalau tak sempat tu jangan tunggu ya. Bonda
dengan yang lain-lain makan la dulu. Okey la bonda. Ryan dah lambat ni. Nak
jumpa client. Ryan pergi dulu. Assalammualaikum.” Seletah bersalaman dengan
bonda dan mencuit pipi gebu anak saudaranya, Tengku Rayyan terus masuk ke dalam
perut kereta. Sempat dia melambai tangan kepada bondanya sebelum kereta yang
dipandu hilang dari pandangan wanita itu.
Qisya
yang sedang berbicara dengan suami tercinta, hanya mampu menjeling tingkah adik
iparnya. Tak sempat bertegur sapa dengan adik iparnya itu kerana sibuk berbual
dengan suami.
Ku
Ana menghela nafas. Sedikit kecewa dengan sikap Tengku Rayyan.
CUP!
Terkejut
Qisya dibuatnya. Mujurlah dia takde
penyakit melatah. Jika tidak, tentu dah dikarate tengkuk makhluk yang sesuka hati mencium pipinya itu. Dia
tengah berfikir masalah Negara, makhluk seorang itu pula nak main cium-cium.
Qisya
tak hiraukan Tengku Danish. Dia kembali berfikir. Wajahnya nampak serius bebenor!
Cup!
Sekali lagi ciuman diberikan. Kali ini di pipi sebelah kiri pula.
Qisya
menala pandangan ke arah suami yang sedang tersengih-sengih dengan mata tajam
bagai burung helang. “Abang boleh tak jangan kacau orang. Orang tengah berfikir
ni.” dengus Qisya geram kerana diganggu.
Berkerut
dahi Tengku Danish mendengar amaran isterinya itu. Bukan main tegas lagi
amarannya. Mengalahkan cikgu besar pencen!
“Sayang
tengah fikir apa kat luar ni sampai abang tak boleh nak kacau?” tanyanya.
Tangan sudah naik ke pinggang si isteri. Dipeluk kejap tubuh isterinya itu dari
belakang. Anak-anak sudah lama masuk tidur. Aisy juga sudah lelap di dalam
katil bayinya. Tinggal mereka berdua sahaja yang masih berjaga.
Qisya
mendecit. “Ada la. Ini masalah orang perempuan.” Selamba Qisya menjawab. Hatinya
berbunga cinta apabila si suami mengeratkan pelukan.
Tengku
Danish mencebik. “Sejak bila sayang pandai berahsia ni? Besar sangat ke masalah
tu sampai tak boleh nak kongsi dengan abang? Selama ni takde istilah pun masalah orang lelaki dengan orang perempuan. Semua
sama je.”
Qisya
mengeluh. Wajah sang suami dipandang. Walaupun suaminya itu sudah mencecah usia
tiga puluhan, namun ketampanannya masih terserlah. Buat hati Qisya sering tak keruan
bila mereka bertentang mata.
“Cuba
cerita dekat abang apa masalah orang perempuan sayang tu?”
“Pasal
bonda la.” Beritahu Qisya.
“Bonda?
Kenapa dengan bonda? Bonda tak sihat ke? Tapi tengah hari tadi abang tengok
bonda okey je. Takde pula abang tengok
bonda macam orang sakit.” Cemas Tengku Danish apabila sang isteri menyebut
pasal bondanya. Pelukan dileraikan dan tubuh isterinya itu dipaling agar
menghadap wajahnya.
“Hisy… abang ni. Qisya belum habis cakap
abang dah potong Q! Bonda sihat la. Cuma masalahnya sekarang bonda tu tengah
risaukan pasal Ryan.” Jawab Qisya sambil melangkah masuk ke dalam. Sempat
dijenguk Aisy yang sedang terlena dalam katil bayi. Comel benar anaknya itu
tidur dengan menghisap ibu jarinya.
“Oooooh.”
Panjang bunyi ‘o’ Tengku Danish. “Kenapa dengan Ryan?” soalnya kemudian. Dia
turut bergerak masuk sambil menutup pintu. Dingin malam terasa mengigit
tubuhnya yang hanya berbaju singlet nipis.
Qisya
menjeling. Geram bukan kepalang dengan sikap sambil lewa suaminya. Langsung takde perasaan. Tengku Rayyan yang tak ubah
seperti mayat hidup itu pun suaminya tak boleh nampak. Nak kata rabun, mata
suaminya itu sudah empat.
“Abang
ni. Takde sensitivity langsung! Abang tak nampak ke keadaan Ryan tu?”
Tengku
Danish jungkit bahu. Punggung dilabuhkan atas katil. Bersebelahan dengan
isterinya. “Abang tengok Ryan okey aje. Kerja pun rajin.”
Mendengar
jawapan suaminya, Qisya tarik muka masam. Inilah masalahnya bila bercakap
dengan orang takde perasaan.
Menyakitkan hati sahaja!
“Eiii… dah la! Qisya malas la nak cakap
dengan abang ni. Bukannya tahu apa-apa pun. Dah la. Qisya nak fikir jalan
tolong selesaikan masalah bonda. Abang jangan kacau!” ujar Qisya tegas.
Namun
belum pun sampai seminit dia cuba berfikir, bahunya dicuit. Dia berpaling.
Suaminya tersengih-sengih ibarat kerang busuk.
“Abang
nak apa lagi?”
“Nak
sayang!” selamba jawapan diberi. Matanya dikenyit nakal.
Merah
padam wajah Qisya mendengar jawapan selamba suaminya itu. Tak malu langsung!
Jujur benar dia berkata.
“Qisya
tengah sibuk.”
“Tak
baik tolak permintaan suami. Time
anak-anak tengah tidur, inilah masa untuk mama mereka ‘layan’ papa. Lagipun
malam ni malam jumaat. Pahala berganda-ganda kalau kita dapat bunuh syaitan.”
Mendengar
butir bicara suaminya itu, Qisya mencebik. Kalau hal yang satu itu, panjang
saja akal suaminya. Anak dah tiga, miang suaminya juga semakin menjadi-jadi.
Inilah yang dikatakan semakin tua semakin menjadi.
Namun,
apabila tangan kasar suaminya sudah menjalar nakal ke segenap tubuh, dia sudah
tak mampu berkata-kata. diturutkan saja kemahuan sang suami. Lagipun ini adalah
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Suami gembira, isteri bahagia!
BERSAMBUNG......
Best.
BalasPadamtq.. =)
PadamBest
BalasPadamtq.. =)
PadamBesttt...lagiiiii
BalasPadamtq... =)
PadaminsyaAllah ada masa saya bagi lagi ya..
Bestnyaaa... smbung lagi..
BalasPadamtq... =)
PadaminsyaAllah ada masa saya bali lagi..
Terbaik♡♡♡
BalasPadamtq dear... <3 <3 <3
PadamBest kak. .. akak buat la sinopsis ...
BalasPadamtq syg..ok nanti akak cuba bg sinopsis dia ye..
Padam