W4J4H-W4J4H K354Y4N64NKU

Khamis, 26 Disember 2013

ISTERI DALAM SANGKAR 17









Bab 17

PERLAHAN-LAHAN Tengku Iskandar membuka mata. Kepalanya yang berat dan pening menyebabkan dia terasa malas hendak bangun. Namun dia terpaksa memandangkan jam lonceng sudah menjerit-jerit separuh mati membingitkan telinga. Jam itu memang suka menganggu lenanya!

Tengku Iskandar mengeliat ke kiri dan kanan. Cuba menyelesakan badan yang terasa lenguh-lenguh. Tiba-tiba dia terasa ada kelainan pada dirinya. Comforter yang menyelimuti separuh daripada badannya diselak. Wajahnya serta-merta berubah. Matanya memerhati pakaiannya yang berselerak di atas lantai.

Tengku Iskandar memerah otak. Cuba mengingat apa yang telah terjadi.

Satu-per-satu kejadian semalam menerjah kotak fikiran. Bayangan antara dia dengan gadis kampung itu terlayar depan mata. “Oh my god!” itulah yang terluah dari mulut Tengku Iskandar setelah ingatannya berjaya memproses kejadian tersebut. Dia terkejut namun tiada rasa bersalah dalam dirinya.

Telefon bimbit berdering. Tengku Iskandar bangun sambil melilit comforter ke pinggangnya. Pada skrin terpampang nama Tengku Haziq. Laju dia menjawab panggilan yang memekakkan telinga.

“Assalamualaikum… kau kat mana ni?”

“Waalaikumusalam. Aku masih kat kondo.”

What? Hey… kau dah lupa ke kita ada meeting dengan Datuk Ismadi dekat Putra Holding pukul sepuluh setengah nanti. Sekarang ni dah pukul berapa?” Ujar Tengku Haziq dengan suara sedikit meninggi.

“Aku tak lupa la. Cuma aku terlajak tidur aje.”

“Banyaklah kau punya terlajak. Dah pukul lapan lima puluh minit pagi tau. Kau buat apa lagi kat rumah tu? Kau kan tahu jalan kat KL ni tak pernah lengang, lagi nak lengah-lengah. Takkan nak sampai Putra Holding pukul sebelas pulak!” geram benar Tengku Haziq dengan perangai sambil lewa Tengku Iskandar. Boleh pula dia masih bersenang lenang di kondonya itu sedangkan masa terus berjalan. Memang benar meeting bermula pukul sepuluh setengah tetapi apa salahnya Tengku Iskandar bergerak awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Tengku Iskandar mencemik. Tengku Haziq sudah mula berceramah pagi. Sebiji mewarisi perangai mummy. ‘Bla! Bla! Bla! Bla! Macam orang perempuan!’ Hati mendesis.

“Ya la. Ya la. Aku bersiap la ni. Kau tunggu aku kat ofis. Kita gerak sama-sama ke sana.” Tidak menunggu lama, Tengku Iskandar mematikan talian. Semakin lama dia berbual dengan Tengku Haziq, semakin panjang berjela pula bebelan lelaki itu nanti. Menyakitkan telinga saja!

Tiga puluh minit berlalu, Tengku Iskandar siap sepenuhnya. Wajahnya yang kacak itu bertambah kacak dengan penampilan penuh bergaya. Memang dia gemar bergaya. Disebabkan itu dia banyak menerima tawaran photoshoot bagi majalah-majalah pakaian di Malaysia. Cuma sejak kebelakangan ini kerap menolak tawaran daripada beberapa majalah terkemuka. Kesibukan kerja membataskan aktiviti kegemarannya itu.

Dia melangkah turun ke bawah. Ketika itu juga matanya menangkap kelibat Aisyah yang sedang menyusun beberapa keping roti yang sudah disapu dengan mentega dan kaya ke dalam pinggan. Tunduk saja wajah gadis itu seperti kebiasaan bila berdepan dengannya.

Tengku Iskandar mengambil tempat di meja makan. Tempat yang biasa menjadi pilihannya.

Aisyah meletakkan jus oren Peel Fresh dan roti yang sudah disapu mentega dan kaya tadi di hadapan Tengku Iskandar. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Kejadian semalam masih menganggu mindanya. Cuma dia terpaksa berlagak biasa di hadapan Tengku Iskandar. Berharap agar lelaki itu tidak mengingati apa yang telah berlaku semalam. Biarlah hanya dia seorang yang mengetahuinya. Tidak rela jika lelaki itu menyedari apa yang terjadi antara mereka. Silap hari bulan Tengku Iskandar menuduh dia yang mengambil kesempatan.

“Apa yang jadi semalam?” Tanya Tengku Iskandar sambil menjerling wajah Aisyah dengan ekor matanya. Sengaja dia bertanya. Mahu melihat reaksi gadis kampung itu. Sedangkan dia sudah ingat apa yang terjadi antara mereka semalam.

Pertanyaan Tengku Iskandar menyentak jantung Aisyah. Dadanya mula berdebar-debar. Adakah lelaki itu sedar apa yang telah berlaku? Tidak! Tidak! Tengku Iskandar tak sedar kerana waktu itu dia mabuk dan terus tertidur setelah puas menikmati tubuh Aisyah.

Aisyah sekadar menggeleng. Tanda tiada apa-apa yang berlaku semalam. Padahal kejadian semalam menyebabkan dia tidak dapat tidur sepanjang malam. Matanya yang bengkak juga akibat menangis sepanjang malam.

“Kau ingat aku bodoh tak tahu apa yang jadi!” ujar Tengku Iskandar lagi. Wajahnya masih selamba dengan mulut sudah mengunyah roti.

Semakin berdebar jantung Aisyah mendengar bicara Tengku Iskandar. Kepalanya tidak berani diangkat. Kejadian semalam mula terbayang depan mata. Tanpa rela ‘harta’ kepunyaannya dirampas lelaki itu. Dia cuba menghalau bayangan itu. Terasa jijik dan malu pada diri sendiri. Betapa lemahnya dia sehingga kehormatannya diragut suami sendiri.

“Apa pun yang jadi semalam… aku rasa aku memang berhak dapat. Sepatutnya dari malam aku jadikan kau bini aku lagi aku dah dapat hak aku.” Selamba saja Tengku Iskandar menutur kata. Langsung tidak memikirkan perasaan Aisyah yang tercalar dengan kata-katanya itu.

Sudahlah semalam dia memperlakukan Aisyah tanpa kerelaan gadis itu. Hari ini pula dia mencalar hati Aisyah dengan kata-kata tak berperasaannya. Buat selamba bagaikan tiada apa yang perlu dikesali kerana memang dia berhak memilikinya.

Benar Aisyah isteri Tengku Iskandar. Benar Tengku Iskandar berhak mendapatkan haknya sebagai seorang suami. Namun bukan dengan cara keji seperti semalam. Apa yang terjadi semalam lebih kepada kes memperkosa. Tengku Iskandar meragut ‘harta’ Aisyah dengan cara paksaan.

Aisyah pejam mata. Air mata yang terasa ingin mengalir cuba ditahan. Lelaki seperti Tengku Iskandar tidak akan bersimpati dengan air mata seorang wanita sepertinya. Lelaki itu memang kejam!

Usai menghabiskan jus orennya, Tengku Iskandar bangun dari duduk. Langkahnya dibawa menghampiri Aisyah. Didekatkan wajahnya ke wajah Aisyah yang menunduk. Lalu dia berkata sesuatu.

“Kau dengar sini… aku nak kau simpan baik-baik apa yang dah jadi malam semalam. Jangan cerita pada sesiapa terutama Tengku Haziq. Kalau aku tahu kau bagitau Tengku Haziq apa yang aku dah buat dekat kau, nahas kau aku kerjakan. Faham?” lembut nadanya tetapi penuh dengan ugutan.

Aisyah hanya diam. Langsung tidak memberi respons pada ugutan Tengku Iskandar. Hatinya begitu luka dengan perlakuan lelaki itu. Tiada kata maaf malah ‘Tengku Harimau’ itu dengan megah mengatakan dia memang berhak memiliki ‘harta’ kepunyaan Aisyah. Memang lelaki tak punya hati perut!

Panas hati Tengku Iskandar melihat tingkah kaku Aisyah yang tak ubah seperti patung cendana. Pantas dia menarik rambut gadis itu sehingga terangkat wajah Aisyah.

“Kau faham tak apa yang aku cakap ni?! Yang kau buat bodoh kenapa? Kau ni memang suka menyakitkan hati aku la!” jerkah Tengku Iskandar dengan wajah merah.

“Fa… faham.” Aisyah bersuara gagap. Nadanya sudah bergetar dengan air mata sudah mula berlinangan. Rambutnya yang bertocang kemas sudah kusut masai dek perbuatan Tengku Iskandar.

“Bagus kalau kau faham!” Rambut Aisyah dilepaskan. “Dah! Aku nak pergi. Malam ni masakkan aku Spaghetti.” Pesannya lalu mengangkat briescafe dan berlalu pergi tanpa rasa simpati. Tangisan Aisyah langsung tidak melemahkan hati lelakinya.



“APA ni?!” Fira merempuh masuk ke dalam bilik Tengku Iskandar sambil melempar jambangan bunga ke atas meja. Benar-benar di hadapan Tengku Iskandar. Wajah Fira masam mencuka.

Errrsorry bos. Saya dah cuba halang Cik….”

It’s okey Syeeda. You boleh keluar.” Ujar Tengku Iskandar memotong ayat Syeeda.

Syeeda mengangguk. Dia akur mengikut arahan yang diberi. Pintu bilik bosnya ditutup semula. Sebenarnya ini bukan kes pertama Tengku Iskandar diserang perempuan. Sudah kerap kali Syeeda berhadapan dengan situasi begini.

Setelah pintu bilik tertutup, Tengku Iskandar bangun dari duduknya. Butang baju kot dibuka. Kemudian dia menghampiri Fira yang berwajah masam. Punggungnya disandar pada hujung meja kerja.

“Ini bunga la baby. Takkan you dah tak kenal bunga lagi. Selama ni you kan suka kalau I bagi you bunga.” Jambangan white roses yang dibuang atas mejanya tadi diambil. Kemudian disuakan kepada Fira yang sudah memeluk tubuh dengan wajah masam mencuka.

“You jangan nak main-mainkan I Is! Takkan you tak baca kad kecil yang you selitkan tu.”

Selamba saja aksi Tengku Iskandar. Kad kecil yang terselit pada jambangan bunga tersebut dicapai. Kemudian dengan bersahaja dia membaca tulisan kecil pada kad. “Dear Safira. Thanks for everything but I can’t give you what you want. Sorry and good bye!”

Fira menarik muka. Kata-kata dalam kad itu cukup menyakitkan hatinya. “What do you mean about sorry and good bye? Kita baru beberapa kali bersama. Takkan you tergamak tinggalkan I. You kata you sayangkan I dan you mahu I sentiasa ada di sisi you. But now… you nak tinggalkan I!” Fira merengus.

Tengku Iskandar ketawa dengan penuh bersahaja. Riak Fira mencuit hatinya. Perempuan macam Fira memang bodoh! Ingat dia tak tahu apa yang Fira mahukan daripada dia? Dia belum bodoh menilai perempuan seperti Fira yang lebih memandang harta daripada hatinya. Memang patut dia tinggalkan Fira.

Lagipun dia tak pernah bertahan dengan mana-mana perempuan selama ini. Dia tak suka ikatan yang bakal menjerat hatinya. Sudah diajar hatinya untuk tidak tunduk pada kehendak wanita. Wanita seperti Fira hanyalah teman untuk bersosial. Teman untuk memuaskan nafsu lelakinya.

“Is! I tak buat kelakar okey! Yang you ketawa tu kenapa?” semakin menggelegak rasa panas hati Fira mendengar ketawa Tengku Iskandar.

You are very funny, baby. Yes I told you that I love you butI’m not in love with you!” Dipenghujung kata, nada Tengku Iskandar kedengaran tegas. Lagaknya juga begitu bersahaja.

What? How dare you Is?!” Fira mengangkat tangannya. Mahu menampar muka Tengku Iskandar yang begitu mudah memperlakukan dia sebegitu rupa. Namun tindakannya berjaya dihalang Tengku Iskandar. Pergelangan tangannya ditangkap dan ditekan kuat lelaki itu. membuatkan dia meronta minta tangannya dilepaskan.

“Jangan sesekali you berani nak sampaikan tangan dekat muka I. You ingat I tak tahu siapa diri you? You ingat I bodoh tak dapat bezakan anak dara dengan bukan dara? Hey… you dengar sini, perempuan macam you ni dah ramai yang I jumpa. Setakat baru keluar beberapa kali you nak ikat I, jangan mimpi la! I tak akan terikat dengan perempuan macam you.”

Merah padam muka Fira mendengar kata-kata Tengku Iskandar. Sangkanya dia sudah berjaya menawan hati lelaki itu. Ternyata dia silap. Tengku Iskandar lebih bijak daripada dirinya. Tangannya yang digenggam kejap Tengku Iskandar dilepaskan. Ada kesan merah pada pergelangan tangannya yang putih melepak itu.

Get out of my office!” halau Tengku Iskandar.

Fira menggigit bibir. Terasa hina diperlakukan sebegitu. Dengan hati yang panas, dia keluar dari bilik Tengku Iskandar. Lelaki itu benar-benar telah menjatuhkan maruahnya. Selepas ini terpaksalah dia terhegeh-hegeh semula menagih kasih Datuk Kiram yang pernah ditinggalkannya dua bulan lalu. Hanya lelaki tua kerepot itu saja yang mampu menanggung kos hidupnya di kota metropolitan ini. Dia sudah tidak kisah lagi kedutan pada wajah tua itu asalkan dia dapat hidup dengan senang.

Setelah Fira berlalu dengan rasa sebalnya, Tengku Iskandar ketawa besar. Kelakar melihat wajah merah menyala Fira yang tak ubah seperti udang dipanggang atas bara api. Seorang lagi perempuan bodoh yang berjaya dia tinggalkan!

Rabu, 25 Disember 2013

ISTERI DALAM SANGKAR 16









Bab 16

BOS… Tengku Mummy is on the line. Dia nak bercakap dengan bos.” Suara Syeeda yang berkumandang dari interkom membantutkan kerja Tengku Iskandar depan komputer. Mengeluh sedikit tatkala nama Tengku Mummy disebut. Jika Tengku Mummy yang menelefon, pasti ada sesuatu yang dimahukan mummynya itu.

“Okey. Sambungkan panggilan.” Jawab Tengku Iskandar. Dia bangkit dari duduk lalu beralih ke sofa putih yang terdapat dalam biliknya itu dengan gangang diletak tepi telinga.

“Assalamualaikum mummy.”

“Waalaikumusalam.”

“Ada apa mummy call Is ni?”

“Aik? Mummy nak call anak mummy sendiri pun tak boleh ke?” soalan dibalas dengan soalan.

Tengku Iskandar tersengih. Sedar akan keterlanjuran soalannya. Tak pasal-pasal dia sudah kena tempalak dengan mummy. Memanglah tak salah mummy menelefon. Tapi jika mummy sudah menelefon pasti ada hal penting yang ingin diberitahu mummynya itu.

“Bukanlah tak boleh mummy. Cuma Is dapat rasa kalau mummy yang telefon mesti ada hal penting.”

“Baguslah kalau Is dah tahu. Tak payahlah mummy nak cakap panjang berjela. Hujung minggu depan mummy nak Is balik rumah kita.”

“Hai… hari ni baru masuk hari rabu, mummy dah buat appointment untuk hujung minggu depan dengan Is. Kelakar la mummy ni.” Tengku Iskandar ketawa terbahak-bahak.

“Takde yang kelakarnya. Mummy sengaja nak inform Is awal-awal. Mummy bukannya tak faham dengan perangai Is yang banyak sangat alasannya tu. Kalau mummy call last minute pasti Is bagi alasan macam-macam dekat mummy.” tegas suara Tengku Maria.

Ketawa Tengku Iskandar mulai reda. “Kenapa nak suruh Is balik ni?” dia bertanya.

“Takkan nak suruh anak balik ke rumah sendiri pun tak boleh? Kenapa Is dah tak suka nak balik ke rumah kita lagi ke?” keras nada suara Tengku Maria mendengar soalan anaknya tadi. Buat hatinya panas dengar soalan itu.

Tengku Iskandar menghela nafas. “Bukan tak boleh tapi mummy tahukan Is ni selalu sibuk.”

“Pasal tu mummy inform awal-awal. Mummy nak Is balik malam minggu depan. Mummy buat makan-makan sikit. Jemput Auntie Ku’Za dengan Uncle Megat.” Ujar Tengku Maria tanpa berselindung. Lebih baik dia beritahu Tengku Iskandar awal-awal bahawa dia menjemput sepupunya itu anak beranak makan di rumah mereka.

Mendengar nama Auntie Ku’Za dan Uncle Megat Sufian, semangat Tengku Iskandar menjadi lemah. Dia tak berkenan bersemuka dengan keluarga itu. Sedangkan dulu dia pernah rapat dengan keluarga tersebut. Cuma sejak kejadian antara dia dengan Puteri Waiduri, dia berusaha menjarakkan diri dengan keluarga Uncle Megat.

“Is tak boleh janjilah mummy. Hujung minggu depan Is ada janji dengan Tengku Danish nak lawat tapak projek dekat Shah Alam tu. Nak tengok dah sampai mana dia orang buat kerja pembinaan untuk projek tu.” Tengku Iskandar memberi alasan. Sebenarnya dia tiada janji dengan Tengku Danish. Sengaja dia berkata begitu agar mummy tidak mengesyaki niatnya yang mahu mengelak.

“Jangan nak bagi banyak alasan Tengku Iskandar!” Tengku Maria sudah mula menyebut penuh nama anak lelakinya itu. Tanda dia sedang marah.

“Tengku Iskandar ingat mummy tak tahu aktiviti hujung minggu Tengku Iskandar? Jumpa Tengku Danish konon! Macamlah mummy ni bodoh sangat tak tahu yang Tengku Iskandar nak berfoya-foya dengan teman-teman wanita Tengku Iskandar yang tak senonoh tu. Dah! Mummy tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Mummy mahu Tengku Iskandar balik rumah hujung minggu ni. Kalau tak… jangan harap Tengku Iskandar dapat duduk kerusi CEO TG Holdings.” Putus Tengku Maria dengan tegas. Jika hanya dengan cara ugutan itu dia dapat menundukkan Tengku Iskandar, dia akan menggunakannya.

Tengku Iskandar mendengus. Mummy tahu sangat mencari kelemahannya. Membuatkan dia terpaksa mengalah dengan kehendak mummy yang satu itu. “Okeylah. Is balik.” Dalam rasa terpaksa, Tengku Iskandar bersetuju. Lemah semangatnya mahu mengikut kehendak mummy tetapi demi kerusi CEO yang diidamkannya, dia terpaksa.

Good! That my son. Hujung minggu ni mummy tunggu kepulangan Is. Nanti mummy masak sedap-sedap khas untuk Is. Okeylah sayang, mummy have to go. Nak keluar beli barang-barang rumah dengan nenda. Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.”

Setelah talian dimatikan, Tengku Iskandar merengus. Dia merebahkan badan di atas sofa. Kehendak mummy yang mahu dia balik ke rumah semata-mata ingin mempertemukan dia dengan Puteri Waiduri adalah sesuatu yang paling tidak digemarinya. Hatinya sudah lama tertutup buat Puteri Waiduri.

Perlahan-lahan, kenangan lalu menerjah kotak ingatan. Kenangan yang menyebabkan hubungannya dengan Puteri Waiduri menjadi renggang.



TENGKU ISKANDAR mengecilkan anak matanya. Kelibat seorang gadis yang baru keluar dari butik pakaian bersama seorang lelaki diamati. Dia kenal gadis itu. Teramat mengenalinya!

Tak semena-mena, detakan jantung Tengku Iskandar berlari laju.

Tengku Iskandar bangun dari duduknya. Dia perlu bersemuka dengan Puteri Waiduri yang sedang bergelak tawa bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Bukan main manja lagi gadis itu memaut lengan sasa lelaki tersebut. Membuatkan hatinya bagai disiat-siat melihat perlakuan manja Puteri Waiduri.

“Wai!” Panggil Tengku Iskandar.

Puteri Waiduri yang sedang bergelak tawa dengan lelaki di sisinya berpaling. Terkejut melihat Tengku Iskandar yang berdiri benar-benar di hadapan. Berubah air mukanya melihat wajah lelaki itu.

“Is….” Kaget Puteri Waiduri.

Who is this guy?” soal Tengku Iskandar tidak sabar. Matanya beralih pada lelaki yang berdiri gah di samping Puteri Waiduri. Bukan main berlagak lagi wajah lelaki tersebut.

Errr….” Puteri Waiduri kalut. Soalan Tengku Iskandar dirasakan terlalu sukar untuk dijawab.

Wai… I’m waiting. Who is he?” soalan yang sama diulang. Wajah Tengku Iskandar juga sudah mula menegang. Tanda api kemarahan sudah mula membahang.

Puteri Waiduri mengeluh. Rasanya dia sudah tidak perlu berpura-pura lagi depan Tengku Iskandar. Lelaki itu perlu tahu kebenaran tentang hatinya ini.

Haidar, my boyfriend.” beritahu Puteri Waiduri.

Haidar sekadar tersengih. Lagaknya yang sombong menjengkilkan hati Tengku Iskandar.

Boyfriend? So… I ni apa?”

Is… please. Boleh tak kita jangan cakap benda ni kat sini. I’ll call you later, okey.” Pinta Puteri Waiduri dengan nada perlahan. Mengharap pengertian Tengku Iskandar.

“I tak sangka you macam ni. Mati-mati I sangka you cintakan I rupanya you main kayu tiga belakang I. Perempuan jenis apa you ni Wai?” Tengku Iskandar mempersoalkan tentang diri Puteri Waiduri.

“Is… boleh tak jangan persoalkan tentang diri I.”

“Habis tu kalau I tak boleh mempersoalkan tentang diri you, you nak I cakap apa? Tahniah sebab you buat hati I remuk! Macam tu. Hey… you ni memang perempuan curang tau!”

Enough! Please! Selama ni I tak pernah cintakan you pun. I layan you sebab you tu sepupu I. Mama dengan Tengku Mummy yang beria-ia nak satukan kita. Tapi bukan dari keinginan hati I sendiri. I tak cintakan you Is. I dah cuba tapi I tak mampu sebab you bukan lelaki idaman hati I.”

Owh… macam tu. Habis tu kenapa selama ni you layan I? Kenapa you selalu kata sayangkan I? Apa makna semua tu Wai?” sakit hati Tengku Iskandar mendengar kata-kata Puteri Waiduri. Gadis itu telah menjatuhkan air mukanya di hadapan lelaki bernama Haidar ini. Lelaki sombong dan berlagak.

“Okey. Memang I selalu kata I sayangkan you. Tapi sayang yang tak lebih dari sayang seorang adik pada abangnya. I need someone yang boleh menjamin kesenangan I. You belum sampai ke tahap tu Is. You masih tak mencapai tahap yang I impikan dari seorang lelaki.”

“Apa yang you impikan dari seorang lelaki Wai?”

“I nak lelaki seperti Haidar. Yang punya jawatan kukuh. Mampu menjadi ketua pada syarikat. Mampu memajukan syarikat miliknya. Bukannya lelaki hingusan yang duduk di bawah telunjuk keluarga. You ada semuanya tapi bukan kedudukan sebagai lelaki berjaya. You belum sampai ke tahap tu Is. You terlalu muda dan I tak mahu hidup dengan lelaki macam you.”

Tengku Iskandar terkesima. Kata-kata Puteri Waiduri umpama racun yang menyerap ke tubuh. Membunuh segenap perasaannya.

“Bos… bos!” Syeeda mengejutkan Tengku Iskandar yang kelihatan hanyut dalam dunianya sendiri. Dari tadi dia memanggil, namun lelaki itu tidak mendengar panggilannya. Entah apa yang difikirkan sampai suaranya tidak didengari lelaki berstatus buaya darat itu.

Syeeda mengetap bibir. “Bos!!” kali ini suaranya ditinggikan. Sengaja dia meninggikan suara agar bosnya yang jauh berkhayal kembali ke alam nyata.

Terkejut Tengku Iskandar mendengar suara tinggi Syeeda. Terpisat-pisat dia bangun sambil menggosok matanya. Kedudukan tubuhnya diluruskan. Tak sangka dia sudah jauh melamun menerokai kenangan silam yang amat menyakitkan. Mencalar ego lelakinya.

Errr… bos tak balik lagi ke?” Syeeda bertanya. Khuatir bosnya itu akan marah kerana dia cukup arif dengan mood Tengku Iskandar yang sentiasa berubah-ubah.

“Dah pukul berapa ni?”

“Dah pukul lima setengah bos.” Beritahu Syeeda.

Tengku Iskandar menepuk dahi. Kerana terlalu melayan perasaan, dia terlajak sampai ke pukul lima setengah. Tergesa-gesa dia bangun dari duduknya. Baju kot diperkemaskan. Dia sudah terlewat dari menjemput Fira di tempat kerja gadis itu. Tentu muncung Fira sudah panjang seinci kerana kelewatannya ini.

“Syeeda, awak tolong offkan komputer saya. Saya dah lewat ni. Saya kena pergi sekarang. Thanks.”

Tanpa menunggu lama Tengku Iskandar keluar dari biliknya. Dia perlu menjemput Fira sekarang juga. Skrin pada telefon bimbit menunjukkan ada sepuluh panggilan daripada Fira yang tidak dijawab. Malah gadis itu juga ada meninggalkan pesanan ringkas. Ada tiga pesanan yang ditinggalkan. Ketiga-tiga pesanan ada bunyi tanda gadis itu sedang merajuk.

Tengku Iskandar mendapat idea. Sebelum menjemput Fira dia akan singgah ke kedai bunga yang berhampiran terlebih dahulu. Dia yakin rajuk Fira pasti akan terpujuk dengan adanya jambangan bunga tersebut. Perempuan macam Fira itu, bukanlah susah mana pun hendak memujuknya.

Stereng kereta dihala menuju ke jalan kedai bunga yang sudah biasa diperginya. Sempat dia membalas pesanan ringkas Fira dengan menyuruh gadis itu menunggu kedatangannya dengan sabar.



JAM pada dinding sudah menunjukkan pukul dua belas tiga puluh tujuh minit malam. Namun bayang-bayang ‘Tengku Harimau’ itu masih juga tidak kelihatan. Entah ke mana dia pergi agaknya. Tidak pula menelefon meninggalkan pesanan pada Aisyah. Buat sayang saja ada telefon di rumah ini tetapi tidak digunakan kemudahan yang ada. Sebagai isteri, Aisyah tetap risaukan keselamatan Tengku Iskandar biarpun lelaki itu tidak pernah menganggapnya sebagai seorang isteri. Apatah lagi waktu sudah begitu lewat. Selalunya paling lewat pun Tengku Iskandar balik antara pukul sembilan hingga sepuluh malam.

Hampir lima minit berlalu, tiba-tiba tombol pintu dibuka. Derap kaki yang melangkah masuk ke dalam rumah membuatkan Aisyah bangkit dari duduk. Kelihatan Tengku Iskandar masuk ke dalam rumah dengan tubuh yang terhuyung-hayang.

Berdetak laju jantung Aisyah tatkala melihat keadaan lelaki itu. Dia amat yakin lelaki itu balik dalam keadaan mabuk. Beristgifar panjang dia di dalam hati. Tak sangka begini sekali cara kehidupan suaminya itu. Dua minggu dia berada di dalam kondo mewah ini, malam ini buat pertama kalinya dia melihat Tengku Iskandar balik dalam keadaan mabuk. Biasanya lelaki itu jika balik lewat pun takdelah mabuk macam ini.

Tengku Iskandar berjalan memanjat anak tangan. Tubuhnya yang terhuyung-hayang menyebabkan langkahnya menjadi tidak tentu arah. Hampir saja dia terjelepok jatuh. Mujur Aisyah sempat menahan tubuhnya. Dalam keterpaksaan, Aisyah memapah Tengku Iskandar naik ke atas. Lelaki itu sudah mabuk benar sehingga membiarkan Aisyah membantunya.

Aisyah merebahkan tubuh sasa Tengku Iskandar di atas katil. Lelaki itu sudah berhenti meracau. Matanya terpejam rapat. Mungkin sudah tertidur. Dia mengeluh. Matanya jatuh pada kaki lelaki itu yang masih berstoking. Berhati-hati dia melutut di hujung kaki lelaki itu dan membuka stoking Tengku Iskandar dengan penuh cermat. Takut andai tindakannya bakal mengejutkan Tengku Iskandar.

Selesai membuka ke dua belah stoking Tengku Iskandar, Aisyah segera bangun. Keadaan Tengku Iskandar yang mabuk membuatkan dia jadi tak senang duduk. Namun belum sempat Aisyah berganjak, tangannya ditarik Tengku Iskandar. Dia jatuh di atas dada lelaki itu. Bau minuman beralkohol menyerbu ke lubang hidung. Menyebabkan Aisyah berasa loya hendak termuntah. Pertama kali dia menghidu bau yang begitu memualkan anak tekak.

Keadaan tubuhnya yang rapat dengan Tengku Iskandar membuatkan degup jantungnya sudah kehilangan rentak. Rasa hendak pitam dia berada dalam keadaan begitu. Dalam hati dia berdoa agar lelaki yang ‘kurang waras’ itu tidak mengapa-apakan dia. Orang tengah mabuk, memang satu benda pun tak ‘jalan’ dalam otaknya.

“You nak ke mana ni sayang?” Tanya Tengku Iskandar dalam lenggok mabuk. Kepalanya yang pening membuatkan dia khayal. Lupa siapa gadis yang ditarik dalam pelukannya.

Perkataan ‘sayang’ yang keluar dari mulut Tengku Iskandar menyebabkan Aisyah terasa air liur yang ditelan menjadi perit. Apatah lagi tangan lelaki itu sudah melingkar kemas pinggangnya.

“Te… tengku… to… tolong lepaskan sa… saya.” Tergagap-gagap Aisyah bersuara. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Hatinya sudah mula gelisa dengan perlakuan Tengku Iskandar.

“Lepaskan? Hey… apa you merepek ni sayang? You kena layan I malam ni. I rindu nak bermesra dengan you.” Tangan Tengku Iskandar beralih membelai wajah Aisyah. Ingin dikucupnya pipi itu namun Aisyah segera mengelak.

Debar dihati Aisyah semakin kencang. Dia tahu Tengku Iskandar tengah mabuk dan tidak sedar dengan apa yang sedang dia lakukan. Selama ini jangankan hendak menyentuh Aisyah, hendak memandang muka Aisyah pun Tengku Iskandar tidak sudi.

“Tengku tolonglah. Lepaskan saya.” Pinta Aisyah bersungguh-sungguh. Semakin dia meronta, semakin kejap Tengku Iskandar memeluknya.

“I tak akan lepaskan you sayang. I benar-benar mahukan you malam ni.”

Tengku Iskandar memusingkan tubuh Aisyah ke kanannya. Tangannya masih kejap pada pinggang gadis itu agar Aisyah tidak terlepas dari genggaman. Dia lupa bahawa gadis itu adalah gadis kampung yang dibenci. Dia benar-benar khayal dalam dunianya sendiri. Perlakuannya itu cuba ditepis oleh Aisyah. Namun dia bertindak lebih agresif dari tadi. Tubuh Aisyah ditindih dan kini dia sudah berada di atas gadis itu. Leher jenjang Aisyah yang putih melepak benar-benar menaikkan nafsu lelakinya.

Aisyah kian takut dengan perlakuan Tengku Iskandar yang bertukar agresif. Lelaki itu benar-benar sudah hilang pertimbangan. Wajahnya berulang kali menerima ciuman. Tubuhnya juga semakin kuat ditindih. Menyebabkan dia sukar hendak melepaskan diri. Dia juga dapat merasa tangan lelaki itu semakin menjalar menyentuh segenap inci tubuhnya. Dia tetap berusaha mahu melawan namun kudrat seorang wanita tidak mampu melawan tenaga seorang lelaki. Apatah lagi lelaki yang fikirannya sudah tidak ‘waras’ ketika ini.

“Lepaskan saya… tolonglah lepaskan saya.” Aisyah masih merayu. Air mata bercucuran membasahi pipi. Tindakan Tengku Iskandar menerbitkan rasa takut yang bukan sedikit dalam hatinya.

Tengku Iskandar tidak menghiraukan rayuan tersebut. Bibirnya kini dibenamkan ke bibir Aisyah. Lama bibirnya bertaut dengan bibir si isteri yang tidak dicintai. Dia tidak sedar siapa gadis yang dipeluknya kini. Apa yang dia tahu dan mahu, tuntutan nafsunya dilaksanakan. Rontaan dan rayuan Aisyah sudah tidak dipedulikan.

Tengku Iskandar benar-benar sudah bertukar menjadi sang harimau yang mahu ‘membaham’ mangsa. Segenap inci wajah dah tubuh gadis itu menjadi sasaran bibirnya. Dia tidak akan melepaskan peluang yang ada!



AISYAH menangis teresak-esak. Dirinya dirasa terlalu kotor. Air yang bercucuran dari shower dalam biliknya bagai tidak mampu menghilangkan kotoran yang melekat. Dia benar-benar tidak berdaya melawan segala tindakan Tengku Iskandar padanya. ‘Harta’ yang dijaga selama ini diragut suami sendiri.

Aisyah tahu dirinya adalah milik Tengku Iskandar. Lelaki itu bebas melakukan apa saja ke atasnya memandangkan mereka pasangan suami isteri yang sah. Namun bukan dalam keadaan begini. Apa yang Tengku Iskandar lakukan kepadanya tak ubah seperti memperkosa. Ya! Memang dia diperkosa suami sendiri.