ISTERI
DALAM
SANGKAR 2
BAB
1
G
|
AMBAR
yang terpampang indah di hadapan mejanya membuatkan hati Tengku Iskandar
berbunga cinta. Sudah lima tahun dia dan Aisyah mendirikan rumah tangga. Cinta
dan kasih sayangnya pada Aisyah tak pernah luntur. Malah dari hari ke sehari,
cintanya pada sang isteri semakin hebat menyala. Bagaikan mereka pasangan yang
baru berkasih sayang. Masa dan waktu bukanlah penghalang untuk cinta mereka
terus mekar dan membara.
Sejujurnya
dia cukup bahagia bersama Aisyah. Aisyah tak pernah ingkar arahannya. Aisyah
tak pernah abaikan makan, minum, pakai dan kehendaknya. Jika boleh, segala apa
yang dia inginkan akan Aisyah laksanakan sebaiknya. Inilah yang membuatkan dia
semakin cintakan Aisyah. Perhatian wanita itu pada dirinya membuatkan dia rasa
begitu bahagia dan dimanja.
Lima
tahun mereka bersama, melayari bahtera berumah tangga, hidupnya dirasakan cukup
teratur. Jika dulu masanya dihabiskan di tempat-tempat yang tidak berfaedah.
Ditemani wanita-wanita berbagai rupa dan bangsa. Meneguk air kencing syaitan
yang menyesatkan sekalian umat Nabi Muhammad S.A.W. Namun kini semua itu telah
ditinggalkan jauh. Dia telah berubah sepenuhnya. Dia bukan lagi Tengku Iskandar
yang dahulu
Tengku
Iskandar tahu dia bukanlah lelaki setakwa rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W,
tetapi dia berazam ingin menjadi lelaki akhir zaman yang beriman dan mampu
menjaga isteri dan anak-anaknya sebaik mungkin berlandaskan ajaran islam. Dia
bertuah kerana mempunyai isteri seperti Aisyah. Wanita itulah yang banyak
mengajar dia agar kembali ke pangkal jalan. Membawa dia kembali kepada Allah
S.W.T.
Tok!
Tok! Tok!
Ketukan
di muka pintu menyentak Tengku Iskandar dari lamunan. Pantas dia mengangkat
pandangan mata ke muka pintu. Terjengul wajah Syeeda di situ.
“Bos…
boleh saya masuk.” Pinta Syeeda dengan senyuman manis di bibir.
Tengku
Iskandar mengangguk. Kedudukan tubuh diperbetulkan. Bingkai gambar Aisyah
diletak semula ke tempatnya.
“Amboi
bos… saya tengok bos ni asyik renung gambar Puan Aisyah aje. Tak puas-puas lagi
ke tengok muka isteri kat rumah? Sampaikan kat ofis gambar menjadi mangsa?”
Syeeda cuba mengusik.
Sejak
Tengku Iskandar berubah sikap ini, Syeeda sudah berani mengusik bosnya itu.
Kalau dulu, jangan harap Syeeda berani seperti ini. Menikus sahaja dia bila
melihat kelibat ‘Tengku Harimau’. Takut sangat kena sembur dengan ayat-ayat
keramat.
Lebar
senyuman Tengku Iskandar mendengar usikan Syeeda. Padanya dia tak pernah puas
menatap wajah Aisyah. Wajah itu bisa membuatkan hatinya menjadi tenang. Jika
dia marah, hatinya mudah saja menjadi sejuk dengan melihat senyuman manis
isterinya itu.
“Saya
tak pernah puas tengok wajah isteri saya, Syeeda.” Pengakuan ikhlas daripada
Tengku Iskandar sambil matanya menatap bingkai gambar di hadapannya.
“Wah…
seronoknya. Bertuahlah Puan Aisyah bersuamikan bos.” Puji Syeeda.
Sekali
lagi Tengku Iskandar tersenyum mendengar kata pujian Syeeda. Sebenarnya dia
yang bertuah kerana memperisterikan Aisyah. Teringat kembali kata-kata Tengku
Haziq padanya lima tahun dulu. Waktu itu dia tidak dapat menerima hakikat
perkahwinannya ini.
“I know it is not easy for you to accept what
happened. But… whatever the reason, she is your wife. Kau kena terima dia
seadanya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Dan Allah dah tentukan jodoh
kau bersama Aisyah.”
Ya!
Allah telah mempertemukan dia dengan wanita yang betul. Wanita yang telah
membawa dia kembali ke pangkal jalan. Wanita yang menyedarkan dia pada dosa dan
pahala.
“Awak
dah buat apa yang saya suruh?” Tengku Iskandar mengubah topik perbualan.
Semakin dilayan Syeeda bersembang, semakin melalut pula jadinya.
“Dah
bos. Tiket dan hotel dah saya tempah macam yang bos suruh. Ini pula barang yang
bos suruh saya beli.”
Sebuah
kotak kecil dan dua keping tiket penerbangan diletakkan di hadapan Tengku
Iskandar. Segala tugasan yang diberi telah dilakukan dengan sebaiknya.
Harap-haraplah bosnya ini berpuas hati dengan kerja yang telah dilaksanakan.
Tengku
Iskandar membelek kotak kecil yang telah dibalut cantik itu. Lebar senyumannya.
Kemudian kotak kecil dan dua keping tiket dimasukkan ke dalam briefcase.
“Good. Thanks Syeeda.”
“Welcome bos.”
“Oh
ya… saya kena pergi sekarang. Kalau ada apa-apa yang urgent, serahkan pada Tengku Haziq. Saya dah sign surat penyerahan tugas untuk Tengku Haziq kendalikan urusan
syarikat sementara saya bercuti.”
Syeeda
mengangguk faham. Setiap kali ketuanya itu hendak bercuti panjang, memang
Tengku Haziq menggantikan tempat Tengku Iskandar buat sementara waktu. Dia
sudah cukup faham dengan rutin yang satu itu.
Tengku
Iskandar bangun dari duduknya. Dia perlu beredar dengan segera. Masih ada masa
sebelum penerbangan yang dijangka berlepas malam nanti. Namun dia mahu
menggunakan masa yang ada ini untuk mengajak Aisyah bertemu dengan mummy dan daddynya. Mummy dah
merungut-rungut pada dia kononnya dia dah lama tak mengajak Aisyah datang ke
rumah. Padahal baru hujung minggu lepas mereka datang ke sana. Mummy memang tak sah kalau tak berjumpa
dengan menantunya yang seorang itu.
“Happy holidays, bos. Sampaikan salam
saya pada Puan Aisyah ya.” Ujar Syeeda sebelum Tengku Iskandar melangkah
keluar.
“Insya-Allah
Syeeda. Thank you so much for helping me.”
Jawab Tengku Iskandar bersama sebaris senyuman manis di bibirnya. Tak sabar
rasanya nak sampai ke rumah. Kejutan ini pasti menggembirakan isterinya.
TENGKU ISKANDAR
melangkah masuk ke dalam kondo. Sunyi sepi sahaja keadaan di ruang tamu kondo
itu. Kemudian dia menjengah ke ruang dapur. Mencari-cari kelibat isteri
tersayang. Namun sayang, kelibat isterinya tiada juga di situ. Entah ke mana
hilangnya kelibat Aisyah. Pantas, dia membawa pula langkah kakinya ke tingkat
atas. Jika tiada di ruang tamu dan dapur, mungkin Aisyah sedang berehat di
bilik atas.
Sebaik
sahaja pintu bilik dikuak, kelibat Aisyah tiada juga kelihatan. Namun telinga
Tengku Iskandar pantas sahaja menangkap bunyi pancuran air dari bilik mandi.
Sedang mandi rupanya isterinya itu.
Sementara
menunggu Aisyah selesai mandi, Tengku Iskandar ke bilik persalinan membuka blazer yang dipakai. Baju kameja
dikeluarkan dari seluar dan dibiarkan santai begitu. Butang baju juga dibuka
hingga menampakkan dadanya yang bidang.
“Pandanglah…
lihatlah… pinggangku yang ramping dan dadaku yang bidang… marilah tuan-tuan dan
nyonya… sama-samalah pandang… perempuan yang cantik… bikin hati goyang….”
Suara
nyanyian Aisyah yang cukup menggoda kedengaran. Membuatkan Tengku Iskandar
mengintai dari cela pintu bilik persalinan yang terbuka luas. Rasa hendak
tergelak sahaja dia melihat aksi Aisyah yang sedang menggoyangkan tubuhnya di
hadapan cermin. Boleh pula isterinya itu beraksi nakal dan seksi begitu bila
bersendirian di rumah. Kalau dia ada, Aisyah tak pernah senakal itu. Sifat malu
Aisyah padanya masih menebal biarpun mereka telah lima tahun menjadi suami isteri.
Ralit
sungguh mata Tengku Iskandar memerhati tingkah Aisyah. Isterinya sesekali
bertindak nakal begitu cukup mencuit hati. Membuatkan keinginannya
membuak-buak. Namun dikawal dirinya kerana dia masih mahu melihat sejauh mana
kenakalan Aisyah bila dia tiada di rumah. Boleh tahan!
Aisyah
yang masih tidak menyedari ada sepasang mata sedang memerhatikan tingkahnya,
segera mencapai losyen Nivea Extra Whitening. Dipicit sedikit ke tapak tangan
dan dilumur ke betisnya yang putih melepak.
Perlakuan
itu membuatkan Tengku Iskandar semakin gundah gulana. Tak senang duduk bagaikan
cacing kepanasan. Perlahan-lahan dia keluar dari bilik persalinan dan
menghampiri sang isteri yang sedang membelakanginya. Diperhati tingkah
isterinya itu penuh minat. Nampaknya Aisyah masih belum sedar kehadirannya di
situ.
Usai
menyapu losyen ke tubuh yang hanya bertuala separas lutut, Aisyah berpaling
untuk ke bilik persalinan.
“Opocot…
Pak Rimau dah balik!” terkejut Aisyah melihat kelibat Tengku Iskandar di situ.
Pantas saja dia melatah.
Tersenyum
nipis sahaja Tengku Iskandar mendengar latah isterinya itu. Penyakit Aisyah
yang tak pernah ada penawarnya sejak dulu lagi. Namun latah isterinya
kadang-kala membuat hatinya terhibur.
“Abang
ni buat Aisyah terkejut aje.” rungut Aisyah sambil mengurut dadanya yang
berdebar akibat rasa terkejut. Wajah suaminya dipandang.
Glup!
Liur yang ditelan rasa tersekat. Pandangan maha membunuh Tengku Iskandar
membuatkan jantungnya mula tak tentu rentak. Rasa nak tercabut dari tangkainya.
“Errr… abang… bila sampai? Aisyah tak
dengar pun.” tanyanya kemudian dengan rasa gugup yang melanda jiwa. Cuba
dikawal debaran di dada tetapi dia gagal bila sang suami mula menghampiri.
Semakin seram sejuk dia jadinya. Pertanyaannya juga langsung tidak berjawab.
Malah semakin tajam pula renungan mata Tengku Iskandar meratah wajah dan
tubuhnya.
Aisyah
mengetap bibir bila rambut panjangnya yang basah itu menjadi sasaran hidung
Tengku Iskandar. Kemudian dia sedikit mengeliat bila kucupan hangat Tengku
Iskandar mendarat ke bahunya yang terdedah. Dadanya rasa nak pecah ketika itu
juga. Tingkah laku Tengku Iskandar membuatkan dia tak tentu arah.
“Errr… abang….” Panggil Aisyah cuba
menyedarkan Tengku Iskandar dari perbuatannya. Boleh jadi sasau dia macam ini
jika tidak dihalang perbuatan suaminya itu. Tengku Iskandar memang bijak
membuatkan Aisyah berada seperti di awangan.
Tengku
Iskandar mengangkat wajahnya. Mata cantik Aisyah ditatap dengan redup. Sebaris
senyuman diberikan kepada isterinya itu. Senyuman bermakna yang cukup mendebarkan.
Lantas dia mendekatkan bibir ke telinga Aisyah. Berbisik sesuatu sehingga
membuatkan wajah Aisyah berona merah.
Bisikan suami
disambut dengan mata dipejam rapat. Tiada alasan untuk dia menolak. Dia tahu
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Kehendak suami harus dituruti.